Anda di halaman 1dari 11

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

OUMH HBEF 1103 LEARNING SKILLS FOR DISTANCE LEARNERS SEMESTER SEPTEMBER 2013

ASSIGNMENT TITLE : FAKTOR -FAKTOR MEMPENGARUHI PENDIDIKAN JARAK JAUH & LANGKAH YANG BOLEH
DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH INI

Name : HUSAINI AZLIM BIN ABDUL MALIK Matric number : 800112065219001 NRIC : 800112065219 Telephone number : 0139045959 E-mail address : azlim.husaini@yahoo.com

Tutors name : TN HJ NIK ISMAIL BIN HJ HARUN Learning Centre : OUM CAWANGAN MENTAKAB

September 2013 Semester 1

1.0 Pengenalan Apakah itu pembelajaran pembelajaran atas talian? Sebelum kita melihat lebih jauh apakah itu pembelajaran atas talian, mari kita lihat apakah definisi pembelajaran atas talian. Seringkali, maksud pembelajaran atas talian berubah-ubah selaras dengan kemajuan pada masa kini. Ia juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklaniklan promosi pendidikan. Bagaimanapun secara umumnya, pembelajaran atas talian adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Pengajaran boleh disampaikan secara synchronously (pada waktu yang sama) ataupun asynchronously (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk discussion group dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (online). (Learnframe, 2001). Apakah perbezaan antara pembelajaran tradisional dan pembelajaran atas talian? Di dalam sebarang bentuk pembelajaran, kejayaannya banyak bergantung kepada usaha guru dan juga pelajar. Bagaimana pun untuk tujuan perbandingan diberikan perbezaan antara pembelajaran tradisional dan atas talian. Di dalam kelas tradisional, guru dianggap sebagai pendita di atas pentas. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancanga n pada kebiasaannya adalah berpusatkan guru. Di dalam pembelajaran atas talian fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu berdikari pada masa- masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran atas talian akan memaksa pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mancari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri. Bagaimanapun fokus perbincangan ini hanyalah tertumpu kepada kepada beberapa perkara yang menyumbang kepada kejayaan seseorang individu yang menggunakan pembelajaran atas talian sebagai medium pembelajarannya. Masyarakat sedia maklum bahawa pembelajaran atas talian adalah sesuatu yang bukan baru di Malaysia kini. Kejayaan yang diburu memerlukan beberapa penyumbang

antaranya pengurusan masa yang efektif, motivasi diri yang tinggi, penetapan matlamat yang jelas serta pelbagai tekanan yang perlu diuruskan dengan cekap dan berkesan.

2.0 Faktor dan masalah dalam pembelajaran atas talian 2.1 Pengurusan masa Menurut Schilke (2001) Terlalu sibuk dengan kerja lain, gangguan daripada kerja lain, hal rumah dan tempat belajar, kekurangan masa untuk belajar atas talian dan faktor pengurusan masa adalah masalah-masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar baru diatas talian. Pembahagian masa diantara kerjaya, keluarga, aktiviti sosial dan pembelajaran menjadi masalah utama yang perlu ditempuhi oleh pelajar-pelajar terutamanya bagi pelajar- pelajar baru. Kesibukan dengan kertas kerja yang diberi oleh Pusat Pengajian, kesibukan dengan kerja-kerja pejabat yang perlu diuruskan, kesibukan dengan keluarga, kerja rumah amat memeningkan kepala dan memberi banyak masalah kepada pelajar-pelajar terutama kepada pelajarpelajar yang baru menempuh alam pembelajaran secara atas talian ini. Bagi pelajarpelajar baru ianya seolah olah seperti satu kejutan budaya bagi mereka kerana mereka akan menghadapi kekurangan dan kekangan masa yang pasti ianya akan membawa kesan negatif dan boleh menganggu fokus mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang telah bekerja dan berumahtangga masalah ini adalah lebih kritikal dan serius jika tidak diatasi dengan bijak dan pasti akan membawa impak yang negatif kepada pembelajaran mereka. Bagi mengatasi masalah ini, formula-formula hendaklah dicari agar tidak berlaku gangguangangguan negatif dan pembelajaran dapat difokus dengan baik dan berkesan. Antara kelebihan yang boleh diperolehi sekiranya masa diurus dengan baik ialah tidah berlaku konflik sekiranya terdapat dua kerja yang perlu dihantar serentak. Selain itu juga, kita dapat merancang dengan lebih baik sekiranya masa dapat diurus dengan sempurna. 2.2 Motivasi diri Menurut Gross (1992), mendefinisikan motivasi adalah sama sukar seperti mendefinisi psikologi dan ini adalah disebabkan kajian motivasi melibatkan faktor pendorong dan faktor penghalang dari segi biologi, sosial ataupun psikologi dalam usaha mengatasi kemalasan kita dan mendorong

kita secara diingini ataupun tidak diingini kepada tindakan yang yangdikehendaki. Prestasi motivasi diri yang semakin menurun dari hari ke hari merupakan salah satu masalah utama di dalam pembelajaran di atas talian atau pembelajaran secara online ini. Sebagai pelajar baru di atas talian sudah pasti kita terpaksa menempuh pelbagai halangan dan kesusahan kerana kita belum pernah menghadapi situasi pembelajaran seperti ini.Masalah ini kebiasaannya wujud disebabkan pelajar itu sendiri dan sikapnya di dalam menerima pembelajaran. Gagal dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran merupakan salah satu faktor yang menyebabkan gangguan negatif terhadap motivasi diri pelajar. Selain daripada itu, masalah di tempat kerja, masalah atau krisis keluarga, masalah kewangan, kurang sokongan dari rakanrakan, kurang sokongan dari majikan juga merupakan faktor yang menurunkan motivasi pelajarpelajar terutamanya kepada pelajar-pelajar baru. Kalau diperhatikan motivasi antara pelajarpelajar di atas talian yang mendapat tajaan dan pelajar-pelajar yang menggunakan perbelanjaan sendiri juga agak berbeza motivasinya. Bagi mereka yang mendapat tajaan mereka akan belajar hanya setakat untuk lulus sahaja dan berbeza dengan mereka yang belajar menggunakan perbelanjaan sendiri di mana faktor ini akan memotivasikan diri mereka belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang. Yang pasti masalah dorongan diri yang semakin menurun untuk mengikuti pembelajaran akan menyebabkan timbulnya perasaan malas dan menerima pembelajaran secara lewa akan terpalit kepada diri pelajar-pelajar. Mengikuti pembelajaran akan menyebabkan timbulnya perasaan malas dan menerima pembelajaran secara lewa akan terpalit kepada diri pelajar-pelajar. 2.3 Masalah gangguan tekanan Stress adalah perkara semulajadi dan ia merupakan bahagian yang penting dalam kehidupan seharian. Kita akan dapat capai apa yang kita targetkan dalam sesuatu tempoh sekiranya sedikit stress diadunkan dalam ramuan kejayaan kita. Menurut Lessard (1998) mendapati stress bukan sahaja dialami oleh orang-orang dewasa,tetapi malahan turut dialami oleh pelajar-pelajar Universiti. Ini kerana universiti menghidangkan persekitaran unik yang seringkali menuntut pelajar menyumbangkan pelbagai peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan. Bagi pelajar -pelajar baru di dalam sistem pembelajarandi atas talian mereka akan mengalami gangguan stress yang berganda jika hendak dibandingkan dengan pembelajaran secara tradisional.Masalah akan datang dari pelbagai sudut dan dari segenap aspek yang pasti akan

menganggu perasaan dan emosi dan secara tidak langsung akan memberi stress atau tekanan perasaan kepada pelajar. Menurut Wright (1967) kebiasaannya stress akan dialami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan, kebimbangan yang tinggi serta simpton-simpton fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami. Apabila berlaku stress, faktor fizikal dan rohani akan terganggu dan stress itu boleh menjadi negatif ataupun positif. Stress yang positif akan memastikan kita sentiasa berjagaberjaga, mendorong kita agar lebih bermotivasi di dalam menghadapi cabaran atau rintangan serta membawa kita didalam mencari jalan penyelesaian. Manakala stress atau tekanan perasaan negatif adalah masalah ataupun impak negatif yang boleh menganggu pelajar-pelajar samada dari segi kesihatan mental dan fizikal, personaliti dan juga prestasi pembelajaran itu sendiri.Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari segi aspek negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap tahap kesihatan dan pencapaian akademik para pelajar. Bagi pelajar-pelajar baru kebiasaannya antara faktor yang selalu memberi tekanan dan menimbulkan stress ialah kesuntukkan masa di dalam menyiapkan kertas kerja yang diberi, kurang kemahiran di dalam perkakasan komputer,kurang mahir di dalam menggunakan sumber-sumber yang disediakan seperti kemudahan MyVLE yang disediakan oleh pihak OUM, bebanan kerja di pejabat yang semakin bertambah dan sebagainya.

2.4 Penetapan matlamat yang jelas Matlamat adalah sesuatu yang ingin kita capai dan biasanya ia berada di pengakhiran. Matlamat adalah sesuatu yang penting terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam program pendidikan jarak jauh atau pembelajaran atas talian. Ia perlulah jelas dan mampu dicapai. Ini adalah kerana ia memberi motivasi kepada kita untuk membuat kerja, menghadiri kelas serta membuat ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan. Ini juga akan meningkatkan peluang untuk anda berjaya. Penetapan matlamat terbahagi kepada dua iaitu penetapan jangkamasa pendek dan ia berlaku dalam tempoh yang singkat. Contoh saya mahu membuat ulangkaji selama dua jam dan penetapan matlamat jangkamasa panjang dan ianya mengambil masa yang agak lama seperti contoh dalam tiga tahun lagi saya akan mendapat ijazah Walaubagaimanapun, kebanyakkan

orang tidak dapat capai matlamat mereka kerana gagal dalam menetapkan matlamat secara efektif. Ada juga dalam kalangan mereka ini tidak melakukan apa-apa dalam mencapai matlamat yang ditetapkan oleh mereka. Penetapan matlamat yang betul-betul efektif mempunyai kriteriakriteria seperti berikut : i. Bersifat pilihan sendiri dan tidak melibatkan orang lain. Anda perlu mengenalpasti matlamat anda sendiri. ii. iii. Ia perlulah releven dan seiring dengan misi dan nilai-nilai asas. Bersifat realistik iaitu mampu dicapai oleh anda. Untuk menetapkan matlamat yang realistik anda handaklah melihat dan menilai sejauh mana peluang yang anda ada untuk mencapai matlamat. Pastikan anda mempunyai pengetahuan yang diperlukan, kemahiran, bakat atau sumber-sumber untuk menyempurnakan matlamat anda. iv. Bersifat spesifik. Matlamat yang spesifik adalah dua keperluan untuk mengukur gerakkerja dan memastikan ianya dalam kawalan. Semakin spesifik matlamat anda, semakin bertambahlah motivasi untuk mencapainya. v. Ianya boleh diukur. Matlamat yang boleh diukur ialah sekiranya anda dapat mengenalpasti di mana anda tidak dapat mencarinya. vi. Selain itu juga, matlamat perlulah mempunyai lingkaran masa atau sempadan masa. Sekiranya ia tidak mempunyai sempadan masa, anda akan melewatkan atau menagguhkan tindakan untuk mencapai matlamat anda sendiri. Tarikh akhir juga penting alam memotivasikan diri anda alam mencapai sesuatu matlamat. vii. Sesuatu yang mencabar. Penetapan matlamat memerlukan untuk mencapai yang lebih baik dari sebelum ini. Adalah sangat penting untuk kita mengimbangkan matlamat akademik an matlamat personal. Matlamat akademik merujuk kepada kerja bidang anda. Matlamat personal tidak kurang penting juga. Sekiranya kita menumpukan lebih kepada matlamat personal, anda akan mendapati yang anda hanya mempunyai masa yang sedikit sahaja untuk belajar. Seimbangkanlah antara matlamat akademik dan personal. Ia memerlukan perancangan dan fleksibiliti.

