Anda di halaman 1dari 39

Tajuk 3

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengetahuan tentang kepentingan asas sains dalam pendidikan kesihatan, struktur dan fungsi anggota badan dan umur kematangan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menyatakan tentang kepentingan asas sains dalam pendidikan kesihatan 2. Menyatakan struktur dan fungsi anggota badan 3. Menjelaskan umur kematangan Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

Kepentingan asas sains dalam pendidikan kesihatan

Struktur dan fungsi anggota badan

Umur kematangan

KANDUNGAN

PENGENALAN Asas sains adalah penting dalam Pendidikan Kesihatan kerana ianya dapat membantu kita untuk mengenal pasti punca dan menangani masalah-masalah berkaitan dengan kesihatan. Terdapat empat aspek asas sains dalam Pendidikan Kesihatan iaitu aspek biologi, aspek sosiologi, aspek psikologi dan aspek fisiologi. Aspek biologi membantu kita untuk mengenal pasti fungsi sistem tubuh yang mempengaruhi tahap kesihatan individu manakala aspek sosiologi pula membantu kita untuk mengetahui aspek-aspek sosial yang mempengaruhi peranan dan tingkah laku kesihatan individu dan masyarakat. Aspek psikologi membantu kita memahami tingkah laku individu menangani masalah kesihatan dan aspek fisiologi pula membantu kita untuk memahami kesan dan fungsi sistem-sistem organik tubuh terhadap kesihatan individu. 3.1 KEPENTINGAN ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN Subtopik ini akan membincangkan kepentingan asas sains dalam pendidikan kesihatan yang menyentuh aspek biologi, sosiologi, psikologi dan fisiologi dengan lanjut. 3.1.1 Aspek Biologi Biologi didefinisikan sebagai sains yang mengkaji tenaga dan jirim yang berfungsi sebagai suatu sistem kehidupan (Nixon & Jewett, 1980). Ia adalah kelompok ilmu pengetahuan berkenaan organisma hidup. Organisma hidup berbeza daripada jirim organik berdasarkan kepada keupayaannya untuk terus berkembang. Dari aspek biologi, kehidupan didefinisikan mengikut beberapa ciri seperti:

1. 2. 3. 4.

Bertindak balas terhadap stimuli atau rangsangan Pergerakan Pengawalan Penghasilan semula

Secara ringkasnya organisma sentiasa berkembang daripada kebolehan dan keupayaan semula jadi kepada kesempurnaan kendiri. Manusia cenderung untuk berkembang, bekerjasama dan berikhtiar untuk hidup. Secara biologinya, manusia merupakan makhluk yang memerlukan sinar matahari, udara yang bersih, pemakanan yang seimbang, keselamatan dan tahap kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan yang lebih 2

sempurna dan sejahtera. Mereka memerlukan tahap perkembangan fizikal, mental dan sosial yang baik. Tahap kesihatan dan gaya hidup yang sihat adalah keperluan asas terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia. 3.1.2 Aspek Sosiologi Sosiologi adalah kajian tentang kumpulan sosial manusia yang meliputi keluarga, kumpulan agama, organisasi sosial, trend populasi, pendidikan, aspek ekonomi dan status kumpulan minoriti. Sosialisasi secara umumnya merujuk kepada proses yang digunakan oleh kumpulan atau masyarakat untuk menyalurkan perkembangan individu ke dalam tingkah laku personal dan sosial yang diterima bagi memenuhi peranan sebagai ahli dalam kumpulan sosial tersebut (Nixon & Jewett, 1980).

Peranan sosial seseorang individu merupakan unit asas kepada sosialisasi. Melalui peranan-peranan sosial ini, tugasan serta tanggungjawab diagihkan kepada individu atau kumpulan dalam masyarakat.

Setiap individu akan memainkan peranannya dalam situasi dan bentuk yang berbeza berdasarkan kehendak dan norma-norma yang telah ditetapkan dalam masyarakat. Pendidikan kesihatan menyediakan situasi pembelajaran khusus kepada individu, keluarga dan masyarakat bagi memainkan peranan mereka terhadap mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka. Dalam pendidikan kesihatan, sosiologi berperanan untuk mengkaji: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Peranan yang dimainkan oleh pendidikan kesihatan di dalam masyarakat; Kecenderungan pendidikan kesihatan terhadap kelas-kelas sosial; Nilai dan tingkah laku yang diperteguhkan melalui pendidikan kesihatan; Perkaitan antara pendidikan kesihatan dengan pencapaian akademik; Sosialisasi melalui pendidikan kesihatan; Peningkatan mobiliti sosial melalui pendidikan kesihatan; Perkaitan amalan dan gaya hidup sihat terhadap budaya dan ekonomi masyarakat dan perkembangan sosial melalui pendidikan kesihatan.

3.1.3 Aspek Psikologi Psikologi adalah bidang ilmu sains tingkah laku yang mengkaji tingkah laku manusia. Tumpuan utamanya adalah untuk mengkaji dan melihat:

1. 2. 3.

Proses-proses organik yang mengawal aktiviti manusia dan haiwan; Pola pertumbuhan dan perkembangan manusia; Cara mana manusia merasai persekitaran dalaman dan luaran mereka melalui sistem saraf;

4. 5. 6. 7. 8.

Cara mana manusia belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah; Tindak balas motivasi dan emosi manusia; Perkembangan dan perbezaan individu; Cara mana manusia menangani stres, konflik dan kekecewaan; dan Cara mana manusia berhubung sesama mereka dalam kumpulan. Aspek psikologi dalam pendidikan kesihatan adalah bidang yang cuba untuk

mengaplikasikan

fakta-fakta

dan

prinsip-prinsip

psikologi

terhadap

pendidikan,

pengamalan dan segala tingkah laku yang berkaitan dengan kesihatan. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang (sila rujuk Jadual 3.1). Jadual 3.1: Ciri-ciri Psikologi Sihat Seseorang Individu Ciri-ciri Psikologi

Penerangan Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak

Merasa senang terhadap dirinya

diselubungi oleh rasa takut, marah, cemburu, bersalah dan risau. Mereka percaya terhadap kebolehan kendiri, menerima kegagalan hidup sebagai cabaran, mengekalkan kehormatan kendiri dan menerima kekurangan diri. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang berasa

Merasa selesa dengan orang lain

puas dengan tahap hubungannya dengan orang lain. Mereka merupakan individu yang boleh memberi kasih sayang, bertimbang rasa, menghormati perbezaan yang wujud dan berasa

bertangungjawab terhadap orang lain.

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang cuba Berupaya menangani kehendak dan cabaran hidup menyelesaikan sebarang masalah yang timbul, menerima

tanggungjawab serta merancang masa depan. Mereka bersikap realistik dan mampu membuat keputusan sendiri. Mereka akan menggunakan keupayaan serta kebolehan semula jadi untuk

mengawal persekitaran mereka dan cuba menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran tersebut. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengenal

Mengawal ketegangan dan kebimbangan

pasti punca dan simptom ketegangan dan kebimbangan dalam hidup mereka. Mereka secara sedar mengelakkan diri mereka daripada tanggapan yang salah dan tidak menyalahkan orang lain atas masalah yang mereka hadapi.

Mengawal kebencian dan rasa bersalah Mengekalkan penampilan yang mengembirakan

Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui dan berusaha untuk menentang kecenderungan mereka terhadap perasaan benci, marah, mementingkan diri dan rasa bersalah. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang cuba untuk menempuh kehidupan seharian dengan pendekatan yang menyeronokkan dan mengembirakan. Mereka percaya bahawa hidup ini adalah satu anugerah. Mereka melihat masa hadapan dengan pandangan yang positif. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang mengakui

Memperkayakan bahawa terdapat orang lain yang lebih memerlukan bantuan kehidupan orang lain berbanding diri mereka. Mereka bertindak untuk meringankan beban yang ditanggung oleh orang lain dengan memberikan bantuan yang terdaya oleh mereka. Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang tidak Menghargai kepelbagaian takut akan perbezaan yang ada pada diri mereka berbanding orang lain. Mereka tidak berasa terancam oleh perbezaan bangsa, jantina, agama dan status. Menghargai persekitaran semula jadi Individu yang secara psikologinya sihat adalah individu yang menghormati keindahan alam semula jadi. Mereka menggunakan masa untuk menikmati persekitaran dan punyai kesedaran terhadap pentingnya mengekalkan keindahan persekitaran alam semula jadi.

Bagi mencapai tahap psikologi yang sihat melibatkan beberapa proses yang kompleks. Antara proses-proses tersebut adalah:

1.

Peranan yang dimainkan oleh mental, emosi dan spiritual terhadap kesihatan dan kesejahteraan hidup.

2. 3.

Faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan psikologi. Bagaimana keputusan yang dibuat hari ini memberi kesan terhadap kesihatan psikologi akan dating dan bagaimana individu mempertahankan diri daripada pelbagai masalah.

3.1.4 Aspek Fisiologi Fisiologi merujuk kepada kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh manusia (Nixon & Jewett, 1980). Dalam pendidikan kesihatan, aspek fisiologi membantu kita untuk mengetahui sejauh mana sistem-sistem organik tubuh memberi kesan terhadap kesihatan dan kecergasan seseorang individu. Antara sistem-sistem tubuh yang memberi impak terhadap tahap kesihatan dan kecergasan tubuh kita adalah: 1. 2. 3. 4. Sistem pergerakan dan perlindungan badan Sistem bekalan tenaga dan perkumuhan Sistem kardiovaskular Sistem deria, koordinasi dan keseimbangan; danSistem pembiakan

Pengetahuan tentang aspek fisiologi juga dapat membantu kita mengenal pasti kesan yang dihasilkan oleh sistem-sistem organik tubuh terhadap: a. b. c. d. e. f. g. Pekerjaan seharian Pemakanan Kedewasaan dan ketuaan Penggunaan ubatan, dadah, arak dan rokok Perbezaan jantina Ketidakupayaan fizikal dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya dan Ketegangan dan kebimbangan.

3.2 STRUKTUR DAN FUNGSI ANGGOTA BADAN Tubuh manusia merupakan mekanisma yang unik. Ia mempunyai sistem yang saling berkait yang membenarkan segala keperluan hidup manusia seperti air dan makanan disalurkan, diangkut ke semua bahagian tubuh dan dicernakan. Kesemua fungsi ini dilakukan melalui sistem-sistem tubuh yang berfungsi dengan cekap dan sistematik. Ketidakselarian dan kegagalan salah satu sistem ini berfungsi akan menjejaskan fungsi tubuh dan kesihatan individu. Terdapat 11 sistem yang akan dibincangkan dalam subtopik ini, sila rujuk Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Sistem organ 3.2.1 Sistem Integumentari Kulit, kuku, rambut, kelenjar dan beberapa tisu penerima yang khusus membentuk system integumentari. Antara organ yang paling utama dan bertindak melindungi tubuh dalam sistem ini adalah kulit. Kulit berfungsi untuk, sila rujuk Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Fungsi Kulit Fungsi Kulit Mengawal suhu tubuh Perlindungan Penerimaan stimuli atau rangsangan Perkumuhan Penerangan Peluh dan perubahan aliran darah pada kulit membantu kulit untuk mengawal suhu tubuh. Kulit menyediakan halangan fizikal menentang kelecetan, kemasukan organisma mikro, dihidrasi dan radiasi sinaran ultra kepada tubuh. Kulit berfungsi sebagai penerima stimuli atau rangsangan daripada luar tubuh seperti, perubahan suhu dan cuaca, tekanan, kesakitan dan sentuhan. Sejumlah kecil air, garam dan beberapa sebatian organik dikumuh keluar dari tubuh oleh kelenjar peluh melalui kulit. Dedahan kulit terhadap sinar ultra membantu kulit untuk mensintesis Sintesis Vitamin D Vitamin D. Vitamin D adalah sebatian yang membantu penyerapan kalsium dan fosforus oleh tubuh.

Imuniti

Sel tertentu pada kulit berfungsi membantu tubuh menghasilkan antibodi.

Kecelaruan dan kegagalan sistem integumentari akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem integumentari ini adalah, sila rujuk Jadual 3.3. Jadual 3.3: Fungsi Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Integumentari Fungsi Kulit Penerangan Ianya berlaku akibat daripada tisu-tisu kulit yang terdedah kepada Terbakar kepanasan yang terlampau, elektrik, radiasi, dedahan kulit terhadap bahanbahan kimia yang merosakkan protein dalam sel. Jerawat berlaku apabila minyak yang dikeluarkan oleh kelenjar mengalami keradangan. Systemic Lupus Erythematosus merupakan penyakit keradangan kulit Systemic lupus erythematosus yang berlaku kepada kaum wanita di tahuntahun awal peringkat pertumbuhan manusia. Ianya adalah penyakit di mana tubuh menyerang tisu-tisunya sendiri.

Jerawat

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik. Ianya adalah penyakit kulit Psoriasis yang sering berlaku pada tengkorak, siku, lutut, belakang tubuh dan punggung. Penyakit kulit ini tidak berjangkit. Ulcer Decubitus adalah penyakit kulit yang berlaku akibat daripada Ulcer decubitus kekurangan bekalan darah yang berterusan ke tisu disebabkan tubuh mengalami tekanan yang terlalu lama pada sesuatu objek seperti katil dan balutan. Dedahan yang terlalu lama kepada sinar matahari boleh

Kanser kulit

menyebabkan kanser kulit.

Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi organ ini, beberapa langkah pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah: Melakukan Senaman.Semasa bersenam, tubuh akan mengalirkan darah ke kulit bagi membantu kulit mengeluarkan lebihan haba yang dihasilkan melalui penguncupan otot. Pengaliran darah yang meningkat ini menyediakan bekalan nutrien ke kulit dan merembeskan bahan-bahan kumuh. 2. Melindungi Kulit daripada Dedahan Sinar Matahari.Melindungi kulit daripada dedahan sinar matahari akan membantu kulit untuk mencegah mengalami kanser kulit. Bagi melindungi kulit daripada dedahan sinar matahari, penggunaan krim pencegah sinar matahari (sun block) adalah digalakkan. Topi dan kain boleh digunakan bagi melindungi kulit daripada terlalu terdedah pada sinar matahari. Penjagaan Kesihatan KulitMengamalkan pemakanan yang seimbang dan penjagaan kebersihan kulit boleh membantu kita mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kulit. 3.2.2 Sistem Rangka Rangka tulang dan rawan yang melindungi organ-organ tubuh dan membantu pergerakan manusia dikenali sebagai sistem rangka. Sistem rangka mempunyai fungsinya yang khusus. Antara fungsi sistem rangka adalah, sila rujuk Jadual 3.4.

1.

Jadual 3.4: Fungsi Rangka Fungsi Kulit Penerangan Tulang menyediakan kerangka kepada tubuh dan berfungsi untuk Sokongan menyokong tisu-tisu lembut serta menyediakan tempat lekatan otot rangka. Organ dalaman dilindungi daripada mendapat kecederaan oleh rangka Perlindungan tubuh. Sebagai contoh otak dilindungi oleh tulang kranial manakala paruparu dan jantung dilindungi oleh tulang-tulang rusuk. Pergerakan Penyimpanan mineral Penyimpanan sel darah dan Otot rangka melekat pada rangka tulang. Apabila otot menguncup, ia menarik tulang dan menghasilkan pergerakan. Tulang menyimpan pelbagai mineral terutama sekali kalsium, fosforus yang bakal disalurkan ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh. Dalam tulang-tulang tertentu, tisu-tisu perantara yang dikenali sebagai sum-sum tulang akan menghasilkan sel-sel darah. Proses ini dikenali

penghasilan sel- sebagai hemopoiesis. Sum-sum tulang juga berfungsi untuk membina sel Penyimpanan tenaga dan membentuk tulang. Lipid yang disimpan di dalam sum-sum tulang yang berwarna kuning adalah sumber penting kepada tenaga kimia dalam tubuh.

Kecelaruan

dan

kegagalan

sistem

rangka

akan

menjejaskan

kesihatan

serta

menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem rangka adalah, sila rujuk Rajah 3.2.

10

Rajah 3.2: Kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem rangka Osteoporosis merupakan kecelaruan yang dikaitkan dengan kekurangan estrogens dalam tubuh. Pada usia tua, tubuh lelaki dan wanita kurang menghasilkan hormon estrogen. Hormon estrogen merupakan tisu yang merangsang tisu tulang ( osteoblasts) untuk menghasil dan membina tulang baru. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan osteoblasts kurang aktif serta menyebabkan jisim tulang menjadi kurang. Jisim tulang yang kurang pula akan menyebabkan tulang menjadi reput dan patah akibat tidak dapat menampung berat dan tugasan aktiviti harian. Antara faktor penyebab berlakunya osteoporosis ini adalah: a. Bentuk tubuh.Wanita yang bertubuh pendek adalah golongan yang paling berisiko kerana mempunyai jumlah jisim tulang yang kurang. b. Berat tubuh.Wanita yang kurus merupakan golongan yang paling berisiko kerana kurangnya tisu-tisu adipose yang mana merupakan sumber utama penghasilan hormon estrogen dalam tubuh. c. d. e. f. Tabiat merokok.Merokok akan menjejaskan tahap estrogen di dalam darah. Kekurangan kalsium Kekurangan vitamin D Kekurangan aktiviti senaman.Kurang melakukan senaman akan menyebabkan kehilangan jisim dan kekuatan tulang. g. Penyalahgunaan dadah.Menopause pramatang

11

Rikets. Riket adalah sindrom kekurangan vitamin D di kalangan kanak-kanak. Kekurangan ini akan menyebabkan tubuh tidak mampu menyerap kalsium dan fosforus. Apabila ini berlaku tulang tidak lagi mampu menampung berat badan dan menyebabkan tulang kaki menjadi bengkok dan badan menjadi bongkok. Penyakit Paget's.Penyakit Pagets merupakan penyakit yang dihadapi oleh individu disebabkan oleh ketebalan dan kelembutan tulang luar biasa terutama sekali pada tulangtulang kepala dan pelvis. Scoliosis.Scoliosis merupakan kebengkokan tulang vertebral, lazimnya pada bahagian thoracic. Kyphosis.Kyphosis merupakan kebongkokkan yang berlaku pada tulang verterbral. Lordosis.Lordosis merupakan kebengkokkan tulang verterbral pada bahagian lumbar. Bagi menangani masalah kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem rangka ini, beberapa langkah pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan. Antaranya ialah: i. ii. iii. iv. Terapi Penggantian Estrogen (Estrogen Replacement Theraphy) Pengambilan Kalsium Tambahan Latihan Bebanan Rawatan Fisioterapi dan berhenti daripada tabiat merokok.

3.2.3 Sistem Otot Terdapat empat prinsip penting tisu otot yang perlu dikenal pasti sebelum kita memahami fungsi sistem otot. Empat prinsip tersebut adalah, sila rujuk Jadual 3.5.

Jadual 3.5: Prinsip-prinsip Tisu Otot Prinsip-prinsip Mudah terangsang Penguncupan Keregangan Elastik/Anjal Penerangan Tisu otot berkeupayaan untuk mudah terangsang dan menerima rangsangan. Tisu otot berkeupayaan untuk memendek, memanjang atau menguncup. Tisu otot berkeupayaan untuk meregang atau mengembang. Tisu otot berkeupayaan untuk kembali semula kepada bentuk asal selepas berlakunya penguncupan atau keregangan otot. 12

Melalui penguncupan, otot berfungsi untuk, sila rujuk Jadual 3.6. Jadual 3.6: Fungsi Otot ketika Penguncupan Fungsi Pergerakan Penerangan Penguncupan otot membantu menghasilkan pergerakan tubuh seperti berjalan, berlari, melompat dan pelbagai aktiviti pergerakan yang lain. Mengekalkan postur atau Penguncupan otot membantu tubuh untuk mengekalkan bentuk dan posisi tubuh. Penguncupan otot membantu tubuh untuk menghasilkan haba dan seterusnya membantu tubuh untuk mengekalkan suhu tubuh yang normal. Sejumlah 85 peratus keseluruhan suhu badan dijanakan melalui penguncupan otot.

bentuk tubuh Penghasilan haba

Kecelaruan dan kegagalan sistem otot akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem otot adalah, sila rujuk Jadual 3.7. Jadual 3.7: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Otot Kesan-kesan Penerangan Fibrosis merupakan pembentukan ketulan daging (fibrous) tisu perantara Fibrosis di lokasi di mana tisu atau ketulan daging tersebut tidak sepatutnya berada. Fibromyalgia Distropi otot (Muscular Dystrophies) Myasthenia Gravis Myasthenia Penguncupan Otot yang tidak normal Fibromyalgia merujuk kepada kesakitan, kelembutan, kekenyalan otot, tendon dan tisu-tisu lembut yang dialami oleh individu. Distropi otot adalah penyakit yang memusnahkan otot. Ia mengakibatkan otot secara progresif menjadi kecut dan musnah. Gravis merupakan kelemahan otot yang berpunca daripada kecelaruan saraf neuromaskular yang menghalang fiber otot daripada menguncup. Ianya disebabkan oleh antibodi yang mengikat saraf penerima dan menghalang lekatan Ach Penguncupan otot yang tidak normal berlaku apabila saraf tidak dapat mengawal penguncupan dan keregangan otot.

13

Lumpuh berlaku apabila otot tidak mampu untuk mengawal atau Lumpuh kehilangan fungsi untuk menguncup dan meregang akibat daripada kerosakan saraf.

Senaman yang kerap dan berterusan membantu kita untuk mencegah penyakit dan kecelaruan otot. Senaman aerobik contohnya dapat meningkatkan penghantaran oksigen dan penghasilan sistem tenaga. Ianya akan meningkatkan isipadu darah yang merupakan bekalan tenaga kepada otot untuk berfungsi dengan berkesan. Senaman dapat meningkatkan isipadu dan jumlah mitokondria yang berfungsi sebagai sumber tenaga dalam otot rangka. Latihan bebanan pula membantu individu untuk meningkatkan kekuatan dan saiz otot. 3.2.4 Sistem Penghadaman Makanan merupakan keperluan yang amat penting kepada tubuh kerana ianya merupakan sumber tenaga yang mendorong kepada reaksi tindak balas kimia yang wujud pada setiap sel dalam tubuh. Tenaga diperlukan untuk otot menghasilkan penguncupan otot, pengaliran impuls saraf, aktiviti-aktiviti rembesan dan penyerapan kebanyakkan sel dalam tubuh. Pemecahan molekulmolekul makanan bagi digunakan oleh sel-sel tubuh dinamakan penghadaman. Organ-organ tubuh yang melakukan proses ini dalam tubuh digabungkan dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem penghadaman. Organorgan yang terlibat dalam sistem penghadaman ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: 1. Saluran Gastrointestinal.Organ-organ dalam kelompok saluran ini terdiri daripada: i. ii. iii. iv. v. vi. Mulut Faring Esofagus Perut Usus kecil Usus besar

14

2. Struktur Aksessori.Organ-organ dalam kelompok struktur ini terdiri daripada: i. ii. iii. iv. v. vi. Gigi Lidah Kelenjar Savilari Hempedu Pundi Hempedu Pankreas

Proses-proses yang terlibat dalam sistem penghadaman terdiri daripada, sila rujuk Jadual 3.8. Jadual 3.8: Proses-proses dalam Sistem Penghadaman Proses-proses Pengambilan makanan Pergerakan makanan Penghadaman Penerangan Proses ini adalah proses mengambil makanan ke dalam tubuh (makan). Proses ini adalah proses perjalanan makanan di sepanjang saluran Gastrointestinal. Proses ini adalah proses pemecahan makanan melalui mekanisma mekanikal dan mekanisma kimia. Proses ini adalah proses perjalanan makanan yang dihadam daripada Penyerapan saluran Gastrointestinal ke sistem kardiovaskular dan sistem limfatik untuk diagihkan ke sel-sel lain dalam tubuh. Proses ini adalah proses di mana bahan-bahan yang tidak dapat Pencernaan dihadamkan dikeluarkan atau dibuang keluar daripada saluran Gastrointestinal.

Terdapat dua jenis penghadaman yang berlaku dalam sistem penghadaman iaitu: Penghadaman Kimia Ia adalah siri reaksi kimia yang memecahkan molekul karbohidrat, lipid dan protein yang kompleks yang dimakan kepada molekulmolekul yang lebih kecil.

1.

15

2.

Penghadaman

MekanikalPenghadaman

mekanikal

meliputi

pelbagai

pergerakan yang membantu penghadaman kimia. Makanan dihancurkan oleh gigi sebelum ianya dapat ditelan. Otot-otot perut dan usus kecil mencairkan makanan supaya ianya dapat bercampur dengan enzim-enzim sepenuhnya yang akan menghadamkan makanan tersebut. Kecelaruan dan kegagalan sistem penghadaman akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem penghadaman ini adalah: Karies Gigi bermula apabila bakteria (tindak balas gula) menghasilkan asid yang menghakis enamel gigi. Makanan sukar untuk dihadamkan kerana gigi tidak dapat mengunyah dan menghancurkan makanan tersebut. Gigi yang terhakis akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada pesakit. 2. Ulser PeptikUlser yang terbentuk di saluran Gastrointestinal mendedahkan saluran tersebut kepada jus berasid yang dikenali sebagai ulser peptik. Ia menyebabkan individu mengalami kesakitan yang amat sangat pada perut. 3. AppendicitisIa adalah jangkitan atau kecederaan yang berlaku kepada appendix. 4. TumorTumor atau ketumbuhan boleh berlaku di mana-mana bahagian saluran Gastrointestinal. Pengambilan lemak dan protein yang berlebihan mungkin akan menambah risiko terjadinya ketumbuhan ini. HepatitisHepatitis adalah jangkitan yang berlaku terhadap hempedu yang berpunca daripada virus, bahan kimia, pengambilan dadah dan alkohol. Jadual 3.9 menyatakan tiga jenis hepatitis. Jadual 3.9: Jenis-jenis Hepatitis Jenis-jenis Penerangan Ianya berpunca daripada jangkitan virus Hepatitis A yang disebarkan Hepatitis A melalui makanan, pakaian, peralatan, makanan dan permainan yang tercemar. Ianya berpunca daripada jangkitan virus Hepatitis B yang disebarkan Hepatitis B melalui peralatan perubatan (picagari) yang telah tercemar. Ia juga boleh disebarkan melalui rembesan cecair badan (air mata, ludah). Hepatitis B 16

1.

boleh menyebabkan jangkitan yang kronik pada hempedu. Bukan A dan Bukan B Ia dalah bentuk hepatitis yang tidak dapat dikenal pasti sama ada dijangkiti oleh virus Hepatitis A atau Hepatitis B. Secara klinikalnya ia seakan-akan Hepatitis B dan lazimnya disebarkan melalui pemindahan darah. Ia boleh mengakibatkan kanser hempedu.

5.

Batu KarangLebihan kolesterol atau butir-butir garam di dalam pundi kencing akan menyebabkan terbentuknya karang di dalam pundi tersebut. Bentuk atau saiz karang yang lebih besar akan menyebabkan ganguan dan kesakitan kepada pesakit semasa hendak membuang air kecil.

6.

Anorexia NervosaAnorexia Nervosa adalah kecelaruan psikologi pesakit berkenaan imej tubuh dan berat badan. Pesakit biasanya sentiasa tidak berpuas hati dengan imej dan berat badannya dan bertindak untuk mengeluarkan kembali makanan yang telah dimakan.

Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat serta seimbang boleh membantu kita menangani kecelaruan dan permasalahan berkaitan dengan sistem penghadaman ini. Senaman, rehat yang mencukupi serta nasihat pakar pemakanan adalah sangat berguna bagi membantu kita mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang seimbang dan sihat.

Setiap aktiviti dan pergerakan tubuh kita memerlukan tenaga. Jumlah bekalan tenaga yang diperlukan oleh tubuh bergantung kepada had atau intensiti pergerakan yang kita lakukan. Sebagai contoh aktiviti berlari, melompat dan melontar merupakan aktiviti tangkas yang memerlukan penghasilan relatif tenaga yang banyak dalam jangka waktu yang singkat. Aktiviti jarak jauh seperti merentas desa, berenang dan berbasikal pula merupakan aktiviti jarak jauh yang memerlukan relatif tenaga yang rendah dalam jangka waktu yang lama. Kesemua keperluan tenaga ini mampu dibekalkan oleh tubuh melalui tiga jenis sistem tenaga, sila rujuk Rajah 3.3.

17

Rajah 3.3: Tiga jenis sistem tenaga Sistem Tenaga Phosphagen (ATP-PCr)Sistem tenaga tubuh yang paling mudah adalah sistem tenaga ATP-PCr. PCr singkatan bagi 'phosphocreatine' merupakan sebatian tenaga yang kaya dengan 'phosphate'. Ianya disimpan di dalam sel-sel otot dan apabila ianya dipecahkan ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang banyak. Tenaga yang dihasilkan oleh PCr ini tidak digunakan secara langsung oleh sel-sel tubuh malah ia menghasilkan semula ATP (Adenosine Triphosphate) bagi mengekalkan bekalan tenaga relatif yang tetap.Tenaga yang dihasilkan daripada PCr ini diselenggarakan oleh enzim CK (Creatine Kinase) yang bertindak ke atas PCr bagi memecahkan P (Phosphate) daripada 'creatine'. Tenaga yang dihasilkan kemudiannya digunakan terhadap P menjadi molekul ADP (Adenosine Diphosphate). Proses pemecahan tenaga ini ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

Rajah 3.4: Mengekalkan tahap ATP daripada sumber tenaga yang disimpan di PCrMelalui sistem ini, tenaga dihasilkan daripada ATP dengan pemisahan sebatian 'phosphate' (P). Sel tubuh akan menghalang pengurangan ATP dengan mengurangkan PCr bagi menghasilkan tenaga daripada ATP.Proses pemecahan dan penghasilan tenaga ini berlaku sangat pantas dan dapat mencapai matlamatnya tanpa struktur khusus dalam sel tubuh. Sistem tenaga ATP-PCr ini tidak memerlukan oksigen dan dikenali juga sebagai Anaerobik.Semasa saat awal individu melakukan aktiviti yang intensif seperti berlari pecut, ATP dikekalkan pada tahap yang tetap manakala tahap PCr dikurangkan secara beransur-ansur bagi menggantikan kekurangan ATP. Semasa otot mengalami 18

keletihan, kandungan ATP dan PCr adalah rendah dan tidak berupaya lagi untuk menghasilkan tenaga bagi penguncupan dan relaksasi otot. Keupayaan tubuh untuk mengekalkan tahap ATP bersama dengan sumber tenaga daripada PCr adalah terhad. Tubuh hanya mampu untuk mengekalkan keperluan tenaga kepada otot selama 3 hingga 15 saat sahaja. Melepasi tahap tersebut, sel-sel otot perlu bergantung kepada sumber tenaga yang lain iaitu sistem tenaga Asid Laktik dan sistem tenaga Aerobik. Sistem Tenaga Asid Laktik. Satu lagi sistem tenaga yang dipunyai oleh tubuh adalah sistem tenaga asid laktik. Sistem tenaga ini melibatkan pemecahan (lysis) glukos. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem Glikolitik kerana ianya melibatkan proses Glikolisis di mana glukos dipecahkan oleh enzim yang khusus dikenali sebagai enzim glikolitik.Glukos meliputi 99 % kandungan gula di dalam darah. Gula dalam darah ini datangnya daripada pencernaan karbohidrat dan juga melalui pemecahan glikogen. Glikogen dipecahkan daripada glukos melalui proses yang dikenali sebagai Glikogenesis. Ianya disimpan di dalam hempedu atau di dalam otot sehingga ianya diperlukan. Bila diperlukan, glikogen dipecahkan menjadi Glukos-1-Phosphate melalui proses yang dikenali sebagai Glikogenolisis.Sebelum glukos atau glikogen dapat digunakan bagi menjana tenaga, ianya perlu ditukarkan menjadi sebatian yang dikenali sebagai Glukos-6Phosphate Penukaran molekul glukos ini memerlukan satu molikul ATP. Proses glikolisis akan bermula apabila Glukos-6-Phosphate dibentuk. Proses glikolisis menghasilkan asid piruvik. Proses ini tidak memerlukan kehadiran oksigen. Proses glikolisis ini memerlukan reaksi 12 enzim bagi memecahkan glikogen kepada asid laktik. Hasil daripada pemecahan ini juga adalah penghasilan 3 mol ATP. Secara ringkas proses glikolisis ditunjukkan dalam Rajah 3.5.Sistem tenaga asid laktik ini tidak banyak menghasilkan ATP. Di sebalik limitasi ini, tindakan bersama sistem tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik membenarkan otot menjana kuasanya walaupun bekalan oksigen ke otot adalah terhad. Kedua-dua sistem tenaga ini mendominasikan bekalan tenaga tubuh di awal-awal senaman, latihan atau aktiviti yang intensif.Satu lagi kekurangan utama sistem tenaga asid laktik ini adalah pengumpulan asid laktik di dalam otot dan cecair tubuh. Keasidan fiberfiber otot ini menghalang pemecahan glikogen dan mengurangkan keupayaan ikatan kalsium di otot dan seterusnya menghalang penguncupan otot.

19

Rajah 3.5: Proses glikolisis Sistem Tenaga AerobikSistem tenaga aerobik merupakan sistem tenaga yang lebih kompleks berbanding sistem tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik. Oleh kerana sistem ini menggunakan oksigen dalam proses menjana tenaga maka sistem ini dikenali sebagai sistem aerobik. Sistem tenaga aerobik melibatkan tiga proses iaitu: a. Glikolisis b. Kitaran Krebs c. Rantaian Pengangkutan Elektron Secara ringkas keseluruhan proses ini ditunjukkan dalam Rajah 3.6. a. Glikolisis.Dalam proses metabolisma karbohidrat, glikolisis memainkan peranan yang penting dalam penghasilan aerobik dan anaerobik ATP. Kehadiran oksigen di dalam proses ini menentukan penghasilan asid piruvik dan asid piruvik ditukarkan menjadi 'Acetyl Conenzyme (Acetyl CoA) manakala tanpa kehadiran oksigen dalam proses ini menghasilkan asid laktik dan hanya 3 molikul ATP.

20

b.

Kitaran Krebs.Apabila acetyl CoA memasuki kitaran Krebs, siri reaksi kimia yang kompleks berlaku mengoksidasikan acetyl CoA. Di akhir kitaran Krebs, 2 molikul ATP, oksigen (O2) dan karbon dioksida (Co2) dihasilkan. Karbon dioksida akan dikeluarkan daripada sel dan diangkut melalui darah ke paruparu untuk dikeluarkan daripada tubuh.

Rantaian Pengangkutan Elektron Semasa proses glikolisis, hidrogen (H2) dilepaskan sebagai glukos dan dimetaboliskan menjadi asid piruvik. Lebih banyak hidrogen dilepaskan semasa proses kitaran Krebs. Hidrogen yang dilepaskan daripada proses glikolisis dan kitaran Krebs akan bercantum dengan dua koenzim, NAD (Nicotinamide Adenine Dinucleotide) dan FAD (Flavin Adenine Dinucleotide). Koenzim-koenzim ini akan membawa atom-atom hidrogen kepada rantaian pengangkutan elektron di mana ianya akan dipisahkan menjadi elektron dan proton. Pada akhir rantaian ini, H+ akan bercantum dengan oksigen (O2) bagi membentuk air (H2O) seterusnya menghalang keasidan. Elektronelektron yang dipisahkan daripada Hidrogen akan melalui siri reaksi rantaian pengangkutan elektron dan seterusnya menghasilkan tenaga untuk phospholirasi ADP bagi menghasilkan ATP.

Rajah 3.6: Proses oksidasi karbohidrat 21

3.2.5 Sistem Saraf Sistem saraf terdiri daripada otak, tulang belakang dan saraf-saraf. Jadual 3.10 menyatakan fungsi utama sistem saraf. Jadual 3.10: Fungsi Sistem Saraf Fungsi Menerima maklumat Menyatukan dan memproses maklumat Mengawalatur otot dan kelenjar Mengawalatur aktiviti otak Penerangan Deria-deria seperti rasa, bau, melihat, sentuh, sakit dan mendengar akan menghantar maklumat kepada sistem saraf. Otak dan tulang belakang akan menyatukan serta memproses maklumat yang diterima. Melalui maklumat tersebut, otak akan menghasilkan input supaya anggota badan yang lain bertindakbalas. Otot-otot menguncup apabila dirangsang oleh sistem saraf. Ini menunjukkan sistem saraf amat penting dalam pergerakkan manusia. Selain itu, ia juga mengawalatur otot jantung, otot lembut dan kelenjar. Segala aktiviti memori, tahap kesedaran dan berfikir dikawal oleh otak. Sistem saraf memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi Mengimbangi homeostasis homeostasis dalam badan. Otak dan saraf tunjang akan menerima, memproses serta bertindakbalas terhadap perubahan yang berlaku sama ada di dalam atau di luar badan bagi mengimbangi keseimbangan badan.

Sensasi merujuk kepada keadaan kesedaran situasi dalaman atau luaran tubuh (Tortora, 1991). Bagi mewujudkan sensasi empat keadaan ini perlu dipenuhi:

1.

Stimulus atau perubahan persekitaran yang berupaya untuk memulakan impuls saraf perlu hadir.

2.

Penerima atau organ deria perlu menjejaki stimulus dan menukarkannya kepada impuls saraf. Organ deria adalah tisu saraf yang sensitif kepada stimuli luaran dan stimuli dalaman.

3.

Impuls perlu dialirkan di sepanjang laluan daripada penerima atau organ deria kepada otak.

4.

Satu bahagian di otak perlu menterjemahkan impuls saraf kepada sensasi.

22

Ciri-ciri Sensasi Ciri-ciri Sensasi terdiri daripada: Projeksi.Proses di mana otak merujuk Sensasi kepada titik atau tempat stimulasinya. 2. 3. Adaptasi.Adaptasi adalah pengurangan sensitiviti untuk meneruskan stimuli. Lepas.Imej Lepas imej adalah keadaan di mana Sensasi meneruskan fungsinya walaupun selepas stimulus diubah. Ianya adalah kebalikan daripada adaptasi. 4. Modaliti.Modaliti merujuk kepada ciri-ciri khusus tiap Sensasi yang

1.

membezakannya daripada jenis-jenis Sensasi yang lain. Sebagai contoh, impuls yang dijanakan di dalam mata diterjemahkan oleh lobus ocicpital sebagai penglihatan manakala impuls yang dijanakan daripada telinga diterjemahkan oleh lobus temporal sebagai pendengaran. Jenis-jenis Deria Deria dikategorikan kepada enam jenis. Jenis-jenis deria tersebut adalah, sila rujuk Rajah 3.7.

