Anda di halaman 1dari 3

JOHARI WINDOW

Saya Tahu Nama saya Tempat tinggal saya Orang Lain Tahu Jantina saya Dimana saya dilahirkan Gaya bahasa/dialek yang saya gunakan Saya seorang yang mudah ketawa Saya suka kucing

Saya Tidak Tahu Saya seorang tidak fokus Saya seorang yang tenang Saya selalu membantu orang lain Saya seorang lambat faham Saya seorang yang baik

Saya seorang pemalu Rahsia silam saya Orang Lain Tidak Tahu Saya kurang keyakinan diri Saya seorang yang manja Mudah terasa Kuat cemburu Pendam perasaan

Bakal isteri saya Tarikh kematian saya

SWOT ANALISIS

KEKUATAN Mampu berdikari

KELEMAHAN Kurang keyakinan diri Mudah terasa Punyai sikap malas Lambat memahami sesuatu perkara Tidak fokus

Boleh mengendalikan dan membaikpulih Sukar bertutur dalam Bahasa Inggeris peralatan komputer serta peralatan elektronik Tidak cepat melatah Seorang yang mampu membahagikan masa dan tugas Mampu memahami Bahasa Inggeris

PELUANG Mampu membuka perniagaan komputer Berpeluang menjadi seorang guru. Berpeluang untuk menjalani hidup yang senang. Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

ANCAMAN Orang lain boleh mengambil kesempatan diatas sifat kurang keyakinan diri saya ini. Persaingan untuk mendapatkan profesion guru. Ketinggalan dalam pelajaran.

ANALISIS

Setelah meneliti perkara-perkara tentang diri saya yang terdapat pada kedua-dua jadual diatas. Beberapa perkara perlu saya lakukan untuk memperbaiki diri saya. Disebabkan keyakinan diri saya yang lemah jadi saya sukar untuk meluahkan pendapat, oleh itu saya perlu lakukan sesuatu untuk memperbaiki kelemahan ini. Antaranya mungkin saya perlu mengikuti kursus kepimpinan, perlu lebih banyak bergaul dengan masyarakat lain, dan lebih berani dalam meluahkan pendapat walaupun pendapat itu mungkin tidak diguna pakai. Saya juga seorang yang lambat memahami tentang sesuatu perkara, untuk mengatasi masalah ini mungkin saya perlu lebih rajin dalam membaca dan mencari maklumat-maklumat tentang perkara yang dipelajari. Secara tidak langsung ini mampu menghilangkan sifat malas saya kerana masa lebih banyak terisi dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Selain itu, saya juga perlu lebih menumpukan perhatian dalam mempelajari sesuatu yang baru. Salah satu cara untuk saya tumpukan perhatian terutamanya apabila didalam kelas adalah mungkin dengan cara duduk dibahagian depan untuk memudahkan saya fokus tentang apa yang diajar. Kelemahan saya yang ketara adalah bertutur dalam Bahasa Inggeris, perkara ini juga membuatkan saya hilang keyakinan diri kerana berasa malu akan kelemahan ini. Oleh itu, antara tindakan yang sewajarnya untuk saya lakukan adalah lebih kerap membaca buku-buku atau artikel Bahasa Inggeris untuk membuatkan saya lebih yakin dengan Bahasa Inggeris saya dan mulakan pertuturan Bahasa Inggeris secara perlahan-lahan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga. Secara tidak langsung ini mampu meningkatkan skil saya bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dan jika saya mampu mengatasi masalah-masalah tersebut ianya mampu mengurangkan ancaman-ancaman yang saya hadapi.

Anda mungkin juga menyukai