Anda di halaman 1dari 2

SYILING NEGARA KITA??

Duit Syiling terawal di Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali mempunyai rekabentuk Islam adalah duit timah Sultan Mudzaffar Shah dari Melaka ( 1445 ). Sultan Mudzaffar Shah sultan Melaka yang keempat telah memperkenalkan duit syiling terawal yang berunsurkan Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sumber : Bank Negara Malaysia

SYILING NEGARA KITA??

Negeri Perlis diketahui mengeluarkan hanya sejenis duit syiling timah yang dipanggil Tra, yang dikeluarkan oleh Raja Perlis yang pertama, raja Syed Hussein jamalullai ( 1843 - 1873 ) Di muka depan syiling tersebut ditera dengan bunga teratai dgn lima kelopak, Bunga teratai lebih dikenali sebagai motif pada duit-duit Siam dan Perlis, yang terletak bersebelahan dengan Siam, mungkin telah terpengaruh dengan penggunaan motif yang sama. Muka belakang duit tersebut dicatat dengan tulisan Arab yang berbunyi "Belanja Balad al Perlis Sanat 1262, Kedah. Adalah jelas, catatan Kedah di atas duit ini dibuat sebagai penghargaan ke atasnya kerana Kedah mengesahkan kewujudan negeri Perlis

Anda mungkin juga menyukai