Anda di halaman 1dari 26

Sumber : http://kanniammalgapaloo.blogspot.com/2013/09/kajian-mengenai-operasimt.html KAJIAN MENGENAI OPERASI MT 6.0: KAJIAN MENGENAI OPERASI MATEMATIK 6.

1: KAEDAH PENGAJARAN OPERASI PENAMBAHAN DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER. ABSTRAK Dalam kajian ini, Nur Shazlina Binti Yussoff telah mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh Patrick, seorang murid berkeperluan khas (slow learner) di sebuah kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak. Masalah yang dihadapi Patrick adalah kesukaran membuat operasi tambah. Pada sub topik penambahan dalam lingkungan 10, Patrick tiada masalah dihadapinya lebih-lebih lagi jika melibatkan objek. Tetapi, masalah bermula apabila penambahan melibatkan pengiraan melebihi 10 dan pengumpulan semula disebabkan

kekeliruan Patrick menggunakan jari untuk menjawab soalan pada lembaran kerja yang diberikan. Beliau telah merancang pendekatan yang sesuai menggunakan objek seperti kayu ais krim dan blok mainan untuk membantu Patrick. Seterusnya, kaedah melukis lidi beliau perkenalkan untuk mengelakkan Patrick daripada terus bergantung kepada objek lalu melambatkannya menyiapkan lembaran kerja. Ternyata selepas enam minggu menggunakan teknik-teknik tersebut, Patrick dapat memahami konsep penambahan dan menambah dengan betul dalam jangka masa yang lebih pendek. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk membantu Patrick, seorang murid bermasalah

pembelajaran slow learner, menyelesaikan operasi penambahan dengan menggunakan kaedah melukis lidi; dan menambahbaik amalan p&p saya dalam bilik darjah. TINDAKAN

Asas yang kuat dalam fakta Matematik adalah satu aspek yang penting dan sangat diambil kira dalam kebanyakan peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa kini bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Oleh itu, semua murid perlu menguasai bidang ini untuk memastikan peluang yang lebih cerah untuk mendapat pekerjaan pada masa depan. Hal ini tidak hanya tertumpu pada murid normal sahaja tetapi juga bagi murid bermasalah pembelajaran. Oleh itu, p&p Matematik di kelas PKBP diberikan penekanan selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas Kebangsaan untuk melahirkan insan yang antaranya berkemahiran dan berdikari yang dapat hidup seiring dengan masyarakat sekelilingnya. Walau bagaimanapun, penguasaan

Matematik murid-murid terutamanya murid-murid berkeperluan khas adalah masih lemah yang kebanyakannya disebabkan oleh asas Matematik yang lemah. Kemahiran asas Matematik merangkumi kemahiran pranombor; menulis dan mengeja nombor; operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi. Semasa mula-mula memasuki kelas PKBP di sekolah tersebut, Nur Shazlina mendapati semua murid dalam kelas tersebut telah menguasai kemahiran pranombor dan nombor bulat hasil usaha guru yang mengajar mereka sebelum ini. Nur Shazlina juga membuat satu ujian ringkas merangkumi subtopik-subtopik dalam kemahiran pranombor dan nombor bulat. Berdasarkan ujian tersebut, didapati semua murid sudah dapat menguasai kedua-dua topik tersebut dan sudah bersedia menerima pengetahuan baru. Oleh itu, beliau meneruskan pengajaran kepada topik seterusnya iaitu Operasi Penambahan dalam lingkungan 5. Sebagai permulaan, beliau

menggunakan objek untuk memudahkan mereka memahami konsep penambahan. Pendekatan yang beliau gunakan untuk mereka mengira adalah dengan teknik counting on. Antara objek yang telah beliau gunakan untuk mengira adalah jari murid, kayu aiskrim, penyedut minuman, dan bongkah mainan. Semua murid dapat memahami konsep penambahan serta menyelesaikan lembaran kerja soalan penambahan dengan betul. Pada permulaannya, lembaran kerja yang diberikan mengandungi gambarajah objek sebagai garis panduan untuk memudahkan mereka menyiapkan soalan tersebut. Gambar 1 merupakan satu contoh lembaran kerja tesebut.

Setelah semua murid dapat menguasai penambahan dalam lingkungan 5, kemahiran seterusnya diajar iaitu penambahan dalam lingkungan 10 dan 20. Soalan pada lembaran kerja pula telah saya ubah iaitu dengan tidak melibatkan gambarajah objek. Ketika inilah kelemahan Patrick mula dikenalpasti. Gambar 2 menunjukkan jawapan Patrick. Nur Shazlina dapati Patrick telah memberikan jawapan yang agak pelik semasa beliau memeriksa lembaran kerjanya. Bermula dari situ, beliau mula mencari punca bagaimana Patrick boleh memberikan jawapan tersebut. Beliau bertanya kepada Patrick tentang bagaimana beliau mendapat jawapan tersebut. Beliau juga meminta Patrick menunjukkan kepada beliau cara dia membuat pengiraan untuk menyelesaikan soalan-soalan pada lembaran kerja tersebut. Patrick telah menunjukkan cara dia menggunakan jarinya untuk mengira jumlah pada soalan penambahan yang diberikan. Masalah timbul apabila penambahan melibatkan jumlah yang melebihi 10. Contohnya apabila 5 + 6, sebelah tangan menunjukkan 5 dan apabila dia ingin menambah 6, dia berasa keliru tentang bagaimana untuk menambah 6 sedangkan sebelah tangannya hanya mempunyai 5 jari. Akhirnya, jawapan yang diberikan oleh Patrick kepada soalan tersebut adalah 6, berbeza sekali dengan jawapan yang sepatutnya iaitu 11. Disebabkan terlalu banyak jawapan salah diberikan oleh Patrick, rakan-rakan sekelas yang lain telah meminggir dan mengejeknya. Melihatkan keadaan ini, Nur Shazlina sering memberikan lembaran kerja yang lebih kepada murid-murid lain agar mereka leka membuat lembaran kerja tersebut dan dalam pada masa yang sama, beliau dapat membimbing Patrick membuat pengiraan dengan betul. Pada mulanya memang agak sukar untuk mencari kaedah alternatif untuk memudahkan Patrick mengira. Pada peringkat awal, beliau menggunakan objek iaitu kayu aiskrim untuk memudahkannya mengira. Setelah Patrick dapat menguasai cara ini, beliau mengajarnya kaedah melukis lidi dan beliau memintanya membuat perkaitan antara kayu aiskrim dengan kaedah melukis lidi yang telah beliau ajarkan selepas itu. Ini kerana walaupun pengiraan menggunakan kayu aiskrim dapat membantu Patrick menjawab soalan dengan betul, tetapi banyak masa yang diambil dia untuk berbuat

demikian. Oleh itu kaedah melukis lidi telah beliau perkenalkan pada Patrick agar Patrick lebih faham dan menjawab soalan dengan betul dalam masa yang lebih pendek. Di samping mengajar teknik melukis lidi untuk membantu Patrick menyelesaikan soalan penambahan, Nur Shazlina juga berusaha meningkatkan keyakinan diri Patrick untuk belajar. Ini sering beliau lakukan dengan memberikan kata-kata pujian kepada Patrick apabila dia berjaya membuat pengiraan dengan betul. Apabila dia membuat kesilapan, Nur Shazlina akan menunjukkan cara yang betul dan menggalakkannya mencuba sendiri. Beliau juga kadang kala mengarahkan rakan-rakan lain membantu Patrick mengira dengan betul. Hal ini sedikit sebanyak memupuk sifat kerjasama dan sedikit demi sedikit rakan-rakan lain tidak lagi mengejeknya, malah membantu Patrick menunjukkan cara yang betul untuk membuat pengiraan. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kajian Nur Shazlina ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk membantu Patrick, seorang murid bermasalah

pembelajaran slow learner,menyelesaikan operasi penambahan dengan menggunakan kaedah melukis lidi. Cabaran yang beliau hadapi adalah untuk mengekalkan pengetahuan tersebut dalam memori jangka panjang Patrick. Namun, dengan teknik pengulangan dan latihan yang berterusan, beliau percaya Patrick dapat menguasai kaedah ini dan mungkin dapat membuat pengiraan tanpa bantuan kaedah ini pada masa hadapan.

ARTIKEL 1 TAJUK : Kajian Mengenai Operasi Matematik : Kaedah Pengajaran Operasi Penambahan Dalam Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Murid Slow Learner. SUMBER : http://kanniammalgapaloo.blogspot.com/2013/09/kajian-mengenai-operasi-mt.html SINOPSIS ARTIKEL : Artikel membincangkan tentang masalah yang dihadapi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran bagi membuat operasi tambah yang melibatkan

pengumpulan semula. Murid dinyatakan dapat menguasai pengiraan jika menggunakan objek atau bahan konkrit namun mengalami masalah apabila bahan konkrit tidak disediakan. Murid juga keliru apabila menggunakan jari untuk menjawab soalan yang melibatkan pendekatan operasi tambah secara objek mengumpul semula. murid Guru menggunakan pendekatan

menggunakan

untuk membantu

namun

melambatkan menyiapkan tugasan dan menyebabkan murid terlalu bergantung kepada obejk. Lalu guru memperkenalkan konsep melukis lidi bagi menangani masalah yang dihadapi murid. Murid dapat memahami konsep tambah secara kumpul semula dan dan menjawab lembaran kerja dengan lebih cepat. KELEBIHAN

KELEMAHAN

PENAMBAHBAIKAN

http://055356.blogspot.com/2013/08/kajian-tindakan-meningkatkan-kemahiran.html WEDNESDAY, 21 AUGUST 2013 Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Murid Tahun 4 Menambah Nombor Perpuluhan Sehingga Dua Tempat Perpuluhan PENGHARGAAN Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyempurnakan kajian ini. Terutamanya kepada Guru Besar SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan, Cik Ooi Ah La dan PK Tadbir dan Kurikulum iaitu Cik Lim Pau Chu atas keprihatian pihak pentadbiran sepanjang saya menjalnkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada PH HEM dan PK Kokurikulum SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan, atas kerjasama baik yang diberikan. Selain itu, ucapan terima kasih ini juga dihulurkan kepada penasihat-penasihat kajian saya iaitu semua ahli jawatankuasa Panitia Matematik iaitu Puan Chow Sau Fang, Puan Chu Cheng Mooi, Puan Lee Jye Shan dan Puan Low Mei Ling, serta muridmurid Tahun 4 SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan sesi 2012 yang menjadi responden Kajian Tindakan saya. Kalungan penghargaan ini juga ditujukan khas kepada UPSI, kerana telah memberi peluang kepada saya menimba ilmu di Tutorial Kali Pertama dan Tutorial Kali Kedua. Pengetahuan dan bahan yang diperolehi di tutorial tersebut membantu saya membuat Kajian Tindakan kali ini. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan idea untuk menyiapkan laporan ini samaada secara eksplisit mahupun implisit. Sekian, terima kasih. Chin Yoong Leng D20112055356

ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran muridmurid Tahun 4 menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. Terdapat segelintir murid Tahun 4 yang tidak dapat menguasai konsep operasi tambah yang melibatkan nombor perpuluhan dan nombor bulat. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 21 orang murid Tahun 4 dari SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh murid (makropengajaran), jawapan peperiksaan akhir tahun berhubung dengan kemahiran ini, pemerhatian semasa aktiviti kumpulan dijalankan

(makropengajaran) serta temubual. Soal selidik juga digunakan bagi meninjau pandangan murid terhadap pengajaran guru. 6 soalan (Pra Ujian) mengenai operasi menambah yang melibatkan nombor perpuluhan telah diberikan semasa makropengajaran untuk meninjau kekuatan pelajar dalam konsep operasi menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. Berdasarkan analisis tersebut, terdapat segelintir murid masih belum menguasai konsep tersebut, terutama soalan yang melibatkan penambahan nombor bulat dengan nombor perpuluhan. Pelaksanaan kajian memperkenalkan satu Kaedah Permaianan iaitu Lakonan Jual Beli dengan wang permainan. Kaedah ini diaplikasikan supaya disamping belajar, murid dapat bermain bagi mengelakkan berasa cepat bosan dan mudah putus asa. Dalam aktiviti jual beli, terdapat barangan yang nilainya terdapat perpuluhan ataupun nombor bulat sahaja. Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan amat memberangsangkan. Perbezaan skor antara Pra Ujian dengan Pos Ujian yang amat ketara bagi semua membuktikan tahap penguasaan murid dalam operasi menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat sehingga dua tempat.

Murid-murid didapati lebih berani untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Ini bermakna pendekatan yang diambil dalam Kajian Tindakan ini tepat. Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa puas hati apabila melihat murid yang rendah pencapaiannya dalam kajian ini turut melibatkan diri dan menyatakan seronok untuk menjawab soalan secara tidak langsung. Oleh itu, saya mendapati terdapat sesetengah murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran. FOKUS KAJIAN : REFLEKSI P&P LEPAS Sewaktu menyemak latihan murid Tahun 4, didapati terdapat segelintir murid tidak dapat menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan yang melibatkan nombor perpuluhan dengan nombor bulat. Berdasar pemerhatian semasa sesi

makropengajaran dijalankan, terdapat murid yang menunjukkan reaksi keliru dan hilang fokus semasa belajar. Beberapa murid gagal menyelesaikan masalah yang ditunjukkan oleh guru pada slide. Terdapat kekeliruan penambahan titik perpuluhan pada nombor bulat serta bilangan nombor sifar yang perlu ditambahkan pada akhiran nombor bulat.

Perasaan sedih dan kecewa terdetik di hati atas kegagalan ini, kerana guru telah berusaha semampu yang boleh untuk memudahkan pemahaman murid. Guru

berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Oleh itu, satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Guru perlu membuat sesuatu pembaharuan untuk mengubah tanggapan negatif murid terhadap mata pelajaran matematik. Satu Kaedah Permainan akan diaplikasikan untuk menarik minat murid dan mengelakkan murid hilang fokus semasa P&P dijalankan. Pendekatan Lakonan Jual Beli akan dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun 4 menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan.

ISU KEPERIHATIAN Nombor perpuluhan kerap kali muncul di soalan yang melibatkan nilai wang, panjang, kuatiti cecair, kuantiiti berat dan sebagainya. Operasi menambah pula adalah operasi asas bagi mata pelajaran Matematik, jika pelajar tidak dapat menguasai kemahiran ini dengan baik, bagaimana mereka dapat menyelesaikan soalan Matematik yang melibatkan operasi menolak, mendarab dan membahagi. Namun realitinya, masih terdapat murid yang gagal mengenal tempat yang perlu menambahkan titik perpuluhan dan bilangan nombor sifar yang perlu ditambahkan, apabila bertemu dengan soalan yang terdapat nombor bulat bersama dengan nombur perpuluhan. Kesannya mereka tidak dapat menyelesaikan masalah dalam bentuk lazim sedemikian, seterusnya memberikan jawapan yang salah. Oleh itu, konsep nombor perpuluhan ini amat perlu menilai serta membimbing murid memahami dan menjawab soalan yang bersituasi sedemikian. Guru juga berpendapat bahawa masalah ini amatlah perlu ditangani segera sebelum murid melangkah atau melanjutkan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Meningkat kemahiran menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. Objektif Khusus Murid dapat mengenalpasti tempat titik perpuluhan yang sepatutnya letakkan. Murid boleh menambah bilangan nombor sifar yang betul di akhiran titik perpuluhan. Murid boleh menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor perpuluhan dalam bentuk lazim dengan cara yang betul. Guru boleh melihat perubahan pencapaian pelajar sebelum dan selepas Kajian Tindakan ini dilaksanakan melalui Pra Ujian dan Pos Ujian.

SOALAN KAJIAN Pra Ujian a) 0.05 + 0.62 =

b) 0.46 + 0.27 =

c) 7 + 0.73 + 2.64 =

d) 0.08 + 0.33 + 1.04 + 2.16 =

e) 5.42 + 1 + 3.87 =

f) 9 + 6.11 + 3 + 0.85 =

Pos Ujian a) 0.05 + 0.62 =

b) 0.46 + 0.27 =

c) 7 + 0.73 + 2.64 =

d) 0.08 + 0.33 + 1.04 + 2.16 =

e) 5.42 + 1 + 3.87 =

f) 9 + 6.11 + 3 + 0.85 =

KUMPULAN SASARAN Responden atau kumpulan kajian adalah terdiri daripada murid Tahun 4 SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan sesi 2012, dan seorang guru sebagai pengkaji. Kumpulan ini terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan, di mana 11 orang daripadanya adalah berbangsa Cina, 6 orang berbangsa Melayu dan 4 orang berbangsa India (Rujuk Lampiran 1). MERANCANG TINDAKAN Pemerhatian dibuat semasa aktiviti P&P Makropengajaran berlangsung, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan (kad White Board) dan latihan bertulis (Pra Ujian). Di samping itu, pemerhatian dibuat juga untuk menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan, seperti sepanjang proses P&P, tindakbalas terhadap penyoalan (kad White Board) serta latihan bertulis (Pra Ujian). Temu bual digunakan untuk mengumpul data, dan kaedah ini digunakan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Melalui temu bual, saya dapat mengenalpasti punca sebenar masalah murid dalam menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan, serta penyertaan murid dalam aktiviti P&P tersebut kurang memuaskan.

Hasilan soal selidik dapat membantu guru mengutip maklumat atau data untuk meninjau masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kumpulan sasaran, dan menentukan sama ada kaedah Kajian Tindakan yang dijalankan sesuai dengan keupayaan murid atau tidak. Di samping itu, guru dapat merancang P&P yang paling releven dalam meningkatkan pencapaian murid berdasarkan data yang

dikumpulkan. Latihan bertulis dalam buku latihan dijadikan Pra Ujian untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman murid dalam menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan. Pada peringkat awal, saya telah menyediakan 6 soalan untuk menguji tahap pencapaian murid. Selepas bimbingan dijalankan, saya juga sediakan bilangan soalan yang sama dalam menguji keberkesanan Tindakan Kajian saya. Hasilan daripada pengumpulan data di atas, didapati masih terdapat murid yang tidak dapat menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan baik. Maka, saya akan menerapkan unsur main peranan dan belajar sambil bermain dalam aktiviti P&P saya agar menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif. Dengan itu, guru juga dapat menjadikan aktiviti P&P lebih aktif dan menarik. MENJALANKAN TINDAKAN Tindakan yang diambil untuk menangani masalah murid keliru dan tidak mahir meletakkan titik perpuluhan dan penambahan bilangan nombor sifar di tempat nombor, serta mengatasi masalah murid cepat rasa bosan atau putus asa, maka guru menggunakan satu Kaedah Permainan iaitu Lakonan Jual Beli.

Sebelum mengaplikasi kaedah tersebut, terlebih dahulu guru perlu menyediakan barangan berikut: a) b) c) Meja kecil (5 buah) Pelbagai barangan yang siap dilekatkan harga Wang permainan (wang kertas dan syiling)

Di bawah adalah langkkah-langkah Lakonan Jual Belidijalankan.

