Anda di halaman 1dari 23

1.

0 Pengenalan

Dinasti Qin dan Dinasti Han merupakan dua dinasti pertama setelah penyatuan seluruh
negara China. Dinasti Qin adalah pemerintahan pertama yang menyatukan negara China,
manakala Dinasti Han merupakan pemerintahan yang menggulingkan Dinasti Qin. Kedua-dua
Dinasti ini mempunyai latar belakang politik agak sama, iaitu memerintah sebuah negara besar
yang baru disatukan.
Jika melihat kepada kejayaan kedua-dua dinasti ini, Dinasti Han dikatakan mencapai
kejayaan yang agak mengagumkan dalam pemerintahannya. Pemerintahan Dinasti Han adalah
selama 422 tahun dan telah berjaya menjadi sebuah negara yang berwibawa dan terkenal dalam
mata dunia pada zaman tersebut. Manakala Dinasti Qin hanya dapat dikekalkan selama 15
tahun, kerana pemberontakan golongan petani.
Sebelum meninjau dengan lebih mendalam, terlebih dahulu kita melihat sedikit
pengenalan terhadap kedua-dua dinasti ini.

1.1 Dinasti Qin

Pada mulanya Qin merupakan salah satu negeri zhuhou(诸侯). Setelah Qin Xiao
Gong(秦孝公) menjalankan pelbagai pembaharuan dalam dasar pemerintahan Qin, negeri Qin
telah menjadi negeri yang kuat di antara 7 negeri zhuhou. Dengan kekayaan negeri Qin dan
tentara Qin yang handal, Ying Zheng(嬴政) telah berjaya menewaskan 6 negeri zhuhou yang
lain dan berjaya menyatukan negara China. Pada tahun 221 sm, Ying Zheng telah menubuhkan
Dinasti Qin yang menggantikan Dinasti Zhou.
Selepas kematian Ying Zheng, Hu Hai(胡亥) telah menjadi pemerintah Dinasti Qin.
Akan tetapi, maharaja yang kedua ini telah dibunuh oleh Zhao Gao(赵高) pada 207 sm. Pada
206 sm, empayar berumur 15 tahun yang dibina oleh Ying Zheng ini telah tumbang,

1.2 Dinasti Han

Setelah Dinasti Qin musnah, Liu Bang(刘邦) dan Xiang Yu(项羽) telah berperang
selama 4 tahun dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Chu Han(楚汉战争). Dengan
bantuan Xiao He(萧何), Han Xin(韩信) dan Zhang Liang(张良), Liu Bang telah berjaya
menewaskan Xiang Yu dan menubuhkan Dinasti Han.

1
Dinasti Han dibahagikan kepada Han Barat(tahun 202 sm hingga tahun 8) dan Han
Timur(tahun 25 hingga tahun 220) dua zaman pemerintahan yang berbeza, digelar sebagai Dua
Han(两汉). Pada zaman Dinasti Han, negara China merupakan sebuah empayar yang berkuasa
dan bertamadun. Dinasti Han dan Empayar Rome pada zaman tersebut merupakan dua negara
yang mempunyai tamadun yang paling cemerlang.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kegagalan Dinasti Qin, Dinasti Han pula
telah terbukti berjaya dalam perkara yang Qin telah gagal, misalnya: cara pemerintahan,
ideologi pentadbiran, ekonomi negara dan sebagainya. Perbincangan seterusnya akan meninjau
lebih lanjut terhadap sebab-sebab Dinasti Han telah berjaya dalam perkara yang Dinasti Qin
telah gagal.

2
2.0 Pemerintahan Ren(仁政 )

Memang tidak boleh dinafikan bahawa kejatuhan Dinasti Qin disebabkan oleh
pemerintahan yang zalim. Shih Huang Ti berniat untuk memperluaskan pengaruh Dinasti Qin
dan membolehkan Dinasti Qin menjadi semakin agung. Baginda telah menjadikan angkatan
tentera sebagai satu elemen penting dalam pentadbirannya dan menubuhkan Tembok Besar
China yang bertujuan untuk menghalangkan keserangan Babarlian(匈奴) . Polisi politik Shih
Huang Ti telah menyebabkan kesengsaraan rakyat. Selain itu, Shih Huang Ti telah mengerah
rakyat untuk mengekalkan sepasukan tentera yang hebat dan gagah yang bertujuan
menjalankan peperangan ke negara-negara lain. Mengikut purata, populasi penduduk Dinasti
Qin adalah melebihi seribu juta, tetapi bilangan tentera telah mencapai dua ratus juta. Keadaan
ini telah menimbulkan masalah kekurangan tenaga kerja lelaki dalam bidang pertanian. Oleh
itu, pengeluaran hasil pertanian turut menurun dan menimbulkan masalah-masalah kekurangan
makanan di kalangan rakyat. Pertanian merupakan asas kepada ekonomi negara, tetapi hal
tersebut turut menjejaskan asas pentabiran(根基) Dinasti Qin.
Selain itu, ShihHuang-Ti melaksanakan sistem kepunyaan tanah baru dan
membangunkan ekonomi tuan tanah. Oleh itu, terdapat sebahagian tuan tanah boleh merampas
atau merangkap tanah yang dimiliki oleh petani melalui pelbagai cara yang melanggar undang-
undang. Tanah petani yang dirangkap oleh tuan tanah dipaksa menanam tanaman mengikut
syarat jian shui shen wu(见税什五)iaitu semasa pengumpulan hasilan pertain dipaksa
membayar separuh daripada hasilan sebagai cukai tanah. Oleh itu, golongan tuan tanah bergiat
memperluaskan tanah kepunyaannya, sehingga semakin ramai petani yang hilang tanah
peribadinya dan menjadi miskin, tetapi tuan tanah pula semakin hari semakin kaya
Pada masa itu, kehidupan rakyat sangat sengsara, mereka mamakai pakaian yang kasar
dan makan makanan yang seperti anjing dan kinzir(穿牛马之衣,吃犬彘之食), pemerintahan
dan undang-undang yang tidak munasabah dan zalim telah mamaksa mereka melarikan diri ke
dalam hutan serta menjalani pemberontak. Keadaan ini menjelaskan pemerintahan yang zalim
akan menyebabkan ketegangan antara golongan atasan dan golongan bawahan semakin
meningkat. Oleh itu, dalam membincangkan tentang keadaan banyak perompak(群盗满山)
semasa Dinasti Qin , seorang pegawai Dinasti Han Jia Shan (贾山)telah mengatakan bahawa
semasa pemerintahan Shih Huang Ti, Dinasti Qin sedang mengalami keruntuhan tanpa
disedarinya. Selain Jia Shan, sajak “yin ma chang cheng ku xing”《饮马长城窟行》yang

3
ditulis oleh seorang penyair Cheng Lin(陈琳)telah menceritakan bahawa melahir anak lelaki
janganlah melapor kapada kerajaan, melahirkan anak perempuan menyusui , raja tidak
nampak, tulang-tulang orang mati menanggungkan Tembok Besar. (生男慎勿举,生女哺用
脯,君不见,长城下,死人骸骨相撑柱). Jia Shan dan sajak tersebut telah jelas
menggambarkan keadaan huru-hara yang disebabkan oleh kezaliman pemerintahan Shih
Huang Ti.
Dinasti Han telah menjadikan kegagalan Dinasti Qin sebagai pengajaran supaya tidak
mengulangi kegagalan Dinasti Qin. Pemimpin Dinasti Han telah menjalani beberapa langkah
untuk memulakan pentabiran yang baru dan memperkembangkan penghasilan dalam negara.
Mengurangkan cukai, berbaik-baik degan masyarakat dan meringankan aturan serta hukuman
(“轻徭薄赋、修生养息、宽仁慎刑”) adalah langkah-langkah pemimpin Dinasti Han dalam
pengurusan negara. Dalam ‘Han Shu. Zhao Di Ji’《汉书·昭帝纪》 telah mengatakan bahawa
selepas mengalami peperangan sepanjang tahun, populasi penduduk telah mengalami
kekurangan. Oleh itu, untuk mengatasi isu semasa tersebut, kerajaan perlulah
mengurangkang cukai dan rehat bersama masyarakat supaya membela tenaga rakyat dan
memulihkan ekonomi.(海内虚耗,户口减半,光知时务之要,轻徭薄役,与民休息) . Langkah-
langkah tersebut telah menbolehkan Dinasti Han menjadi satu kerajaan yang kuat dan
gembilang.
Sebagai contohnya, semasa pemerintahan Wen Ti(汉文帝) pula, baginda menjalani sistem
tuan tanah(地主制),tetapi Wen Ti telah mengurangkan sistem cukai sawah kepada 1/30
daripada hasil pertanian. Kadang-kala, rakyat boleh dikecualikan daripada membayar cukai
sawah. Cukai perseorangan juga dikurangkan sebanyak 2/3 iaitu sebanyak 40 “qian”(钱)
sahaja. Wen Ti juga melepaskan hamba pembesar menjadi rakyat biasa dan memberi bantuan
kepada rakyat yang menghadapi kesusahan serta memulang balik tanah kepada petani.
Pembaharuan ini telah mengubah kehidupan rakyat dan menningkatkan tahap pengeluaran.
Wen Ti menegaskan kepentingan bidang pertanian dan sanggup bertani sendiri. Polisi yang
dijalankan oleh Wen Ti adalah untuk memperkembangkan bidang pertanian di samping
memulihkan tenaga rakyat(与民休息).
Dinasti Han merupakan salah satu dinasti yang makmur dalam tamadun China.
Pemimpin-pemimpin telah memberi perhatian penuh terhadap perkembangan bidang pertanian.
Polisi rehat bersama masyarakat telah dilaksanakan secara berzaman-zaman. Kehidupan rakyat
pada masa itu dalam keadaan mewah dan mesra(丰衣足食,安居乐业). Oleh itu, pentabiran

4
Dinasti Han selalunya mencapai kestabilan. Semasa Wu Di menaik takhta, baginda telah
menerima cadangan dari Dong Zhong Shu(董仲舒) untuk mengagungkan ideologi
Konfusianisme dan mempraktikkannya ke dalam pentadbiran. Sejak itu, ideologi
Konfusianisme telah memainkan peranan penting dalam pentabiran Dinasti Han. Pentabiran
yang stabil dan ekonomi yang berkembang pesat telah mengakibatkan bidang graf tangan,
bidang peniagaan, budaya humanisme(人文艺术) dan bidang sains dapat berkembang
sepanjang tahun.
Pemerintahan zalim semasa Dinasti Qin telah menyebabkan kehidupan rakyat sangat
sengsara lalu mecetuskan pemberontakan rakyat dan merupakan salah satu faktor keruntuhan
Dinasti Qin. Manakala kejayaan Dinasti Han adalah disebakan Pemerintahan Ren yang
mendapat sokongan penuh daripada rakyat maka pemerintah Han dapat diperkukuhkan.

5
3.0 Pelaksanaan Ideologi Dalam Pemerintahan

Pemerintahan Dinasti Qin mengamalkan falsafah legalisme. Shih Huang-Ti


mengamalkan undang-undang yang ketat. Shih Huang-Ti berpendapat bahawa rakyat mesti
diperintah dan dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang tegas. Undang-undang Qin
adalah meluas, ketat dan rapi, termasuk perkara-perkara yang berkenaan dengan jenayah,
cukai, kerahan, aktiviti pertanian, sistem pengairan serta perlindungan alam sekitar. Hal ini
membolehkan Shih Huang-Ti menguatkan lagi pemerintahannya terhadap seluruh negara.
Hukuman undang-undang Qin adalah amat kejam, seperti:
i. lu(戮) – dihina dan kemudian dipotong kepala.
ii. qishi(弃市) – dibunuh di depan khalayak ramai dan mayat ditunjuk.
iii. zhé(磔) – memecahkan mayat.
iv. dingsha(定杀) – dilemas atau ditanamkan.
Selain dari hukuman mati, ada lagi banyak hukuman yang lain termasuk yang mencacatkan
anggota pesalah dan turut membunuh ahli keluarga dan kerabat pesalah – iaitu lianzuo(连坐)
dan miezu(灭族). Shih Huang Ti berpegang teguh kepada ideologi Legalisme yang
menekankan konsep bahawa undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat merupakan
satu-satunya jalan penyelesaian bagi menjamin kestabilan dan keamanan negara.
Shih Huang-Ti juga menjalankan dasar mengharamkan penyebaran idea ahli-ahli
falsafah yang lain dan menghapuskan falsafah lain. Hal ini kerana mereka menganggap bahawa
ajaran falsafah lain mempunyai unsur-unsur subversif kepada keselamatan negara. Dalam
usaha menghapus idea sarjana lain, Shih Huang-Ti telah mengarahkan Li Si(李斯) supaya
membakar buku-buku falsafah lain dan membunuh kira-kira 400 orang sarjana pada tahun 213
S.M. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembakaran Buku(焚书). Hanya buku-buku yang
berguna seperti buku bidang perubatan, istiadat dan pertanian serta rekod-rekod sejarah China
dan juga koleksi di Perpustakaan Maharaja tidak dimusnahkan. Sesiapa yang bersuhabat
dengan golongan intelektual juga akan menerima hukuman. Bagi orang China, peristiwa
pembakaran itu dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka.
Selain itu, Shih Huang-Ti telah menanam hidup pengikut Konfusianisme(坑儒).
Shih Huang-Ti membakarkan buku-buku dan menanam hidup pengikut Konfusianisme adalah
bertujuan untuk menyekat pemikiran masyarakat dan menyatukan pemikiran supaya dapat
menyekat idea-idea dan pepatah golongan intelektual yang akan menentang kerajaan berkuasa

6
pusat (中央集权). Akan tetapi, pembakaran buku dan menanam hidup pengikut
Konfusianisme telah memusnahkan pusaka budaya dan menbunuh banyak gologan intelektual
yang mungkin boleh menbawa jasa kepada negara. Hal ini telah menyebabkan kekurangan
golongan intelektual yang berupaya dalam sistem pemerintahan Dinasti Qin. Oleh itu,
pengawai istana yang khianat seperti Zhao Kao(赵高) telah menguasai pentabiran secara
sepunuhnya. Perkara-pekara tersebut telah menyebabkan sistem pemerintahan semakin hari
semakin merosot dan menbawa kepada keruntuhan Dinasti Qin.
Berdasarkan keruntuhan Dinasti Qin, golongan pemerintah Dinasti Han telah
menyedari bahawa pemerintahan tegas berasaskan ideologi Legalisme tidak harus diamalkan
lagi. Oleh itu, Konfusianisme telah diambil berat oleh raja-raja Dinasti Han dan semasa
pemerintah Wu Ti, Dong Zhong Shu telah mengambil aspek Taoisme, Legalisme dan
Konfusianisme yang berfaedah dan diaplikasikan terhadap pemerintahan kerajaan dan undang-
undang. Pentadbiran Konfusianisme yang dijalankan oleh Han Wu Di sebenarnya
mengandungi unsur-unsur Legalisme di dalamnya. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa
pentadbiran yang dilaksanakan oleh Han Wu Di adalah “ pada luarannya ialah Konfusianisme,
pada dalamnya ialah Legalisme”(儒表法里).
Sebelum Han Wu Ti, pemerintahan Wen Ti dan Jing Ti telah mengamalkan dasar
pentadbiran yang perikemanusiaan berasaskan ajaran Konfusianisme. Sistem hukuman telah
diringankan semasa pemerintahan Wen Ti dan Jing Ti. Dalam tahun pertama Wen Ti menaiki
takhta, baginda telah membatalkan hukuman yang bercanggah dengan konsep kemanusiaan
seperti lianzuo(连坐) iaitu jika seorang itu berbuat salah ahli keluarganya juga akan dihukum
bersama-sama. Hukuman tersebut diamalkan sejak pemerintahan Han awal yang sama dengan
undang-undang Qin dan semasa pemerintahan Wen Ti, bagingda telah menggugurkan undang-
undang tersebut. Selain itu, hukuman zalim yang menurut sistem perundangan zaman kuno
seperti mengukir tulisan pada muka, memotong anggota badan, dilemas atau ditanamkan
secara hidup dan lain-lain hukuman yang mengakibatkan kecacatan, semuanya telah dibatalkan
oleh dan menggantikannya dengan hukuman yang lain.
Pada zaman pemerintahan Jing Ti(景帝)pula, baginda telah menasihati para
pembesar yang menjatuhkan hukuman perlu berdasarkan sifat-sifat bertoleransi dan perlulah
mengelakkan keadaan penjatuhan hukuman yang secara tidak rasional. Sebagai contohnya,
baginda telah menukarkan sistem hukuman kejam terhadap badan pesalah kepada sistem
hukuman sebatan. Namun, jumlah sebatan adalah banyak. Hukuman badan pesalah(肉刑)
seperti memotong hidung, memotong aggota badan dan lain-lain hukuman yang zalim telah

7
digantikan dengan hukuman sebatan. Di samping itu, bilangan sebatan yang terbanyak akan
menyebabkan kematian pesalah. Oleh itu, Jing Ti telah mengurangkan bilangan sebatan dan
menetapkan kepanjangan dan kelebaran buluh supaya tidak berlakunya kematian pesalah lagi.
Sebenarnya sebelum pemerintah Wen Ti, Jing Ti dan Han Wu Ti, dasar-dasar yang
terbabit dengan Konfusianisme juga dapat dilihat semasa pemerintah Hui Ti(惠帝). Pada masa
pemerintah Hui Ti, baginda telah membatalkan undang-undang Qin iaitu menyimpan buku-
buku haram (挟书之律). Semasa Dinasti Qin yang berada di bawah pemerintah Shih Huang-
Ti, segala buku-buku yang mengandungi unsur-unsur Konfusianisme seperti kitab-kitab
konfusianisme adalah buku yang haram dan rakyat tidak boleh memilik buku-buku tersebut,
jikalau rakyat didapati menyimpan atau memilik buku-buku tersebut akan diberikan hukuman
yang zalim. Hui Ti telah menbatalkan undang-undang tersebut dan memberi kebenaran kepada
rakyat untuk mempunyaidan menbaca buku-buku tersebut. Maharaja Wen Ti dan Jing Ti juga
menggalakkan rakyat menyerahkan dan buku-buku yang mengandungi unsur-unsur
Konfusianisme. Oleh itu, pemikiran Konfusianmisme telah dibangkitkan semula dan tersebar
luas di kalangan rakyat mulai pemerintahan Hui Ti.
Walaupun, Undang-undang Qin telah mempengaruhi pengubalan Undang-undang Han
tetapi ideologi yang digunakan oleh pemimpin semasa menjalani pentabiran adalah berlainan.
Dinasti Qin menggunakan ideologi legalisme yang ketat manakala Dinasti Han lebih
cenderung kepada ideologi Konfusianmisme yang mementingkan berperikemanusiaan dan
lebih bertimbang rasa terhadap rakyat. Pentabiran Dinasti Qin yang menggunakan ideologi
legalisme yang ketat telah menpercepatkan kejatuhan Dinasti Qin kerana kehilangan perasaan
cinta rakyat terhadap kerajaan Qin dan kekurangan orang yang berbakat yang dapat memberi
jasa kepada pembangunan kerajaan. Manakala pemerintahan pemimpin Han yang menolak
hukuman kejam dan bertimbang rasa terhadap rakyat yang berteraskan ideologi
Konfusianisme telah menekankan dalam perasaan cinta kepada rakyat dan golongan intelektual
juga diberi peluang untuk memberi jasa kepada Dinasti Han dengan lebih berusaha. Oleh itu,
ideologi yang diamalkan oleh Dinasti Qin dan Dinasti Han turut menyebabkan kejatuhan
Dinasti Qin dan kejayaan Dinasti Han.

8
4.0 Usaha Pengukuhan Kuasa Pemerintahan

Raja Qin telah menjalankan pelbagai usaha mengukuhkan kuasa pemerintahannya,


tetapi kurang berjaya kerana Raja Qin telah menyerangkan dan menyatukan enam negeri
zhuhou(诸侯) dalam masa yang sangat singkat. Oleh itu, telah menimbulkan perasaan tidak
puas hati di antara bangsawan enam negeri zhuhou.
Kuasa-kuasa zhuhou masih wujud pada masa itu dan perasaan dendam zhuhou adalah
sangat mendalaman. Qin telah menjadi musuh bagi bangsawan sisa zhuhou semasa negeri Qin
menewaskan enam negeri zhuhou. “Walaupun Chu guo hanya tinggal penduduk yang sedikit,
tetapi Chu guo mesti menjatuhkan Qin guo.” (楚虽三户,亡秦必楚). Ayat tersebut telah
menunjukkan perasaan dendam rakyat negeri Chu terhadap negeri Qin serta menunjukkan
asparasi bangsa zhuhou. Keadaan ini telah menjelaskan jika Raja Qin tidak menghapuskan sisa
kuasa-kuasa zhuhou dan meredakan perasaan dendam rakyat 6 negeri zhuhou, pemerintahan
Qin guo akan berada di dalam keadaan yang berbahaya. Oleh itu, Shih Huang-Ti terpaksa
mengetatkan pentabiran dan pemenrintah baginda serta berkali-kali menyerang dan menawan
kerajaan-kerajaan yang berpecah-belah itu dan meletakkan di bawah kekuasaannya supaya
memperkukuhkan pemerintahan Qin.
Perasaan dengki terhadap permunashan negeri zhuhou(亡国之恨)telah menyatukan 6
negeri zhuhou. Pada masa yang lalu, tujuh negeri zhuhou tidak menjalinkan hubungan antara
negeri dengan rapat disebabkan pertimbangan kepentingan pentadbiran dan negeri sendiri.
Negeri-negeri zhuhou tidak bekerjasama antara satu sama lain. Tetapi selepas negeri Qin
menewaskan negeri-negeri zhuhou yang lain, sisa kuasa 6 negeri zhuhou telah mempunyai
hubungan manfaat yang sama . Ini adalah syarat permintaan kepada enam negeri zhu hou untuk
membalas dendam. Perasaan dengki yang mengakibatkan kerjasama 6 negeri zhuhou telah
menjadi ancaman kepada Dinasti Qin dan telah menimbulkan keadaan yang tegang pada awal
pembentukan Dinasti Qin. Sebagai contohnya, pemberontakan Chen Yi(陈胜起义)yang
mendapat sokongan rakyat ramai dan keadaan bangsawan 6 negeri zhuhou yang mengelar diri
sebagai wang(称王) telah menjelaskan bahawa keinginan enam negeri zhuhou untuk
membangkitkan negara adalah sangat teguh dan juga besarnya bunyi yang dilantang oleh
rakyat 6 negeri zhuhou. Keadaan tersebut diakibatkan oleh perasaan dengki terhadap
permunashan negeri zhuhou mereka. Oleh itu, cita-cita kebangkitan negara telah mendorong
perikatan enam negeri zhuhou menjadi lebih rapat dan menjadi lebih kuat. Justerunya,

9
perikatan 6 negeri zhuhou telah mengancam Dinasti Qin dan secara tidak langsung
mengakibatkan kejatuhan Qin.
Tafsiran secara objektif, selepas Liu pang(刘邦) berjaya meruntuhkan Dinasti Han,
perasaan dengki terhadap Dinasti Qin daripada rakyat enam negeri zhuhou telah dihilangkan
akibat keruntuhan pemerintahan Dinasti Qin. Pada masa yang sama, perikatan dan kuasa-kuasa
enam negeri zhuhou yang akan mengancam kekukuhan pemerintah Dinasti Han juga
dihapuskan secara keseluruhan. Oleh itu, pemerintahan Dinasti Han dapat dijalankan dengan
lancar dan menyeluruh tanpa menghadapi sebarang halangan.
Selain itu, golongan pemerintahan Dinasti Han adalah daripada kalagan rakyat yang
mempunyai sikap berkecuali. Oleh itu, Dinasti Han mendapat sokongan rakyat enam negeri
zhuhou dengan mudahnya dan mendapat daya penarikan pusat dan tulus ikhlas rakyat terhadap
Dinasti Han yang sebenarnya. Dengan syarat-syarat tersebut, Dinasti Han secara langsung telah
menyatukan China.
Untuk memperkukuhkan lagi kuasa pemerintahan Dinasti Han, Han Gao Zhu Liu Pang
telah menbunuh tujuh raja yang kelainan nama keluarga(异姓王) yang berjasa dalam
mendirikan Dinasti Han supaya dapat menghapuskan bencana yang mungkin akan
menimbulkan perebutan kuasa dalam pemerintahan baginda.
Zaman keagungan Dinasti Han bermula semasa pemerintahan Maharaja Kelima iaitu
Maharaja Han Wu Ti. Semasa pemerintahan Han Wu Ti(汉武帝), baginda telah
melaksanakan dasar “Tui En Ling”(推恩令)iaitu mengurangkan kuasa zhuhou. Pada masa
lalu, zhuhou hanya dibenarkan untuk menganugerahkan jawatan dan tanah yang dianugerahi
oleh maharaja kepada anak sulung sahaja. Akan tetapi, di bawah dasar baru Han Wu Ti ini, zhu
hou boleh membahagikan tanah yang dianugerahi kepada beberapa bahagian dan memberi
kepada anak-anak mereka yang lain. Selain itu, “zhuhou guo” (诸侯国) tidak dibenarkan
memiliki mata wang sendiri. Selain menyekat kuasa zhuhou, Wu Ti juga menubuhkan Sistem
Pemantauan (刺史制度) untuk memperkukuhkan pengawalan kerajaan berkuasa pusat
terhadap wilayah dan mengubahkan sistem pembesar. Contohnya Wu Ti telah melemahkan
kuasa Perdana Menteri dan menambahkan kuasa tentera Jeneral Besar serta membenarkan
sida-sida yang memegang jawatan yang lebih tinggi (高级宦官) menjadi setiausaha (中书)
untuk bertanggungjawab kerja-kerja menyampaikan perintah maharaja serta segala urusan
yang sulit.(出纳章奏,掌握机要). Selain itu, baginda juga melantik penasihat dan pegawai
kerajaan kepada pembesar feudal. Pegawai-pegawai ini bertindak sebagai pemerhati bagi pihak

10
maharaja. Pembaharuan pentadbiran yang dijalankan oleh Han Wu Ti merupakan langkah
untuk mengukuh lagi pentadbiran baginda.
Ideologi Konfusianisme menyatakan bahawa maharaja merupakan mandat Tuhan dan
memerintah rakyat atas nama Tuhan, maka Han Wu Ti telah memerima cadangan Dong Zhong
Shu yang menggunakan teras Konfusianisme iaitu mewujudkan sebuah kerajaan yang kuasa
tertingginya terletak pada maharaja(大一统)dan ideologi Konfusianisme telah dipraktikkan
ke dalam pentadbiran Han Wu Ti. Oleh itu, seluruh rakyat negara harus mematuhi segala
perintah raja. Zhuhou juga dikehendaki menberi taat setia yang sepenuhnya kepada raja.
Tindakan Han Wu Ti ini telah berjaya menyekat perkembangan kuasa zhuhou dan
mengukuhkan lagi keagungan dan kewibawaan raja.

11
5.0 Usaha Pembangunan Bidang Ekonomi

Semasa pemerintah Shih Huang-Ti, baginda telah mempiawaikan sistem ukuran, mata
wang, jarak antara roda kereta dan sebagainya. Walaupun baginda juga mengutamakan
pertanian tetapi polisi-polisi yang dijalankan oleh Shih Huang-Ti telah menyebabkan
kemerosotan bidang pertanian seperti mengerah gologan petani ramai untuk menyertai
angkatan tentera dan mengguna tenaga yang ramai untuk membina Tembok Besar China.
Pembinaan A Fang gong (阿房宫) turut menyebabkan kekurangan tenaga petani serta
menjejaskan pengeluaran hasil pertanian. Peperangan dan projek-projek binaan secara besar-
besaran ini telah membazirkan wang dan sangat mengganggu kehidupan serta aktiviti ekonomi
harian rakyat.
Selain itu, Shih Huang-Ti membuat sekatan ke atas perkembangan ekonomi
perdagangan. Baginda telah menjalankan beberapa langkah-langkah untuk menyekat golongan
pedagang iaitu merampaskan harta mereka, memindahkan mereka ke ibu kota, mengetatkan
kawalan kerajaan terhadap sumber-sumber semula jadi dan kerajaan memonopolikan
pengeluaran dan peniagaan besi dan garam. Selain petani, golongan peniaga juga dikerah
menjadi askar.
Semua punca pendapatan perbendaharaan telah diputus oleh polisi Shih Huang-Ti.
Selain daripada cukai, bidang pertanian dan perniagaan di bawah polisi raja Qin telah
mengalami kemerosotan dan tidak dapat menanggung perbelanjaan raja Qin. Selain itu,
peperangan yang memerlukan belanjaan yang besar sekali lagi menghabiskan pendapatan
Dinasti Qin. Jelasnya, ketidakstabilan dalam ekonomi yang menbawa ancaman terhadap
pemerintahan Dinasti Qin telah menpercepatkan kejatuhan Dinasti Qin.

12
Manakala usaha-usaha peminpin Dinasti Han dalan bidang ekonomi telah
memperkukuhkan lagi pemerintahan Dinasti Han. Raja-raja mengambil barat terhadap bidang
pertanian dan perniagaan supaya dapat menstabillkan ekonomi dalam negara. Selain daripada
mengurangkan cukai petani, langkah-langkah yang dijalani oleh raja Han adalah seperti
membuat pembahagian semula jumlah penduduk dan tanah, menberi bantuan atau tanah
kepada petani yang miskin dan sebagainya. Semasa pemerintahan Han Wu Ti, baginda turut
memandang berat terhadap bidang pertanian. Baginda telah mengarahkan pembinaan terusan
yang menghubungi Chang He dengan Sungai Kuning supaya tanah di antaranya lebih subur
dan sistem perhubungan dapat diperkembangkan. Tanah baru diteroka untuk menjalankan
kegiatan pertanian. Melalui langkah tersebut, Dinasti Han telah menambahkan hasil negara dan
memberi kemakmuran kepada penduduk.
Untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara dan menambah fiskal Dinasti Han supaya
tidak mengulangi kegagalan Dinasti Qin, Han Wu Ti telah menjalani beberapa pembaharuan
ekonomi. Salah satu langkah yang dilakukan oleh Han Wu Ti ialah memonopolikan beberapa
industri penting seperti industri garam dan besi( 盐 铁 官 营 ). Manakala sistem pengangkutan
diinstitusikan bagi mengawal pengagihan barang pengeluaran dengan mengarahkan pegawai-
pegawai mengawal penggangkutan darat dan air. Usaha ini dapat membantu menambahkan
wang pebendaharaan dan mengawal harga barangan dengan membawa barang-barang segera
ke pasaran. Selain itu, bagi menstabilkan harga barangan, maka diwujudkan sistem separas(平
准 均 输). Menurut sistem ini, pihak kerajaan akan membeli sesuatu barang apabila barangan
tersebut didapati banyak di pasaran dan harga juga murah. Bagi mengawal harga barang yang
mahal, kerajaan akan bertindak dengan mengeluarkan simpanannya ke pasaran. Langkah ini
juga dapat membantu menambahkan hasil gudang kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan
ketenteran. Selain langkah di atas, Wu Ti juga mula meletakkan tanggungjawab penempa duit
di tangan kerajaan. Dengan ini, hak-hak pengguna dapat dilindungi dan dijamin, tambahan pula
dasar ini juga dapat mengukuhkan kewangan negara.

Menuruti catatan “Han Shu. Shi Dai Zhi ” 《汉书·食货志》, zaman Han awal hingga
pemerintahan Han Wu Ti, kehidupan rakyat dalam keadaan yang tenteram dan mesra
disebabanya pentadbiran negara yang bijaksana. Gugang negara bertimbun dengan makanan
yang terlalu banyak sehingga busuk dan pebendaharaan negara mempunyai beribu-ribu juta.
Keadaan ini menjelaskan bahawa kemakmuran dan kemajuan ekonomi Dinasti Han.

13
Ekonomi memainkan peranan penting dalam pengukuhan kerajaan. Kejatuhan Dinasti
Qin juga disebabakan ketidakseimbangan fiskal dan ekonomi manakala pencapaian ekonomi
Dinasti Han telah menperkukuhkan pemerintahan Dinasti Han selama 422 tahun.

6.0 Kepimpinan Raja

Maharaja Zheng adalah seorang peminpin yang bercita-cita melangit tinggi dan amat
berupaya tetapi baginda telah menjadi semakin kejam dan bersifat curiga selepas baginda
menjadi maharaja Dinasti Qin. Semasa pemerintahan Shih Huang-Ti, eksploitasi kerajaan
terhadap rakyat semakin serius, pelbagai cukai dan kerahan dikenakan ke atas mereka.
Terdapat juga fenomena penyalahgunaan tenaga rakyat dan sumber kebendaan serta kewangan
yang serius, contoh: menghantar ekpedisi tentera untuk menawan puak Xiong Nu(匈奴) dan
Nan Yue(南越), membina istana A Fang(阿房宫) yang amat mewah, Tembok Besar dan
sebagainya yang mengakibatkan pengorbanan rakyat yang tidak bersalah. Kelakuan Shih
Huang-Ti sangat menboros, baginda menggunakan permata sebagai bahan untuk menbangun
kubur baginda dan menggunakan raksa sebagai sungai yang berada di dalam kubur. Ini dapat
menjelaskan bahawa kebesaran dan kemewahan kubur baginda serta pembaziran wang dan
tanaga rakyat. Selain itu, semasa pembinaan kubur maharaja Shih Huang-Ti , ramai orang telah
terkorban. Golongan gundik dan pekerja pembinaan telah dijadikan korban bersama-sama
dengan mayat maharaja. Pembunuhan pekerja itu adalah untuk mengelakkan berlakunya
kebocoran maklumat tentang kubur maharaja. Perlakuan Shih Huang-Ti telah menunjukkan
sifat kezaliman dan kekejamannya.

14
Pemerintah Dinasti Qin mengamalkan falsafah legalisme. Asas kewibawaan raja adalah
dibina atas undang-undang yang ketat. Oleh itu, kepimpinan raja memainkan peranan penting
dalam perkembangan negara. Tetapi selepas kemangkatan Shih Huang-Ti, Hu Hai(胡亥)
ditabalkan sebagai maharaja baru oleh Li Si(李斯) dan Zhao Gao(赵高). Ini merupakan satu
pakatan sulit telah dibentuk oleh Li Si dan Zhao Gao untuk menyingkirkan Fu Su(扶苏) iaitu
anak tua maharaja Fu Su tidak disukai oleh Li Si dan Zhao Gao kerana beliau merupakan
seorang yang tidak bersungguh-sungguh mengamalkan falsafah legalisme. Beliau juga
menentang dasar keras Dinasti Qin. Li Su dan Zhao Gao lebih suka melantik Hu Hai yang
dianggap lemah untuk menjalankan pentadbiran sebagai maharaja kedua supaya Li Si dan
Zhao Gao boleh menguasai pentadbiran secara sepenuhnya.
Maharaja Qin yang kedua--Hu Hai merupakan seorang pemerintah yang korup dan
kurang berkeupayaan, malahan kejatuhan Dinasti Qin semakin ketara berikutan berlakunya
pertelingkahan dalaman. Semua ini amat merosakkan moral serta keyakinan rakyat dan
golongan atasan terhadap pimpinan maharaja, maka asas dinasti Qin semakin tergugat.
Sementara itu, negari Qin terus berada dalam keadaan yang genting kerana rakyatnya mula
bangun memberontak untuk menggulingkan kerajaan maka meletuslah pemberontakan pertama
petani pada tahun 209 S.M di negeri Chu.
Kelemahan kepimpinan raja tidak dapat mengawal seluruh situasinya maka pada tahun
206 S.M Dinasti Qin telah dimusnahkan Oleh Han Gao Zhu-Liu Pang.
Manakala kejayaan dan kemakmuran Dinasti Han juga disebabkan olah kepimpinan
raja-raja Han yang berupaya dan berkebolehan. Pada tahun 206 S.M, Liu Pang telah memulai
Dinasti Han dan mengambil gelaran sebagai Han Gao Zhu. Maharaja Han Gao Zhu telah
meneruskan usaha yang pernah dijalankan olah Dinasti Qin tetapi melakukan pemulihan
sedikit terhadap corak pentadbirannya. Bagi menghormati hak dan tradisi pembesar tempatan,
maka corak pentabiran pusat telah dilonggarkan agar tidak menimbulkan rasa tidak puas hati
sekutu Han. Oleh itu, Han Gao Zhu meneruskan usaha menganugerahkan wilayah-wilayah
tertentunya kepada pengikutnya bagi menjamin sokongan daripada sekutunya. Usaha awal
yang dilakukan oleh Han Gao Zhu merupakan langkah untuk memulihara dinasti Han yang
masih lagi tidak kukuh kerana menerima ancaman daripada pihak-pihak tertentu. Langkah-
langkah yang dijalankan oleh Han Gao Zhu telah menbukti kebijaksanaan baginda.
Selepas pemerintahan Han Gao Zhu diikuti adalah Han Wen Ti dan seterusnya adalah
Han Jing Ti. Semasa pemerintahan Han Wen Ti dan Han Jing Ti, baginda telah menjalai polisi-
polisi secara perikemanusiaan seperti meringgankan hukuman, mengurangkan cukai,

15
menegaskan kepentingan bidang pertanian dan sebagainya yang mengasihi rakyat. Oleh itu,
zaman tersebut digelarkan sebagai Pemerintahan Wen Jing(文景之治) yang bermakna
pencapaian kemakmuran dan kecermelang Dinasti han yang berada dibawah pemerintahan Han
Wen Ti dan Jing Ti.
Seterusnya, Han Wu Ti yang bersifat ketat dan berwibawa menaik takhta. Dinasti Han
sekali lagi mencapai kegemilangan di bawah pemerintahan Maharaja Han Wu Ti. Selain
daripada Wen Ti, Jing Ti dan Wu Ti, Han Zhao Ti(汉昭帝) dan Han Xuan Ti(汉宣帝) juga
memulihkan dasar-dasar Han Wen Ti dan Han Jing Ti yang bersifat perikemanusiaan dan
digelarkan sebagai Gemilangan Zhao Xuan (昭宣中兴).
Pada zaman Dinasti Han, walaupun peminpin-peminpin Han bersifat perikemanusiaan
dan tidak melaksanakan tindakan lebih tegas terhadap sistem feudal, namun ada usaha dibuat
untuk memecahkan kuasa feudal dan menguatkan pemusatan kuasa kerajaan pusat. Selain itu,
peminpin-peminpin Han yang bersifat bertolak ansur dan serdehana terhadap golangan intelek
telah meredakan hubungan tegang antara pihak intelek dengan pemerintah. Keadaan tersebut
telah melincinkan pentadbiran dan menyenangkan pengawalan raja-raja terhadap golongan
intelek.
Kelemahan Dinasti Qin selepas kemangkatan Shih Huang Ti bertambah buruk
disebabkan kelemahan kepimpinan raja dan adanya pelbagai kumpulan yang ingin menguasai
kerajaan. Kumpulan-kumpulan itu telah mengambil kesempatan daripada kelemahan
kepimpinan raja akibat membangkitkan pemberontakan. Oleh sebab itulah, kejatuhan Dinasti
Qin tidak dapat dielakkan. Manakala kekuatan kepimpinan raja Han tururt menbawa kejayaan
dinasti Han sehingga pencapaian tersebut sebagai rujukan bangsa Cina.

16
7.0 Hubungan Dengan Negara Jiran

Hubungan dengan negara jiran merupakan satu faktor yang penting dalam memastikan
kestabilan politik dalam negara. Usaha-usaha pemimpin Dinasti Han dalam menjalani
hubungan dengan negara jiran juga memperkukuhkan pemerintahan Dinasti Han. Pada zaman
Dinasti Han, kerajaan Han juga mengalami situasi yang sama dengan Dinasti Qin iaitu
ancaman daripada pihak luar. Puak yang paling agresif menceroboh Zhong Yuan(中原) ialah
puak Xiong Nu(匈奴).

Sejak Qin lagi, ancaman daripada orang di utara dan barat menjadi masalah. Pada
zaman Dinasti Qin, Shih Huang Ti telah menjalankan dasar meluaskan kuasa ke kawasan
sebelah utara dan selatan. Kempen perang ke utara telah berjaya menawan kawasan Ordos
hingga ke kawasan lebih utara (kini dikenali sebagai Mongolia Dalam). Manakala di sempadan
barat laut Qin, tentera Qin telah berjaya mengundurkan tentera orang gasar di utara. Bagi
melindungi negara daripada ancaman puak gasar dari utara, maka Shih Huang-Ti telah
mengarahkan Jeneral Meng Tien untuk mengerahkan buruh paksa membina tembok pertahanan
di sepanjang sempadan utara China. Tembok pertahanan ini sepanjang 1400 batu dari barat
daya Kansu sepanjang kawasan pinggir selatan Mongolia. Tembok ini bertujuan untuk
mempertahankan serangan musuh bagi mewujudkan kestabilan dalam negara dan menjaga

17
keselamatan penduduk. Walau bagaimanapun, pembinaan tembok besar ini telah menyababkan
banyak orang terkorban. Negeri-negeri di bahagian selatan yang didiami oleh orang Yueh telah
diserang oleh tentera Qin atas kepentingan ekonomi. Hal ini kerana kawasan tersebut dikatakan
kaya dengan bahan-bahan berharga seperti gading gajah, cula badak, kulit kura-kura, pakaian
dan buah-buahan. Serangan terhadap orang Yueh itu telah sampai ke utara Vietnam. Namun
demikian, Dinasti Qin juga tidak dapat dikekalkan secara lama-lamaan. Ia disebabkan oleh
peperangan yang dijalani tersebut telah mengakitbabkan ketidakseimbangan fiskal dan
membazirkan tenaga rakyat turut melemahkan kerajaan sehingga menyebabkan kejatuhan
Dinasti Qin.

Kegagalan polisi yang dijalankan olah Dinasti Qin terhadap ancaman puak-puak lain
telah menberi kesedaran kepada peminpin Dinasti Han bahawa berperang dengan puak-puak
lain adalah cara yang tidak membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Semasa Dinasti Han,
puak Xiong Nu telah bertapak di utara Chang An(长安). Dalam usaha menangani puak ini,
Dinasti Han telah menjalankan beberapa langkah seperti “barbarians berlawan dengan
barbarians”, perkahwinan campur, bersatu dan berperang. Menerusi dasar “barbarians berlawan
dengan barbarians”, Wu Ti telah cuba membuat pakatan dengan Puak Da Yue Shi(大月氏) iaitu
musuh Xiong Nu di barat China. Namun, usaha baginda menghantar Zhang Qian(张骞) gagal
membuat pakatan dengan puak Da Yue Shi untuk menetang Xiong Nu. Di sebaliknya
kegagalan misi itu, pengembaran misi Zhang Qian(张骞) banyak memberi pengetahuan dan
maklumat tentang negeri-negeri di sebelah barat China. Pengembaran Zhang Qian telah
membuka jalan negara China ke dunia barat dan Dinasti Han memperolehi pendapatan melalui
perdagangan dan juga pelbagai jenis pengetahuan serta teknologi negara Barat dibawa masuk
ke negara China.

Oleh sebab langkah tersebut gagal, HanWu Ti telah menjalankan polisi perkahwinan.
Baginda mengarah seorang puteri iaitu puteri Xi Jun(细君公主) berkahwin dengan raja Da
Wan Guo(大宛国) supaya dapat berpakat dengan Da Wan Guo untuk menyerang puak Xiong
Nu. Pada masa yang sama, Jeneral Wei Qing(卫青) dan Huo Qu Bing(霍去病) diarah olah Han
Wu Ti menjalankan peperangan dengan Xiong Nu selama tiga kali. Puak Xiong Nu telah
mengalami kegagalan dan puak tersebut telah berpecah belah kepada lima puak yang berlainan.
Salah satu puak tersebut telah mengemukakan dasar perkahwinan dengan Dinasti Han secara
sukalera. Oleh itu, Han Wu Ti telah mengarah seorang gadis cantik iaitu Wang Zhao Jun(王昭

18
君) berkahwin dengan Chan Yu(单于) . Pada Zaman Dong Han(东汉), puak xiong nu dibahagi
kepada dua puak iaitu puak utara Xiong Nu(北匈奴) dan puak selatan Xiong Nu(南匈奴).
Manakala puak nan Xiong Nu telah menjalankan hubungan persahabatan dengan Dinasti Han.
Semasa pemerintahan Xuan Ti, baginda telah menubuhkan satu Institusi Pengawalan Daerah
Selatan (西域都护府). Institusi tersebut berkuasa mengawal hal-ehwal daerah selatan.

Selain itu, Dinasti Han juga menjalankan dasar pertahanan dan perluasan untuk
melindungi kepentingan kerajaannya. Dengan kata ini, dasar itu tekah menbawa kepada
perluasan kawasa jajahan Dinasti Han. Langkah pertama yang dilakukan ialah memerangi puak
Xiong Nu. Pada tahun, 136 hingga tahun 56 S.M, pengaruh empayar Dinasti Han telah sampai
ke timur laut, barat dan barat laut iaitu Mancuriah, Korea dan utara Vietnam. Manakala di
timur laut, mereka berjaya menubuhkan wilayah tentera di Mancuriah pada tahun 128 S.M dan
bahagian utara dan tengah Korea ditawankan pada tahun 106 S.M. Sementara itu, di sebelah
barat, tentera Han berjaya meluaskan pengaruh Han hingga ke Asia Tengah termasuk Sin Jiang
dan Turkistan.

Usaha penaklukan tersebut telah menbawa interaksi Dinasti Han dengan dunia luar
terutamanya dalam bidang perdagangan. Perdagangan melalui jalan darat di daerah Sin Jiang
dan Turkistan telah dibuka. Jalan tersebut digelarkan sebagai Jalan Sutera(丝绸之路) .

Pembukaan jalan tersebut telah melicinkan perdagangan antara China dengan dunia luar.
Barangan yang dibawa ke China bukan sahaja datang dari India tetapi juga dari Sri Lanka,
Jepun, Parsi, negara-negara Arab serta Rome. Pada masa yang sama, kerajaan Han mendapat
cukai kastam yang lumayan.

Pencapaian dalan perdagangan dan perhubungan dengan negara jiran melalui Jalan
Sutera telah membolehkan Dinasti Han memperkukuhkan pemerintahannya.

19
20
8.0 Kesimpulan

Dinasti Qin merupakan pemerintahan pertama yang menyatukan seluruh negara China.
Malangnya, Dinasti Qin hanya dapat dikekalkan selama 15 tahun sahaja. Selepas keruntuhan
Dinasti Qin, Dinasti Han telah ditubuhkan. Dinasti Han yang menggantikan Dinasti Qin ini
telah dikenali sebagai “Zaman Keemasan” dalam sejarah China. Malah, Dinasti Han juga
menjadikan negara China sebagai sebuah negara yang agung dalam dunia zaman tersebut.
Setelah membincangkan sebab-sebab Dinasti Han berjaya dalam perkara yang Dinasti
Qin telah gagal, didapati banyak kelemahan dalam pemerintahan Kerajaan Qin. Jika dibanding
dengan pemeritahan Dinasti Han yang memerintah selama 422 tahun, kita boleh mengatakan
bahawa Dinasti Qin merupakan sebuah dinasti yang gagal. Walau bagaimanapun, masa
pemerintahan yang singkat tidak bererti Dinasti Qin merupakan dinasti yang gagal.
Apabila kita melihat kepada kejayaan Dinasti Han, didapati bahawa Dinasti Han
banyak mendapat pengajaran dan pengalaman dari Dinasti Qin. Hal ini juga merupakan faktor
yang penting mengapa Dinasti Han dapat berjaya dalam perkara yang Dinasti Qin telah gagal.
Misalnya penekanan kepada pertanian dan langkah-langkah yang diambil untuk
menenteramkan kehidupan dalam permulaan penubuhan Dinasti Han, adalah pengajaran yang
telah diperolehi daripada keruntuhan Dinasti Qin.
Jia Yi (贾谊), penulis terkenal dalam zaman awal Dinasti Han, telah menyimpulkan
faktor-faktor keruntuhan Dinasti Han dalam karangannya “Guo Qin Lun”(《过秦论》). “Guo
Qin Lun” telah memberi pengaruh yang positif dalam pengukuhan Dinasti Han pada zaman
tersebut. Dengan adanya penjelasan Jia Yi dalam “Guo Qin Lun”, barulah pemerintah-
pemerintah sedar bahawa keperluan rakyat, kestabilan ekonomi dan pemerintahn Ren
merupakan faktor utama mengukuh dan mengekalkan sesebuah Dinasti.
Selain daripada menjadi rujukan Dinasti Han, dasar-dasar politik yang telah dilaksana
semasa Dinasti Qin secara tidak langsung menjadi asas yang kukuh bagi Dinasti Han
menubuhkan sebuah kerajaan yang berwibawa. Bagi memudahkan pemerintahan secara
berpusat, Dinasti Qin telah menyatukan Tulisan Bahasa China supaya tulisan yang sama
digunakan di seluruh negara. Selain tulisan, Dinasti Qin juga menyeragamkan mata wang dan
unit pengukuran pada masa tersebut. Dari segi pertahanan negara, pembinaan tembok besar
China merupakan langkah yang tepat untuk mengukuhkan pertahanan negara. Dasar-dasar
yang telah disebut di atas telah menyediakan asas yang baik dan kukuh bagi Dinasti Han
memerinth negara China dengan lebih berkesan.

21
Kesimpulannya, kejayaan sesebuah kerajaan dalam pemerintahan, sejarah merupakan
faktor yang amat penting. Kejayaan Dinasti Han boleh dikatakan kerana pemerintah Dinasti
Han merujuk dan mendapat pengajaran daripada kegagalan Dinasti Qin. Sejarah umpama
sebuah cermin, membolehkan kita menyedari kelemahan diri melaluinya. Dinasti Han
menjadikan Dinasti Qin sebagai cermin untuk membaiki kelemahan diri, kemudian barulah
melangkah ke hadapan.

9.0 Rujukan

Zhong Lei .Bai Hua Shi Ji. Haerbin: Haerbin chubanshe.2005

22
Yuan Ye .The Chinese History of Five Thousand. Tianjin: Tianjin renmin meishu
chubanshe, 2003.

Yow Yit Seng, Chinese Dimensions: Their Roots, Mindset and Psyche, Pelanduk
Publication (M) Sdn.Bhd, 2006.

Suffian Mansor.Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,


2003.

John K. Fairbank, Edwin O.Reischauer dan Albert M. Craig. East Asia: Tradition
and Transformation. Edisi Semakan. Boston: Houghton Mifflin Company, 1989.

23

Anda mungkin juga menyukai