Anda di halaman 1dari 2

MEMBANGUNKAN STRATEGI-STRATEGI BERFIKIR UNTUK FAKTA ASAS TAMBAH.

Dalam menyelesaikan fakta asas tambah berbagai teknik atau kaedah boleh digunakan. Contohnya untuk menjawab fakta asas 7 + 9. Berbagai cara berfikir digunakan untuk

menyelesaikannya. Antaranya dengan menggunakan pembilang. Pembilang digunakan untuk mengira 1,2,3,4,5,6,7 dan mengira lagi pembilang 1,2,3,4,5,6,7,8,9. pembilang tersebut dikira, 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menambah fakta asas adalah dengan mengira secara menaik. Kaedah ini memerlukan keupayaan kanak-kanak menyambung kiraan secara menaik bermula dengan nombor selain 1. Contohnya untuk fakta asas 7 + 9, kanak-kanak tersebut perlu memulakan kiraan bermula dengan nombor selepas 7 hingga nombor kesembilan selepas nombor 7. Kanak-kanak yang telah menguasai kaedah ini boleh Kemudian kesemua

membilang secara menaik bermula dengan nombor yang lebih besar. Contohnya seperti 49 + 3 atau 2 + 314. Kanak-kanak dengan sendirinya akan mengetahui bahawa penambahan tersebut perlu bermula dengan nombor yang lebih besar. Strategi penggunaan gandaan juga boleh digunakan untuk menambah. Fakta yang mudah diingati oleh kanak-kanak ialah penambahan gandaan seperti 4 + 4 dan 6 + 6, dimana nombor yang sama ditambah. Contohnya untuk mencari jawapan bagi 6 + 7. Kanak-kanak perlu

mengetahui 6 + 6 = 12, 7 adalah lebih 1 daripada 6, jadi 12 perlu ditambah dengan 1 maka jawapan yang diperolehi adalah 13. Bagi penambahan seperti 7 + 9 pula, penggunaan 7 + 7 atau 9 + 9 boleh digunakan. Bezanya ialah bagi 7 + 7 perlu ditambah 2 pada jawapan Ada juga kanak-kanak yang

manakala bagi 9 + 9 perlu di tolak 2 daripada jawapan.

menggunakan strategi penambahan gandaan dengan menyamakan nombor yang di tambah. Contohnya bagi penambahan 7 + 9, di mana 9 di buang 1 dan diberi kepada 7, maka akan menukar penambahan tersebut kepada 8 + 8. Strategi gandaan ini juga boleh diaplikasikan dalam penambahan nombor yang lebih besar. Tetapi adalah penting untuk memastikan kanakkanak megetahui jawapan bagi penambahan nombor yang sama seperti 25 + 25 =50. Dengan mengetahui jawapan penambahan tersebut memudahkan kanak-kanak untuk membuat pengiraan. Contohnya seperti 25 + 26, kanak-kanak tersebut tela mengetahui 25 + 25 =50, 25 + 26 adalah lebih 1, maka jawapannya adalah 51. Selain itu strategi yang boleh digunakan untuk penambahan ialah jadikan 10. Strategi ini sesuai digunakan bagi penambahan yang hampir dengan sepuluh atau gandaan 10. Contohnya seperti 9 + 5. 9 + 5 boleh dikira sebagai 10 + 5 =15, kemudian di tolak 1 kerana 9

kurang 1, maka jawapannya akan menjadi 14. Penamabahan tersebut juga boleh dilakukan dengan menolak 1 daripada 5 dan menambah 1 kepada 9 dan ayat matematik tersebut akan menjadi 10 + 4. Strategi jadikan 10 ini juga boleh diaplikasikan kepada penamabahan nombor yang lebih besar seperti 49 + 7. Penambahan boleh dilakukan dengan cara menggenapkan 49 kepada 50 dengan menolak 1 daripada 7, maka ayat matematik tersebut akan bertukar kepada 50 + 6 = 56. Penambahan juga boleh dilakukan dengan menggenapkan 49 kepada 50 dan ditambah dengan 7, tetapi perlu di tolak 1 kerana 49 kurang 1 daripada 50. Contohnya 50 + 7 = 57,49 kurang 1 daripada 50, maka 57 -1 = 56. Kepelbagaian strategi dalam menyelesaikan penambahan membantu murid membina kefahaman sendiri dalam menyelesaikan masalah penambahan bergantung kepada keupayaan pemikiran mereka. Mereka juga dapat menghubungkaitkan sesuatu fakta itu dengan fakta yang lain.

Anda mungkin juga menyukai