Anda di halaman 1dari 70

Awan

Pembentukan Awan Jenis-Jenis Awan

Pembentukan Awan
Bagaimanakah Awan terbentuk?
Cuba fikirkan?

Pembentukan Awan
Awan ialah titisan-titisan air yang halus ataupun hablur-hablur ais yang amat halus yang terapung-apung di dalam atmosfera pada ketinggian yang berlainan dari permukaan bumi.
Cuba fikirkan dari manakah datangnya titisan air/hablur ais ini???

Pembentukan Awan
Titisan-titisan air(cecair) ini datang daripada satu proses yang berlaku di atmosfera yang dikenali sebagai kondensasi. Proses kondensasi ialah proses di mana berlakunya perubahan dari wap air kepada cecair. Jadi wap-wap air yang tersejat ke udara tidak selama-lamanya kekal sebagai wap air dan ia akan mengalami perubahan.

Pembentukan Awan
Dalam atmosfera proses yang mengubah wap air kepada cecair dikenali sebagai kondensasi.
Wap Air --------------------- Cecair(Titisan Air) (haba pendam dibebaskan) Kenapakah proses ini berlaku? Cuba fikirkan..

Pembentukan Awan
Asas kepada pembentukkan awan ialah penyejukkan udara semasa ia naik ke atas. Penyejukkan ini berlaku kerana pengembangan udara berlaku kerana tekanan menjadi beransur kurang dengan ketinggian. Jika udara naik cukup tinggi maka penyejukkan akan berlaku untuk membolehkan kondensasi berlaku dan seterusnya pembentukkan awan

Pembentukan Awan
Proses kondensasi ini boleh berlaku apabila suhu dalam jisim udara tersebut menurun di bawah takat embun.(lebih kurang 10 darjah celcius) Takat embun ialah keadaan suhu udara mempunyai kelembapan bandingan 100% dan kandungan wap air tidak berubah. Apa maksud kelembapan bandingan 100% ????????

Pembentukan Awan
Jika wap air dalam udara banyak maka udara dikatakan lembap dan sebaliknya. Jika kelembapan bandingan di tempat A adalah 80% maka udara masih dapat menerima 20% wap air. Tetapi jika kelembapan bandingan di tempat A adalah 100% maka udara adalah tepu. Higrometer digunakan untuk mengukur kelembapan udara.

Pembentukan Awan
Udara pada takat ini adalah tepu dan suhu yang menyebabkan keadaan ini berlaku disebut takat embun.

Penurunan suhu ini berlaku disebabkan oleh kadar tukaran adiabatik. Iaitu semakin tinggi jisim udara itu naik maka suhu dalamnya semakin menurun. Maksud penurunan suhu secara adiabatik?????

Pemanasan/Penyejukkan Secara Adiabatik


Perubahan Suhu Secara Adiabatik
Udara dimampatkan
Motion of air molecules increases Udara akan menjadi panas(suhu meningkat) Udara yang menurun akan dimampatkan akibat tekanan udara yang meningkat

Udara mengembang
Udara akan menjadi lebih sejuk(suhu menurun) Udara yang naik ke atas akan mengembang disebabkan tekanan udara yang menurun

Penyejukkan Adiabatik
Semakin tinggi jisim udara itu naik ke atmosfera maka suhu dalamnya akan jatuh dan proses penyejukan boleh berlaku hingga ke takat embun. Apabila jisim udara naik, maka isipadunya akan mengembang akibat pengembangan isipadu ini maka suhu jisim udara tersebut akan menurun kerana tenaga haba semakin berkurangan akibat digunakan dalam proses pengembangan isipadu.

Penyejukkan Adiabatik
Apabila sekumpulan jisim udara naik ke atas ianya akan mengalami pengembangan dari segi isipadunya. Hal ini berlaku kerana tekanan atmosfera akan berkurangan pada paras-paras yang lebih tinggi. Akibat pengembangan itu suhu jisim udara tersebut akan turun. (Ingat Hukum-hukum Gas)

Penyejukkan Adiabatik
Tenaga yang digunakan di dalam proses pengembangan ini akan mengakibatkan kejatuhan suhu. Perubahan suhu begini tanpa tambahan atau tolakan tenaga daripada kumpulan udara tersebut dikenali sebagai Penyejukan Adiabatik

Penyejukkan Adiabatik
Kesannya kejatuhan suhu udara akan berlaku sehingga ke takat embun (10C). Penyejukkan adiabatik akan menghasilkan awan yang tebal.

Pembentukan Awan
Apabila suhu udara dalam jisim udara terus menurun di bawah takat embun (10C) atau takat beku (0C) maka cecair atau titisan air di dalam udara berkenaan boleh bertukar kepada pepejal atau ais. Proses ini dinamakan sebagai pemejalwapan dan boleh turun sebagai hujan ais atau hujan batu.

Pembentukan Awan
Terdapat 3 syarat untuk membolehkan proses kondensasi berlaku : a) Kandungan wap-wap air yang cukup dalam atmosfera. Jika wap-wap air tidak cukup, udara tidak akan menjadi tepu dan proses kondensasi tidak boleh berlaku. Lazimnya takat tepu dicapai pada ketinggian melebihi 1000 meter

Pembentukan Awan
b) Takat embun Takat embun berkaitan dengan kejatuhan suhu sehingga 0 C. Ini penting untuk membolehkan wap-wap air bertukar kepada cecair. c) Nukleus kondensasi Nukelus kondensasi dalam bentuk habuk, asap, bahan-bahan pencemar udara, natrium klorida lautan, aerosol (kapal laut)dll. Tujuan menggalak dan mempercepatkan proses pembentukan titisan titisan air.

GAMBAR SATELIT MENUNJUKKAN PEMBENTUKAN AWAN MENERUSI PENGKONDENSIAN KE ATAS NUKLEUS

Apa yang awan memberitahu kita?


Awan tidak berlaku begitu saja- ada sebab kenapa ia berlaku. Suatu bentuk dan lokasi awan bergantung kepada: - pergerakan udara - kuantiti wap air dalam udara - kestabilan (awan rata= udara stabil) manakala awan berkepul= udara tak stabil

Pengelasan Awan
Dalam 1803, Luke Howard merangka satu sistem asas untuk mengelaskan awan. Digunakan sehingga hari ini Berdasarkan nama-nama Latin. Dua bahagian dalam nama awan - Bentuk (eg: sirus, stratus, kumulus) - Ketinggian (tapak awan dan had menegak)(cloud base & vertical extent)

Awan
Jika awan terbentuk

Bentuk & Ketinggian


Bentuk
- Sirus = bergulung dan jarang (curly and wispy or feather like) - Stratus = berlapis atau berstrata - Kumulus = bulat dan bergumpalan/longgok

Awan Sirus

Sirus = Awan jarang beraltitud tinggi. Awan yang berdiri sendiri, halus dan berserat Nipis dan sering kali macam rambut atau berupa filamen. Berjalur-jalur Terdiri daripada partikel ais.

Awan Sirus

Awan Sirus
Tetapi tidak menimbulkan hujan

Awan ini kelihatan sebagai


ekor kuda. Awan ini menunjukkan cuaca agak cerah dan mewujudkan suasana waktu senja yang sungguh indah.

Awan Altostratus

Awan Stratus
Merupakan antara awan yang terendah sekali.
Awan Stratus (meaning "stretched out") terdiri daripada lapisan awan yang meliputi seluruh langit dan melindung matahari. Awan tipis yang tersebar luas dan menutupi langit secara merata

Awan Stratus
Awan ini menggambarkan cuaca mendung yang membawa kepada terjadinya gerimis.
Apabila hujan jatuh dari awan ini maka ia dikenali sebagai awan nimbostratus clouds. Kabus merupakan awan stratus pada permukaan bumi.

Awan Kumulus

Awan Kumulus
Awan Kumulus adalah bergumpal (mcm popcorn/ gumpalan kapas/kobis bunga) Kumulus (bermakna longgokan/"heap") adalah awan besar. Kadang-kadang berupa mcm haiwan atau bendabenda lazim. Kumulus tebal boleh menyebabkan langit gelap (menapis sinaran matahari)

Bentuk & Ketinggian


Ketinggian
a) Awan tinggi(tapak melebihi 6000 meter dari permukaan tanah) awalan---siro - Jenis jenis termasuklah sirus, sirostratus, sirokumulus b) Awan pertengahan (tapak 2000-6000 meter dari permukaan tanah) Awalan- alto - Jenis jenis termasuklah altostratus, altokumulus

Bentuk & Ketinggian


Ketinggian
c) Awan rendah (kurang daripada 2000 meter) Nama asas ialah kumulus dan stratus - Jenis jenis termasuklah stratokumulus, stratus, Jikalau awan menghasilkan hujan atau salji maka awalan nimbo atau akhiran nimbus e.g. nimbostratus. (nimbo bermaksud membawa hujan)

Awan tinggi (Tapak melebihi 6000 meter) Sirus


Awan sirus biasanya berwarna putih dan cuaca diramalkan baik..

Awan kumulus tinggi. Awan ini seperti sisik ikan dan tersusun dalam kumpulan atau berderet-deret ataupun berupa riak Boleh tak anda lihat ciri-ciri berkepul/bergumpal/puffy secara individu ataupun beriak seperti gelombang air

Sirokumulus

Sirokumulus
Awan ini berbentuk kepulan bulat yang kecil dan biasanya kelihatan dalam baris panjang. Biasanya berwarna putih tetapi kadang-kadang berwarna kelabu. Cuaca di ramalkan baik tetapi sejuk.

Sirostratus
Awan berbentuk lapis nipis (Sheet like thin clouds) yang meliputi langit keseluruhan. Ahli meteorologi meramal awan sirostratus biasanya muncul 12-24 jam sebelum hujan atau ribut salji.

Awan pertengahan adalah terdiri daripada kristal ais dan titisan air. Tapak awan pertengahan adalah antara 2000-8000m di kawasan tropika dan antara 2000-4000m di kawasan kutub.

Altokumulus and Altostratus (awan pertengahan 2,000 to 8, 000 m)

Altokumulus
Biasanya putih-kelabu dengan sebahagian awan lebih gelap berbanding yang lain. Biasanya terbentuk dalam kumpulan. Jikalau awan ini dikesan waktu pagi yang panas, adalah kemungkinan berlaku hujan ributsebelah lewat petang.

Altostratus
Awan ini meliputi keseluruhan langit. Awan ini nampak kelabu atau kelabu kebiruan. Biasanya terbentuk sebelum ribut yang membawa banyak hujan . Jikalau hujan turun maka awan ini dikenali sebagai awan nimbostratus .

Stratus, Nimbostratus and Stratokumulus (awan rendah sehingga 2000 m)


Awan rendah diperbuat daripada titisan air. Tapak awan rendah ialah sekitar 2000m dari permukaan tanah.

Stratus
Awan jenis ini berwarna kelabu dan meliputi seluruh langit. (like a big blanket). Awan stratus kadang-kadang menyebabkan gerimis atau kabus nipis.

Stratokumulus
Awan jenis ini rendah, bergumpal dan kelabu. Membawa hujan renyairenyai

Nimbostratus
Awan jenis ini kelabu gelap dengan tapak kasarThey are dark gray with a ragged base. Membawa hujan atau salji. Kadang-kadang meliputi seluruh langit dan anda tidak dapat melihat pinggir/tepi awan.

Menggabung Bentuk dan Ketinggian


Banyak nama berbeza bagi awan melalui gabungan .Many different names of clouds combine: - ketinggian (sirro: aras tinggi, alto: aras pertengahan) - bentuk(sirrus, stratus, kumulus) - fungsi (nimbo: hujan/precipitating) Mari lihat contoh kombinasi awan-awan berbeza.

Sirostratus
Awan strata pada aras tinggi. Membentuk kepingan awan nipis, putih yang menyelubungi langit. Awan ini kelihatan seperti tirai putih Tidak begitu nipis berbanding sirus (Not as thin as cirrus)

Altokumulus
Awan kumulus aras awan pertengahan. Awan ini berupa lapisan kumpulan awan yang bertompok-tompok , tidak rata dan berlapis-lapis tetapi tersusun rapat seolaholah gelombang di langit biru.

Altostratus
Awan strata aras pertengahan. Awan ini berwarna kelabu atau kebiru-biruan. Berbentuk seperti sirostratus dan lebih padat, berjurai-jurai Pancaran matahari kelihatan kelam-kelam sahaja.

Stratokumulus
Awan rendah. Pertindihan antara stratus and kumulus. Merupakan kelompok awan kelabu yang tersusun. Gelombang-gelombangnya lebih besar daripada awan altokumulus.

Nimbostratus
Awan ini tidak mempunyai bentuk yang tertentu tetapi tebal. Awan ini gelap, mempunyai lapisan-lapisan yang jelas. Awan strata yang menghasilkan hujan.

Awan Tegak Kumulonimbus


Awan kumulus dengan hujan. (cantuman awan-awan kumulus) Biasa dilihat pada waktu petang Dikenali sebagai awan ribut dan membawa hujan perolakan yang disertai oleh kilat dan petir.

Kumulonimbus (from beneath)

Awan Orografik
Awan boleh dihasilkan oleh gunung atau bukit. Hasil dari udara yang menaik ke atas gunung menyebabkan pengkondensian berlaku dan pembentukan awan terjadi.

Awan Orografik

Awan bertopi/Cap Clouds


Udara mengandungi wap air dinaikkan sehinggalah tepu menghasilkan titisan awan berair yang mana membungkus puncak. (can "cap" the summit. )(cap cloud over Mt. Ranier)

Lentikular bermakna macam lens/kanta Berupa macam piring terbang.(flying saucers) Terbentuk daripada udara yang naik ke atas suatu gunung.

Awan Lentikular

Contrails
Contrail adalah singkatan untuk condensation trails/jejak kondensasi. Terbentuk daripada wap air terkandung dalam ekzos enjin jet apabila kondensasi dalam udara sejuk.

Embun dan Kabus


Embun terbentuk apabila udara berhampiran dengan permukaan bumi disejukan sehingga takat suhu embun. Embun terbentuk di permukaan daun dan rumput di mana proses kondensasi akan berlaku di atas nuklei kondensasi yang terdapat di permukaan-permukaan tersebut. Titisan-titisan air yang terkondensasi berasal dari udara yang lembab dan juga dari sejatan dari tanih.

Kabut dan Kabus


Apabila proses kondensasi berlaku berhampiran permukaan bumi, fenomena cuaca yang dibentuk ialah kabus. Apakah yang sebenarnya berlaku ???? Bagaimanakah proses kondensasi berlaku ?

Kabut dan Kabus


Apabila proses kondensasi berlaku berhampiran permukaan bumi, fenomena cuaca yang dibentuk ialah kabus. Mengikut kod Pertubuhan Kajicuaca Antarabangsa (World Meteorological Organisation), kabus dan kabut mempunyai perbezaannya. Walaupun kedua-duanya terbentuk oleh proses kondensasi, tetapi kepadatannya berlainan.

Fog (Stratus on Ground) Photo

Kabut dan Kabus


Apabila udara panas yang mengandungi banyak lembapan dalam bentuk wap menjadi sejuk (Misalnya, dipengaruhi oleh angin sejuk) dekat dengan permukaan bumi, wap-wap itu akan terpeluwap di atas bahanbahan pencemaran yang bertindak sebagai nukleus kondensasi (seperti garam, debu dan asap). Ataupun Pertemuan udara sejuk dan udara panas juga boleh menyebabkan kabus dan kabut

Kabut dan Kabus


Seterusnya, wap-wap itu akan ditukar menjadi titisan-titisan air yang halus (seperti di dalam awan) yang terampai dan terapung-apung berhampiran dengan permukaan bumi.

Kabut dan Kabus


Mengikut kod Pertubuhan Kajicuaca Antarabangsa (World Meteorological Organisation), kabus dan kabut mempunyai perbezaannya. Walaupun kedua-duanya terbentuk oleh proses kondensasi, tetapi kepadatannya berlainan.

Kabut dan Kabus


Kabut adalah lebih padat dan mempunyai saiz titisan air yang lebih besar. Oleh sebab itu, istilah kabut digunakan apabila jarak penglihatan (dengan mata kasar) kurang daripada 1 km.

Kabut dan Kabus


Manakala kabus adalah kurang padat dan mengandungi saiz titisan air yang lebih halus. Kabus dikatakan berlaku apabila jarak penglihatan di antara 1 hingga 2 km

Anda mungkin juga menyukai