Anda di halaman 1dari 68

1

KONSEP-KONSEP
ASAS HUBUNGAN
ETNIK
2
KONSEP MASYARAKAT
Definisi Masyarakat
kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di sesuatu tempat
dengan aturan dan cara tertentu.
(Kamus Dewan 2006)
3
KENAPA PERLU MEMAHAMI DAN
MENGKAJI MASYARAKAT ?
1. Manusia Hidup Bermasyarakat

Manusia tiada pilihan demi kelangsungan
hidup


4
2. Memahami Cara Hidup
Bermasyarakat
Pemahaman yang tepat terhadap
masyarakat membolehkan individu itu
bertingkahlaku dan menyesuaikan diri
mengikut kehendak masyarakat
setempat. Ini akan mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat dan
sukar untuk melanggar peraturan yang
wujud di dalam lingkungan sosialnya.
5
3. Memahami Budaya Sendiri
dan Masyarakat Lain
Individu yang telah mengkaji masyarakat
lain tidak akan mengalami satu kejutan
budaya, tetapi lebih bersedia
menghadapi perbezaan yang wujud.
Seseorang yang mengkaji masyarakat
industri tidak akan terkejut jika pergi ke
negara tersebut.
6
Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas
di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi
merangkumi masyarakat dunia
keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global
seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan
senjata dan sebagainya, memerlukan
kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian
terhadap masyarakat akan membolehkan kita
memahami dan memupuk kerjasama dengan
sesuatu masyarakat.
7
Ciri-Ciri Masyarakat
1. Manusia Yang Hidup Berkelompok
Manusia hidup bersama dan membentuk
kelompok. Kelompok inilah yang membentuk
masyarakat. Mereka mengenali antara satu
sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan
sosial wujud dalam perhubungan sesama
manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin
dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung
kepada manusia lain.
8

Tiada masyarakat, tiadalah budaya
dan sebaliknya. Masyarakat akan
melahirkan kebudayaan, sama ada
kebendaan atau bukan kebendaan.
Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke
generasi berikutnya dengan proses
penyesuaian.
9
Sebagaimana budaya, masyarakat
juga turut mengalami perubahan. Suatu
perubahan terjadi kerana faktor-faktor
yang berasal dari masyarakat itu sendiri.
Sebagai contoh, suatu penemuan baru
mungkin akan mengakibatkan perubahan
kepada masyarakat itu.
10
Salah satu syarat kewujudan
masyarakat ialah terdapatnya perlakuan
berhubung dan bekerjasama di antara
ahli dan ini akan mencetuskan interaksi.
Interaksi ini boleh berlaku secara lisan
atau tidak .
11
Pemimpin adalah terdiri daripada
ketua keluarga, ketua kampung, ketua
negara dan sebagainya. Dalam
masyarakat Melayu awal, kepimpinan
adalah bercorak tertutup kerana
pemilihan berdasarkan keturunan.
12
Bermaksud susun lapis yang wujud dalam
masyarakat.

Terbahagikepada tiga bahagian iaitu
1. Kelas
2. Status
3. Kasta.

13
kedudukan seseorang dalam masyarakat
berdasarkan pemilikan harta atau
kekayaan seperti orang kaya kelas
atasan dan orang miskin, kelas bawahan
14
Peranan yang dimainkan oleh individu
dalam masyarakat seperti penerimaan
gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan
sebagainya.
15
Kasta
Kelas sosial yang keahliannya ditentukan
hanya melalui kelahiran dan dalam
hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini
dapat dilihat dalam zaman tradisional
India yang memecahkan kasta kepada
Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra

16
Perbezaan Antara
Masyarakat Malaysia dan
Bangsa Malaysia
Masyarakat Malaysia
Bangsa Malaysia
17
Samb
BANGSA MALAYSIA
KENEGARAAN KEWARGANEGARAAN KEBANGSAAN
18
Samb
MASYARAKAT
ETNIK RAS / BANGSA PREJUDIS STEREOTAIP DISKRIMINASI
ETNISITI
ETNOSENTRISME /
ETNOSENTRIK
RASISME
INDIVIDU INSTITUSI
19
Definisi :
Sekelompok manusia yang
mengamalkan budaya yang hampir
seragam, termasuk adat resam, pakaian,
makanan, bahasa dan kegiatan ekonomi.
20
Definisi :
Sebuah kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif
berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal
nyata.
Cth : warna kulit, mata, rambut.
21
KONSEP BUDAYA
Budaya berasal dari perkataan Jawa:
budaya
hasil cantuman budhi dan daya .
Perkataan budhi yang dipinjam dari
bahasa sanskrit bererti kecergasan
fikiran dan akal daya ialah
perkataan Melayu Polynesia bermakna
kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.
Jika dicantumkan kedua-dua perkataan
ini ( budaya ) akan membawa maksud
tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa
yang menggerakkan jiwa .
22
Sambungan
Budaya juga diertikan sebagai, The way
of life of a people, including their
attitudes, values, beliefs, arts,
sciences, modes of perception, and
habits of thought and activity. Cultural
features of forms of life are learned
but are often too persive to be readily
noticed from within . ( Dictionary Of
Philosophy, 1996 ).
23
Samb
Menurut sumber lain mendefinisikan
budaya ialah tamadun, peradaban,
kemajuan fikiran, akal budi ( cara berfikir,
berkelakuan, dan sebagainya ).(Kamus
Dewan Edisi Ketiga, 1997).
24
Samb
Didefinisikan sebagai cara hidup yang
diikuti oleh orang yang menjadi anggota
kumpulan tertentu dan meliputi anasir
sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan,
adat resam, sikap, nilai, peralatan
budaya, atau apa-apa yang dihasilkan
oleh mereka sebagai anggota
masyarakat.

25
Budaya itu dari sudut bahasanya
membawa makna cara hidup manusia,
istilah : cara hidup orang ramai termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan
dan tabiat berfikir serta cara perlakuan
manusia yang menggerakkan jiwa.
26
BUDAYA
KEBENDAAN BUKAN KEBENDAAN
27
Merangkumi peralatan dan kelengkapan
hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya, Contohnya,
orang Melayu mempunyai rumah yang
berbeza dengan orang Inggeris atau
orang Eskimo
28
Budaya bukan kebendaan
Seperti kepercayaan, adat istiadat dan undang-
undang. Contohnya, setiap masyarakat
mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza
dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan
masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang
memberi hantaran kepada pihak perempuan
manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri)
perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada
pihak lelaki.
29
PERANAN BUDAYA
BINA IMEJ NEGARA / IDENTITI
PUPUK KESEDARAN KEBANGSAAN & KENEGARAAN
30

Ciri-Ciri Budaya:

Dipelajari

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi
perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk
menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu,
manusia perlu belajar. Sebagai contoh
menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-
kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk
berbahasa dan berhubung.

31
Faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran
a. Apakah agen-agen sosialisasi seperti
keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan
dan sebagainya.
b. Apakah nilai yang mendapat
keutamaan dalam sesebuah masyarakat
itu.
c. Umur seseorang.
d. Tahap pendidikan
e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
32
2. Dikongsi

Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi
anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud
yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh
sekumpulan manusia. Nasi lemak dan roti canai
menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya.
Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia
kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan
seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh
sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya
seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam
masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya perlakuan
masyarakat.
33
Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan
budaya ialah kebudayaan itu wujud
dalam semua kelompok manusia. Tidak
ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan. Bagaimanapun, budaya
yang sejagat itu berbeza antara
masyarakat kerana pengaruh alam,
pengaruh luar dan tahap penyesuaian
anggota
34
Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang
terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. bahasa
v. kesenian
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
35
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa
budaya Melayu, Cina dan India yang
diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada
budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku
akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya
itu juga diwarisi juga membawa maksud
bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini
adalah hasil teknologi awal manusia masa
lampau.
36
Budaya sentiasa berubah dan tidak ada
budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengalami perubahan.
Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
Cth : Rumah beratap rumbia/ nipah telah
digantikan dengan rumah beratap genting.
37
Perubahan ini disebabkan
beberapa faktor seperti:

i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.
ii. pertambahan keperluan dan keinginan
manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.
38
Budaya boleh ditunjukkan dlm bentuk
perlambangan.
Cth. : logo, bendera, ukiran dll.
39
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia
memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
Pandangan semesta ini timbul kerana manusia
mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula
diterjemahkan dalam kehidupan seharian
seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan
tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh
masa (setanak nasi) dan sebagainya.
40
KONSEP PERPADUAN DAN
INTERGRASI
Perpaduan dan Intergrasi adalah
berbeza.
Perpaduan : Proses menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara bagi
membentuk identiti / nilai bersama
Intergrasi : Proses mewujudkan satu
identiti nasional di kalangan kumpulan
yang terpisah.
41
UNSUR-UNSUR INTERGRASI
INTERGRASI
WILAYAH EKONOMI KEBUDAYAAN SOSIAL PENDIDIKAN POLITIK
42
TAHAP-TAHAP HUBUNGAN
ETNIK
AMALGAMASI
ASIMILASI
AKULTURASI
AKOMODASI
SEGREGASI
43

Segregasi

Hubungan yang bersifat pemisahan di
antara etnik-etnik dalam sesebuah
negara. Pemisahan berlaku dalam
beberapa keadaan di antaranya dari segi
kawasan, tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam sama ada didasari
oleh undang-undang atau tidak seperti
Dasar Aparteid di Afrika Selatan.
44
Akomodasi
Setiap etnik menyedari & menghormati
norma dan nilai antara satu sama lain,
namun mereka tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing. Mereka hidup
secara harmoni dan saling menyesuaikan
diri antara satu sama lain. Di peringkat
pemerintahan pusat, setiap etnik
mempunyai wakil
Konsep ini diwakili oleh formula :
A + B + C = A + B + C. (A, B dan C merujuk
kepada budaya)

45
Akulturasi
Satu proses perubahan dan penyerapan unsur
kebudayaan kesan perhubungan antara dua
kumpulan manusia yang berlainan tradisi.
Ia merupakan satu proses penerimaan unsur
kebudayaan di kalangan individu atau kelompok
dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan suatu kebudayaan yang tertentu
dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsur-unsur
kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah
ke dalam kebudayaan sendiri.
46
Asimilasi
Satu proses di mana kumpulan minoriti
kehilangan identiti akibat diserap oleh
kumpulan dominan dari segi kebudayaan
dan sosial.
Semua kumpulan lama kelamaan akan
mematuhi pola-pola kebudayaan golongan
dominan dan melupakan kebudayaan dan
identiti masing-masing
Formula : A+B+C=A

47
JENIS-JENIS ASIMILASI
ASIMILASI
ASIMILASI BUDAYA ASIMILASI STRUKTUR
48
ASIMILASI BUDAYA

Kumpulan minoriti mempelajari ciri
kebudayaan masyarakat tuan rumah sprt
bahasa, pakaian, makanan dan adat
resam.

Tidak menghilangkan identiti asal.
49
ASIMILASI STRUKTUR
Satu proses apabila anggota kumpulan
kecil / minoriti berjaya menyertai institusi
utama dan aktiviti sosial masyarakat
dominan.
50

1. Etnik yang berbeza budaya.

2. Individu di dalam atau di antara etnik
sering berinteraksi.

3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang
lama.
51
1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti
mereka dan menerima identiti etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti besar
atau kelompok minoriti adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.
5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik
minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.
52
Faktor Penghalang Asimilasi
1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan
sehingga menimbulkan perasaan
takut terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya
sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat.
53
PERBEZAAN ANTARA
ASIMILASI DGN
AKULTURASI
ASIMILASI AKULTURASI
Penyerapan berlaku
secara sehala
Penyerapan berlaku
secara dua hala

Kehilangan identiti asal Identiti asal masih kekal
54
Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang
baru. Cara utama dalam menentukan
proses amalgamasi terjadi ialah
perkahwinan campur antara etnik.

Formula : A+B=C

55
KEPELBAGAIAN ETNIK &
BUDAYA DI MALAYSIA
(TAHUN 2004 : SEMENANJUNG)
ETNIK JUMLAH (000 ) PERATUSAN
MELAYU 11,532.1 61.7
CINA 5,208.4 27.9
INDIA 1,709.8 9.1
BUMIPUTERA 238.1 1.3
JUMLAH 18,688.4 100
56
ETNIK JUMLAH 000 PERATUSAN
Iban 657.6 30.1
Bidayuh 181.5 8.3
Orang Ulu 128.8 5.9
Melayu 505.8 23.2
Melanau 124.4 5.7
Cina 578.6 26.5
India 4.3 0.2
JUMLAH 2,181.0 99.9
57
ETNIK JUMLAH: 000 PERATUSAN
Kadazandusun 519.8 24.8
Bajau 386.1 18.5
Murut 94.7 4.5
Melayu 360.5 17.2
BP Lain 431.8 20.6
Cina 287.5 13.7
India 11.5 0.5
JUMLAH 2,091.9 99.8

58
KEPELBAGAIAN BUDAYA DI
SEMENANJUNG
MELAYU - sebagai etnik terbesar, Islam
sebagai anutan dan cara hidup.

Sebahagian besar Melayu di bandar
masih tertumpu kpd perkhidmatan awam
(walaupun ada yg terlibat dgn perniagaan
tapi kecil)
59
CINA etnik ke 2 terbesar di SM.

Terdiri daripada penganut Buddha,
Kristian, Konfusius

Tertumpu pd sektor perdagangan dan
komersial (besar @ kecil), di bandar2
utama


60
Sambungan.
ORANG ASLI etnik terkecil
Penganut kepercayaan tradisional, Islam,
Kristian

KELOMPOK2 KECIL LAIN: Baba
Nyonya (Melaka & Penang),
masyarakat Portugis (di Melaka) &
msrkt Siam di utara Semenanjung
Malaysia.
61
SARAWAK
Hampir semua etnik sama ada Iban, Bidayuh,
Orang Ulu adalah penganut kepercayaan
tradisional atau Kristian dan sebilangan kecil
Islam.
Dahulunya penduduk luar bandar tapi sekarang
berjaya dlm sektor perdagangan atau komersial
di bandar2 utama.
Melayu juga ramai tinggal di perkampungan
terutama di Kuching, Kota Samarahan dan
Sibu.(ramai terlibat dgn pertanian)
Yang tinggal di bandar terlibat dgn sektor awam
62
Sambungan
Melanau- penduduk pantai
Sarawak (Islam, Kristian,
tradisional)
Cina- penduduk bandar. Terlibat
aktiviti perdagangan di bandar2
utama. Anutan: Buddha,
Konfusius & Kristian.

63
SABAH
Kadazan Dusun penduduk majoriti
(anutan: tradisonal, kristian & Islam).
Lain2 : Bajau, Murut, Melayu
Cina juga tertumpu di pusat2
bandar
64
Sambungan..
INDIA etnik ke 3 terbesar
Tertmpu di estet2 tapi ramai dah berpindah ke
bandar2 dan meneroka pekerjaan yg berbeza
dgn i/bapa mereka
Sebahagian kecil berjaya menembusi pasaran
komersial
India Malaysia terdiri drpd pelbagai puak
berasaskan asal usul negara India, spt Tamil,
Malayalee dan Singhalese.
Terdiri drpd penganut Hindu, Islam dan Sikh
65
MODEL MASYARAKAT ISLAM
MADINAH

AL-HUJURAT : 13
66
MODEL MASYARAKAT ISLAM
MADINAH

ISLAM : MUHAJIRIN & ANSAR

BUKAN ISLAM : YAHUDI & NASRANI
67
j*.4l~4 6ON7-
7E4UEE_4/6^q4OEO }g)`
7E4^UE=^^) +EEL- Og^4C
_ W _ E E*7^>.-4gN _ Ep)
-.- N7)U4N OO)lE= ^@-EO4OE4-g
74`4O-p)


13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu Dengan Yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan
Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)
68
JUMPA LAGI DI TOPIK II

Anda mungkin juga menyukai