Anda di halaman 1dari 11

Tugasan 2 Penulisan Akademik (Individu)

1. Penulisan eksekutif (teori, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran) Penulisan saya merangkumi Teori Pembelajaran Behavioris iaitu Teori Pelaziman Operan Edward Lee Thorndike (1874 1949), pendekatan tematik, strategi berasaskan tugasan atau aktiviti, dan kaedah dan teknik pengajaran adalah sumbang saran dalam menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) kit pembelajaran. Saya telah menyediakan rancangan pengajaran harian ( RPH ) bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk Tahun 1. Saya merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berpandukan Teori Pembelajaran Behavioris iaitu Teori Pelaziman Operan Edward Lee Thorndike (1874 1949). Menurut E.L Thorndike, hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan. Menurut E.L Thorndike, mempunyai tiga hukum pembelajaran anjuran thorndike. Iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan, dan Hukum Kesan. Berdasarkan hukum kesediaan guru hendaklah memastikan murid ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Murid akan dapat mengikuti pembelajaran yang baik dan akan

mencapai kejayaan sekiranya apa-apa yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka. Merjuk RPH saya, pada set induksi, guru bertanyakan khabar kepada murid, jika murid memberi respons yang baik, ia dikategorikan sebagai murid telah bersedia untuk kelas tersebut. Selain itu, guru menunjukkan bahan maujud di kelas dan menanya nama benda tersebut. Jawapan murid agak betul dan sesuai dengan soalan guru, ia juga dikategorikan murid bersedia untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Saya telah menggunakan kaedah ini untuk mencapai objektif pembelajaran. Kedua menurut E.L Thorndike, hukum latihan menjadi hubungan rangsangan dan gerak balas (R-G) akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Hukum latihan menegaskan bahawa murid belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan lagi. Untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, latihan dalam pelbagai bentuk, pengulangan, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap. Latihan dan penggunaaan pengetahuan serta kemahiran yang dikuasai akan

mengukuhkan pembelajaran

Mengikut RPH saya, topik adalah benda dan kemahirannya

KV+KV. Dengan itu, pada RPH langkah 1, murid mengeja perkataan KV+KV bersebelahan dengan cop kaki mengikut ejaan yang betul satu demi satu. Seterusnya pada langkah 2 dan langkah 3, sebagai lembaran kerja murid memadankan suku kata KV+KV bagi membentuk perkataan. Ini menunjukkan latihan dalam pelbagai bentuk menjadikan murid minat untuk belajar. Selain itu, murid juga menjadi mahir dalam topik tersebut, ini mendorong murid tidak lupa apa berlaku pada awal pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti latihan, ulangkaji dan pengukuhan akan mewujudkan situasi yang menyeronokkan. Ketiga, menurut E.L Thorndike, hukum kesan juga sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang. Guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada perasaan rasa berjaya. Sekiranya murid dapat menguasai pembelajaran atau mendapat pujian, murid akan berasa puas hati dan gembira. Situasi ini akan membuatkan murid akan berusaha dengan gigih untuk terus berjaya. Mengikut RPH saya, pada set induksi sebagai pujaan memberikan pelekat smiley dan pada langkah 1, jika murid dapat mengeja perkataan KV+KV dengan betul, mereka diberi ganjaran iaitu tiga bintang. Pada langkah 2 dan 3 pula, jika murid dapat menyiapkan lembaran kerja dengan betul mereka diberi dua biji gula-gula. Pada akhir akhir pembelajaran, guru menyebut beberapa perkataan secara rawak dan menyuruh murid mengejanya. Jika murid dapat mengeja dengan betul guru memberikan pujian dan juga melekatkan pelekat BAGUS di atas baju murid. Ini mendorong murid untuk terus berusaha dengan rajin untuk terus berjaya. Selain itu, B.F Skinner juga telah mengaplikasikan hukum kesan ini sebagai Peneguhan dan Hukuman. Oleh itu, saya telah menggunakan Teori Pembelajaran Behavioris iaitu Teori Pelaziman Operan Edward Lee Thorndike (1874 1949) kerana teori ini terlalu sesuai dengan RPH saya. Tambahan pula, teori ini adalah berperingkat tiga mengikut RPH saya iaitu, hukum sedia iaitu set induksi, hukum latihan iaitu langkah 1, 2 dan langkah 3 yang meliputi pelbagai jenis latihan pada satu kemahiran dan hukum kesan juga adalah sesuai dengan RPH saya sebagai penutup kognitif iaitu aktiviti penutup dan pujian. Kesimpulannya, Teori Pelaziman Operan Edward Lee Thorndike (1874 1949) ini memang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran harian. Seterusnya pendekatan adalah cara mendekati sesuatu, iaitu bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang. Pendekatan yang saya gunakan untuk

menghasilkan RPH adalah pendekatan tematik. Pendekatan Tematik adalah memberikan peluang kepada murid mengalami pelbagai pengalaman dalam situasi yang berlainan. Pendekatan ini berpusatkan kepada kanak-kanak. Guru mesti mengambil kira minat, tahap kebolehan dan pengalaman kanak-kanak semasa merancang aktiviti. Tema yang dipilh harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman murid. Tema haruslah berkait rapat dengan kehidupan harian murid kerana pengalaman yang dibekalkan adalah benar dan memberikan makna yang lebih berkesan kepada mereka. Mengikut RPH saya, saya telah memilih tema Benda. Ia saling berkait rapat dengan tematik kerana tajuk ini mengambil kira minat murid dan barhubung dengan pengalaman kehidupan harian. Pendekatan tematik mempunyai empat langkah pelaksanaan. Ia berkait rapat dengan RPH saya. Ia kerana pada awal memilih tema merangkumi kurikulum dan sesuai dengan minat murid. Saya telah memilh tema Benda, ia menarik perhatian murid benda di sekeliling kelas. Kedua pula membina jaringan perancangan iaitu membuat sumbang saran untuk membina peta. RPH saya melibatkan aktiviti memadankan KV+KV untuk menjadikan perkataan. Seterusnya adalah pilih bahan. Ia bermaksud menyediakan bahan yang banyak seperti seni, sastera dan teknologi. Saya telah memilih pelbagai jenis bahan seperti bahan maujud, cop kaki, baju kertas, epal kertas dan flash cards. Ia akan menarik minat murid untuk melakukan aktiviti dengan seronok. Keempat pula merancang aktiviti. Guru perlu merancang aktiviti sesuai dengan tema, gunakan bahan-bahan banyak dan galakkan peningkatan prestasi murid kea rah pencapaian matlamat pembelajaran. Dengan itu, saya telah merancang aktiviti yang sesuai dengan murid tahun 1 iaitu suku kata. Tambahan pula, saya juga telah merancang aktiviti berdasarkan Bahan Bantuan Mengajar. Berdasarkan pendekatan tematik, murid harus dibimbing untuk memperkembangkan idea serta menyatukan fakta untuk menjadi satu konsep yang kukuh. Pengajaran tematik merangkumi satu bidang yang luas dan guru perlu memecahkan tema kepada beberapa

komponen kecil agar penerangan setiap langkah mudah difahami oleh murid. Aktiviti yang dipilh harus selaras dengan objektif pelajaran, sesuai dengan tema dan pemilihan pelbagai bahan demi mencapai matlamat pembelajaran. Seterunya, saya telah menggunakan strategi pembelajaran berasaskan tugasan atau aktiviti dalam RPH. Ia membawa maksud guru melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada murid untuk melatih atau mengaplikasi apa-apa yang dipelajari. Aktiviti yang dipilh harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar.

Guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian matlamat tersebut. Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar murid akan melibatkan diri dalam aktiviti. Mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai. Guru boleh membimbing murid dengan memberikan maklumat kehendak tugasan. Guru menjadi pemantau semasa murid membuat latihan, boleh membantu jika perlu sahaja. Akhirnya, guru akan membuat semakan dengan murid, memberikan maklum balas umum tentang prestasi dan mengukuhkan idea-idea utama apabila berhubung dengan matlamat keseluruhan. Saya telah menggunakan strategi ini semasa memilih aktiviti yang sesuai dengan murid tahun 1. Aktiviti yang saya memilih adalah seperti mengeja perkataan pada cop kaki, memadankan KV+KV menjadi perkataan dan meneka perkataan dengan suka kata pertama. Jenis-jenis aktiviti ini berfokus pada mencapai matlamat. Selain itu, saya telah membimbing murid semasa membuat lembaran kerja. Ia akan membantu saya dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Setelah siap, mengikut strategi ini saya telah menyemak jawapan murid dan memberikan maklum balas yang baik dan memberikan ganjaran atau hukuman kepada mereka. Secara umumnya, strategi berasaskan aktiviti atau tugasan membantu murid untuk melatih tanpa seorang guru. Ia memberikan peluang untuk mencungkil bakat yang ada pada murid. Strategi ini membantu saya dalam menghasilkan RPH dan Kit pembelajaran yang sesuai, mudah dan serok berdasarkan murid tahun 1. Selain itu, saya merancang RPH saya dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh murid. Saya merancang menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman murid, seterusnya membentuk konsep yang betul. Mengikut RPH saya, akan menggunakan bahan maujud semasa sesi P&P dijalankan. Sebagai sesi set induksi, saya menunjukkan bahan maujud dan bertanya nama bahan tersebut. Dengan kaedah menggunakan BBM yang sesuai dapat menarik perhatian murid, Ia juga menjadikan murid lebih aktif kerana bahan yang digunakan adalah benda maujud dan biasa dijumpai di rumah. Disini saya dapat mengaplikasikan Teori Pavlov iaitu pengalaman murid dapat dikaitkan dengan pembelajaran seperti murid pernah lihat buku, bola, dirumah dan di kelas. Saya telah menggunakan kaedah dan teknik pengajaran sumbang saran. Saya menghasilkan RPH dan kit pembelajaran yang sesuai dengan minat murid. Kaedah dan tenik ini agar sesuai dengan RPH saya. Sumbang saran ialah satu tenet utama pembelajaran

konstruktivisme merupakan pentingnya persekitaran pembelajaran yang aktif. Sumbang saran juga ialah teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan kesan jika satu tahap kreativiti tinggi dalam pembelajaran yang diingini dapat dicapai. Menurut Orlich et al. (2007), sumbang saran merupakan satu teknik perbincangan yang kreatif untuk mendapatkan beberapa idea daripada sesuatu kumpulan dalam masa yang terkawal. Sumbang saran ialah satu teknik perbincangan yang kreatif untuk mendapatkan beberapa idea daripada sesuatu kumpulan masa yang terkawal. Sumbang saran bertujuan untuk melatih murid mengemukakan idea atau pandangan yang bernas. Pelauang diberikan kepada pelajar menyelesaikan masalah secara bersama. Tambahan pula, guru boleh dapat meningkatkan keyakinan murid untuk mengemukakan pendapat di depan orang ramai dan memupuk semangat berkongsi idea serta menerima pendapat orang lain. Selain itu, dapat menghormati pandangan orang lain, di samping menggalakan perkembangan mental murid. Sumbang saran mempunyai tujuh prinsip. Antara prinsip-prinsip sumbang saran adalah topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Topik yang saya memilih untuk RPH saya adalah sesuai dengan kebolehan dan minat murid tahun 1. Kedua, suasana perbincangan harus kondusif dan tidak formal untuk menggalakkan perbincangan. Dalam RPH, saya telah menyediakan bilik darjah yang sesuai dan memberi peluang untuk berbincang dalam aktiviti kumpulan. Ketiga, murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberpa Murid dilarang untuk membuat kritikan atau menilai idea semasa sumbang saran. Penilaian idea dibuat pada peringkat akhir. Dalam RPH saya juga terdapat sebegini. Penilaian idea dapat dibuat pada akhir sesi P&P. Prinsip seterusnybanyak idea atau pendapat. Saya telah mengaplikasikan kaedah ini dengan bertanya murid beberapa suku kata KV+KV. Keempat murid dilarang untuk membuat kritikan atau menilai idea semasa sumbang saran. Kelima pula semua pendapat atau idea dicatat dan huraian idea orang lain adalah dibenarkan. Mengikut RPH, saya telah memberi peluang kepada murid untuk menyebut suku kata dan menerima suka kata yang sesuai dengan topik dan kemahiran iaitu benda dan KV+KV. Keenam adalah muid digalakkan untuk mengembangkan sat-satu idea agar melahirkan pandangan yang baharu. Ketujuh adalah masa untuk mengemukakan idea adalah terkawal supaya ahli-ahli boleh digalakkan berfikir secara pantas. Dalam RPH saya terdapat prinsip ini. Saya

mengagihkan masa selama 10 minit untuk murid-murid mengemukakan idea dan pandangan mereka tentang alam benda yang dijumpai di sekitar rumah dan kelas.

Kaedah dan teknik sumbang saran mempunyai banyak kelebihan dari segi teknik perbincangan. Saya memilih teknik pengajaran sumbang saran bagi menghasilkan RPH dan kit pembelajaran. Antara kelebihan sumbang saran adalah, semua murid melibatkan diri dalam mengemukakan idea. Semua murid berpeluang untuk berkongsi idea, pandangan, pengalaman dan pengetahuan baharu. Selain itu, sumbang saran menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid. Gerak balas yang spontan daripada murid boleh melahirkan idea-idea yang baharu dan kreatif. Tambahan pula , murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif. Manakala murid yang pasif dan pemalu dapat didorong untuk menyertai aktiviti perbincangan kerana segala sumbangan mereka akan diterima oleh kumpulan. Secara tidak langsung, keyakinan diri murid dibina apabila idea-idea mereka diterima dan dibincangkan oleh kumpulan dan sumbang saran juga memupuk nilainilai murni dan mewujudkan unsur hormatmenghormati idea atau pendapat orang lain serta wujudnya saling interaksi antara murid. Kelebihan ini telah membantu saya dalam menghasilkan RPH dari segi aktiviti itu sesuai untuk semua murid dengan kehendak minat mereka. Selain itu, ia juga turut, menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis seperti dengan suka kata awal, murid dapat membentuk satu perkataan yang sesuai dengan KV+KV. Ini juga membawa murid melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti. Tambahan pula, ia membantu murid berinteraksi dengan guru bersama murid dan dapat memupuk nilai-nilai murni. Kelebihan-kelebihan seperti ini menjadikan saya untuk memilih teknik sumbang saran dan mengaplikasikannya dalam RPH dan kit pembelajaran. Kaedah ini terlalu sesuai untuk RPH saya dan padat untuk murid sekolah rendah. Kesimpulannya, Teori Pelaziman Operan Edward Lee Thorndike (1874 1949) ini

memang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran harian. Pendekatan tematik juga sesuai dengan membantu memilih topic yang sesuai hingga merancang aktiviti yang sesuai. Strategi berpusatkan tugasan telah membantu saya menghasilkan pelbagai jenis latihan agar murid tidak menjadi bosan. Kaedah dan teknik sumbang saran pula lebih sesuai dengan minat, dapat mencungkil bakat murid dari kreatif dan kritis serta dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Ia dapat membantu melahirkan insan seimbang pada zaman yang akan kelak.

2. Refleksi

Saya Prakesh Rao a/l Ganapathi dari unit PJK (SJKT), Ambilan Jun 2013. Pn. Manoriza binti Abdul Malek pensyarah Murid dan Alam Belajar (EDU3103) telah memberi sebuah tugasan berpasangan dan individu yang berkaitan dengan Model, Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran bersama kita pembelajaran atau bahan bantu mengajar (BBM). Tugasan ini merangkumi teori, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran serta menghasilkan bahan bantu mengajar dalam bentuk kit pembelajaran. Setelah tugasan diberi oleh Pn. Manoriza binti Abdul Malek pensyarah Murid dan Alam Belajar telah menerangkan tugasan tersebut. Saya mendapat sedikit gambaran tentang tugasan ini. Kemudian, saya membincangkan tugasan ini dengan rakan-rakan lain. Saya juga mengenalpasti dan menganalisis kehendak soalan. Saya mencari maklumat di perpustakaan IPGKRM dan juga melayari internet untuk mendapatkan sedikit sebanyak idea dan isi untuk menjayakan tugasan ini. Semasa melaksanakan tugasan projek ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang konsep model pengajaran, pendekatan, strategi pengajaran, kaedah pengajaran dan teknik pengajaran. Dari segi konsep-konsep tersebut saya memahami strategi menghasilkan sebuah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan kit pembelajaran. Sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini tentang tajuk ini. Saya telah memahami tentang konsep model pengajaran, pendekatan, strategi pengajaran, kaedah pengajaran dan teknik pengajaran dengan lebih terperinci. Model Pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid kita. Antara model pengajaran behavioris ialah Model Pembelajaran Sosial, Model Pembelajaran Masteri dan Pengajaran Langsung. Saya telah memilih teori pelaziman operan E.L Thorndike. Saya telah menyediakan rancangan pengajaran harian ( RPH ) bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk Tahun 5. Saya merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berpandukan Teori Pembelajaran Behavioris iaitu Teori Pelaziman Operan Edward Lee Thorndike (1874 1949). Menurut E.L Thorndike, hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan.

Menurut E.L Thorndike, mempunyai tiga hukum pembelajaran anjuran Thorndike. Iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan, dan Hukum Kesan. Berdasarkan hukum kesediaan guru hendaklah memastikan murid ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Hukum latihan menjadi hubungan rangsangan dan gerak balas (R-G) akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. , Hukum kesan juga sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang. Guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada perasaan rasa berjaya. Saya telah mendapat pengetahuan baharu tentang teori ini. Teori adalah satu teori yang sesuai untuk menghasilkan RPH dan kit pembelajaran. Selain itu, saya juga mendapat pengetahuan baharu tentang pendekatan. Pendekatan ialah cara mendekati sesuatu, iaitu bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang. Saya telah memilih pendekatan tematik. Pendekatan Tematik adalah memberikan peluang kepada murid mengalami pelbagai pengalaman dalam situasi yang berlainan. Pendekatan ini berpusatkan kepada kanak-kanak. Saya mendapat tahu bahawa pendekatan ini lebih sesuai diaplikasikan kepada murid sekolah rendah. Saya juga memahami bahawa sesuatu kit pembelajaran perlulah dihasilkan mengikut minat, tahap kebolehan dan pengalaman kanak-kanak semasa merancang aktiviti. Tambahan pula, saya mendapat maklumat tentang Strategi Pengajaran. Strategi pengajaran ialah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk hasil pembelajaran. Strategi ini membawa maksud guru melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada murid untuk melatih atau mengaplikasi apaapa yang dipelajari. Aktiviti yang dipilh harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar. Saya telah memilih strategi berpusatkan tugasan atau aktiviti. Ia membantu saya dalam menghasilkan kit pembelajaran dan RPH. Seterusnya, saya telah mempelajari kaedah dan teknik sumbang saran. Saya menghasilkan RPH dan kit pembelajaran yang sesuai dengan minat murid. Kaedah dan tenik ini agar sesuai dengan RPH saya. Sumbang saran ialah satu tenet utama pembelajaran konstruktivisme merupakan pentingnya persekitaran pembelajaran yang aktif. Semua maklumat ini memberi pengalaman dan pengetahuan baharu bagi saya. Ia juga membantu saya untuk mengulangkaji peperiksaan dan kuiz EDU3103.

Disamping itu, semasa menghasilkan bahan bantu mengajar, saya dapat memahami pelbagai jenis permainan bahasa seperti boneka, permainan roda kata, pemintal lidah dan sebagainya. Saya dapat memahami penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam

pengajaran dan pembelajaran sememangnya akan memberikan impak yang positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran. Saya dapat mengetahui ia akan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dimana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Saya telah belajar untuk tidak membuat kesilapan dalam tatabahasa Bahasa Melayu semasa menyemak semula tugasan saya supaya ia dilengkapi tanpa kesalahan ejaan. Sebelum ini saya tidak mengetahui tentang model pengajaran dengan lebih terperinci dan penggunaan BBM. Saya faham akan tentang konsep model pengajaran, pendekatan, strategi pengajaran, kaedah pengajaran dan teknik pengajaran. Sebagai seorang pelajar dan bakal guru saya faham akan kewajipan saya untuk menggunakan bahasa yang betul. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan projek ini saya semakin rapat bersama rakan-rakan. Sikap toleransi dan bekerjasasama antara pensyarah dan semua rakan juga dapat ditingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Tugasan ini banyak membantu profesion saya kerana saya berpeluang untuk mempelajari pelbagai konsep model dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk semua mata pelajaran. Semasa saya praktikum nanti, saya berpeluang untuk menggunakan semua kaedah ini untuk mengajar kanak-kanak membaca dan menulis. Saya mungkin boleh menggunakan BBM tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Tugasan projek Murid dan Alam Belajar (EDU3103) ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan Negara. Kesimpulannya, tugasan ini telah banyak mendatangkan manfaat yang berguna kepada saya bukan sahaja sebagai seorang pelajar malahan sebagai seorang bakal pendidik. Segala ilmu pengetahuan dan pengajaran adalah amat bermakna. Harapan saya agar ilmu pengetahuan yang diperoleh dapat saya aplikasikan ketika mengajar anak murid dan juga anak saya sendiri di sekolah pada masa yang akan datang. Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn.Manoriza binti Abdul Malek selaku pensyarah pembimbing EDU3103 Murid dan Alam Belajar. Beliau banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang tugasan projek ini.. saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terma kasih kepada pihak sekolah yang banyak membantu dalam mendapatkan maklumat dan berkongsi idea. Tidak sah rasanya jikalau saya tidak mengucapkan sekalung aspirasi dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak berkongsi maklumat pelaksanaan tugasan kepada saya selama ini. Jasa semua orang ini akan saya kenang sampai bila-bila. Sekian, terima kasih.

Rujukan

1. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012), Murid dan Alam Belajar : Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2. Abdul Rahim Mr.Ali & Elias Ali. (2000), Ilmu Pendidikan DPM: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. 3. Atan Long. (1976), Psikologi Pendidikan: New Bahasa & Pustaka, Malaysia 4. Noor Rohana Mansor. (2009), Soalan dan Penyoalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 5. Abd. Ghafar Md. Din. (2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 6. Bryan Cooms. (2010), Siri Kepimpinan & Pengurusan Sekolah Mengajar Secara Efektif Successful Teaching: Institut Terjemahan Negara Malaysia 7. Campbell , Reece, Urry, Cain, Wasserman, Minorsky, Jackson, Biology edition, (2008), Pearson Benjamin Cummings Ltd. USA (77-85) 8. Ee Ah Meng, (1995), Sekolah & Perkembangan Kanak-Kanak (Asas Pendidikan 4): Fajar Bakti Sdn. Bhd 9. Ee Ah Meng. (1999), Psikologi Pendidikan 1 (Psikologi Perkembangan) Sem 1: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 10. Glenn Myers Blain, R. Stewart Jones, Rag h Simpson. (1991), Psychology of Education: Dewan Bahasa & Pustaka 11. Mok Soon Sang. (2003), Ilmu Pendidikan untuk KPLI (komponen 1 & 2 Sekolah Rendah Psikologi Pendidikan & Pedagogi): Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya. 12. Professor Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad. (2003), Panduan Kurikulum Prasekolah: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd,Pahang

Anda mungkin juga menyukai