Anda di halaman 1dari 5

FUNGSI DAN PERANAN SASTERA

. Dunia sastera luas dan berwarna-warni . Dunia sastera adalah dunia imaginasi dan realiti manusia

Ekspresi
Hiburan/ keseronokan gelak ketawa, gembira dan senyum sinis. Contoh cerita lucu dan lucah/ erotik. Ekspresi fikir rasa diri cinta, perjuangan, protes dan ideologi. Ekspresi kemanusian sejagat/ universal kezaliman, kelaparan, peperangan, dan bencana alam/ musibah.

Didaktik dan Kritik Sosial


Didaktik/ pengajaran moral mendidik jiwa dan peribadi. Contoh pantun dan sastera kanakkanak. Penyampaian dan penerapan nilai-nilai murni, misalnya kerjasama, patriotik, dan kasih sayang. Kritik sosial dan budaya pengarang hidup dalam lingkungan masyarakat terbuka dan global. Apa yang berlaku menjadi idea cetusan fikir rasa; contoh isu Bersih 2.0, PPSMI, bahasa Melayu, rasuah, salah guna kuasa dan politik wang.

Estetik
Estetik aspek ini menyentuh soal bahasa dan pemikiran. Kehalusan bahasa yang tersurat dan tersirat menjadi fokus dalam karya. Premis perkiraan bahawa bahasa indah dan memberi dan menyerapi kesan mendalam jiwa pembaca/ pendengar (khalayak). Bahasa yang disusun daripada kamus lautan aksara terpilih, dan menyentuh pelbagai dimensi pemikiran manusia; diri, manusia sekeliling, alam dan makhluk/ objek ciptaan Tuhan.

Komunikasi & Tamadun Bangsa


Komunikasi dan interaktif pengkarya adalah komunikator dengan khalayak. Sastera siber pula bersifat interaktif dan ada unsur multimedia. Pembangunan tamadun bangsa bangsa bertamadun memiliki karya sastera yang bernilai tinggi; bangsa Melayu memiliki pantun, dan sastera tradisional serta moden yang tinggi nilai sastera, bahasa dan budaya. Karya sastera pancaran = cerminan pemikiran, budaya dan intelektual bangsa.

Anda mungkin juga menyukai