3.0 Terdapat beberapa cadangan strategi yang boleh diadaptasikan bagi mempastikan pembelajaran atas talian dapat diikuti dengan jayanya. 3.1 Pengurusan masa yang efisyen. Pengurusan masa yang betul-betul berkesan mempunyai beberapa peringkat antara ialah analisis masa yang anda gunakan, tetapkan keutamaan dan rancang jadual anda. 3.1.1 Analisis masa yang anda guna. Salah satu perkara penting dalam pembelajaran pengurusan diri adalah anda mengandaikan yang anda telah menguruskan masa anda dengan begitu efektif. Walaubagaimanapun, pengurusan masa adalah bukan sekadar mengurus masa anda. Ia juga adalah berkenaan menguruskan diri sendiri. Bagi mendapatkan pengurusan masa yang terbaik, seseorang individu itu perlulah mengaplikasikan jadual sebagai penterjemah dalam pengurusan masa. Jadi tiada masalah lagi untuk kita mendapatkan pengurus masa yang terbaik. Analisislah penggunaan masa seharian anda dalam jadual. 3.1.2 Tetapkan keutamaan. Anda perlulah bijak dalam membuat jadual berdasarkan keutamaan. Keutamaan anda pantulan kepada hubungan anda dengan keadaan sekeliling. Ada ketika keluarga menjadi keutamaan dan ada ketika pelajaran menjadi begitu penting bagi kita.

3.1.3 Merangka jadual Anda perlu mennyenaraikan segala aktiviti anda. Ini untuk memastikan kita tidak terlalu membuang masa melakukan perkara yang tidak berfedah. Selain itu, dengan adanya jadual, kita dapat mengawal masa kita sendiri. Selain itu, dengan mempunyai jadual kita mampu lebih berhati-hati terhadap bagaimana kita menggunakan masa yang diperuntukkan. Kita mempunyai panduan yang khusus dalam kita melakukan sebarang aktiviti berpandukan jadual yang telah bina. Kita juga mampu mengendali dan mencapai matlamat yang disasarkan berdasarkan jadual yang dibina oleh kita. Ia menjadi pandu arah yang efektif supaya kita tidak tergelincir dari arah matlamat kita yang sebenar. Di samping itu, kita boleh mengelakkan diri kita dari melakukan

kerja-kerja pada saat akhir. Ini banyak yang terjadi kepada pelajar terutamanya kerana meraka tidak merangka perjalanan program pendidikan mereka dengan bijak. Dengan merangka jadual yang efektif dan efisyen, kita mampu mengendalikan sesuatu projek itu berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan. 4.0 Menangani masalah tekanan. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah tekanan. Antaranya : 4.1 Mengambil tindakan dalam mengorganisasi diri. Anda hendaklah bijak dalam mengawal cara anda menggunakan masa dan tenaga. Ini penting supaya segala tekanan yang anda hadapi dapat ditangani dengan begitu efektif sekali seperti contoh sekiranya anda bekerja sepenuh masa, anda sudah tentu mahu melakukan ulangkaji pada waktu dimana semua orang masih tidak tidur lagi. Caranya adalah, anda mulakan hari anda lebih awal satu atau dua jam lebih awal. Ini memastikan anda mempunyai ruang masa yang cukup utnuk melakukan ulangkaji. 4.2 Kawal persekitaran anda dengan cara mengawal siapa dan apa disekeliling anda. Dengan kaedah ini, anda dapat mengurangkan tekanan serta ia mampu memberi sokongan secara moral. Anda perlulah senantiasa berkumpulan dalam melakukan perbincangan bersama teman sekelas anda sepeerti contoh menggunakan whatsup, wechat,skype dan banyak lagi media sosial yang terdapat masa sekarang. Ini akan memaksimakan masalah dalam pembelajaran serta masa yang tidak dirancang. 4.3 Berikan maklumbalas yang positif kepada diri sendiri. Sentiasa ingat, anda hendaklah memberi makanan kepada minda atau pemikiran dengan makanan yang positif. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti contoh, kita memberitahu diri sendiri yang kita mampu lulus peperiksaan pada semester ini dengan mudah sekali. Sekiranya kita lakukan ini secara berterusan dan dengan usaha yang gigih, kita akan mampu capai apa sahaja yang impikan. It is funny thing about life. If you refuse to accept anything but the best, you very often get it. (W.Somerset Maugham) 4.4 Memberi ganjaran kepada diri sendiri.

Keadah ini amat membantu anda untuk memperolehi sesuatu dan maju kehadapan. Lakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda atau rangka sebarang aktivit yang ringan selepas anda mencapai sebarang objektif yang dirancangkan. 4.5 Melakukan senaman. Kesihatan anda produktiviti yang dihasilkan bergantung kepada kebolehan badan kita membekalkan oksigen dan makanan kepada sel-sel tubuh badan. Oleh yang demikian, lakukanlah senaman kepada jantung dan peparu anda secara beerterusan atau minimum 3 hari sekali selama 15 hingga 30 minit. Ia boleh dalam bentuk berjalan, jogging, berbasikal, berenang ataupun aerobic. 4.6 Belajar untuk hiburkan diri. Kajian mendapati, mereka yang selalu gembira mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Ini kerana mereka mempunyai masalah fizikal yang kurang serta ianya lebih produktif. Carilah sebarang bahan jenaka sekiranya kita kurang dalam perkara demikian. Ingatlah, diri anda sangat istimewa dan anda berhak ke atasnya. Hanya dengan cara merawat diri anda dengan cara yang terbaik dan kedah yang betul. 4.7 Rehat sekerap yang boleh. Secara umumnya, enam hingga tujuh jam diperuntukkan untuk waktu tidur pada waktu malam bagi orang pelajar dewasa. Ambillah rehat yang pendek . minda anda tidak mampu menyerap apa sahaja di sekeliling dalam satu masa. Ia memerlukan masa untuk memproses dan menghubungkaitkan maklumat. Secara hakikatnya, ambillah masa sepuluh minit waktu rehat bagi setiap jam. Rehatkan mata anda dan ia mampu merehatkan fikiran juga. 4.8 Berjaga-jaga dengan diri anda. Berhati-hati terhadap tanda-tanda kemurungan seperti sukar untuk tidur, sakit kepala, kebimbangan perut yang tidak sihat, kurang penumpuan serta sejuk/selsema. Ini merupakn simptom-simptom penyakit yang berbahaya. Sentiasalah mendengar ketegangan dalam tubuh badan anda.

4.9 Makan pemakanan yang seimbang dan bersenam. Abaikan makan yang tinggi lemak dan gula. Jangan bergantung kepada dadah dan arak. Kafein boleh membuatkan anda berjaga tetapi ia akan menyukarkan anda untuk memberi penumpuan semasa anda belajar. Ingat, berjalan 20 minit dapat memberi ketenangan daripada mengambil ubat yang mengandungi dadah. 4.10 Berehat. Rehatkan minda dari sebarang tekanan dan berilah penumpuan kepada pernafasan dam pemikiran yang positif. Berangan merupakan salah satu proses berehat. Bermeditasi, mendengar muzik yang perlahan dan juga berkomunikasi dengan kawan-kawan serta orang tersayang merupakan langkah yang boleh di ambil dalam merehatkan tubuh badan dan minda terutamanya. 5.0 kesimpulan. Saya amat bersetuju dengan apa yang nyatakan oleh penulis didalam hasil penulisan mereka. Di dalam kita menjalani pengajaran dan pembelajaran secara atas talian ini, tidak dapat tidak kita perlu menghadapi beberapa halangan yang menjadi penyumbang kepada kejayaan kita. Pengurusan masa yang efektif, motivasi diri yang tinggi, penetapan matlamat yang jelas serta pelbagai tekanan yang perlu diuruskan dengan cekap dan berkesan merupakan lumrah biasa yang mesti dihadapi oleh mereka yang bergelar pelajar. Mereka boleh berjaya sekiranya halangan yang dinyatakan dapat diharungi berdasarkan beberapa kaedah yang dinyatakan diatas.

RUJUKAN

Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan.(2011).Psikologi Pendidikan (Edisi Kedua).Selangor:Oxford Fajar SDN.BHD

Anda mungkin juga menyukai