Anda di halaman 1dari 35

BIDANG KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Dalam topik ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Disini anda akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang persembahan hasil kerja.

OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan konsep membentuk dan membuat binaan dalam konteks penghasilan karya tiga dimensi;

2. membanding beza konsep karya dua dimensi dan tiga dimensi;


3. menjelaskan jenis-jenis karya yang bersifat tiga dimensi untuk pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah KBSR 4. menjelaskan teknik, alat dan bahan di dalam penghasilan tiga dimensi dalam konteks membina dan membentuk; dan 5. membina dan membentuk karya seni dalam konteks Pendidikan Seni Visual KBSR seperti yang diterangkan.

5.1 PENGERTIAN AKTIVITI Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut: (a) Arca timbul (b) Arca asemblaj (c) Arca mobail (d) Arca stabail (e) Model (f) Diorama (g) Boneka (h) Topeng (i) Origami

5.3 MENENTUKAN TEMA ATAU SUBJEK

KARYA IMAGINASI

Do u see 4 people?

KARYA IMAGINASI

5.4 PERKEMBANGAN DAN PENGHALUSAN IDEA


(a) Pemerhatian dan kajian visual Perkembangan dan penghalusan idea boleh berlaku dari kesedaran kualiti tampak yang tinggi. Cara ini dilakukan melalui kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya. Menurut Frank Barron dan Irvin Child, seseorang artis mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir dan mengurus maklumat visual berbanding dengan seseorang bukan artis. Norman Meier (1930) pula mengatakan bahawa artis boleh menyelesaikan pelbagai kemahiran kemahiran seni. Begitu juga mengikut J.P. Guilford, artis dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa.

(b) Perubahan cara bekerja Mengikut cara ini, jika selama ini seseorang artis menggunakan kaedah bertumpu, dia seharusnya mengubah kepada kaedah bercapah untuk mendapatkan kelainan cara. Kaedah percubaan yang tidak putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.

(c) Penerokaan simbol dan makna Megikut cara ini, pelukis tidak seharusnya duduk diam. Dia harus cuba dan terus mencuba. Penerokaan yang tidak henti-henti akan menemukan dapatan yang lebih kreatif dan bermakna. Amalan penyelesaian masalah, penemuan dapatan baru akan lebih memaknakan lagi hasilan.

Anda mungkin juga menyukai