Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan PBS PA Sampah merupakan masalah yang belum terselesaikan hingga hari ini, beberapa negara maju telah

menindak tegas orang-orang yang suka membuang sampah sembarangan.Namun begitu pembuang sampah sembarangan masih menjadi-jadi,apalagi dengan negara berkembang yang bahkan belum memiliki undang-undang yang jelas mengenai permasalah ini.

Apakah itu sampah.Menurut rumusan beberapa ahli :"Sampah adalah bahan yang tidak mempunyai nilai atau tidak berharga untuk maksud biasa atau utama dalam pembikinan atau pemakaian barang rusak atau bercacat dalam pembikinan manufaktur atau materi berkelebihan atau ditolak atau buangan". (Kamus Istilah Lingkungan,1994). "Sampah adalah suatu bahan yang terbuang atau dibuang dari sumber hasil aktivitas manusia maupun proses alam yang belum memiliki nilai ekonomis." (Istilah Lingkungan untuk Manajeman, Ecolink,1996). "Sampah adalah sumberdaya yang tidak siap pakai". (Radyastuti,W.Prof., Ir, 1996)."Sampah adalah sesuatu yang tidak berguna lagi, dibuang oleh pemilikya atau pemakai semula". (Tandjung, Dr. M.Sc., 1982) Antara faktor-faktor yang membawa kepada permasalahan ini ialah sikap mementingkan diri sendiri, ketiadaan kesedaran sivik dan kelemahan pengurusan sampah.Faktor-faktor ini dilihat dari tiga struktur bahagian dalam kehidupan masyarakat. Struktur yang dimaksudkan adalah dari pihak pegawai berwajib kerajaan dan rakyat.Kita hidup bermasyarakat setiap permasalahan yanberlaku adalah berpunca dari kita sendiri. Faktor yang pertama adalah sikap pentingkan diri sendiri. Hal ini akan dikaitkan dengan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam menguruskan tempat pembuangan sampah.Atas dasar mementingkan diri sendiri dan tidak prihatin dengankeadaan sekeliling.Mereka tidak mempunyai kesedaran dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Selain itu juga, aduan rakyat mengenai tempat-tempat pelupusan sampah haram yang wujud di kawasan-kawasan perumahan mereka tidak diendahkan.Bukti-bukti seperti yang sering dipaparkan di muka-muka akhbar membuktikan pihak berwajib seolah-olah tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.Sumber industri berkata, kelemahan pengurusan sisa pepejal negara ini dapat dilihat melalui masalah kutipan sampah dan isu pembuangan sampah haram yang sering dilaporkan media tempatan, sehinggakan ia menjadi masalah rutin di beberapakawasan. Masalah kutipan sampah, misalnya didakwa dikaitkan dengan kegagalan sebilangan pihak berkuasa tempatan membayar kepada syarikat konsesi yangkemudiannya gagal membayar kepada kontraktor diupah mengikut jadual menyebabkan berlaku gangguan dalam rutin kutipan sampah di kawasan perumahan.Hal ini menerangkan kenapa mutu perkhidmatan pengurusan sampah berbeza mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan kerana tidak diseragamkan.Baru-baru ini,

TimbalanPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hutang pihak berkuasatempatan kepada syarikat konsesi sejak 13 tahun lalu mencecah RM348.6 juta danpihak terbabit diminta menjelaskan hutang tertunggak itu sebelum kerajaan pusat mengambil alih pengurusan sisa pepejal negara. Tunggakan hutang itu bukan saja menjejaskan mutu perkhidmatan kepada pengguna malah menjejaskan usaha syarikat konsesi terbabit menaik taraf secara berperingkat tapak pelupusan sampah sedia ada bagi memanjangkan jangka hayatnya (Berita Harian, 2010).

Anda mungkin juga menyukai