Anda di halaman 1dari 1

pergilah melawat bila-bila masa yang kamu fikir kamu ingin

melakukannya, tak kisahlah pd hari biasa atau hari raya, waktu pagi, petang
ataupun malam kerana kita sememangnya disunnahkan untuk menziarah kubur agar
mengingatkan kita kepada kematian.

Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya
kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu menyedarkan manusia untuk
bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan.
Kemampuan untuk mengingati mati adalah sebaik-baik kecerdasan dan kebijaksanaan
seseorang. Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan
peringatan mengenai mati, apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi,
kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua akan
musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa
daratan?

Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati.
Takut mati yang diamalkan oleh kebanyakan manusia akhir zaman ialah tidak bersedia
menghadapi kematian dengan persediaan amal salih, leka dengan dosa dan kekotoran
yang terpalit pada diri.

Menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan untuk peluang terakhir
padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan memanggil, bahkan mengancam
manusia yang degil. Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya tidak berlalu satu hari
ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan,
akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan
ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur
berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau
adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala
urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas
perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang
rusuknya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang tidak suka bertemu dengan Allah,
sesungguhnya Allah pun tidak suka bertemu dengannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Tujuan Allah SWT mematikan manusia:

Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup
di dunia ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-
mata untuk kepentingan diri sendiri.
Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain
tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika.
Menyedarkan manusia dari lalai dan lupakan Allah serta hari kiamat lantaran kerana
segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah.
Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dan
menjauhi kejahatan Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah
sementara sedangkan kehidupan di akhirat adalah lebih baik dan kekal.

http://nurjeehan.hadithuna.com/mengingati-mati-cara-terbaik-manusia-menasihati-
diri-sendiri/

Anda mungkin juga menyukai