Anda di halaman 1dari 2

Perkahwinan Kaum India Masyarakat ini biasanya menitikberatkan tentang kad jemputan dan ia dibuat berdasarkan almanak hindu.

Kad jemputan disapukan dengan kunyit sebagai lambang keharmonian. Kad ini akan dibawaa bersembahyang dan akan diletakkan dalam dulang yang berisi sirih, kelapa, buah pinang, wang ringgit sebagai lambang kekayaan. Dulang ini akan dibawa ke rumah pegantin perempuan dan kedua-dua belah pihak tersebut akan bertukar dulang masing-masing. Dan yang paling utama sirih pinang turut diberikan juga sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

Thaali merupakan lambag suci perkahwinan dan ia akan dipakai oleh kedua pegantin. Adat penyediaan thaali ini dilakukan lebih kurang seminggu sebelum hari perkahwinan tersebut berlangsung. Pihak lelaki akan menyediakan beberapa keperluan barang termasuk emas, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Kemudian tiga hari sebelum majlis perkahwinan itu, maka thaali tersebut perlu diambil dari tempat sembahyang. Bagi upacara perkahwinan, Pedanda bertanggungjawab untuk mendoakan kesejahteraan pegantin. Selepas upacara menyarungkan cincin, pegantin lelaki akan memakaikan thaali kepada pegantin perempuan. Selepas itu ibu bapa mertua pula akan

mula menyapu tanda pada dahi kedua belah pegantin sebagai maksud restu dari mereka berdua.

Sebenarnya perkahwinan india lebih banyak adat istiadat dan tatacara yang perku diikut. Ia termasuklah mencuci kaki kedua ibu bapa, melakukan upacara bertukar bunga malai dan sebagainya. Malah acara majlis tamat perkahwinan itu termasuklah memberika makanan kepada tetamu yang hadir, melakukan upacara persandingan, menurunkan khemah sehinggalah bertandang ke rumah keluarga pegantin lelaki akan dilakukan secara satu persaru sehinggalah ia selesai.

http://cahayacinta.com/tag/adat-resam-pelbagai-kaum

Anda mungkin juga menyukai