Anda di halaman 1dari 8

2.0 LAPORAN AMALI Tajuk - Geometri Objektif 1. Membina bentuk-bentuk geometri 2. Menganalisis sifat-sifat bentuk geometri 3.

Klasifikasi bentuk geometri Jenis bahan bantu mengajar - Bentuk 2D dan Bentuk 3D Cara Membina - Bahan bahan seperti mounting board, kertas kad berwarna, gam, gunting, pisau, straw , chopstick, pembaris panjang, alatulis dan alas pemotong disediakan. Setiap bahan yang hendak dibina haruslah dilukis dahulu bentangannya. Kemudian, bentangan-bentangan tersebut di sambungkan menjadi bentuk 3 dimensi. Bagi bentuk 2 dimensi pula, setiap sisi dilukis mengikut ukuran yang sesuai dan dihias mengikut kreativiti sendiri. Kegunaan Bentuk 2D dan 3D yang dibina ini boleh dijadikan bahan bantu belajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan menggunakan bahan maujud ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk mempelajari topik geometri berbanding chalk and talk sahaja. Selain daripada itu, bentuk-bentuk yang telah dibina boleh menjadi contoh apabila murid-murid hendak membuat bentuk 2D atau 3D mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai