Anda di halaman 1dari 11

TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/1

UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSIS


DAN ALAT-ALAT ENGUJIAN
Objektif am : Mengenal teknik-teknik diagnosis dalam mengesan kerosakan litar dan alat-
alat ujian.
Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :
• Mengenalpasti kerosakan dengan menggunakan teknik suntikan dan
surihan isyarat.
• Menganalisa kerosakan dari nilai voltan dan rintangan pada litar
• Menganalisa kesan komponen rosak pada nilai voltan dan rintangan

2.0 PENDAHULUAN

Sebelum mengetahui teknik-teknik dalam mengesan kerosakan seharusnya


diketahui dahulu keperluan sesebuah sistem. Dalam mana-mana sistem ia
mempunyai hierarki yang tersendiri. Lebih-lebih lagi dalam sistem komputer.
Ia amatlah perlu terutama kepada juruteknik atau pembantu jurutera dalam
mengesan dan membaikpulih sesebuah sistem komputer. Begitu juga dengan
mengesan kerosakan pada alat-alat elektronik.

Beberapa soalan yang harus dijawab, sebelum kita memulakan kerja-kerja


membaikpulih:-
i. Apakah jenis alat yang akan dibaikpulih?
ii. Apakah kerosakan (simpton) pada alat tersebut?
iii. Adakah alat tersebut mempunyai litar skematik?
iv. Apakah teknik yang sesuai untuk digunakan?

Dalam soalan pertama, kita harus mengenal alat serta fungsi (cara kerja).
Contohnya penjana isyarat yang mana fungsinya menghasilkan isyarat
berbentuk sinus atau segiempat. Radio berfungsi sebagai menerima isyarat,
proses kemudian menghasilkan audio. Televisyen berfungsi sebagai menerima
isyarat proses kemudian menghasilkan gambar dan audio. Dari sini, barulah
boleh kita tentukan kerosakan alat.

Rajah 2.1 : Jenis peralatan iaitu Monitor, TV dan Radio


TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/2

Manakala yang kedua melibatkan dari hasil yang dikeluarkan oleh alat itu.
Misalnya tiada ayunan di keluaran penjana isyarat, tiada suara dari speaker
radio, tiada gambar dari layar TV. Inilah yang kita panggil simpton.

Dari sini, barulah kita tentukan bahagian mana dalam litar itu yang dijangka
tidak berfungsi. Kita tidak akan membuang masa jika jangkaan kita tepat. Kita
hanya boleh membayangkan litar dan fungsinya jika kita tahu bahagian yang
rosak, tetapi litar yang sebenar belum pasti. Oleh itu kita memerlukan litar
skematik. Dari litar skematik kita boleh menumpukan perhatian kepada
komponen yang dijangka rosak.

2.1 TEKNIK MENGESAN DAN MENGANALISA KEROSAKAN

Cara mengesan alat elektronik biasanya berpandukan pada kegunaan alat


tersebut. Sebelum mencari kerosakan kita harus mengetahui fungsi asas
sesuatu alat yang akan dirawat. Dari sini, kita akan dapat menganalisa apakah
kerosakan atau simpton. Setiap teknik yang dilakukan ada hubungan antara
satu sama lain atau sebagai pilihan lain agar tidak membuang masa.

Teknik-teknik mengesan bolehlah kita susunkan seperti berikut:-

i. Mengesan simpton
ii. Teknik surihan dan suntikan isyarat
iii. Mengukur voltan
iv. Mengukur kerintangan kerintangan atau sambungan dalam litar
v. Mengesan dengan cara fizikal

2.1.1 Simpton

Setiap alat yang rosak tentunya ada simpton yang boleh memberikan panduan
kepada kita menentukan kerosakan bahagian, penyambungan atau komponen.
Di sini seorang perawat harus mempunyai pengetahuan tentang operasi dan
fungsi sesuatu alat. Contohnya bagi seorang pengguna, kerosakan alat terima
radio hanya dapat dikesan jika bunyi tidak normal, atau tiada bunyi langsung.
Bagi seorang mekanik apabila alat itu tiada bunyi, dia boleh mengagak di
bahagian mana yang rosak. Di bawah adalah satu contoh rajah menunjukkan
simpton yang diperolehi dan fungsi sesebuah alat.

Contoh

Alat Simpton dari fungsi


1 TV Warna Gambar warna dan suara
2 Radio Suara stereo
3 Osiloskop Paparan
4 Penjana Audio Keluaran isyarat audio

2.1.2 Teknik Surihan dan Suntikan Isyarat


TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/3

Setiap simpton kerosakan yang diketahui oleh sesuatu alat, kita boleh
membuat perangkaian di bahagian mana yang rosak. Sebagai contohnya alat
terima radio yang tiada suara atau bunyi tidak kedengaran di speaker tetapi
penunjuk bekalan ada. Kita boleh mengagak bahagian mana yang rosak atau
tempat di mana kita perlu periksa dahulu. Disini kita boleh katakan bahawa
speaker atau penguat kuasa atau kawalan tone atau kawalan bahan (volume
control).

Jika litar skematik tidak ada, pilihan lain adalah dengan menyurih litar di
bahagian tersebut. Litar skematik adalah sangat penting untuk menunjukkan
nombor komponen dan sambungannya. Ini akan mempercepatkan proses
surihan litar atau mengesan kerosakan pada komponen.
Setelah kita tahu bahagian mana dan jenis kerosakan litar, kita harus
memikirkan apakah teknik yang harus kita lakukan. Mekanik yang
berpengalaman biasanya menggunakan teknik ringkas iaitu meneliti litar
skematik dan terus kepada simpton.

2.1.2.1 Surihan litar tercetak

Sebelum kita membincangkan tentang teknik mencari kerosakan, kita


seharusnya boleh membuat surihan papan litar tercetak. Ini adalah penting
kerana walaupun kita mempunyai litar skematik, kerja-kerja mencari
komponen adalah berasaskan surihan litar.

Beberapa peraturan harus ditentukan sebelum surihan litar dibuat:-

i. Tentukan punca masukan dan keluaran


ii. Tentukan punca bekalan dan bumi
iii. Tentukan nombor komponen

Surihan boleh dimulakan dari titik masukan. Jika sukar ditemui kerana lebih
dari satu masukan, kita boleh memulakan dari bahagian keluaran. Contohnya
pada litar di bawah

Rajah 2.2: Litar pesungan pugak sebuah TV


TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/4

Rajah 2.3: Litar pesongan pugak sebuah TV (sambungan)

Kita boleh mencari wayar yang disambung ke gelung pesongan di yoke TV


sebagai rujukan keluaran, kemudian sureh ke dalam sehingga bertemu dengan
litar penguat.

Jika litar mudah seperti penguat audio, pra-penguat, litar tone dan sebagainya,
surihan keseluruhan perlu. Oleh itu surihan dari punca bekalan kuasa juga
boleh dilakukan. Contohnya litar penguat suapbalik pada rajah 2.4 di bawah :

Rajah 2.4: Penguat suapbalik pada PCB


TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/5

Rajah 2.5: Litar penguat suapbalik

Nombor komponen pada papan litar tercetak, juga boleh menunjukkan


bahagian mana tempat permulaan litar, contohnya C1 danR1 adalah komponen
yang mula-mula dalam litar. Jika nombor besar, angka yang mula
menunjukkan bahagian yang sama. Contohnya C447 dan C440. Nombor yang
mempunyai nombor siri 4 adalah dari bahagian yang sama misalnya nombor
siri 400 adalah bahagian pugak dalam litar TV.

2.1.2.2 Suntikan Isyarat

Rajah 2.6: Blok penguat audio dalam TV

Apabila kita pastikan bahagian penguat kuasa keluaran rosak , kita tidak perlu
lagi membuat semakan di kawasan penerima RF dan IF. Teruskan dengan
menyemak kawasan penguat audio.

Untuk lebih dekat kepada tempat (bahagian) yang rosak, teknik surihan /
suntikan isyarat adalah cara yang tepat. Setengah mekanik menggunakan jari
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/6

atau pengalir sebagai penjana gelombang dan disuntik di bahagian yang


dijangka rosak. Cara ini kurang baik kerana isyarat mempunyai hingar dan
susah menentukan keluaran tanpa erutan

Untuk melakukan teknik surihan dan suntikan kita harus menyediakan alat-
alat penguji seperti osiloskop, penjana audio dan bekalan kuasa arus terus (a.t)
boleh ubah.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan teknik surihan


