Anda di halaman 1dari 1

Karangan jenis catatan Pada minggu lepas, kamu dan rakan-rakan sekelas telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan

kelas. Tulis catatan kamu tentang aktiviti itu selengkapnya.

Sabtu, 8 Februari 2014 7.30 pagi Saya dan rakan-rakan sekelas saya berkumpul di kelas kami bersama-sama guru kelas, Cikgu Rohaida. Kami membawa bersama peralatan seperti mop, kain, tangga besi, dan penyapu bulu. Cikgu Rohaida mengagih-agihkan tugas.

7.40 pagi Kami memulakan kerja-kerja membersihkan dan menceriakan kelas dengan bersungguhsungguh. Saya, Akram, dan Ahmad mengelap tingkap manakala Azzroy pula menyapu sampah. Rizuwanizan menyusun meja agar kelihatan lebih teratur dan kemas. Farhah dan Izzati pula membantu Cikgu Rohaida menggantung langsir dengan berhati-hati. Langsir berwarna hijau itu telah menaikkan seri kelas kami.

Shafiq, Illhan, dan Wong membantu rakan-rakan yang lain membalut meja dan memasang kain yang cantik. Kami bekerja sambil bergurau-senda. Adakalanya kami ketawa keriangan. Selain itu, kami turut menghias papan kenyataan dan sudut-sudut mata pelajaran. Meja guru pula dihiasi dengan gubahan bunga yang indah.

11.00 pagi Kami selesai melaksanakan tugas kami dengan jayanya. Kelas menjadi lebih kemas, bersih, dan cantik. Kami mengadakan jamuan ringkas sebelum balik ke rumah masing-masing.

(146 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai