Anda di halaman 1dari 9

NOTA RINGKAS DAN PADAT

HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN




1

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

Tujuan Kajian
a) Pelaporan / Penerokaan utk mengutip maklumat
awal atau latarbelakang
b) Deskriptif utk menjelaskan subjek ( penyataan
masalah )
c) Explanatori menjelaskan dan menerangkan sebab
sesuatu fenomona berlaku
d) Prediktif menlah bila dan dlm situasi mana sesuatu
fenominum besar kemungkinan akan berlaku.
KAJIAN DALAM PENDIDIKAN
Runtuk membuat refleksi tentang andaian, nilai dan amalan;
menyoal dan mencari kaedah untuk memperbaiki proses kerja
kita supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan
maklumat yang betul, yang seterusnya dapat memperbaiki
amalan profesional kita.
Jenis Kajian
1. Kajian tindakan ada 2 kompenan a) bhg
penyelidikan b)Bhg tindakan.
Tujuan a) mengepasti masalah b) utk menyelesaikan
masalah.
2. Kajian konvensional :
a) Kajian kuantitatif
b) Kajian kualitatif
Kajian kuantitatif
R adalah satu bentuk inkuiri positivis yang
menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran
objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami
dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan
panduan kepada amalan dan polisi
Kajian Kualitatif adalah kajian yang menekankan kepada
penghasilan makna (production of meaning)




Kajian Tindakan -untuk memperbaikinya dan menunjukkan
bukti setakat mana amalan itu telah dibaiki.
Langkah asas Kajian tindakan
1. meninjau amalan semasa
2. kenalpasti masalah utk diselidik
3. bagaimana anda memperbaiki amalan secara praktik
4. cuba selesai dan nilai semula
5. ubah amalan mengikut maklum balas dr langkah 4
6. teruskan memantau amalan
7. lihat semula dan nilai amalan yg telah diubah

KAEDAH INKUIRI SAINTIFIK DALAM KAJIAN
Runtuk membina dan menguji pelbagai hipotesis melalui
pemikiran induktif-deduktif. Kajian saintifik menggunakan
proses tertentu yang menggabungkan pemikiran induktif dan
deduktif serta pencerapan dan pengujian hipotesis kepada
aktiviti-aktiviti yang berasaskan pemikiran reflektif
RSains adalah satu sistem cara yang dapat menghasilkan ilmu
pengetahuan.
Ciri-ciri Sains
a) Empirikal Data empirikal diperoleh mengikut keadaan
tertentu.
b)Boleh diulang(replicable) Kajian boleh diulang mengikut
keadaan, sampel dan kaedah yang digunakan sebelumnya.
c) Analitikal Ia mengikut kaedah saintifik untuk memecah dan
menjelaskan fakta empirikal.
d) Berasaskan teori Ia bergantung kepada pengetahun lepas.
e)Logikal Kesimpulan dibuat berasaskan logik dan hasil kajian.
f) Teliti Usaha dibuat untuk mengurangkan kesilapan.
ALTERNATIF KEPADA SAINS DALAM PENGHASILAN
ILMU
(a) Autoriti
Pengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa, para guru dan
pakar serta daripada buku dan media
(b) Tradisi
Pengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima
sebagai betul disebabkan ia telah melalui ujian masa, dan
justeru boleh dipercayai
(c) Pengetahuan Umum
Maklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa
yang diketahui oleh semua orang yang mempecayainya
(d) Mistri Media
Siaran TV, filem, surat kabar, majalah dan media lain adalah
penting kepada kita sebagai sumber maklumat
(e) Pengalaman Peribadi
Apabila sesuatu berlaku, kita dapat merasainya, kita dapat
mengalaminya, dan kita terimanya sebagai benar
Pengalaman peribadi ini dikukuhkan melalui empat kesilapan
utama:
R Terlebih generalisasi (overgeneralisation): iaitu kita
mengandaikan perkara ini benar dalam situasi-situasi lain.
R Pencerapan terpilih (selective perception): iaitu, apabila kita
memberi tumpuan kepada perkara tertentu sahaja dan tidak
kepada perkara-perkara lain.
R Keputusan lebih awal (premature closure): iaitu keputusan
yang kita buat apabila kita rasa kita sudah pun mempunyai
segala jawapan yang kita perlukan dan kita rasa kita tidak perlu
lagi mendengar pendapat orang lain, mencari maklumat lain
atau menimbulkan persoalan lain.
RKesan Halo (Halo effect): iaitu, apabila kita terlebih membuat
generalisasi terhadap objek atau seseorang yang mempunyai
ciri-ciri cemerlang, yang membawa kita kepada memberi
penilaian yang berlebihan kepada objek atau orang tersebut.
KEBAIKAN PENDEKATAN SAINTIFIK
R lebih daripada proses pengutipan dan penganalisisan data
R berasaskan logik and pencerapan
Model Sains Tradisi
(a) Teori digunakan untuk menggarap idea yang dihasilkan
dalam bentuk hipotesis.
(b) Operasionalisasi menyatakan makna semua pemboleh
ubah yang terlibat dan bagaimana pemboleh ubah ini diukur. Ia
adalah satu proses untuk menyatakan definisi operasional,
atau menyatakan operasi terperinci untuk mengukur pemboleh
ubah.
(c) Pencerapan melihat dan membuat pengukuran ke atas
apa yang dilihat.
(a) Model Induktif bergerak daripada perkara spesifik
kepada umum (general), daripada satu set pencerapan tertentu
(specific observations) kepada penemuan bentuk (discovery of
a pattern) yang mempunyai susunan. (pencerapan)
(b) Model Deduktif bergerak daripada umum kepada
spesifik. Daripada satu bentuk tertentu yang dijangka
berasaskan logik atau teori kepada pencerapan yang menguji
sama ada bentuk yang dijangka itu sebenarnya wujud. (teori)

KRITERIA KAJIAN YANG BAIK
(a) Tujuan Kajian yang Jelas untuk mengelakkan kekeliruan.
(b) Penerangan yang Jelas tentang Proses Kajian
NOTA RINGKAS DAN PADAT
HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


2
Proses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia
boleh diulang dan disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain.
(c) Perancangan dan Pelaksanaan yang Sistematik
Proses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat
untuk mengurangkan ralat (error).
(d) Piawai Etika yang Tinggi Sesuatu projek kajian yang
memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta kajian
daripada prasangka atau bahaya, yang pada masa yang sama
dapat menghasilkan keputusan berkualiti, akan diberi nilai yang
tinggi.
(e) Dapatan yang Dibincang dengan Jelas
Penyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang
sesuai, dan analisis ini perlu dibuat secara terperinci. Selain
itu, kebolehpercayaan dan kesahan data perlu disemak dan
disahkan; dapatan kajian perlu diterangkan dengan jelas.
(f) Batasan Kajian Dinyatakan dengan Jelas
penyelidik perlu menyatakan batasan-batasan atau kesilapan
yang berlaku semasa kajian dijalankan, yang boleh memberi
kesan kepada dapatan kajian.
ETIKA KAJIAN
R kerahsiaan peserta kajian;
R penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik
diri daripada sebahagian kajian atau sepenuhnya;
R keizinan dan kemungkinan penipuan di pihak peserta;
R menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh
dikenal pasti;
R reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna,
menganalisis dan melapor dapatan-dapatan kajian; dan
R tingkah laku dan keobjektifan penyelidik.
Kajian asas Kajian yang dibuat untuk meningkatkan
kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori
baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian.
Kajian gunaan Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan
masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau
menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan.
Kajian kuantitatif Kajian yang menekankan pemerolehan
fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik
data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu
fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan
polisi.
Kajian kualitatif Kajian yang menekankan kepada
penghasilan makna yang mengambil kira apa yang tidak
disentuh oleh kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif
seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang,
keanihan seseorang, dan sebagainya.
Kajian tindakan Kajian yang menekankan kepada
penilaian amalan harian, sama ada telah mencapai tahap yang
sepatutnya.

TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
Tujuan menulis kajian
(a) mengenal pasti permasalahan yang dikaji dan menyatakan
satu set soalan kajian untuk dijawab dalam kajian;
(b) membuat tinjauan literatur berkaitan dengan permasalahan
kajian serta mengenal pasti bidang yang belum lagi dikaji atau
kurang diberi perhatian oleh pengkaji;
(c) menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk
soalan kajian, jika berkaitan);
(d) membina metodologi kajian yang berpadanan untuk
menguji hipotesis atau untuk menjawab soalan-soalan kajian;
(e) membina reka bentuk kajian dan teknik pengumpulan data
yang sesuai; dan
(f) mengenal pasti prosedur analisis data yang sesuai dan
justifikasinya.

KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN
Bab Satu
menyatakan masalah yang ingin dikaji, termasuk tujuan,
soalan kajian dan kepentingan kajian. (a) Pengenalan (b)
Latar Belakang Masalah Kajian (c) Pernyataan Masalah (d)
Kerangka Konsep (sebab munasabab) (e) Objektif dan
Soalan Kajian (f) Kepentingan Kajian (g) Batasan Kajian (h)
Penerangan Terminologi (istilah) (i) Rumusan
Bab Dua Tinjauan Literatur
memaparkan literatur berkaitan dan kajian berkaitan dengan
topik yang anda pilih. (a) Pengenalan (b) Literatur Berkaitan
(c) Kajian Berkaitan (d) Rumusan
Bab Tiga Metodologi Kajian
menjelaskan secara terperinci tentang reka bentuk kajian,
termasuk pemilihan sampel dan cara data dikutip dan
dianalisis. (a) Pengenalan (b) Reka Bentuk Kajian
s/ada ia menggunakan kaedah kuantitatif atau kaedah kualitatif
(c) Populasi dan Sampel (d) Alat Kajian (i) Teknik
Pengutipan Data (ii) Kaedah Analisis Data (iii) Rumusan




TOPIK 3 MASALAH KAJIAN
Kita menjalankan kajian dengan tujuan tertentu. Antara tujuan
kajian adalah:
R menyelesaikan masalah kritikal yang memerlukan tindakan
segera;
R membawa perubahan kepada amalan pendidikan yang wujud
pada masa ini; dan
R menghasilkan penemuan baru, ilmu baru atau produk yang
berguna dalam pendidikan.
Latar Belakang Masalah Kajian
RApakah masalah atau isu?
RSiapakah yang menyatakan itu suatu isu?
R Apakah data yang boleh membuktikan ia adalah suatu isu?
MEMAHAMI BIDANG KAJIAN
memahami beberapa variabel kajian, konsep-konsep yang
berkaitan, teori dan model, kerangka konsepsual dan teoretikal
serta pernyataan masalah kajian
Kerangka Teori/Konsepsual Kajian
R kesediaan guru memahami pakej dan kemahiran-kemahiran
berkaitan;
Rkemudahan yang disediakan;
R latihan pengajaran dan pembelajaran;
R pertolongan pentadbiran;
R penilaian; serta
R konstrain dan cara mengatasinya
Pernyataan masalah yang baik tentang masalah kajian dapat
memberi gambaran menyeluruh, dengan tumpuan
kepada variabel dan hala tuju kajian.
TUJUAN KAJIAN sesuatu rancangan disediakan untuk
memenuhi sesuatu tujuan, yang kemudiannya diterjemahkan
kepada objektif yang lebih spesifik
Objektif kajian adalah pernyataan tujuan spesifik kajian yang
disenaraikan sebelum sesuatu kajian dijalankan
Soalan kajian ialah soalan yang dibina berpandukan kepada
objektif kajian, yang mana jawapan kepada soalan ini akan
membantu pengkaji untuk mencapai objektif dan tujuan kajian
Ciri-ciri hipotesis adalah seperti berikut:
R Suatu pernyataan yang diramal mempunyai jawapan yang
bernilai kepada soalan kajian.
R Suatu jangkaan yang mempunyai hubungan antara beberapa
variabel atau kesan antara satu variabel terhadap variabel lain.
R Hipotesis boleh diuji secara statistik. Berikut dijelaskan
perbezaan antara hipotesis kajian dan hipotesis statistik
Hipotesis kajian adalah pernyataan tentang keputusan yang
dijangka, sebaliknya,
hipotesis statistik adalah pernyataan tentang andaian
bahawa tiada hubungan antara variabel-variabel yang dikaji
Hipotesis kajian takberarah bermaksud jangkaan kita tentang
perbezaan atau hubungan antara variabel yang dikaji adalah
tidak memihak kepada mana-mana arah.
Hipotesis kajian berarah pula bermaksud jangkaan kita
tentang perbezaan atau hubungan antara variabel adalah
memihak kepada arah tertentu, misalnya lebih tinggi, lebih
rendah dll
Variabel Faktor yang berubah dalam kualiti, kuantiti atau saiz
yang mengikut responden atau situasi tertentu.
NOTA RINGKAS DAN PADAT
HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


3
Hipotesis kajian Satu pernyataan yang berkait dengan
spekulasi tentang sesuatu perkara.
Kerangka konsepsual Kerangka yang menerangkan
tentang hubungan antara variabel dalam kajian dan kesan
hubungan tersebut.
Kerangka teori Kerangka yang dapat menerangkan
sesuatu fenomena dengan mengaitkan variabel-variabel yang
terdapat dalam sesuatu kajian.
Teori Perkaitan antara variabel yang dapat menjelaskan
sesuatu fenomena.

TOPIK 4 TINJAUAN LITERATUR
1. MEMAHAMI BIDANG KAJIAN
Rpemahaman yang mendalam tentang konsep-konsep
Rmemahami teori-teori berkaitan bidang kajian
RDapatkan bahan-bahan berkaitan daripada tesis dalam
bidang kajian, jurnal/buku/ ensaiklopedia pendidikan, laporan
kajian di Malaysia: EPRD/BPG/Institut Pengajian
Tinggi, prosiding seminar, internet dll
R perpustakaan institut pengajian tinggi dan dapatkan
bahanbahan yang berkaitan.
R menggunakan internet untuk mencari banyak maklumat
tentang kajian pendidikan
R menyaring bahan-bahan ini yang berkait rapat dengan topik
kajian.
R Baca bahan-bahan yang disaring dan sediakan abstrak yang
mengandungi nama pengarang, tahun kajian dijalankan, topik
kajian, tempat kajian dijalankan, metodologi kajian, hasil kajian
dan kesimpulannya.
R Rekodkan juga sumber bahan/artikal
Peringatan! Tinjauan literatur memerlukan banyak teori dan
kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang akan
dilakukan. Ia perlu mengambil kira perkaitan antara teori-teori
dan dapatan-dapatan kajian.
Kita perlu juga melihat persamaan dan pertentangan antara
teori-teori dan dapatan daripada tinjaun literatur, dan perlu
bertanya diri kita sendiri bagaimana kita menangani dan
mengambil peluang daripada persamaan dan pertentangan ini.
Pemahaman tentang Teori Berkaitan - Apakah bentuk teori
yang menjadi asas kepada kajian anda?
Pemahaman tentang Model Berkaitan - adakah model-model
tersebut sesuai dengan topik kajian kita
2. TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN -merujuk kepada kajian
berkaitan untuk kita mengetahui dapatan-dapatan dan
pengkaedahan kajian yang terkini
Rkita perlu mengenal pasti kajian-kajian lepas yang
sama/hampir sama dengan topik kajian yang akan kita lakukan
R menganalisis kajian-kajian lepas, perlu memberi perhatian
kepada kronologi kajian-kajian yang bertujuan untuk
menentukan tren kajian dalam bidang kajian.
3. TINJAUAN KAEDAH KAJIAN LEPAS
R Setelah memperoleh maklumat daripada kajian-kajian lepas,
perlu diteliti skop kajian (yang mungkin sengaja dibataskan
oleh pengkaji) dan kaedah kajian.
RReka bentuk kajian adalah strategi untuk menjalankan kajian
yang melibatkan pemilihan sampel, pembahagian sampel
kepada beberapa kumpulan yang sesuai serta kaedah dan
teknik pengutipan data.
R kajian tinjauan, sampel yang besar terdiri daripada antara
100 sehingga 1,000 subjek/responden kajian. kajian
ekperimen pula adalah sukar untuk menjalankan
kajian menggunakan sampel yang besar disebabkan
kekangan-kekangan semasa melaksanakan eksperimen.
Kajian etnografi dan kajian kes biasanya melibatkan sampel
yang kecil sahaja,
- memilih kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam kajian
kita, berpandukan soalan-soalan kajian dan kaedah analisis
data yang digunakan dalam kajian-kajian lepas. Ini dapat
dijadikan justifikasi mengapa kita memilih kaedah analisis data
tertentu untuk kajian kita

TOPIK 5 KAEDAH KAJIAN
1. Kajian adalah penggunaan kaedah saintifik secara formal
dan sistematik untuk mengkaji masalah-masalah dalam
bidang/disiplin ilmu tertentu.
2. merancang kaedah dan tatacara kajian yang hendak
dijalankan. Rancangan kajian ini akan memberi gambaran
tentang siapakah responden kajian; apakah variabel kajian,
jenis data kajian dan alat-alat kajian yang akan digunakan; dan
juga bagaimana data akan dikutip dan dianalisis.
3. Soalan-soalan kajian adalah soalan-soalan yang kita tanya,
yang jawapannya boleh digunakan untuk mencapai tujuantujuan
kajian yang kita akan jalankan
4. Reka bentuk kajian
a) Kuantitatif
1. Eksperimen -kajian bandingan kumpulan
2. Kuasi-eksperimen -menggunakan kelas-kelas yang sedia
ada sebagai kumpulan kawalan dan eksperimen.
3. Korelasi - membandingkan keputusan peperiksaan
muridmurinya dlm 2 matapelajaran
4. Tinjauan- cross-sectional digunakan untuk mengutip data
yang menggambarkan sikap, pendapat atau kepercayaan
semasa. Reka bentuk longitudinal pula digunakan untuk
mengkaji individu-individu dalam jangka masa tertentu
Kualitatif
1. Teori grounded - memerlukan pencerapan (observation) dan
juga temubual
2. Etnografi -boleh mengenal pasti satu kumpulan orang untuk
dikaji, melawat seting kumpulan ini, catitkan bagaimana
mereka bertingkahlaku dan berinteraksi dengan orang-orang
lain
3. Naratif- menceritakan secara sendiri kepada pengkaji apa
yang berlaku kepadanya ( kajian individu )
Gabungan Kuantitatif dan Kualitatif
1. Kedah bercampur -satu tatacara untuk mengutip keduadua
jenis data, iaitu data kualitatif dan data kuantitatif dalam satu
kajian
2. Kajian tindakan- guru menjalankan kajian dalam bilik darjah
untuk mereka membuat refleksi tentang pengajaran mereka
Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan
kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan.
Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih
untuk mewakili sesuatu populasi
a) Persampelan rawak mudah (PRM) adalah satu proses
pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi
tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
sampel
b) Persampelan rawak berstrata (PRS) adalah satu proses
pemilihan sampel di mana populasi kajian dibahagikan kepada
beberapa strata/kumpulan kecil- L pandai, L lemah, P pandai,
P lemah .
c) Persampelan sistematik (PS) adalah satu proses
persampelan, di mana setiap ahli populasi diberi nombor
berturutan, dan sampel dipilih dengan mengambil ahli populasi
yang bernombor dengan selang tertentu.
d) Persampelan kelompok (PK) adalah satu proses
persampelan, di mana ahli-ahli populasi berada dalam
kumpulan-kumpulan tertentu
ALAT KAJIAN
Proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan kepada dua
(2) bahagian, iaitu
(a) menentukan objektif alat kajian-apakah yang kita ingin tahu
tentang responden kajian kita
(b) menentukan kandungan alat kajian -ujian yang mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahan kandungan (content validity)
yang tinggi

Jenis Kebolehpercayaan dan Kesahan
1. Kestabilan- Kebolehpercayaan kestabilan ialah ukuran
ketekalan (consistency) mengikut peredaran masa bagi sampel
yang sama
2. Kesetaraan Kebolehpercayaan kesetaraan ialah ukuran
kesetaraan antara skor bagi dua (2) ujian yang setara, iaitu
ujian yang berbeza, tetapi mengukur kandungan yang sama.
NOTA RINGKAS DAN PADAT
HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


4
3. Ketekalan Dalaman Kebolehpercayaan ketekalan dalaman
ialah ukuran ketekalan antara skor separuh daripada ujian
dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama.
empat (4) jenis kesahan
1. Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana
sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak
diukur.
2. Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk,
iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan
ramalan (predictive validity)
3. Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana
sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan
berasaskan teori psikologi tertentu eg. Rajin
4. Kesahan muka sesuatu alat/ujian nampak pada
permukaannya dapat mengukur apa yang hendak diukur
Contohnya, bagi alat yang mengukur konstruk rajin, kita
sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang
yang rajin.
Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian
sebenar dijalankan yang bertujuan untuk memestikan alat-alat
kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi
serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang munkin
berlaku semasa kajian sebenar dijalankan.
Fungsinya :
RMenyemak kejelasan item-item, arahan dan dan susun atur
(layout) soal selidik.
R Mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal
selidik.
R Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item
dan format jawapan.
R Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi
item-item tertutup.
R Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.
R Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal
selidik.
R Mengenal pasti item-item yang tidak berkaitan dalam soal
selidik.
R Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data
komputer
Variabel adalah idea yang pengkaji ingin meneliti dalam kajian
mereka. Secara operasinya, variabel ialah sesuatu ciri atau
atribut seseorang individu atau organisasi yang kita boleh
cerap (observe) dan boleh diukur (measure).
Penganalisisan Data Kualitatif
R Meyedia dan menyusun data untuk dianalisis.
RMenghurai dan membina tema daripada data.
R Melaporkan dapatan kajian.
RMenafsirkan (interpreting) dapatan kajian.
R Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan
kajian
Penganalisisan Data Kuantitatif
- menghimpun dan mengubah data daripada bentuk
kualitatif kepada bentuk kuantitatif kedlm program spss
-menentukan ukuran kepada setiap variabel kajian yang
digunakan
- memprogramkan supaya komputer memberikan kekerapan
(frequency) bagi setiap skor kepada item yang dimasukkan
- memilih analisis statistik yang sesuai diguna untuk
menjelaskan profil/latar belakang responden dan menjawab
soalan-soalan kajian

TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF
1 Reka Bentuk Kajian Kualitatif - merupakan satu rancangan
bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian
membawa maksud tertentu berkait dengan idea dan persoalan
kajian :
(i) jangka masa kajian;
(ii) jenis data yang hendak dikutip;
(iii) alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;
(iv) di mana kajian tersebut hendak dijalankan;
(v) kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel;
(vi) strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;
(vii) jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan
kajian; dan
(viii) bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.
2 Pemilihan Bentuk Kajian
(a) Bentuk Kajian Lapangan-data dikutip melalui temubual
dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap
fenomena yang dikaji.
(b) Bentuk Kajian Kes-adalah kajian tentang sesuatu kes atau
beberapa kes. berkait dengan manusia, kumpulan manusia,
peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada
program. Satu kes adalah satu unit asas analisis. Data kes
termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan
pernyataan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut.
Teknik utama yang digunakan ialah pemerhatian lapangan,
temuduga dan analisis dokumen.
(c) Bentuk Kumpulan Terfokus- proses pengutipan data melalui
temubual yang dibentuk khas untuk kumpulan kecil. perlu
berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar
dan bawah sedar . satu kaedah untuk mendapatkan maklumat
berasaskan pendapat, pengalaman and sikap.
(d) Bentuk Kajian Tindakan bertindak secara sistematik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah
spesifk. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif
dalam kajian. Proses kajian ini melibatkan perancangan,
tindakan, pemerhatian dan refleksi
(e) Bentuk Analisis Dokumen
Kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis
kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.
(f) Bentuk Pelbagai Pendekatan- Pendekatan ini mencantumkan
dua atau lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. pengutipan
data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah.
3 Membina Alat Kajian Kualitatif
(a) Penilaian Dokumen - Dokuman merujuk kepada suatu rekod
tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang,
rekod bertulis tentang sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau
persembahan.
Peringkat analisis data Pra masuk ( Jenis, lokasi, aksebiliti ,
j/masa dokumen ) , Rekoding ( Jenis kod, proses rekod isi ) ,
Memproses ( pkurangan data, pamir data , verifikasi data ) ,
Interpretatasi ( dapatan utama / sekunder , Minterpretasi
penemuan )
(b) Alat Pemerhatian Ciri-ciri
R Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai
pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan.
R Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi.
R Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian.
R Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat
pemerhatian
R Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.
(c) Alat Menemuduga- Temuduga merupakan perbualan yang
mempunyai tujuan tertentu.
R Temuduga berstruktur atau piawai. Soalan yang dibangunkan
bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik.
R Separuh berstruktur atau separuh piawai di mana beberapa siri
soalan pra-penentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan.
R Temuduga tanpa-berstruktur atau temuduga tanpa-standard.
4 Kebolehpercayaan dan Kesahan - dari segi:
(1) alat yang digunakan dalam kajian; (2) proses mengutip data;
dan (3) kaedah analisis data.
Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam
aktiviti lapangan, membuat peta, navigasi dan latihan militer.
Jenis triangulasi :
(i) Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data
untuk menyelidik fenomena yang sama.
(ii) Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati
berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena
yang sama.
(iii) Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada
satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama.
(iv) Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai
kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.
5 Persampelan dalam Kajian Kualitatif
NOTA RINGKAS DAN PADAT
HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