1. Tentukan bahagian-bahagian dalam kawasan penguat seperti dalam rajah
di bawah
2. Tentukan bekalan voltan pada nilai yang betul dan bekalkan kepada litar.
Perhatikan arus bekalan tidak menunjukkan arus lampau.
3. Tentukan keluaran penjana pada aras yang sesuai dan frekuensi 1kHz atau
400 Hz

Kemudian kita boleh mulakan dengan menyemak di bahagian keluaran iaitu


bermula dari speaker (jika ada) atau gunakan skop sebagai alat pengesan
keluaran

Rajah 2.7 : Rajah blok alat pengesan keluaran

1. Semak kefungsian speaker – boleh dibuta dengan menggunakan meter


ohm atau penjana isyarat

Rajah 2.8 : Gambarajah menguji pembesar suara (speaker)


2. Jika speaker berfungsi baik, suntikan boleh dimulakan dengan
memasukkan penguat kuasa (keluaran pemacu)
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/7

Rajah 2.9: Litar Penguat Tolak Tarik

3. Jika normal, alihkan prob penjana audio ke masukan pemacu iaitu sebelum
atau selepas C3. Perhatikan keluaran
4. Jika isyarat normal, kita boleh terus menyemak pada masukan litar tone.
Litar ini terdiri daripada litar penapis. Keluaran mungkin ada sedikit
susutan jika pelaras tone diubah. Jika litar ini rosak keluaran menjadi
rendah atau tone tidak boleh dilaras.

Rajah 2.10: Litar Pra Penguat

5. Jika litar ini normal. Suntikan isyarat ke masukan pra penguat boleh terus
dilakukan. Untuk mendapat keluaran tanpa erutan, level keluaran penjana
harus diturunkan kerana jika litar ini normal, isyarat keluaran jadi
maksimum. Titik uji boleh dikenakan selepas itu sebelum pemuat C5.
Perhatian perlu diambil bila menyelaras kawalan bahan kerana ia akan
memberi kesan kepada isyarat suntikan. Kerja-kerja surihan isyarat ini
sebenarnya cepat dan tidak perlu mengambil masa yang lama kerana jika
kita telah mengetahui atau kenalpasti kawasan-kawasan penguat yang
perlu diuji dalam litar cetak. Kita teruskan suntikan berulang kali adalah
lebih baik dan kita boleh membandingkan isyarat serta menganalisa.
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/8

Langkah-langkah ini boleh kita ringkaskan melalui carta aliran seperti di


rajah 2.11 di bawah

Mula

Tiada bunyi
Speaker
O.K
Tiada normal
Penguat kuasa Uji Voltan
keluaran

O.K

Tidak normal

Pemacu Uji Kerintangan


Dalam Litar
O.K

Tiada keluaran
Litar Tone
Baikpulih
O.K

Tidak normal
Pra penguat

Baik

Rajah 2.11: Rajah blok bagi carta mengesan kerosakan

2.1.3 Teknik Ukuran Voltan

Teknik mengukur voltan dibuat sesudah kita mengetahui bahagian kerosakan.


Voltan yang mula-mula sekali yang perlu diketahui ialah bekalan ke bahagian
tersebut. Contohnya seperti dalam litar rajah 10, bekalan +12V seharusnya ada di
sambungan R1 dan R3. Jika rendah atau tiada , ini bermakna bekalan tidak normal

Jika voltan bekalan normal, langkah-langkah seterusnya bersekitar pada


komponen aktif iaitu transistor Q1.
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/9

Rajah 2.12: contoh litar penguat

Untuk menganalisa voltan yang diukur, kita harus tahu voltan normal (tanpa
kerosakan ) litar tersebut. Sebagai contoh, litar di atas , voltan normal di

Pemungut C (Vc) = 5.5V


Tapak B ( VB) = 2.5V
Pengeluar E (VE) = 1.7V

Di sini kita boleh menganalisa kerosakan sekitar komponen sekitar dan jenis
kerosakan .Sila lihat contoh di bawah:

Contoh 1
Jika voltan C = 0.1V, komponen mana dan apakah jenis kerosakannya?
Jawapan : R3 terbuka (tiada bekalan sampai ke pemungut)

Contoh 2
Jika voltan C = 11.8V, apakah kerosakan yang berlaku?
Jawapan :
i. R1 terbuka atau
ii. CE Q1 terbuka atau
iii. R4 terbuka
Contoh 3
Jika voltan B 0.1V
Jawapan :
i. BE Q1 pintas atau
ii. R1 terbuka

Contoh 4
Jika voltan E = 0V
Jawapan :
i. C2 pintas atau
ii. E Q1 terbuka

Bagi bahagian litar sepadu sukatan voltan sangat penting jika bahagian ini
dijangka rosak kerana dalam litar sepadu tidak semestinya pintas atau terbuka.
Sebelum mengesaki kerosakan litar sepadu, jika voltan pada kakinya didapati tidak
normal, kita harus menyemak komponen-komponen pasif disekitarnya.
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/10

2.1.4 Mengukur Kerintangan dalam litar

Cara ini dibuat untuk komponen yang boleh ditentukan kerintangannya seperti
rintangan, diod, transistor dan sebagainya. Beberapa ketentuan harus diperhatikan
apabila membuat pengukuran kerintangan dalam litar.

2.1.4.1 Rintangan

Apabila mengukur nilai rintangan dalam litar tentukan tiada rintangan rendah,
aruhan dan pengubah dalam sambungan yang berkaitan. Untuk menentukan rintangan
terbuka, pastikan nilainya yang tercatit bermakna rintangan itu terbuka atau berubah
nilai tinggi. Ukuran sekurang-kurangnya dibuat dua kali iaitu dengan menukar-nukar
polarity.

2.1.4.2 Diod

Seperti juga rintangan ketentuan komponen berintangan rendah harus diperhatikan,


kemudian ukur pincang depan dan balikan. Sekiranya didapati bacaan seperti diod
biasa (di luar litar), maka diod itu boleh dianggap berkeadaan baik.

2.1.4.3 Transistor

Ukuran kerintangan transistor dibuat seperti mengukur di luar litar. Kita harus
menentukan jenis transistor sama ada NPN atau PNP, tiada komponen rintangan
bersambung di antara kaki. Jika pengukuran didapati normal bermakna transistor
berkeadaan baik.
Dalam transistor kuasa , masukan di tapak disuap oleh pengubah pacu, seperti
keluaran ufuk (TV), litar bekalan kuasa jenis pensuisan (switching power supply).
Dari rajah 11, jika mengukur kerintangan TR501 kita dapati rintangan antara tapak
dan pengeluar adalah rintangan rendah. Ketentuan boleh dibuat dengan hanya
mengukur kerintangan antara pemungut dan tapak sahaja.

Rajah 2.13: Litar keluaran ufuk


TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/11

2.1.5 Teknik mengesan cara fizikal

Mengesan cara fizikal melibatkan beberapa jenis deria yang kita gunakan, di
antaranya ialah deria pandang/lihat , dengar, hidu, dan rasa/sentuh.

a. Pandang
Apabila kawasan atau bahagian yang disyaki telah rosak diketahui, sebelum
membuat ujian-ujian lain, kita kesan dengan memerhatikan komponen atau papan
litar tercetak sekitar bahagian sama ada baik atau terbakar, longgar, patah dan
sebagainya. Contohnya : fius yang terputus boleh dilihat secara fizikal semasa
sesuatu alat dihidupkan, kita juga boleh memerhatikan jika ada kesan berasap,
‘sparkling’ atau terbakar.

b. Dengar dan Hidu


Kadang-kadang komponen yang terbakar atau ‘sparkling’ tidak dapat dilihat
dengan mata kasar, tetapi ia kedengaran atau terbau. Contohnya pengubah voltan
tinggi sering ada sparkling jika penebatnya retak tetapi tidak boleh kelihatan
hanya terdengar bunyi ‘hiss’ atau pengubah yang terlampau panas hanya
mengeluarkan bau hangit.

c. Rasa
Ini bukan bermakna kita harus kita harus merasakan gegaran atau operasi
komponen, kita boleh mengesan dengan rasa komponen yang lampau panas tetapi
pengesanan dibuat harus mengambil kira keselamatan. Misalnya komponen yang
hampir kepada voltan tinggi, voltan bekalan a.u, pemuat nilai besar bercas dan
sebagainya. Selain dari pandang, kita juga boleh menggunakan deria rasa untuk
mengetahui sama ada komponen yang terpatah, longgar pateri, tercabut, terputus
dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai