Anda di halaman 1dari 3

Amali 4 Aplikasi Litar Tujuan : Untuk menentukan nilai rintangan dalaman, r dan daya gerak elektrik, E dalam bateri.

Pernyataan Masalah Teori : Adakah nilai voltan dipengaruhi oleh kedudukan joki atas wayar PQ, di mana nilai arus ditunjukkan? : Sumber elektrik dari sel elektrik mampu mengubah tenaga kimia kepada tenaga keupayaan elektrik. Daya gerak elektrik ( d.g.e ) ialah keupayaan atau tentaga sesuatu punca lektrik untuk menggerakkan cas-cas elektrik dari satu terminal ke terminal yang lain. Daya gerak elektrik ditakrifkan sebagai jumlah tenaga yang dibekalkan oleh suatu sel untuk menggerakkan satu coulomb cas dari satu terminal ke terminal yang lain.

Manakala rintangan dalaman adalah rintangan yang berada secara siri dengan sel disebabkan rintangan elektrod dan elektrolitnya yang menghalang pemindahan cas daripadanya.

Hipotesis

: Semakin tinggi nilai arus, I, semakin rendah nilai voltan, V di sepanjang wayar PQ.

Pemboleh ubah

: Manipulasi Respons Malar

: Kedudukan joki diatas PQ. : Nilai voltan yang ada pada voltmeter (V) : Bilangan sel kering yang digunakan

Radas & Bahan

: Sel kering, voltmeter, ammeter, wayar, klip buaya, joki

Diagram

Prosedur 1. Mencatat volt yang terdapat didalam sel kering dengan menyambung sebuah voltmeter ke sel kering. 2. Bacaan voltmeter dicatatkan. 3. Litar elektrik disusun seperti yang ditunjukkan diatas. 4. Meletakkan joki diatas PQ dan mencari titik dimana bacaan ammeter adalah 0.4A 5. Bacaan voltmeter dicatatkan. 6. Ulangi langkah 3 4 dengan mencari nilai bacaan ammeter 0.6A, 0.8A,1.0A dan 1.2A. 7. Keputusan eksperiment dicatatkan.

Keputusan Arus, I (A) 0.40 0.60 0.80 1.00 1.20 Kedudukan joki di atas wayar PQ (cm) 75.0 39.0 23.5 13.0 4.5 Voltan, V (V) 2.20 1.90 1.70 1.40 1.00

Perbincangan 1. Berdasarkan keputusan diatas, semakin tinggi bacaan Ammeter, semakin rendah bacaan Voltmeter. 2. Berdasarkan graf yang dilukiskan. Garis yang memotong paksi-y = daya gerak elektrik sel, Nilai tersebut adalah 2.8V. Manakala kecerunan graf =rintangan dalaman iaitu 1.5. 3. Semakin panjang kedudukan joki, semakin tinggi rintangan. Oleh itu, arus akan dikurangkan dan volt pula akan meningkat. 4. Wayar konstantan digunakan kerana rintangan tidak banyak berubah apabila dipanaskan. 5. Mengikut Teori Hukum Keabadian Tenaga, tenaga tidak boleh dihapuskan atau dicipta, maka tenaga (bateri) itu adalah konstan. Dengan merujuk kepada persamaan P= VI, di mana V= ditingkatkan, voltan akan menurun. Langkah berjaga-jaga 1. Semasa membaca bacaan ammeter dan voltmeter, gunakan cermin kecil yang terdapat diskala untuk mengelakkan parallex error. Kesimpulan Semakin tinggi arus didalam sebuat litar, semakin rendah voltnya. . Oleh itu, apabila arus