5
(a) Strategi Persampelan
dalam kajian kuanlitatif strategi persampelan bukanberkebarangkalian
digunakan (non-probability sampling). Empat (4)
jenis persampelan bukan kebarangkalian :
(i) persampelan mudah; subjek kajian yang mudah diperoleh
(ii) persampelan bertujuan; pengkaji menggunakan
pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk
memilih subjek yang hendak dikaji daripada populasi.
(iii) persampelan snowball; mengenal pasti lokasi subjek yang
mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita
menjalankan kajian.
(iv) persampelan kuota (quata sampling): pemilihan sampel secara
mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang
ditentukan.
6. Kaedah Pengutipan Data
R data yang didapati daripada dokumen; ( dimana, siapa , bila ) ,
Tubuh system organisasi data.
R data yang didapati daripada temuduga; satu teknik pengutipan
data dengan menemubual subjek kajian secara langsung
R data yang didapati daripada pemerhatian .
7. Proses Menganalisis Data
(i) Tahap pra-analisis; Semua nota lapangan dibaca, disemak,
ditingkat dan lengkapkan. Semua nota dilabelkan menurut jenis.
(ii) Tahap kemasan data; data ditranskrip-sikan
dalam word processing atau dalam format analisis tekstual
menggunakan komputer.
(iii) Tahap pamiran data ; Data dipamirkan dalam bentuk jadual,
lembaran tanda (tally) dan rumusan.
(iv) Tahap verifikasi data; Semua prosedur yang
membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat
(v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi). Penyemakan dan
interpretasi dapatan.
8. Interpretasi Data
(a) Data Dokumen
(i) Data dikutip dan diubah menjadi teks.
(ii) Teks dilabel dan dikategorikan.
(iii) Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa
tema akan Menjelma.
(iv) Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenal pasti bentuk
frasa yang sama dan tanda serta hubungan dan kesamaan atau
perbezaannya.
(v) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.
(b) Garis Panduan untuk Analisis Isi Kandungan
(i) Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi
kandungan.
(ii) Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest?
Isi kandungan manifest merupakan sesuatu yang tidak natural atau
mempunyai isi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan latent
pula mempunyai makna dalaman bagi sesuatu mesej.
(iii) Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkan
semuanya dalam sesuatu label atau tema.
(c) Data Temubual - digunakan untuk menganalisis orientasi
(d) Data Pemerhatian
Kebolehpercayaan Ketekalan data yang diperoleh sekiranya
pengutipan data dibuat semula.
Kesahan Sejauh mana data yang dikutip menggambarkan apa
yang kita ingin tahu.
Pemerhatian Satu teknik pengutipan data dengan memerhati
tingkah laku subjek kajian secara langsung.
Temubual Satu teknik pengutipan data dengan menemubual
subjek kajian secara langsung.
Triangulasi Proses yang digunakan untuk tujuan pengesahan
maklumat untuk kajian kualitatif.
TOPIK 7 KAJIAN KUANTITATIF
1. REKA BENTUK DAN ALAT KAJIAN -
- mengukur secara kuantitatif hubungan antara
variabel tak-bersandar dengan variabel bersandar,
- alat-alat kajian seperti ujian pencapaian, inventori dan soalselidik
a) Kesahan Dapatan Kajian Kuantitatif
Terdapat lapan (8) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan
dalaman sesuatu eksperimen :
(a) Sejarah
(b) Kematangan ( tempoh masa )]
(c) Pengujian- Kesan ujian pertama ke atas skor ujian kedua
(d) Alat ukuran
(e) Regresi Statistik - kumpulan yang mempunyai skor ekstrim
(skor rendah atau skor tingi) akan memberikan dapatan kajian
yang tidak sah.
(f) Pemilihan berlaku bias dlm pemilihan sample
(g) Mortaliti- Kehilangan subjek kajian dalam kumpulan yang
dibandingkan
(h) Interaksi Kedewasaan-pemilihan
Terdapat empat (4) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan
luaran sesuatu eksperimen,
(a) Kesan Interaksi Pengujian
Peningkatan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh
mereka dapat mengingat soalan dan jawapan ujianpra.
(b) Interaksi
Peningkatan/penurunan pencapaian subjek kajian adalah
disebabkan oleh kesan interaksi antara subjek kajian dengan
variabel yang dikaji.
(c) Kesan Tindak Balas
Kesan tindak balas (reactive effects) adalah kesan yang hanya
wujud dalam suasana eksperimen, tetapi ianya tidak wujud dalam
suasana biasa (suasana bukan eksperimen).
(d) Gangguan Rawatan Berganda
Kesan pelbagai rawatan terdahulu yang tidak terhapus.
2. Reka Bentuk Kajian Kuantitatif
(a) Reka Bentuk Kajian Deskriptif
(i) Reka bentuk kes (case design)
(ii) Reka bentuk siri-kes (case-series design)
(iii) Reka bentuk silang/keratan lintang (cross-sectional design)
(iv) Reka bentuk kohot atau perspektif (cohort or perspective
design)
(v) Reka bentuk retrospektif atau kawalan kes (retrospective or
case-control design).
(b) Reka Bentuk Kajian Eksperimen
(i) Reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan (no-control-group
design): reka bentuk ujianpra-ujianpos-satu-kumpulan (singlegroup-
pretest-posttest design), reka
bentuk siri-masa (time-series design)
(ii) Reka bentuk berkumpulan-kawalan (control-group design):
Reka bentuk berkumpulan-kawalan-ujianpos-sahaja (controlgroup-
posttestonly design); Reka bentuk berkumpulan-kawalanujianpra-
ujianpos (control-group-pretestposttest design). Reka
bentuk kumpulan kawalan-Solomon (Solmon-control-group
design),
Reka bentuk faktorial (factorial design).
Kajian Deskriptif
Kajian deskriptif ialah kajian yang tidak mengenakan apa-apa
rawatan kepada subjek kajian dan biasanya variabel kajian diukur
sekali sahaja. Untuk mendapatkan hasil kajian yang baik, pengkaji
biasanya memerlukan sampel yang besar, iaitu 100 hingga 1,000
subjek.
Reka bentuk Kajian Deskriptif :
a) Kes satu subjek kajian sahaja.
b) Siri kes beberapa kes
c) Silang - variabel-variabel kajian dicerap sekali sahaja terhadap
subjek kajian
d) kohot - beberapa variabel (seperti tabiat menghisap rokok) diukur
pada awal kajian, kemudian selepas beberapa ketika,
hasil/kesannya (seperti sakit jantung) ditentukan
e) Retrospektif - kajian ini berfokus kepada keadaan masa lalu yang
boleh menyebabkan sesuatu kes/hasil berlaku . lebih sukar dan
memakan masa untuk dilaksanakan, tetapi ia lebih meyakinkan
untuk menunjukkan wujudnya hubungan sebab-kesan.

Kajian Eksperimen
RKajian ini dibuat untuk menentukan sebab
kepada sesuatu kesan .
dua (2) jenis, iaitu
(i) reka bentuk takberkumpulan- kawalan : kajian dijalankan ke atas
satu (1) kumpulan subjek kajian sahaja. Salah satu daripada reka
bentuk ini ialah reka bentuk ujianpra-ujianpos-satukumpulan.
NOTA RINGKAS DAN PADAT
HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


6
(ii) reka bentuk berkumpulan-kawalan : subjek kajian dibahagikan
kepada dua (2) kumpulan secara rawak, di mana satu (1) kumpulan
tidak diberikan rawatan atau diberikan rawatan kawalan (kumpulan
kawalan), sementara satu (1) kumpulan lagi (kumpulan eksperimen)
diberikan rawatan sebenar.
3. Soal-Selidik
Soal-selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan/item bercetak yang
digunakan untuk mengutip/memperoleh data kajian secara laporan
kendiri daripada subjek/responden kajian.
Langkah-langkah membina soal-selidik.
(i) Membangunkan item sesuai dgn obj kajian.
(ii) Menyediakan tatacara analisis yang sesuai.
(iii) Menjalankan ujian rintis untuk menguji kesesuaian item.
(iv) Memperbaiki item selepas maklum balas daripada ujian rinstis.
(v) Memberi latihan kepada penemuduga atau pengutip data.
4. Inventori - Inventori ialah satu set soal-selidik yang dibina dan
diuji untuk mengukur satu konstruk/ciri psikologi tertentu seseorang
individu,
(a) Skala Likert - satu skala nombor integer yang mempunyai sama
selangnya
5. PENJELMAAN DATA
- dua proses dalam menganaliss data:
(a) Memproses data dari borang soal selidik
(b) Memproses data dari inventori
Data perlu diolah kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai.
langkah-langkah dalam analisis data:
(a) Fasa pra-analisis
(b) Fasa pengurangan saiz data
(c) Fasa paparan data
(d) Fasa pengesahan data
(e) Fasa dapatan
- Prosedur Pemprosesan Data
(a) Surat memohon kebenaran
(b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua
(c) borang soal-selidik/inventori diedarkan dan
meminta sample mengisikannya.
(d) data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses
terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian
(e) Data daripada alat kajian, seperti soal selidik / inventori, perlu
diubah kepada skor variabel-variabel kajian.
(f) pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk
menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian.
Inventori Satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk
mengukur satu konstruk psikologi tertentu seseorang individu.
Kajian deskriptif Kajian di mana rawatan tidak dibrikan kepada
subjek kajian dan variabel kajian diukur seperti yang sedia ada.
Kajian eksperimen Kajian di mana rawatan diberikan kepada
subjek kajian dan variabel kajian diukur sebelum dan selepas
rawatan diberikan.
Kajian kuantitatif Kajian yang mengukur secara kuantitatif
hubungan antara variabel tak-bersandar dengan variable
bersandar/hasil.
Placebo Rawatan yang diberikan kepada kumpulan kawalan
supaya mereka tidak rasa berbeza daripada
kumpulan eksperimen.


TOPIK 8 ANALISIS DATA KUANTITATIF
1 ANALISIS DESKRIPTIF - kaedah analisis bagi tujuan
menerangkan statistik sampel tanpa membuat sebarang
pentaabiran ke atas parameter populasi.
a) Kekerapan dan Kekerapan Relatif
Set data, sama ada dari jenis kualitatif (perkataan) atau kuantitatif
(taburan data), boleh dipaparkan dalam bentuk jadual taburan
kekerapan
b) Min dan Sisihan Piawai
- min yang merupakan purata data adalah berperanan sebagi
pusat taburan. Pada paksi data, min menentukan lokasi sesuatu
taburan data.
- Mod pula merupakan sukatan pada paksi data di mana ia
mempunyai kekerapan paling tinggi. Median ialah sukatan pada
paksi data di mana sebanyak 50% data berada pada lokasi di
bawah median, dan 50% lagi berada pada lokasi di atas median
Min Data Tak Terkumpul
Untuk data yang tidak dikumpulkan kepada beberapa kelas, min
diberi seperti berikut:
Min = (Jumlah semua nombor) / (bilangan nombor).
c) Korelasi Linear dan Regresi Linear Mudah
(i) Korelasi Linear - mengukur kekuatan hubungan linear antara
dua variabel. Pekali korelasi untuk populasi menggunakan simbol
(huruf Greek berbunyi rho) dan
untuk sampel menggunakan simbol r.
(ii) Regresi Linear Mudah - kajian kebersandaran satu variable
ke atas satu atau lebih variabel lain. Variabel yang pertama
dinamakan variabel bersandar dan yang kemudiannya dinamakan
variabel tak-bersandar.
2 PENGUJIAN HIPOTESIS HUBUNGAN
Pengujian hipotesis adalah teknik analisis pentakbiran (inferential
analysis) yang boleh membantu kita menggunakan data sampel
untuk mentakbir/menganggar paprameter populasi.
a. Hipotesis nol, H0
Ia adalah hipotesis statistik yang menyatakan kesamaan
parameter populasi dengan satu nilai tertentu, atau menyatakan
tidak ada perbezaan antara dua parameter
populasi.
b. Hipotesis pilihan, H1
Adalah hipotesis statistik pelengkap kepada hipotesis nol.
Hipotesis ini merupakan pernyataan yang lazimnya pengkaji ingin
mengesahkan kebenarannya.
Langkah Pengujian Hipotesis
a. Bangunkan pernyataan hipotesis:
H0: Tiada hubungan antara prestasi pelajar dengan kaedah
pengajaran.
H1: Prestasi pelajar bergantung kepada kaedah pengajaran.
b. Pilih taburan yang akan diguna, dan tentukan rantau penolakan
hipotesis.
c. Statistik ujian
d. Keputusan pengujian statistic
e. Kesimpulan pengujian.
3 PENGUJIAN HIPOTESIS PERBEZAAN
a) Perbezaan Min Dua Populasi
i. data daripada kedua-dua populasi mengikut taburan normal atau
hampir normal;
ii. saiz sampel kecil (n1< 30 dan n2 < 30);
iii. kedua-dua sampel adalah tak-bersandar; dan
iv. sisihan piawai data daripada kedua-dua populasi diandaikan
sama.
b) Perbezaan Min Lebih daripada Dua Populasi
Kita akan menggunakan ANOVA sehala dalam pengujian
perbezaan min lebih daripada dua (2) populasi. ANOVA sehala
hanya menganalisis satu faktor sahaja.
Andaian ANOVA sehala ialah:
i. semua populasi dari mana sampel-sampel diambil adalah
mengikuti taburan normal, atau mengikuti taburan yang hampir
normal;
ii. semua populasi dari mana sampel-sampel diambil mempunyai
varians yang sama;
iii. semua sampel yang diambil dari masing-masing populasi adalah
tak-bersandar antara satu sama lain.

TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN
1 GAYA PENULISAN LAPORAN KAJIAN
(a) Ambil Berat tentang Struktur Ayat Anda
(b) Tumpukan kepada Kata Kerja Aktif dan Hidup
(c) Gunakan Bahasa Inggeris Piawai
(d) Kurangkan Ayat Berklausa Adjektif, Adverba atau Frasa
(e) Ambil Perhatian Panjang-pendek Perenggan
(f) Gunakan Transisi antara Perenggan
(g) Jauhkan Clich (perkataan sama diulang)
(h) Terus kepada Isi yang Hendak Disampaikan
2. Bahasa Komunikasi Kajian - jelas, baik dan jangan
menggunakan slanga
3. Terminologi dan Nahu yang Sesuai - setiap perenggan mesti
melebihi dua ayat dan tidak pula melebihi satu muka surat. Gariskan
NOTA RINGKAS DAN PADAT
HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


