Anda di halaman 1dari 14

Menguasai bahasa sumber dengan baik

Penterjemah mesti mengetahui cara bahasa

sumber berfungsi seperti struktur nahu bahasa sumber serta kelainan bahasa sumber (yang mungkin berbeza dari bahasa sasaran). Contohnya bahasa sumber mungkin banyak menggunakan bahasa kiasan. Dalam bahasa Inggeris, phrasal verbs merupakan satu elemen bahasa yang lazim. Dalam bahasa Inggeris juga, satu perkataan mungkin membawa maksud yang berbeza-beza berdasarkan konteks penggunaannya.

1) The boy runs 2) run along 3) Colour runs 4) Run the computer 5) Milk run 6) Boss runs a company 7) Runs for president 8) Time runs fast 9) Run over 10) Dry run 11) Hit and run 12) Hen-run

Menguasai bahasa sasaran dengan baik lagi Terjemahan mestilah diungkapkan secara bersahaja seolah-olah ia ujaran asal Untuk memastikan terjemahan tersebut tidak kelihatan seperti terjemahan, penterjemah mestilah menguasai segala selok belok /nuansa bahasa sasaran.

Mempunyai kemahiran dalam penggunaan bahasa seperti menstrukturkan semula maklumat, peka terhadap peraturan bahasa seperti sintaksis, tatabahasa, dan pemilihan kata. Semasa menterjemah, penterjemah mestilah menterjemah sedekat mungkin dan sejelas mungkin dengan menggunakan tatabahasa bahasa sasaran dengan baik dan berkesan.

Thats Edward and Emmet Cullen, and Rosalie and Jasper Hale. The one who left was Alice Cullen; they all live together with Dr Cullen and his wife. She said this under her breath. I glanced sideways at the beautiful boy, who was looking at his tray now, picking a bagel to pieces with long, pale fingers. His mouth was moving very quickly, his perfect lips barely opening. The other three still looked away, and yet I felt he speaking quietly to them. (Stephenie Meyer, 2005, Twilight)

Itu Edward dan Emmet Cullen, Rosalie dan Jasper Hale. Budak perempuan yang baru beredar tadi itu namnya Alice Cullen. Mereka semua tinggal dengan Dr Cullen dan isterinya, jawab rakanku hampir berbisik. Aku mengelih lalu melihat budak lelaki kacak tadi yang kini merenung dulang makanannya, sambil mencubitcubit roti bagelnya dengan jarinya yang runcing dan pucat kemasi. Mulutnya bergerak-gerak pantas dengan bibir yang hampir rapat tidak terbuka. Ketiga-tiga orang rakannya masih mengitari ke arah lain, namun aku dapat merasakan yang dia sedang menggumam perlahan kepada mereka.

Mahir tentang selok belok proses penulisan dan cara penyampaian maklumat yang berkesan seperti penggunaan ejaan, tanda baca dan sebagainya

Mengetahui dengan secukupnya bidang ilmu yang terangkum dalam kandungan teks sumber Mengetahui teori dan teknik terjemahan sebaik mungkin
Mengetahui aspek kebudayaan penutur bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik

Memiliki

bahan rujukan yang bermutu dan

lengkap Membuat kerja terjemahan secara konsisten Mempunyai minat dan kesungguhan yang tinggi

Menguasai

bahasa sumber dengan baik sahaja bukanlah jaminan seseorang berupaya menterjemah dengan berkesan. Seseorang penterjemah mestilah melengkapi dirinya dengan pengetahuan ilmu dan budaya yang mencukupi sebelum dia boleh menterjemah. Himpunan kamus, tesaurus, istilah serta ensiklopedia yang lengkap turut membantu penterjemah membuat kerja awal peyelidikan sebelum mula menterjemah Penterjemah juga harus sering membaca untuk memastikan dia tidak ketinggalan dengan perubahan yang berlaku di sekelilingnya.

Anda mungkin juga menyukai