Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Nama Guru Sekolah Tarikh : Dg Ku Adibah Binti A.

Ahmad Thani : SK Laya-laya, Tuaran : 25 Ogos 2011 Kelas : Tahun 2 Hari : Isnin Masa : 1.40 2.30 petang (50 minit)

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Nama Murid Tajuk Kemahiran Hasil Pada Pembelajaran. akhir pelajaran,

1.

Andi Wiraja

2.

Mohd Aidiel Amry

Kebun Buah-buahan Suku kata kvkvk 1. 2. 3. 4. Menyebut 4 daripada 6 perkataan kvkvk dengan betul Mangeja 4 daripada 6 perkataan kvkvk dengan betul Menyusun semula 3 daripada 4 ayat yang mengandungi perkataan kvkvk dengan betul Menyalin semula ayat dengan kemas dan cantik serta betul

murid dapat:

Bahan Bantu Belajar

1. 2. 3.

Kad Ayat Bongkah kuboid Kad gambar Telah mengenal huruf Telah mengenal suku kata kvkv Kerajinan 2. kesyukuran

Pengetahuan Sedia ada Penerapan Nilai Murni Unsur KBKK

1. 2. 1. 1. 2.

Membanding dan membeza Mengkategori

LANGKAH PENGAJARAN LANGKAH Set Induksi (5 minit) 1. 2. PERKARA Guru memberikan soalan teka-teki kepada murid. Contoh soalan: a. Apakah nama buah yang isinya oren, bijinya hitam dan berbentuk bujur? 3. Langkah 1 (15 minit) Setelah itu, guru akan menerangkan isi pelajaran pada hari ini.

Interaksi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menunjukkan beberapa set ayat yang mengandungi perkataan kvkvk. Datuk ke kebun Sarah ikut datuk ke kebun Di kebun ada pokok betik Datuk suruh petik betik itu. 2. 3. Guru akan mengeja dan membaca ayat-ayat di atas. Kemudian murid akan mengikut ejaan dan bacaan tersebut. Seterusnya guru akan bersoal jawab dengan murid. Contoh soalan: a. Adakah keluarga anda memiliki kebun? b. Apakah jenis buah-buahan yang ditanam di kebun? c. Adakah anda membantu keluarga untuk berkebun?

Langkah 2 (15 minit)

Aktiviti Pengukuhan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Guru menyediakan satu set bongkah kuboid. Setiap bongkah itu akan dilabelkan dengan perkataan-perkataan yang telah dipelajari sebelum ini dan pada hari ini. Murid akan mengeluarkan satu bongkah tersebut dengan menggunakan satu tangan. Murid akan mengeja perkataan yang ada pada bongkah. Bongkah yang telah diambil akan disimpan oleh murid. Permainan diteruskan hingga bongkah tersebut jatuh.

Langkah 3 (10 minit)

Lembaran Kerja 1. 2. 3. Guru menyediakan lembaran kerja yang berkaitan dengan isi pelajaran pada hari ini. Murid mengaplikasikan isi pelajaran pada hari ini untuk menjawab lembaran kerja yang disediakan. Guru menyemak hasil kerja murid di hadapan murid agar murid dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dibuat.

Penutup (5 minit)

1. 2.

Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini. Guru bersoal jawab dengan murid. Contoh soalan: a. Apakah nama buah yang telah dipelajari pada hari ini? b. Namakan beberapa jenis buah yang anda ketahui.

3.

Murid dibenarkan pulang setelah dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul.

Anda mungkin juga menyukai