Anda di halaman 1dari 1

Nama : Nurasyikin Bin Baharuddin Umur : 8 Tahun Sekolah : Sk Lepong Emplas Simunjan Tajuk : Tujuh Orang Pemuda Beriman

Bismillahhirahmanirahim.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakanrakan dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk

Tujuh orang pemuda yang beriman


Apakah maksud Ashabul Kahfi? Siapakah Ashabul kahfi? Kawan-kawan nak tahu tak?

Ashhabul Kahfi adalah tujuh para pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah Subhanahu wa Taala sehingga mereka beriman dan mengenal Tuhan mereka. Mereka bertujuh tidak mengamalkan cara hidup seperti masyarakat ketika itu. Mereka tidak menyembah berhala, tidak minum arak dan tidak melakukan maksiat. Oleh kerana mereka tidak mengamalkan ajaran khurafat itu, Mereka telah dikecam hebat oleh pemimpin masyarakat ketika itu. Bagi menyelamatkan diri, mereka telah lari dan bersembunyi di dalam gua. Didalam gua tersebut mereka telah ditidurkan oleh Allah Subhanahu wa Taala selama 309 tahun lamanya. Setelah mereka bangun, Masyarakat telah berubah menjadi masyarakat yang beriman kepada Allah, Itulah kehebatan Ashabul Kahfi yang tercatat dalam Al-Quran Surah Al-Kahfi. Pengajaran daripada cerita tersebut ialah, Kita perlu bersabar dan yakin dengan pertolongan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Sekian Saja Cerita dari saya, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai