Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PERKHEMAHAN

25-27 JULAI 2011


KEM ETNO-BOTANI, GUA MUSANG, KELANTAN
Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di kem etno botani
gua musang. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang saya
berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh
pensyarah kami sepenuhnya dalam hal membuat gajet. Kami telah membahagikan
ahli-ahli PPIM kepada beberapa kumpulan dan membuat gajet yang berlainan.
Seronok rasanya dapat mempraktikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana.
Disana saya belajar tentang erti semangat berpasuka. Jika kami tidak bekerjasama
tidak mungkin kami dapat hidup dengan aman dan selesa disana. Kami
membahagikan tugas dengan adil dan kami melaksanakan tugas yang diberikan
dengan penuh amanah sekali.
Aktiviti yang amat mencabar saya sekali ialah aktivti memanjat gunung untuk masuk
ke gua. Letih sekali rasanya kerana kami terpaksa mendaki bukit yang begitu curang
sekali dan trak laluannya adalah panjang. Memasuki gua ialah satu pengalam yang
amat bermakna sekali ini kerana ini adalah pengalaman pertama saya memasuki
gua. Sungguh indah ciptaan Allah dan ini membautkan saya rasa bersyukur sekali.
Tidak cukup dengan itu, aktiviti didalam gua adalah amat terkesan sekali di hati
saya. Ini kerana dengan keadaan gua yang amat gelap kami diarahkan untuk
bertafakur dan mengingati kesalahan kami, menginsafi diri. Sungguh kecil rasanya
diri ini berbanding tuhan pencipta sekalian alam ini. Ianya amat menginsafkan saya.
Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan.
Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan
Unit Beruniform kali ini. Majlis kami pada malam itu dihadiri oleh semua unit
beruniform dan pensyarah pembimbing. Majlis kami pada malam itu dirasmikan
dengan gemilangnya oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru kami iaitu Tuan Haji
Hashim bin Deraman.
Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik sebelum upacara perasmian ini. Kami
dikehendaki mereka tepukan semangat bagi setiap kumpulan. Ianya akan

menambahkan lagi kehangatan majlis pada malam itu. Semasa perarakan masuk
Pengarah kedalam dewan, pengarah diberi peluang untuk mencuba pelbagai tarian,
simbolik kepada malam kebudayaan.
Tema pada pada malam itu adalah bebas tetapi hendaklah mempunyai unsur-unsur
alam sesuai dengan tempat perkhemahan kami. Terdapat 5 kumpulan yang
membuat persembahan pada malam itu. Persembahan yang pertama ialah daripada
unit beruniform Puteri Islam. Sesungguhnya persembahan mereka pada malam itu
sungguh memberikan pengajaran yang berguna kepada semua guru pelatih. Apa
yang ingin mereka sampaikan disini ialah tidak semestinya apabila seseorang
menjadi jahat mereka akan menjadi jahat untuk selamanya.
Persembahan yang lain pula ialah dari kumpulan pengakap dengan dikir yang
sangat kreatif dan menghiburkan hati. Walaupun berunsurkan hiburan tetapi
terdapat pelbagai mesej yang ingin disampaikan oleh mereka terutamanya hal-hal
yang berkaitan moral.
Seterusnya, guru pelatih disajikan dengan sedikit lakonan dan tarian yang sungguh
indah dan mengasyikkan oleh unit Pandu Puteri. Tarian yang lemah gemalai dan
tidak ada kecacatan langsung amat mengasyikkan para guru pelatih.
Kadet Remaja Sekolah dan juga PBSM pula tampil dengan lakonan yang memberi
banyak pengajaran kepada semua tetapi dibuat dalam suasana yang cukup santai
dan menghiburkan. Kesimpulannya, kesemua guru pelatih dapat menghiburkan diri
disamping mengambil banyak pengajaran daripada persembahan-persembahan
oleh unit-unit beruniform.
Kesimpulannya,

pelbagai

manfaat

yang

saya

dapat

daripada

mengikuti

perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti
perkhemahan ini. Bertolak ansur, memupuk sifat sabar, setiakawan, bekerjasama
dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah perkara yang saya dapat disini dan saya
percaya ianya tidak boleh dijual beli. InsyaAllah saya akan gunakan ia untuk menjadi
insane yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai