Anda di halaman 1dari 5

Sejauhmanakah Keberkesanan Proses Perancangan Serta Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Anda Dalam Topik Geometri Yang Berdasarkan

Aras Pemikiran Geometri Van Hiele ?

Pengenalan Apa itu aras pemikiran Geometri Van Hiele? Aras pemikiran Geometri Van Hiele ialah merupakan satu model yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran geometri (Crowley, M.L. ,1987). Aras ini merupakan proses-proses yang perlu dilalui oleh pelajar dalam mempelajari geometri. Ia juga dikenali sebagai teori Van Hiele. Teori ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1957 oleh tokoh matematik dari Belanda iaitu, Pierre Marie Van Hiele dan isterinya Diana Van Hiele-Geldolf. Mengikut teori ini, mereka berpendapat bahawa dalam proses mempelajari geometri, para pelajar akan melalui beberapa tahap pemikiran yang setiap satunya tidak boleh dilangkaui turutannya. Ini bermakna para pelajar hanya akan melalui perkembangan tahap pemikiran berdasarkan kemampuannya tersendiri mengikut turutan yang tertentu. Terdapat 5 tahap dalam teori Van Hiele iaitu : 1) Visualisasi 2) Analisis 3) Deduksi tidak formal / turutan 4) Deduksi formal 5) Rigor Setiap peringkat teori Van Hiele menunjukkan ciri-ciri proses pemikiran pelajar dan perkembangannya dalam pembelajaran. Ia merupakan aras pemahaman pelajar dalam konteks geometri (Pierre M. Van Hiele, 1999). Untuk meningkatkan perkembangan pelajar dari satu tahap berfikir ke satu tahap berfikir yang lebih tinggi, Van Hiele telah mengemukakan 5 fasa pembelajaran iaitu, maklumat, orientasi langsung, penjelasan, orientasi bebas dan juga integrasi. Untuk menguji tahap keberkesanan teori ini, saya telah melaksanakan satu proses pengajaran yang berdasarkan aras pemikiran Geometri Van Hiele dalam pengajaran topik bentuk dan ruang untuk tahun empat, sekolah kebangsaan Tengku Indera Petra. Hasil daripada

penggunaan teori ini, pengajaran dan pembelajaran telah mengalami banyak peningkatan antaranya: Dapat Meningkatkan Tahap Kefahaman Murid Sewaktu melaksanakan pengajaran menggunakan teori Van Hiele ini saya telah dapati bahawa murid dapat memahami dan menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Ini kerana, semasa aktiviti dilakukan untuk aras pertama iaitu visualisasi, murid telah menggunakan bahan konkrit bagi membantu menterjemahkan imaginasi mereka secara lebih terarah. Ini kerana kanakkanak sukar untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu perbezaan sekiranya tidak dibantu dengan bahan-bahan yang maujud atau imej visual (Doerr, H. & English, L. D. ,2003). Ini kerana pembelajaran yang menggunakan objek yang konkrit dalam menerangkan konsep

dapat membantu mereka untuk mendapatkan gambaran yang sebenar yang sukar dicapai melalui imaginasi atau penerangan yang berbentuk abstrak. Di samping itu, melalui paparan secara visual tentang bentuk 2D, ia dapat membantu murid membina konsep darab dengan lebih mudah. Ini kerana, menurut (Withall,1991) gambaran visual merupakan langkah pertama otak manusia dalam berfikir mengenai sesuatu perkara bagi membantu manusia untuk memahami sesuatu. Oleh itu, untuk pengajaran kali ini saya, telah menggunakan geoboard sebagai bahan konkrit untuk menerangkan kepada mereka dan membantu mereka memvisualikan sesuatu bentuk. Dengan menggunakan geoboard, murid dapat melihat dengan lebih jelas perbezaan bentuk segi empat sama dengan segi empat tepat dan juga segi tiga sudut tegak dan segi tiga sama sisi. Selain itu, ia juga dapat membantu membuktikan mengapa perlu mendarab panjang dan lebar untuk mencari luas bentuk segi empat dan juga mangapa perlu di bahagi dua hasilnya untuk luas segi tiga. Semasa aktiviti tersebut, murid-murid telah belajar secara konkrit dan pembelajaran juga telah bertambah keberkesanannya. Seterusnya, dengan menggunakan model Van Hiele murid juga akan dapat memahami dengan lebih baik konsep bentuk 2D yang ingin diketengahkan (Pavini, 2013). Ini kerana pada aras pertama iaitu peringkat visualisasi, murid telah berjaya melalui dengan baik bagi mengenal pasti bentuk secara visualisasi dan telah berjaya mengecam ciri-cirinya. Seterusnya, pada aras kedua pula iaitu peringkat analisis, murid telah berjaya menghuraikan ciri-ciri dan dan sifat yang ada pada bentuk tersebut. Perkara ini berjaya di capai dengan aktiviti menyenaraikan ciri-ciri serta mengelaskan bentuk setelah aktiviti mengenal bentuk secara visualisasi dan mengecam ciri-cirinya telah berjaya dilalui dengan baik. Untuk itu, murid telah melakukan perbincangan

bersama kumpulan masing-masing serta meneliti bentuk-bentuk itu bagi mengenal pasti ciri serta bagaimana untuk mengelaskannya. Dalam aktiviti ini, murid dikehendaki untuk menyenaraikan sebanyak mungkin ciri-ciri bentuk dengan bimbingan yang terarah daripada guru. Oleh itu, murid dapat memahami bentuk dengan lebih baik serta dapat mengenal pasti ciri-ciri sepunya bentuk untuk proses pengelasan. Dengan meneruskan lagi perkembangan murid mengikut aras-aras yang seterusnya, murid akan dapat menguasai pemahaman bentuk dengan lebih baik serta dapat memudahkannya untuk mengembangakan penguasaannya pada tahap yang lebih tinggi seperti bentuk-bentuk 3D dan sebagainya. Hal ini turut dapat mengukuhkan pemikiran yang analitikal dalam diri murid tersebut serta dapat membantu murid untuk menguasai tajuk geometri dengan lebih cepat. Dapat Menjadikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Lebih Menarik Antara kelebihan lain penggunaan model Van Hiele ialah dapat menjadikan proses P&P lebih menarik. Ini kerana, dengan penggunaan alat seperti geoboard dapat menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan ini secara tidak langsung dapat menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Hal ini kerana, pembelajaran yang berkesan sangat berkait rapat dengan persekitaran yang memberangsangkan (Ewell dan Gagne,1997). Dengan menjadikan persekitaran dan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan ia dapat membantu murid belajar dengan lebih baik serta serta menjadikan mereka lebih bersemangat. Sewaktu saya melaksanakan kajian terhadap keberkesanan penggunaan model Van Hiele dalam pembelajaran, saya dapati bahawa murid-murid sentiasa memberikan respon yang positif di mana, mereka sentiasa bersemangat untuk mengikuti pembelajaran. Ini kerana mereka tertarik dengan alat dan pendekatan yang digunakan. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran. Di samping itu, mereka turut bersemangat sewaktu melakukan perbincangan kumpulan mengenai ciri-ciri dan pengelasan bentuk. Masingmasing ingin menyumbang idea dan pendapat masing-masing kerana setiap orang mengalami dan melihat sendiri bentuk itu dengan pendedahan yang diberikan melalui penggunaan geoboard. Oleh itu, sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid sentiasa aktif dan responsif. Selain daripada itu, dengan menggunakan strategi pengajaran yang menarik seperti model Van Hiele ini, murid tidak akan mudah bosan. Hal ini kerana mereka sentiasa terlibat secara langsung dengan bahan dan pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti kumpulan. Di samping itu, pembelajaran juga dilakukan berdasarkan tahap mereka supaya sesuai dengan aras yang

ditetapkan dalam model Van Hiele ini. Peningkatan aras juga hanya akan dilakukan setelah mereka betul-betul menguasai sesuatu aras. Pengajaran yang dilakukan berdasarkan kepada kemampuan murid dapat memberikan semangat dan keyakinan kepada mereka agar sentiasa berusaha dan tidak berputus asa (Mok Soon Sang, 2010). Hal ini juga secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Proses untuk mengenal pasti aras murid dapat dilakukan dengan menyelesaikan lembaran kerja ke atas murid. Meningkatkan Pembelajaran Secara Penemuan (Inkuiri) Dengan penggunaan model Van Hiele juga dapat meningkatkan pembelajaran secara penemuan (inkuiri). Menurut Jerome Bruner (1915), pembelajaran secara inkuiri ialah pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman yang mana ia melibatkan situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh murid. Maklumat pula dicari sendiri dan ini membolehkan ia mudah untuk diingati. Murid akan meninjau dan meneliti masalah dengan sendirinya dan ini akan memastikan pembelajaran secara aktif berlaku. Selain itu, murid akan diajar bagaimana cara untuk berfikir & mencari maklumat bagi diri sendiri serta tidak bergantung pada guru untuk mendapatkan maklumat. Murid juga diperlihatkan bagaimana pengetahuan diperoleh dengan melalui peringkat-peringkat untuk sampai kepada satu keputusan (Cruickshank,Jenkins & Metcalf ,2009). Di samping itu, murid juga dilatih untuk menggunakan kemahiran berfikir peringkat tinggi. Hal ini dapat dilihat sewaktu menjalankan aktiviti pada aras kedua dan ketiga iaitu analisis dan deduksi tidak formal. Sewaktu menjalankan aktiviti pada peringkat analisis, murid dibawa ke arah berfikir secara lebih krititikal untuk mengenal pasti ciri-ciri bentuk serta mengalaskan bentuk. Hal ini untuk memastikan murid betul-betul memahami dan mengenal pasti ciri untuk sesuatu bentuk serta dapat mengelaskannya dengan baik. Pada aras deduksi tidak formal pula, murid dilatih untuk mengenal pasti hubungan dan perbezaan kelas bentuk yang berlainan seperti bentuk 2D dan 3D. Dalam pembelajaran ini, murid dapat mengenal pasti bentuk segi empat yang mempunyai persamaan dengan bentuk kubus namun berbeza kelasnya. Oleh itu, model Van Hiele sangat berkesan dalam pembelajaran geometri. Melalui pembelajaran yang menggunakan model Van Hiele, murid juga akan mengalami serta menerokai sendiri pembelajaran. Mereka juga bebas untuk melakukan uji kaji sendiri dengan menggunakan model Van Hiele. Hal ini seiring dengan matlamat untuk meningkatkan lagi pembelajaran secara inkuiri. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas setelah

melaksanakannya di sekolah. Murid meneroka sendiri ilmu baru mereka namun dengan bimbingan daripada guru agar pembelajaran sentiasa terarah. Seperti pengajaran yang telah saya lakukan, murid telah meneroka dengan sendiri bentuk-bentuk 2D dengan ciri-cirinya melalui bahan bantu iaitu geoboard yang telah saya gunakan. Pendekatan seperti ini juga dapat meningkatkan lagi keyakinan murid untuk menerokai pembelajaran dengan sendiri di samping membantunya membuat generalisasi dengan mengintegrasikan input yang mereka dapat sepanjang aktiviti (Ewell dan Gagne,1997). Namun yang demikian, guru harus sentiasa memantau serta membimbing mereka sepanjang aktiviti agar dapat memastikan matlamatnya dapat dicapai. Penutup Model ini telah terbukti berjaya membantu meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran geometri di sekolah rendah. Malah ia telah lama digunakan di luar negara seperti di negara Sepanyol, Indonesia dan juga Belanda sebagai garis panduan untuk pengajaran geometri di sekolah-sekolah. Hal ini terbukti dengan pengajaran yang menggunakan model Van Hiele yang telah dilakukan sendiri oleh saya di sekolah. Hasilnya dapat dilihat dengan jelas melalui penglibatan murid yang sentiasa menggalakkan, pengajaran yang lancar dan juga pencapaian yang memberangsangkan dalam lembaran kerja yang dilakukan selepas pembelajaran. ia ternyata dapat meningkatkan keberkesanan proses perancangan serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam topik geometri. Oleh itu, aras pemikiran geometri Van Hiele ini merupakan satu model yang tersusun dan lengkap dalam pengajaran geometri dan sesuai untuk digunakan sehingga ke peringkat yang tertinggi yang mampu dicapai oleh pelajar. (1511 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai