Anda di halaman 1dari 3

Terjemahan Teks Ucapan KIBAR

Mukaddimah:
Dengan
BismilLah
AlhamdulilLah (Tahmid) dan Selawat.

Pembukan:
Terima kasih kepada Pengacara Majlis.
Yang dimuliakan Tuan Pengetua SMAIP Al-Fadhil Us. Zainuddin Mahmud.
Penolong Kanan Pentadbiran Al-Fadhil Us. Hj. Jasri Bin Hj. Juhor.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu Maskupah Ag. Limuddin.
Penolong Kanan Bahagian Kurikulum Al-Fadhil Us. Fuad Imamu Wahdan Syamsul Hadi.
Penolong Kanan Bahagian Ko-Kurikulum Al-Fadhil Us. Akbar Bin Husain.
Penasihat Kelab Bahasa Arab Al-Fadhil Us. Hj. Abd. Kadir Bin Abdullah.
Pengerusi Pelaksana Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBAR) Us. Abdin Umar.
Semua Tenaga Pengajar SMAIP.
Anak-anakku Putera dan Puteri yang sangat di kasihi sekelian.

Isi Ucapan:
Sebelum saya Merasmikan Penangguhan Kursus Intensif Bahasa Arab bagi calon-calon
peperiksaan SMA dan STAM yang digelar “KIBAR” pada pagi yang penuh bercahaya
dan dipenuhi barakah lagi indah ini. Sukacita saya merakamkan ucapan berbanyak terima
kasih kepada AJK Pelaksana kursus yang sungguh bermanfaat ini. Kerana mereka telah
bertungkus lumus bekerja siang dan malam selama tujuh hari berturut-turut dengan
agenda serta aktiviti yang padat dan mantap. Mereka telah menghabiskan separuh dari
masa cuti mereka demi semata-mata melaksanakan kursus ini. Sekalipun pada hakikatnya
masa tersebut adalah masa yang dikhususkan kepada mereka untuk merehatkan diri dari
pelbagai masalah persekolahan atau menghabiskan cuti mereka dengan kewajipan rumah
tangga mereka. Demikian juga saya merekamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada para peserta yang telah menghabiskan masa cuti mereka di sini
selama seminggu dari jumlah dua minggu cuti yang sebenarnya. Mudah-mudahan Allah
memberkati usaha anda semua dan menganugerahkan anda semua dengan kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan dan juga kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat Insya
Allah. (Aminkan!!!!!!!!!!!cepat)

Jemaah guru yang dimuliakan dan anak-anakku yang dikasihi sekalian!

Sesungguhnya kamu semua tahu bahawa saya telah tinggalkan kamu pergi ke Jordan
pada bulan yang lalu sebelum kursus ini dilaksanakan. Walaupun saya berada jauh dari
kamu semua, namun kamu semua tetap berada jauh di lubuh hati dan nurani saya tanpa
dapat melupakan kamu walaupun sesaat. Ketahuilah bahawa apa yang telah kami
perbincangkan di sana selama sebulan penuh ialah mengenai agenda atau program yang
bersesuaian untuk memartabatkan Bahasa Arab di negara kita khususnya sekolah-sekolah
agama aliran arab seperti sekolah kita. Kursus Intensif Bahasa Arab yang telah kita
jalankan di sekolah ini adalah salah satu program yang sesuai untuk memartabatkan
Bahasa Arab dari beberapa program yang telah kami perbincangkan semasa di Jordan.
Oleh yang demikian sekolah kitalah yang pertama melancarkan program yang cukup
berharga ini. Demikian juga sekolah kitalah yang lebih dahulu, yang pertama
melaksanakan kursus yang diiktiraf sebagai salah satu program pendidikan dan aktiviti
ko-kurikulum yang cukup berkesan untuk mengangkat martabat bahasa yang sungguh
mulia ini.
Saya berkayakinan bahawa kursus yang telah kita laksanakan ini telah mencapai objektif
yang dirancang samada objektif khas mahupun objektif am. Dengan penuh harapan
melihat kesan hebat yang terhasil selepas kursus ini, kami sebagai guru-guru di sekolah
ini ingin melihat kemajuan di kalangan para pelajar dalam menguasai bahasa ini. Kami
ingin mendengar patah-patah perkataan arab itu keluar dengan begitu mudah dari mulut
para pelajar. Kita harap dapat bercakap sesama kita dengan menggunakan bahasa yang
mulia ini. Kami teringin sangat menjadikan sekolah kita ini sebagai satu tempat yang
bercirikan suasana kearaban. Satu masa nanti sekolah kita akan menjadi satu tempat yang
penting untuk diziarahi atau didatangi oleh para pelawat dari dalam dan luar negara,
terutama bagi mereka yang ingin atau suka mengamalkan bahasa ini. Juga tidak mustahil
satu hari nanti sekolah kita akan menjadi “Ma’mal Bahasa Arab” yang cemerlang di
negeri ini. Kita akan dapat mencapai semua yang sya sebutkan sebentar tadi setelah kita
membiasakan pertuturan kita dengan bahasa ini setiap hari disemua tempat, sesama kita
atau orang lain yang mengunjungi kita dari seluruh negara mahupun pengunjung dari
seluruh dunia.

Anak-anak yang dikasihi.

Oleh itu kita hendaklah terus mengamalkan bahasa ini, mampu berfikir dengan bahasa ini
sehingga kita mampu meluahkannya bila-bila masa sahaja kita mahu menuturkannya.
Kamu wahai pelajar-pelajar STAM, kamu juga wahai pelajar-pelajar SMA adalah sebagai
mesin penggerak dan pemandu kepada bahtera ini kesatu tempat yang tinggi yang
dinamakan dengan martabat bahasa ahli syurga.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya sukacita yang mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan syabas kepada menjuarai pertandingan yang telah diadakan sepanjang kursus
ini. Terutama sekali kepada pelajar yang meraih anugerah peserta terbaik samada dari
calon peperiksaan SMA mahupun STAM. Kepada para pemenang saya ucapkan tahniah
semoga kamu akan terus berjaya dengan cemerlang dalam segenap bidang kehidupan.
Kepada mereka yang tidak berjaya meraih sebarang kejuaraan tidak usah berasa sedih
dan jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat Allah. Sebaliknya kamu hendaklah terus
melipat gandakan usaha demi mencapai kejayaan dimasa akan datang. Ingatlah bahawa
kemenangan dan kejayaan tidak akan kunjung datang melainkan setelah kita melipat-
gandakan usaha dengan bertungkus lumus tanpa mempedulikan segala kesusahan dan
kepayahan. Ingatlah ayat Al-Quraan firman Allah dalam kitabNya yang mulia:
“Sesungguhnya bagi setiap kesusahan itu ada kesenangan”. Ingatlah pepatah Arab ada
mengatakan: “ sesiapa bersungguh-sungguh dia akan dapat – sesiapa yang bersungguh-
sungguh akan berjaya”. Ingat juga pepatah Melayu yang mengatakan: “Air yang lembut
yang terus menitis itu mampu menembusi batu yang keras”. Ingatlah firman Allah dalam
kitabNya yang mulia: “Allah tidak akan mengubah nasib (mujur yang ditakdirkan Allah)
yang ada pada sesuatu kaum itu, kecuali dia sendiri yang mengubahnya (menjadi
malang).”. Ketahuilah bahawa seandainya “Mumtaz” usaha anda maka mumtaz/
cemerlanglah yang akan anda dapat. Tetapi jika usaha anda hanya setakat “Jaiyid” sahaja
maka jayid/ baiklah sahaja yang akan anda dapat. Jikamu tidak melakukan sebarang
usaha maka “Rasib” (gagal) sedang menunggu dihadapan kamu.

Akhir sekali semoga kursus yang telah diadakan ini menjadi jambatan, jalan serta
penghubung kepada peningkatan dalam peperiksaan dengan meraih kecemerlangan
Insya Allah Amin ya Rabbal ‘alamin! (Aminkan!!!!!!!!!!cepat! ramai-ramai! Sama-sama)
Maka dengan lafaz ‘ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN’ saya lancarkan
Penangguhan Kursus Intensif Bahasa Arab “Kibar” ini dengan rasminya.

DUA SAMPUL SURAT BERISI KEPUTUSAN UNTUK DIUMUMKAN

Dengan ini juga saya isyitiharkan, pemenang bagi Anugerah Peserta Terbaik sepanjang
“Kibar” ialah:
1. Peserta Terbaik Kibar bagi peserta lelaki calon peperiksaan SMA ialah:
…..???????
2. Peserta Terbaik Kibar bagi peserta perempuan calon peperiksaan SMA ialah:
…..???????
3. Peserta Terbaik Kibar bagi peserta lelaki calon peperiksaan STAM ialah:
…..???????
4. Peserta Terbaik Kibar bagi peserta perempuan calon peperiksaan STAM ialah:
…..???????
5. DAN…. Kumpulan Terbaik Kibar keseluruhan bagi calon peperiksaan SMA dan
STAM ialah:??????????

Wabillahit taufiq…………..

TAMMAT

Anda mungkin juga menyukai