Rajah 3.7: Enam jenis deria

23

Mari kita bincang jenis-jenis tersebut satu persatu. 1. Cutaneous a. Sensasi 'cutaneous' terdiri daripada Sensasi 'tactile' (sentuhan, tekanan, getaran), Sensasi 'thermoreceptive' (haba) dan Sensasi kesakitan. Sensasi ini terletak di kulit, tisu-tisu perantara dan di akhiran saluran Gastrointestinal. b. Reseptor cutaneous mempunyai struktur yang ringkas. Ianya terdiri daripada dendrit saraf neuron yang mungkin atau tidak dilampirkan di dalam kapsul epithelial atau di tisu-tisu perantara. 2. Proprioceptive a. Kesedaran aktiviti-aktiviti otot, tendon, sendi dan keseimbangan adalah disumbangkan oleh deria proprioceptive ataupun deria kinestetik. b. Deria ini memberi maklumat kepada kita tentang darjah mana otot sepatutnya menguncup, jumlah ketegangan tendon, perubahan posisi sendi dan posisi kepala relatif kepada tanah sebagai maklum balas terhadap pergerakan (keseimbangan). c. Reseptor bagi deria ini terletak di dalam otot-otot rangka, tendon, sendisendi siovial dan di dalam telinga. 3. Olfactory a. Reseptor deria olfactory atau deria bau terletak di bahagian superior dan di tengah 'nasal conchae' tulang ethmoid serta di bahagian atas 'nasal septum'. b. Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel olfactory dan sel basal. c. Sel penyokong adalah sel-sel 'columnar epithelial' membren mukos hidung. Sel olfactory pula adalah neuron-neuron yang mana hujungnya mengandungi dendritdendrit yang tamat ke dalam silia yang dikenali sebagai rerambut atau bulu olfactory. Bulu-bulu ini akan bertindak terhadap bau di udara dan akan menstimulasi sel-sel olfactory. Sel-sel basal adalah sel yang akan menghasilkan sel-sel penyokong.

24

d. Kelenjar Bowman bertindak untuk menghasilkan mukos yang akan melembapkan permukaan dan melarutkan bahan-bahan bauan. 4. Gustatory a. Reseptor gustatory atau reseptor rasa ini terletak di bintil-bintil rasa lidah, lelangit mulut dan kerongkong. b. Reseptor ini terdiri daripada tiga jenis sel iaitu sel penyokong, sel gustatory dan sel basal. c. Sel penyokong merupakan sel khusus yang membentuk kapsul di dalam sel gustatory. Tiap sel gustatory mengandungi rerambut gustatory pada hujung bintil-bintil rasa. Sel gustatory ini berhubung dengan stimuli rasa melalui liang rasa. Sel basal pula terletak di hujung dan di bawah bintilbintil rasa. Sel-sel ini menghasilkan sel-sel penyokong dan sel-sel gustatory. 5. Visual a. Struktur aksessori mata termasuklah kening, bulu mata, kelopak mata dan peralatan 'lacrimal'. b. Mata dibentuk daripada tiga lapisan iaitu fibrous tunic (sclera dan kornea), vascular tunic (choroid, ciliary body dan iris) dan nervous tunic (retina). c. Fibrous tunic berfungsi untuk menyediakan bentuk dan perlindungan kepada bahagian dalam mata. Ia juga menerima dan membiaskan cahaya. d. Vascular tunic membekalkan darah dan menyerap cahaya. Ia juga berfungsi mengubahsuai bentuk lensa untuk penglihatan jarak dekat atau jarak jauh. Vascular tunic juga berfungsi untuk meregulasikan jumlah cahaya yang masuk ke dalam bebola mata. e. Nervous tunic berfungsi untuk menerima cahaya, menukar cahaya kepada impuls saraf dan menghantar impuls tersebut ke saraf optik (II). 6. Auditori dan keseimbangan a. Di samping bertindak sebagai reseptor untuk gelombang bunyi, telinga juga bertindak sebagai reseptor untuk keseimbangan. b. Telinga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu luar, tengah dan dalaman.

25

c. Bahagian luar telinga berfungsi untuk mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkan gelombang tersebut ke gegendang. d. Bahagian tengah telinga berfungsi untuk menseimbangkan tekanan di kedua-dua belah gegendang telinga. Ia juga berfungsi untuk menghantar gelombang bunyi daripada gegendang ke tingkap oval. e. Bahagian dalam telinga mempunyai reseptor keseimbangan statik (mascula), reseptor keseimbangan dinamik (cristae), cecair, terusan dan membren yang menghantar gelombang bunyi ke organ spiral. Organ spiral akan menjana impuls saraf dan menghantar impuls tersebut ke reranting koklea. Kecelaruan dan kegagalan sistem saraf akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem saraf adalah, sila rujuk Jadual 3.11. Jadual 3.11: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Saraf Kesan-kesan Encephalitis Parkinson Strok Penerangan Pembengkakkan otak disebabkan virus atau bakteria. Menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan mengeletar. Disebabkan pendarahan di dalam otak atau pun pembekuan darah pada salur darah di otak. Ia boleh menyebabkan lumpuh atau maut. Kerencatan otak disebabkan usia lanjut. Sel-sel otak akan hilang dan menyebabkan pesakit tidak dapat mengingat serta hilang ingatan. Berpunca daripada lebihan cetusan elektrik pada otak dan ia menyebabkan otot-otot mangsa menjadi kekejangan.

Alzheimer

Sawan

3.2.6 Sistem Kardiovaskular Jantung, salur darah dan darah membentuk sistem kardiovaskular manusia. Jadual 2.12 menyatakan beberapa fungsi sistem kardiovaskular yang perlu diketahui. Jadual 3.12: Fungsi Sistem Kardiovaskular Fungsi Mengepam darah Pengedaran Penerangan Otot-otot jantung akan mengecut bagi menghantar darah keseluruh anggota badan melalui salur darah. Jantung akan memisahkan darah yang beroksigen dan tidak

26

darah Memastikan peredaran darah sehala Mengawalatur peredaran darah

beroksigen daripada peredaran sistemik dan palmunari. Injap di dalam jantung akan memastikan peredaran darah adalah sehala melalui jantung dan saluran darah. Jantung akan merubah kadar dan tekanan darah ke anggota badan mengikut keperluan anggota serta aktiviti yang dijalankan seperti berehat, bekerja dan bersenam.

Darah juga memainkan peranan penting dalam memastikan sistem kardiovaskular berfungsi dengan baik. Jadual 3.13 menyatakan antara fungsifungsi darah. Jadual 3.13: Fungsi-fungsi Darah Fungsi Mengangkut gas, nutrien dan bahan kumbahan Mengangkut hormon dan enzim Mengawalatur pH dan osmosis Mengimbangi suhu badan Melindungi badan daripada bendasing Pembekuan darah Penerangan Darah akan menganggut oksigen ke seluruh bahagian badan dan kemudian membawa karbon dioksida ke peparu untuk dinyahkan. Manakala nutrien, ion dan akan dianggkut ke sel dan bahan kumbahan pula akan dibawa oleh darah ke buah pinggang untuk disingkirkan. Hormon dan enzim yang dirembeskan akan dibawa oleh darah dari organ penghasil ke bahagian badan yang memerlukannya. Sifat penimbal dalam darah akan memastikan pH darah adalah normal (7.35-7.45). Manakala komposisi osmotik dalam darah juga penting dalam mengimbangi ion dan air dalam badan. Peredaran darah keseluruh bahagian badan akan mengawalatur suhu dalam badan. Terdapat sel-sel darah yang bertindak sebagai sistem imunisasi yang melindungi badan daripada bendasing seperti mikroorganisma. Apabila berlaku pendarahan di mana salur darah pecah, pembekuan darah akan berlaku bagi menghalang kehilangan darah yang berterusan.

Kecelaruan dan kegagalan sistem kardiovaskular akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem kardiovaskular adalah, sila rujuk Jadual 2.14. 27

Jadual 3.14: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Kardiovaskular Kesan-kesan Endocarditis Penerangan Pembengkakkan pada bahagian otot jantung yang menganggu fungsi injap jantung. Saiz jantung menjadi besar dan otot-otot jantung menjadi lemah dan akhirnya membawa kepada kegagalan jantung berfungsi. Pembentukan darah beku di dalam arteri jantung. Kerosakan pada otot jantung disebabkan kekurangan pengaliran darah ke jantung. Kegagalan jantung berfungsi pada peringkat bayi lagi. Bayi akan kelihatan kebiruan kerana kekurangan oksigen.

Cardiomyopathy Coronary thrombosis Myocardial infraction Cyanosis

3.2.7 Sistem Pernafasan Setiap organisma yang hidup memerlukan oksigen dan akan menghasilkan karbon dioksida. Proses ini berlaku ketika organisma bernafas. Sistem pernafasan berfungsi untuk: Pertukaran gas -Gas oksigen daripada udara akan memasuki sistem pernafasan. Manakala sistem kardiovaskular akan mengepam darah yang beroksigen ke seluruh bahagian badan dan membawa darah yang berkarbon dioksida ke peparu. Sistem pernafasan dan sistem kardiovaskular saling bekerjasama dalam membawa darah beroksigen dan menyingkirkan darah berkarbon dioksida. 2. Mengawalatur pH darah -Sistem pernafasan dapat mengawalatur pH dalam darah dengan mengawal tahap darah berkarbon dioksida. 3. Penghasilan suara -Pergerakan udara melalui kotak suara akan menghasilkan bunyi dan suara. 4. 5. Menghidu bau -Dapat merasai bau apabila udara memasuki hidung. Innate imunisasi -Sistem pernafasan menghalang mikro-organisma daripada memasuki badan dan menyingkirkannya daripada lapisan pernafasan.

1.

28

Kecelaruan dan kegagalan sistem pernafasan akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Jadual 3.15 menyatakan antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem pernafasan. Jadual 3.15: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Pernafasan Kesan-kesan Bronchitis Penerangan Pembengkakkan pada bahagian bronchi. Pembengkakkan ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau pun merokok. Sel-sel peparu dijangkiti kanser dan ia mungkin akan merebak ke Kanser peparu bahagian angota badan yang lain kerana peparu merupakan lokasi pertukaran darah. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria dan ia akan membentuk Tuberculosis gumpalan pada sel-sel peparu. Walaupun sistem imun badan boleh menangganinya tetapi terdapat sesetengah strain tuberculosis yang tahan rintang. Berpunca daripada jangkitan bakteria atau virus yang menyebabkan Pneumonia pesakit mengalami deman, kesukaran bernafas, sakit dada dan pembengkakkan pada peparu. Selsema Disebabakan oleh jangkitan virus pada sistem pernafasan.

3.2.8 Sistem Perkumuhan Sistem perkumuhan terdiri daripada dua buah pinggang, dua ureter, urethra dan pundi kencing. Fungsi utama sistem perkumuhan adalah untuk menyingkirkan bahan buangan dalam badan. Manakala fungsi-fungsinya yang lain termasuklah, sila rujuk Jadual 3.16.

Jadual 3.16: Fungsi-fungsi Sistem Perkumuhan Fungsi-fungsi Penerangan Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab dalam Penyingkiran menyingkirkan bahan buangan seperti toksik dan hasil metabolisma badan. Mengawalatur kepekatan solute dalam darah Mengawalatur pH dalam bendalir Buah pinggang membantu mengawalatur kepekatan molekul dan ion seperti glukosa, Na+, Cl-, K+ dan Ca2+. Penyingkiran lebihan H+ dalam bendalir badan akan mengekalkan pH badan. 29

Mengawalatur sintesis sel darah merah Mengawalatur sintesis vitamin D

Sejenis hormon (erythropoietin) akan dihasilkan oleh buah pinggang bagi mensintesiskan sel darah merah di tulang sum-sum. Buah pinggang memainkan peranan yang besar dalam mengawal paras Ca2+ dalam darah melalui mengawalatur sistesis vitamin D.

Kecelaruan dan kegagalan sistem perkumuhan akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem perkumuhan adalah: Kegagalan buah pinggang berfungsiKegagalan buah pinggang berfungsi akan menyebabkan pengumpulan bahan buangan dalam darah dan menyebabkan maut. Glomerulonephritis.Ia berpunca daripada pembengkakkan lapisan membran penapis dalam buah pinggang yang menyebabkan membran penapis tidak telap dan membenarkan kemasukan plasma protein dan darah. 3.2.9 Sistem Endokrin Badan menggunakan pelbagai jenis bahan kimia untuk berhubung antara satu sama lain melalui sistem endokrin. Jadual 3.17 menyatakan fungsi-fungsi sistem endokrin. Jadual 3.17: Fungsi-fungsi Sistem Endokrin Fungsi-fungsi Pertumbuhan, metabolisma dan kematangan sel Mengawalatur paras glukosa dan kepekatan ion Mengawalatur bendalir Mengawalatur Keseimbangan bendalir dalam badan dikawalatur oleh sistem endokrin melalui pengawalan kepekatan solute dalam darah. Sistem endokrin membantu mengawalatur tekanan darah dan 30 Paras glukosa dan ion dalam darah dikawal oleh sistem endokrin. Penerangan Sistem endokrin mempengaruhi pertumbuhan kebanyakan tisu seperti tulang dan otot. Kadar metabolisma dalam badan bagi mengimbangi suhu badan manusia serta fungsi otak juga dibawah kawalan sistem endokrin. Selain itu, kematangan tisu semasa proses pertumbuhan fizikal manusia juga dipengaruhi oleh sistem ini.

i.

tekanan darah dan denyutan jantung Imunisasi Pembiakan Penguncupan uterine dan penghasilan susu

denyutan jantung serta menyediakan badan untuk beraksi.

Penghasilan dan kefungsian sistem imun dibantu oleh sistem endokrin. Pembentukan dan kefungsian sistem pembiakan wanita dan lelaki turut dibantu oleh sistem endokrin.

Sistem endokrin membantu penguncupan uterine semasa proses kelahiran bayi serta merangsang penghasilan susu ibu.

Kecelaruan dan kegagalan sistem endokrin akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem endokrin adalah: Kencing manis (diabetis).Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan hormon insulin

i.

bagi mengawalatur serta mengimbangi paras glukosa dalam darah. ii. Hyperthyroidism.Penyakit ini disebabkan oleh penghasilan hormon thyroid yang melebihi daripada keperluan. 3.2.10 Sistem Limfa Jadual 2.18 menjelaskan antara fungsi sistem limfa. Jadual 3.18: Fungsi-fungsi Sistem Limfa Fungsi-fungsi Keseimbangan bendalir Penyerapan lemak Perlindungan Sistem limfa melindungi badan daripada kemasukan mikroorganisma. Penerangan Bendalir yang berlebihan di dalam badan akan dibawa ke limfa untuk dikembalikan dalam darah. Sistem limfa menyerap lemak daripada usus pencernaan.

31

Kecelaruan dan kegagalan sistem limfa akan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan kecacatan kepada manusia. Antara kesan kecelaruan dan kegagalan fungsi sistem limfa adalah, sila rujuk Jadual 3.19. Jadual 3.19: Kesan Kecelaruan dan Kegagalan Fungsi Sistem Limfa Kesan-kesan Lymphadenitis Asma Penerangan Pembengkakkan pada nodus limfa. Penyakit ini berlaku apabila antigen bergabung dengan antibodi dan kemudian menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan kesukaran bernafas. Anaphylaxis Berpunca daripada alahan seperti ubatan, debu dan serangga. Ia akan menyebabkan tekanan darah jatuh, kesukaran bernafas dan kematian. Systemic Lupus Penyakit ini disebabkan oleh kemusnahan sel oleh sistem imun badannya sendiri.

Erythematosus

3.2.11 Sistem Pembiakan Pembiakan adalah proses di mana bahan-bahan genetik di sampaikan daripada generasi ke generasi (Tortora, 1991). Organ-organ pembiakan dikelompokkan sebagai: GonadsMenghasilkan gamet. Salur (ducts)Mengangkut dan menyimpan gamet. Aksessori Kelenjar JantinaMenghasilkan bahan-bahan yang menyokong gamet.

1. 2. 3.

32

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada organ-organ pembiakan seperti, rujuk Rajah 3.8.

Rajah 3.8: Organ-organ pembiakan wanita

Mari kita bincang organ-organ tersebut satu persatu. 1. Ovari (gonads) a. Menghasilkan dan menyahkan oocytes (haid). b. Merembeskan hormon-hormon estrogen, progestron, inhibin dan relaxin. c. Menyimpan sel ovum. 2. Tiub Uterine atau Fallopian a. Mengangkut ovum dari ovari ke uterus. 3. Uterus a. Organ yang berfungsi untuk kitaran haid, penyuburan ovum dan perkembangan fetus semasa mengandung. 4. Vagina a. Merupakan saluran untuk pengaliran keluar haid, bahagian paling bawah saluran peranakan dan tempat untuk penis semasa persetubuhan. b. Berupaya untuk meregang bagi menyempurnakan fungsinya. 33

5.