7
perkataan bahasa asing dan nama-nama saintifik.
4. Petikan dan Rujukan
- Semua petikan langsung PERLU dimasukkan ke dalam tanda
petikan, termasuk ayat serta frasa dan dan perenggan pendek.
- menyalin sesuatu peta, carta atau gambar;- perlu menyatakan
dengan jelas dari mana anda memperoleh bahan tersebut.
- pastikan setiap gambar atau carta mempunyai topik yang jelas
atau petikan (caption) yang dapat menjelaskan gambar atau carta
tersebut.
a. Bagi hasil bertulis nyatakan:
Nama akhir penulis, nama pertama, topik artikel (dalam petikan),
bandaraya, penerbit, tahun halaman.
b. Bagi kertas journal nyatakan:
Nama penulis, tahun diterbitkan, topik kertas journal, topik journal,
nombor naskah journal, serta nombor depan dan nombor belakang
halam kertas journal.
c. Bagi buku nyatakan:
Nama penulis, tahun diterbitkan, topik dan nombor edisi the title
sekiranya ada, nama penerbit di mana ia diterbitkan, dan muka
surat yang dirujuk.
d. Bagi rujukan daripada internet nyatakan:
Nama penulis bagi halaman web, tarikh halaman web, topik
halaman web dan URL yang lengkap.
MENYEMAK KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN
a) Masalah Kajian
- Pernyataan masalah kajian perlu rIngkas dan dapat menunjukkan
variabel kajian.
- perlu menyatakan dengan tegas mengapa masalah tersebut
penting untuk dikaji.
- menenrangkan skop dan perincian masalah tersebut
b) Tinjauan Literatur
-Tinjauan literatur memberikan konteks permasalahan kajian yang
boleh menentukan kepentingan kajian dan seterusnya
membayangkan bahawa penulis mempunyai pengetahuan yang
mencukupi dalam bidang ini.
- pertama, kita tidak dapat mengutip selengkapnya data yang
diperlukan, yang menyebabkan beberapa soalan kajian tidak
dapat dijawab.
- Kedua, kita mungkin berjaya mengutip data tambahan, yang
membenarkan kita menjawab beberapa soalan kajian baru.
- Masalah yang biasa dlm tinjauan literature
a. kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang
dipaparkan;
b. mengulang perkara yang sama beberapa kali dalam teks;
c. memetik fakta daripada sumber tertentu tanpa menulis
rujukan;
d. memaparkan fakta/konsep/teori/model secara berasingan,
tanpa fokus/tema tertentu;
e. tidak dapat menghasilkan kerangka konsep/teori/model yang
sesuai untuk kajian;
f. tidak menilai secara kritis literatur dan kajian berkaitan yang
dipaparkan; dan
g. gagal merujuk kepada literatur penting dan terkini dalam
bidang kajian.
c) Kaedah Kajian
-meliputi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat
kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data kajian, dan
tatacara penganalisisan data kajian.
d) Rujukan dan Lampiran
Contoh rujukan buku:
Ember, Carol R. & Melvin Ember, (1990). "What is Anthropology"
Dlm: Anthropology, edisi ke- 6. Englewood Cliffs, New Jersey:
Prentice Hall.
Contoh rujukan video:
"NOVA: The People of the Forest," KHET_TV, Honolulu, Hawaii,
1-23-91, 7- 8:00 pm.
BAB 4: HASIL KAJIAN
Hasil kajian ialah hasil analisis data yang digunakan oleh pengkaji
untuk menyediakan profil responden dan menjawab soalansoalan
kajian.
Hasil kajian dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu (a) profil
responden- subjek-subjek yang terlibat secara langsung dalam
kajian (latar belakang responden kajian, seperti jantina, umur,
pendidikan, pencapaian, status sosio-ekonomi.)
(b) dapatan kajian. Penulisan dapatan kajian adalah amat kritikal,
iaitu anda perlu meyakinkan pembaca bahawa dapatan kajian
anda adalah benar, iaitu ia disokong dengan jelas oleh hasil
analisis data, kaedah analisis data dan sampel kajian yang
digunakan.
- Penggunaan jadual adalah lebih berkesan untuk merumus hasil
analisis data kajian, tetapi kandungannya perlu dilabel dengan
lengkap dan organisasinya mestilah baik.
- Rumusan - rumusan ringkas tentang apa yang telah
dibentangkan dalam bab ini dan menyatakan apa yang akan
dibincangkan dalam bab seterusnya.

BAB 5: PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
a) Pengenalan - memaklumkan kepada pembaca tentang
kandungan bab secara keseluruhan.
b) Ringkasan Kajian - mengimbau kembali kajian yang telah
jalankan. Kandungan penting ringkasan kajian ialah objektif
kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, pengutipan
data, dan kaedah analisis data.
c) Perbincangan Dapatan Kajian - membentangkan bagaimana
dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian lepas, teori atau
model yang berkaitan.
d) Kesimpulan Dapatan Kajian - menyenaraikan dapatan-dapatan
kajian dalam urutan yang sesuai,
e) Implikasi Dapatan Kajian - membincangkan apakah implikasi
dapatan kajian terhadap amalan pendidikan, termasuk proses
pengajaran dan pembelajaran.
f) Cadangan Kajian Lanjutan - menyenaraikan cadangan beberapa
kajian lanjutan untuk memantapkan lagi dapatan kajian dalam
bidang yang dikaji.
g) Rumusan - memberikan rumusan ringkas tentang apa yang telah
dibentangkan dalam bab ini.
MAKLUMAT BERKAITAN
(a) Halaman Topik
Halaman pertama tesis mengandungi topik, nama pelajar, nama
ijazah, jabatan, fakulti, universiti, alamat universiti dan tahun tesis
disiapkan. Topik tesis perlu bersifat informatif, spesifik dan pendek
(lazimnya, 13-perkataan maksimum) dan hendaklah mencangkupi
bidang kajian, variabel kajian dan tempat kajian.
(b) Pengakuan
Halaman kedua tesis mengandungi pengakuan pelajar, iaitu
kenyataan bahawa tesis yang dihantar adalah hasil karya pelajar
sendiri, kecuali nukilan-nukilan dan rumusan-rumusan yang setiap
satunya dijelaskan sumbernya
(c) Abstrak - ringkasan kajian yang dijalankan dan juga
dapatan-dapatannya
(d) Penghargaan
(e) Jadual Kandungan
(f) Senarai Jadual
(g) Senarai Rajah
(h) Senarai Singkatan
(i) Rujukan
(j) Lampiran

TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN
1. PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
a) pendekatan pengajaran merujuk kepada bagaimana
seseorang guru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran
berasaskan tahap penglibatan guru dan murid.
(i) Pengajaran terus (direct teaching) ialah pengajaran secara
bersemuka
(ii) Pengajaran penemuan berpandu (guided discovery teaching)
ialah pengajaran di mana seorang guru memberi panduan kepada
murid-murid untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
(iii) Pengajaran penemuan tulin (pure discovery teaching) ialah
pengajaran di mana guru membenarkan murid-murid melakukan
aktiviti pembelajaran secara bebas.
(b) Kaedah pengajaran bagaimana guru mengatur sesuatu
pengajaran dari segi aktiviti yang menepati kriteria sesuatu
pendekatan pengajaran.
NOTA RINGKAS DAN PADAT
HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


8
(c) Teknik pengajaran - bagaimana guru mengatur pengajaran dari
segi teknik yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menepati kriteria sesuatu kaedah pengajaran.
Prinsip-prinsip am pembelajaran dan pengajaran dijelaskan dalam
model MURE, yang melibatkan empat (4) unsur/peringkat
pembelajaran dan pengajaran, iaitu motivasi
(motivation-M), pemahaman (understanding-U), pengukuhan
(reinforcement-R) dan pepriksaan (examination-E). Prinsip
pembelajaran dan pengajaran yang lebih spesifik dijelaskan dalam
model Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content
Knowledge PCK), yang mengambil kira sukatan dan kandungan
pelajaran serta latar belakang pelajar dan pedagogi.

MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MURE
(a) Motivasi
(b) Pemahaman- membaca dan membuat latihan
(c) Pengukuhan membuat tugasan, latihan
(d) Peperiksaan - contoh atau soalan peperiksaan lepas

PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN
(a) Pengetahuan Mata Pelajaran- menentukan
pengetahuan/kemahiran asas, menyediakan rancangan
pengajaran, memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan
memindahkan ilmu dengan tepat kepada murid.
(b) Pengetahuan Pedagogi - menjelaskan topic dan memahami
topic
(c) Pengetahuan tentang Pelajar dan Sukatan Pelajaran
menyediakan rancanganmengajar yang berkesan bagi sesuatu
topik pengajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN
a) Pendekatan Pengajaran Terus kelebihan
R kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan tepat;
R objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah;
R pendekatan yang baik untuk menyampaikan fakta spesifik dan
kemahiran asas;
R pencapaian pelajar boleh diukur dengan mudah;
Kelemahan :
Rpendekatan ini boleh menghalang kreativiti guru;
R teknik pengajaran perlu distruktur dengan baik;
R kandungan pelajaran yang rapi perlu disediakan lebih awal;
R guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik;
R ia mungkin tidak begitu berkesan untuk melatih kemahiran
berfikir peringkat tinggi.
(a) Kaedah Kuliah - membentang maklumat berstruktur yang
telah disediakan lebih awal
Kelebihan kaedah kuliah ialah:
R dapat membentang kandungan berbentuk fakta secara terus
dan logik;
R cerita tentang pengalaman yang boleh menarik minat murid;
R dapat membuka minda kepada perbincangan terbuka;
R boleh digunakan untuk kumpulan yang besar; dan
R memberi peluang kepada peserta menyoal supaya lebih jelas.
Kelemahan kaedah kuliah ialah:
Rpakar tidak semestinya dapat menjadi guru yang baik;
R peserta mungkin pasif sehingga tidak wujud jnteraksi;
R pembelajaran sukar dikesan; dan
Rkomunikasi biasanya satu hala sahaja.
(b) Kaedah Penyoalan- untuk membuka minda muridmurid dan
menggalakkan mereka berfikir dan berinteraksi dengan
kandungan pelajaran yang disampaikan guru.
(c) Kaedah Bacaan/Resitasi Buku - pembacaan buku teks atau
buku lain yang dipilih oleh guru
(d) Kaedah Ulang Kaji dan Latih Tubi - mengulang kaji
pelajaran lepas dan membuat latihan yang banyak. Ciri- cirinya :
R latihan adalah untuk mengingatkan maklumat;
R mengukuhkan apa yang telah diajar dan menilai apa yang
diperoleh pelajar;
R mengulang-ulang apa yang telah diajar;
R memberi respons yang betul sama ada dalam bentuk lisan atau
tulisan; dan
R menghasilkan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran.
(e) Kaedah Simulasi dan Main Peranan- aktiviti dalam situasi
yang hamper sama dengan situasi sebenar.
Pendekatan Pengajaran Penemuan Berpandu
- seseorang guru itu memberi panduan kepada murid-muridnya
untuk mereka melakukan
aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan
prinsip yang ingin
disampaikan.
(a) Kaedah Perbincangan dan Perbahasan
(b) Kaedah Sumbangsaran- memberi idea atau pendapat
berkaitan sesuatu perkara yang dibincangkan bersama dalam
kumpulan.
(c) Kaedah Kolaboratif dan Koperartif
Kaedah kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
di mana muridmurid bekerjasama dalam kumpulan untuk
meneroka/menjawab satu soalan penting.
Kaedah Koperatif guru perlu menentukan pengetahuan dan/atau
kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid-murid.
empat (4) perkara diperlukan dlm kaedah koperatif, iaitu:
RMurid-murid perlu diberi tugas mencabar, tetapi yakin dapat
melaksanakannya.
RKumpulan hendaklah kecil supaya semua ahli dapat memberi
sumbangan.
R Tugas yang diberi kepada kumpulan murid perlu diterangkan
dengan jelas.
R Semua ahli kumpulan hendaklah menghormati antara satu sama
lain.

Kaedah koperatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding
kaedah-kaedah lain, iaitu:
R Ia membantu meningkatkan rasa tanggungjawab bersama.
R Murid-murid belajar bersabar, kurang kritikal dan lebih merasa
belas kasihan.
R Murid-murid menjadi lebih toleransi antara satu sama lain.
kelemahan, kaedah koperatif iaitu:
RSesetengah murid tidak dapat belajar dengan baik melalui kaedah
ini.
R Murid-murid yang suka bersendirian (loners) sukar untuk
menglibatkan diri dalam perbincangan.
R Murid-murid agresif cuba menguasai perbincangan.
R Murid-murid pandai cuba berlagak bijak.
(d) Kaedah Eksperimen - digunakan untuk menguji sesuatu
hipotesis dengan membuat ujikaji, mengutip dan menganalisis data
serta menyediakan laporan.
(e) Kaedah Permainan - untuk murid-murid memahami
dan mengukuhkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang ingin
disampaikan.
Pendekatan Pengajaran Penemuan Tulin
(a) Kaedah Inkuiri- menjalankan kajian untuk menemui sendiri
konsep-konsep atau prinsip-prisip tertentu.
Dyer (1979) mencadangkan empat (4) langkah bagi kaedah inkuiri,
iaitu:
R Mengenal pasti bidang masalah.
R Membina hipotesis.
R Melaksanakan eksperimen empirikal.
RMengutip dan menganalisis data.
(b) Kaedah Penyelesaian Masalah- memberi masalah kepada
murid-murid dan meminta mereka menyelesaikannya.
R mengenal pasti masalah;
R memahami masalah;
R merancang penyelesaian;
R melaksana rancangan penyelesaian; dan
R menilai penyelesaian.
(c) Kaedah Kerja Lapangan - kerja kumuniti , memerhati orangorang
bekerja.
(d) Kaedah Eksplorasi- secara penemuan
R Menyediakan kerja-kerja asas.
R Memberi masa yang mencukupi, kebebasan dan ruang.
RMembantu murid dalam apa cara jua.
R Meminimumkan masalah jika wujud.
RANCANGAN MENGAJAR
R maklumat kelas (kelas, hari, tarikh, mata pelajaran);
R maklumat topik (topik, matlamat, hasil pembelajaran, nilai murni,
NOTA RINGKAS DAN PADAT
HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


9
pendekatan dan kaedah pengajaran);
Rkonsep bersama kandungan/bahan bantu
mengajar/contoh/aktiviti/latihan, rumusan, dan kerja rumah);
R rujukan.

Anda mungkin juga menyukai