Anda di halaman 1dari 1

SESI PENERANGAN MENGENAI PENGUATKUASAAN PRODUK BARU DI BAWAH PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT)

16 DISEMBER 2013 8.30 pagi - 12.30 petang Dewan Malaysia Productivity Corporation (MPC) Bandar Baru UDA Johor Bahru Johor 19 DISEMBER 2013 8.30 pagi - 12.30 petang Dewan Malaysia Productivity Corporation (MPC) Kepala Batas Seberang Perai Utara Pulau Pinang

(Glass, Radiant Barrier, Insulation Materials, Fibre Cement Flat Sheet)

Pengenalan
Di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012, mana-mana pengimport yang berhasrat membawa masuk produk-produk di bawah Jadual 4 ke negara ini perlu mendapatkan Sijil Kelulusan atau Certificate of Approval (COA) yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan yang berkaitan. Bagi produk-produk yang digunakan dalam sektor pembinaan, CIDB merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam pengeluaran COA. COA dikeluarkan berdasarkan pematuhan produk tersebut ke atas syarat-syarat yang telah dikenakan termasuk memenuhi standard yang ditetapkan. Proses ini adalah bagi memastikan produk yang digunakan di dalam negara ini adalah berkualiti dan telah menjalani pengujian dan pemeriksaan yang rapi. Ia juga dapat mengelakkan bahan binaan yang tidak berkualiti dari menembusi pasaran tempatan. Ekoran cadangan pindaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2013, beberapa produk pembinaan baru telah dimasukkan ke dalam senarai Jadual 4. Produk-produk tersebut adalah seperti berikut : Glass (float glass, reflective glass, wired glass); Radiant barrier; Insulation materials; dan Fibre cement flat sheet.

Sehubungan itu, sesi penerangan ini perlu diadakan bagi memberi kesedaran kepada pemain industri yang berkaitan, termasuk bakal pengimport, pemaju, kontraktor, perunding, agensi kerajaan yang terlibat dengan penggunaan produk di atas bagi projek-projek pembinaan di dalam negara. Maklumat yang akan disampaikan termasuklah standard yang mesti dipatuhi, proses pengeluaran COA, kos-kos yang terlibat , cara pengujian dan keperluan penandaan produk. Adalah diharapkan dengan kesedaran awal ini, pihak industri dapat membuat perancangan teliti serta mengambil tindakan susulan yang sewajarnya bagi memastikan proses penguatkuasaan akan berjalan dengan sempurna.

Agenda
8.30 pagi 9.15 pagi 9.45 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 11.45 pagi 12.10 petang 12.30 petang Pendaftaran peserta Imposing Customs (Prohibition of Imports) Order oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Importation Procedures oleh CIDB Minum pagi Product Certification Scheme oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Sistem e-Permit oleh Dagang Net Sesi soal jawab Makan tengah hari dan bersurai

Sesi Penerangan Oleh:

Anda mungkin juga menyukai