Vulva a. Merupakan genital luaran wanita. b. Mengandungi mons pubis, labia majora, labia minora, clitoris, vestibule, vaginal, urithral orifices, paraurethral dan kelenjar vestibular.

6.

Kelenjar Mammary a. Terletak di otot pectoralis major. b. Berfungsi untuk merembeskan dan mengeluarkan susu.

7.

Haid.Wanita mempunyai kitaran pembiakan yang dikenali sebagai kitaran haid. Tujuan kitaran haid ini adalah untuk menyediakan endometrium pada tiap bulan bagai penerimaan kesuburan telur. Kitaran haid ini sangat berkait dengan kematangan ovum (telur) pada setiap bulan. Kitaran haid diregulasikan oleh hormon pertumbuhan (GnRH) yang akan menstimulasikan pelepasan hormon FSH dan hormon LH. Progestron akan bertindak bersama estrogen untuk menyediakan endometrium dan kelenjar mammary bagi menghasilkan susu. Kematangan atau akil baligh wanita diisyaratkan melalui peningkatan tahap hormon-hormon LH, FSH dan estrogen. Pemberhentian kitaran seksual ini menandakan wanita tersebut mengalami menopause.

8.

Ovum.Merupakan

sel

terbesar

dalam

tubuh

manusia.

Apabila

ovum

dibebaskan, ia bergerak ke uteras melalui tiub Fallopia. Pergerakan ini mengambil masa antara 3 hingga 5 hari. Ovum akan mati jika ia tidak disenyawakan dalam tempoh 12 hingga 24 jam setelah ovulasi. Ovum akan melarut dan diserap oleh tubuh jika tidak disenyawakan. Selepas uvulasi, ovari akan merembeskan hormon progresteron dan estrogen. Penghasilan progresteron dan estrogen akan terhenti jika persenyawaan tidak berlaku selepas 2 minggu.

34

Sistem pembiakan bagi lelaki pula terdiri daripada testikel dan zakar. Ia adalah organ genital luaran lelaki. Rajah 3.9 menyatakan organ-organ pembiakan lelaki.

Rajah 3.9: Organ-organ pembiakan lelaki

Mari kita bincang organ-organ tersebut satu persatu. 1. Zakar a. Terdiri daripada tisu span yang mempunyai daya boleh tegak. b. Apabila terangsang secara seksual, zakar akan mula kembang, menjadi tegang dan memanjang. Aliran darah menyebabkan tisu span berisi dengan darah dan zakar menjadi tegang. 2. Testikel a. Kelenjar seksual yang terdapat dalam saku berkedut yang dipanggil skrotum. b. mengandungi beratus ribu copeng yang menghasilkan sperma. c. Punyai peranan yang sama dengan ovari perempuan kerana keduadua organ ini menghasilkan sel pembiakan. d. Skrotum mengawal suhu testikel.

35

3.

Peranan Hormon Testosteron, androgen dan sel sperma a. Fungsi utama testikal ialah penghasilan hormon lelaki yang dipanggil androgen. Androgen bertanggungjawab terhadap perkembangan fizikal lelaki. Ia merangsang tingkahlaku seksual lelaki. b. Androgen utama yang dihasilkan oleh testikal ialah testosteron. Rangsangan daripada kelenjar pituitari menyebabkan perkembangan testosteron, hormon seks lelaki yang menggalakkan penghasilan sperma. c. Sperma dihasilkan melalui tiub epididimis. Sperma yang matang keluar daripada epididimis melalui vas deferens dan menuju ke vesikal seminal. Vesikal seminal ialah struktur bersaku kecil yang tersambung dengan duktus ejakulasi. d. Semasa ejakulasi, lelehan daripada kelenjar vesikal seminal dan prostat bercampur dengan sel sperma. Vesikal seminal akan memasukkan sedikit gula ke dalam vas deferens untuk membekalkan tenaga kepada sperma. Kelenjar prostat membekalkan air mani. Keadaan duktus bertindak untuk melicinkan pergerakan sperma. Dua kelenjar cowper sebesar saiz kacang pi menghasilkan bendalir yang membersihkan uretra supaya tiada sisa air kencing yang mungkin menjejaskan keselamatan sperma.

Daripada duktus ejakulasi, sperma bergerak melalui salur panjang uretra dalam zakar. Air kencing dan sperma dikeluarkan daripada tubuh melalui uretra. Apabila sperma dibebaskan, suatu injap memberhentikan pengaliran air kencing.

3.3 UMUR KEMATANGAN

Setiap ketika setiap hari kita terlibat dalam proses yang dikenali sebagai ketuaan atau peningkatan umur. Peningkatan umur ini merupakan tempoh perubahan pertumbuhan dan perkembangan yang akan membawa kita kepada peningkatan mental, emosi, spiritual dan fasa-fasa perkembangan fizikal tubuh. Ia merupakan pola perubahan hidup yang wujud sepanjang hayat kita. Jadual 3.20 menjelaskan beberapa kategori umur.

36

Jadual 3.20: Kategori Umur Kategori Umur biologikal Penerangan Umur biologikal merujuk kepada umur relatif atau keadaan sistem atau organ tubuh seseorang individu. Ianya adalah tahap fungsi fisiologikal individu berbanding individu lain yang sebaya dengannya. Umur psikologikal merujuk kepada keupayaan adaptasi dan kesedaran individu terhadap kebolehannya. Pengalaman hidup membantu individu untuk menghadapi dan menangani cabaran hidup. Umur Sosial merujuk kepada tabiat dan peranan individu terhadap Umur sosial kehendak sosial. Individu dalam tahap umur tertentu berkongsi minat, pendapat dan ideologi yang sama. Umur Kronologikal merujuk kepada jangka hayat umur seseorang individu Umur kronologikal telah hidup sejak ia dilahirkan. Ianya sering digunakan bagi menentukan kelayakan seseorang individu untuk urusan-urusan rasmi dan formal seperti mengundi, bersekolah dan pekerjaan. Umur (functional) Umur (Functional) merujuk kepada cara mana individu berfungsi berbanding dengan orang lain yang sebaya dengannya.

Umur psikologikal

Proses kematangan umur melibatkan dua aspek iaitu: Aspek Fisiologi adalah perubahan fisiologi yang wujud di dalam tubuh individu sebagai natijah daripada proses ketuaan. 2. Aspek Kognitif adalah perubahan yang wujud berkaitan ingatan dan kefahaman individu. kecerdasan, daya

1.

37

RUJUKAN

Briggs, F. & McVeity, N. (2000). Teaching Children To Protect Themselves. Crows Nest NSW: Allen & Unwin. Merki M.B. & Merki D. (1987). Health, A guide to wellness. Mission Hills, CA. Glencoe Pub.Co. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan(pengkhususan). Shah Alam: Fajar Bakti.

Rujukan
Eva. L. Essa. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar Learning. Marjorie, J. K., Anne, K. S., & Alice, P. W. (2004). Developmentally appropriate curriculum. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall. Nor Hasimah. H., & Yahya, C. L. (2003). Panduan pendidikan Prasekolah. Pahang: PTS Publication Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. KPM. Radzi, S., & Yusuff, I. (1990). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur. Thomas, K.T., Lee, A.M., & Thomas, J.R. (2003). Physical education methods for elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics. Wuest, D.A., & Bucher, C.A. (1999). Foundations of physical education and sport (13th edition). Boston: WCB McGraw-Hill. Zarina L.A., Abdul Latif A., Azali R., Norkhalid S., & Nur Akmal I. (2011). HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Open University Malaysia. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

38

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

LAMAN WEB www.cdc.gov/HealthyYouth/hecat/ cdc.gov/healthyyouth/sher/characteristics/ www.gnb.ca/0000/publications/curric/hcgr6.pdf www.moe.gov.my/ www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/ www.scribd.com/ www.vicmy.info/ mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/ www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk.pdf www.moe.gov.my/bpk/

39

Anda mungkin juga menyukai