Bab 9 Pengurusan Dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional
Bab 9 Pengurusan Dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional
BAB 9
HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat: Menyatakan dan mendefinisikan konsep permainan tradisional Menyatakan prinsip pengurusan dan pengelolaan permainan tradisional serta faedah permainan tradisional Menyatakan langkah-langkah pengelolaan dan pentadbiran permainan tradisional serta contohcontoh pertandingan.
9.0
PENGENALAN
RINGKASAN BAB 9.0 Pengenalan 9.1 Konsep, Definisi Permainan Tradisional 9.2 Pengurusan dan Pengelolaan Permainan Tradisional
Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa. Tujuan permainan tradisional adalah untuk mengisi masa lapang, merayakan sesuatu pesta atau perayaan dan meningkatkan ukhuwah antara peserta. Permainan tradisional dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan peserta. Tiada undang-undang dan sistem pertandingan yang piawai dalam pertandingan permainan tradisional. Undang-undang dan sistem pertandingan yang di guna pakai bergantung kepada keadaan dan tempat pertandingan.
OUM
163
BAB 9
9.1
Pengenalan Permainan tradisional atau sukan tradisional adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan. Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Peraturan permainan tradisional bergantung kepada persetujuan pemain. Oleh itu peraturannya berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Permainan tradisional juga boleh dijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa serta wujud dalam bentuk sejagat. Dalam erti kata lain permainan tradisional tidak mempunyai masa yang piawai. Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual. Permainan tradisional merupakan permainan yang di warisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Biasanya adalah sukar bagi kita hendak menjawab persoalan yang berkaitan dengan sejarah permainan tradisional seperti dari mana asal permainan tradisional, siapa pelopor permainan ini, di manakah permainan ini mula diperkenalkan dan berbagai lagi. Ini disebabkan permainan tradisional disebar dari mulut ke mulut dan tiada dokumen atau rujukan khas yang boleh kita rujuk. Kebanyakan permainan tradisional dicetuskan dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. Bahan atau sumber yang digunakan dalam permainan tradisional biasanya berada di sekitaran atau alam sekeliling. Kebanyakan permainan tradisional di Malaysia tidak memerlukan alat yang khusus. Biasanya alatan yang digunakan dalam permainan ini mudah di peroleh sama ada dalam bentuk bahan tempatan yang mudah dan murah diperolehi atau bahan kitar semula. Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah: (a) (b) Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang. Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah. Permainan tradisional seperti permainan menggunakan kreativiti dalam membina wau. wau membolehkan pemainnya
(c) (d)
Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti: (i) (ii) kekuatan kardiovaskular kelenturan
164
OUM
BAB 9
(vii) Koordinasi (viii) Kuasa (ix) (x) Masa tindak balas Kelajuan
Kebaikan Permainan Tradisional Permainan tradisional bukanlah sesuatu merupakan pertandingan ke arah permainan profesional, sebaliknya konsep permainan tradisional adalah untuk berlipur dan memenuhi masa lapang pemainnya. Dari sini dapatlah dirumuskan permainan tradisional lebih bersifat permainan dari pertandingan. Oleh kerana sifat permainan tradisional ini sebagai permainan untuk beriadah. Ia dilihat berupaya menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk kehidupan yang bermotivasi. Oleh itu permainan tradisional dilihat berupaya membentuk kesihatan emosi yang baik. Permainan tradisional sebagai medan yang baik untuk membentuk komunikasi yang berkesan antara permain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan merangsang ukhuwah. Sosiologi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu. Permainan tradisional dapat akan memudahkan individu untuk menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat. Oleh kerana sifat permainan tradisional yang lebih menekankan persahabatan dan kebudayaan permainan tradisional merupakan alat yang baik dalam proses sosiologi. Seperti permainan yang lain, permainan tradisional juga dilihat dapat membentuk kecergasan fizikal dan mental buat pemainnya. Permainan tradisional dapat membentuk kemahiran motor yang berguna dan bermakna kepada pengamalnya. Dengan kata lain permainan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal. Permainan tradisional yang melibatkan aktiviti fizikal dilihat dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan Pengurusan badan merujuk kepada kebolehan mengawal anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai. Pengurus badan merangkumi: Penjagaan postur yang betul Pengawalan dan perimbangan tubuh dalam satu situasi Pengaruh ritma dalam pendalian pergerakan badan Koordinasi pergerakan yang cekap Pergerakan merentasi lantai ruang
OUM
165
BAB 9
Jenis Permainan tradisional Oleh kerana permainan tradisional lahir daripada budaya dan sosiologi masyarakat, permainan tradisional wujud dalam variasi pertandingan yang banyak. Permainan tradisional dipertandingkan dalam dua jenis sama ada dalam bentuk individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain) dan kumpulan (di pertandingan lebih dari seorang sekumpulan).
Jadual 9.1: Jenis Permainan Tradisional Individu Congkak Dam Wau Gasing Laga Ayam Kumpulan Usung balak Galah panjang Tating lawi Sorong kereta Sepak raga bulatan
Kategori Pertandingan Permainan tradisional terbahagi kepada dua iaitu pertandingan anjung dan pertandingan laman
Jadual 9.2: Ciri-ciri Kategori Permainan Tradisional Permainan Anjung Kawasan permainan di dalam rumah contohnya di anjung rumah ruangan Permainan Berpasukan Kawasan permainan di luar rumah atau di kawasan lapang contohnya di padang Tempat permainan di ruang tanah, rumput atau simen Tempat permainan melibatkan kawasan permainan yang luas Melibatkan permain yang ramai biasanya dalam bentuk kumpulan. dan