Langkah 1 :

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan, salah satu kumpulan akan main

peranansebagai peniaga, dan setiap peniaga mempunyai gerai dan barangan jualannya sendiri. Ahli kumpulan yang selainnya adalah pelanggan, dan mereka akan dibekalkan wang permainan. Langkah 2 : Semua pelanggan bertindak berpasangan ke gerai yang dikehendaki

untuk membeli 2-3 barangan yang ditugaskan oleh guru. Langkah 3 : Pelanggan diminta memberi jumlah nilai wang yang mencukupi kepada

peniaga, manakala peniaga perlu memastikan wang yang diberi oleh pelanggan adalah betul. Langkah 4 : Guru membimbing pelanggan atau peniaga untuk mengira jumlah harga

barangan yang dibeli atau dijual.

Setelah Lakonan Jual Beli, bagi membuat penilaian akhir, satu Pos Ujian dijalankan.

MEMANTAU DAN MENILAI TINDAKAN Saya berasa bersyukur kerana Kajian Tindakan ini berjaya dilaksanakan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Dan berdasarkan perbandingan keputusan Pra Ujian dengan Pos Ujian (Rujuk Lampiran 2), didapati terdapat peningkatan kemahiran murid menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. Saya berasa puas hati terdapat perubahan dalam kalangan murid sasaran ini, bukan sahaja mencapai peningkatan dalam penguasaan asas Matematik, malahan perubahan dari segi tingkah laku murid berkenaan juga. Seperti yang disebut tadi, hasilan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang positif dari segi amalan P&P guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat memanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan bagi rakan setugas saya. Namun, terdapat juga kelemahan dalam kajian ini, berikut adalah kekuatan dan kelemahan kajian saya.

Kekuatan Saya amat puas hati khususnya dari segi pencapaian murid dalam ujian yang menunjukkan peningkatan yang begitu positif dan memberangsangkan. Daripada pemerhatian secara tidak formal yang dilakukan oleh guru matematik kelas lain, komenkomen yang diberikannya adalah positif dan menggalakkan. Malah, terdapat juga guru yang tertarik dengan Kajian Tindakan saya dan bercadang untuk dikongsikan bersama. Daripada pemerhatian saya sendiri, semua murid telah melebatkan diri sepanjang sesi tersebut dengan aktif. Kelemahan Walaupun secara keseluruhannya, analisis telah menunjukkan hasilan yang baik, namun saya masih tidak puas hati, kerana masih ada murid yang tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul. Masih ada murid melakukan kecuaian, justeru saya perlu memikirkan satu cara untuk mengatasi masalah kecuaian murid tersebut.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam P&P guru. Maka, kajian terhadap pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam proses P&P amat diperlukan. Saya percaya, penerapan pelbagai kaedah intervensi mampu menarik minat murid tidak kira untuk apa jua mata pelajaran sekalipun. Pengalaman kali ini akan membantu saya dalam meminimumkan lagi kelemahan yang wujud semasa kajian akan datang untuk sampel yang lebih besar.

Jom tambah sayangku http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PRA/3.%20Amanda.pdf

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 DENGAN SEGI TIGA PASCALmore by Nurul Saadah Abu Bakar

https://www.academia.edu/2391635/MENINGKATKAN_PENGUASAAN_KEMAHIRAN_ ASAS_OPERASI_TAMBAH_DALAM_LINGKUNGAN_10_DENGAN_SEGI_TIGA_PAS CAL

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PEM/7%20philomina%20 naomi.pdf PENGGUNAAN KAEDAH SIDE-COUNTING BAGI MEMBANTU MURID PEMULIHAN TAHUN 3 MENGUASAI KEMAHIRAN MENAMBAH MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

Penggunaan kaedah ten frame http://pusatsumberipgkrm.site88.net/web_documents/penggunaan_kaedah_ten_frame_ bagi_meningkatkan_penguasaan_kemahiran_operasi_tambah_lingkungan_kurang_20. pdf

http://www.scribd.com/doc/178077710/ARTIKEL-KAJIAN-TINDAKAN-BOKIYAMENINGKATKAN-KEMAHIRAN-OPERASI-TAMBAH-LINGKUNGAN-10-DALAMKALANGAN-MURID-PEMULIHAN#download

http://kanniammalgapaloo.blogspot.com/2013/09/strategikhas-untuk-mengatasi-masalah.html STRATEGI KHAS UNTUK MENGATASI MASALAH OPERASI MT

5.0: CARA GURU PEMULIHAN DAPAT MENGGUNAKAN STRATEGI KHAS UNTUK MEMBANTU MASALAH MURID PEMULIHAN DALAM OPERASI MATEMATIK.

5.1: PENDEKATAN BERPUSATKAN MURID Dalam pendekatan ini, murid diberi peluang untuk memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberi peluang untuk berbincang, menyoal rakan dan berinteraksi secara terkawal. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang dapat merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif disamping memberi galakkan kepada murid untuk menyuarakan pendapat (Modul OUM HBSL2203, 2009 -http://www.scribd.com/doc/55984767/modul-keadah-pemulihan-matematiktopik-3).

Salah satu kaedah dalam pendekatan pembelajaran berpusatkan murid ialah pembelajaran secara berkumpulan. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana murid berpeluang berinterksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Dalam kaedah ini, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Ini membolehkan guru membimbing murid-murid mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.

Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan pembelajaran berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan kepada murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran matematik. Menurut DAgustine-1973 (http://www.scribd.com/doc/55984767/modul-keadah-pemulihan-matematik-topik-3), permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat murid terhadap matematik (http://mujahid.tripod.com). Ianya dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah matematik.

Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan seharian. Dengan permainan atau rekreasi matematik, minat murid boleh dipupuk. Secara lazimnya, tumpuan murid akan lebih jika mereka melibatkan diri dalam permainan. Semasa bermain murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnya mengetahui serta memperoleh ilmu baru dalam matematik. Matematik berbentuk rekreasi secara lazimnya akan membantu guru memberi pendedahan konsep yang mudah diingati oleh murid. 5.2: STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH Dalam penyelesaian masalah matematik, satu atau lebih strategi dapat digunakan untuk memperoleh penyelesaiannya. Terdapat beberapa strategi penyelesaian masalah yang boleh dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk mengatasi masalah murid pemulihan dalam mata pelajaran Matematik. Antaranya ialah, permudahkan masalah. Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks. Permudahkan masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita yang memperolehi jawapan.

Seterusnya, guru boleh melukis gambar rajah. Dengan melukis gambar rajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara tersusun. Tambahan pula, memodelkan / menjalankan simulasi / melakonkan juga merupakan salah satu strategi yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah murid pemulihan. Guru boleh memodelkan atau menjalankan simulasi adalah strategi yang paling berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati dengan jelas. Dengan menggunakan model konkrit, ianya mempermudahkan penyelesaian masalah tersebut.

Di samping itu, guru boleh menjalankan strategi mengenal pasti pola.Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh wujud dalam bentuk gambar atau nombor. Guru boleh menyenaraikan / menjadualkan secara sistematik tentang masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan dalam mata pelajaran Matematilk. Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah. Seterusnya, strategi cuba jaya ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian. Strategi pembailkan (reverse) boleh dilaksanakan oleh guru pemulihan. Pembalikan antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah sequence, pola, persamaan dan lain-lain. Tambahan

pula, menaakul secara mantik merupakan salah satu strategi bagi menyelesaikan masalah. Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. Sebahagian daripada masalah itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian masalah tersebut.

5.3: PENEROKAAN (EXPLORATION) Guru memainkan peranan penting dalam memperkembangkan dispositioon penyelesaian masalah murid. Mereka hendaklah memilih masalah yang boleh melibatkan murid. Guru perlu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan murid untuk meneroka, mengambil risiko, berkongsi kejayaan dan kegagalan dan perbincangan. Dalam persekitaran itu, murid membentuk keyakinan bahawa mereka perlu bagi meneroka masalah dan keupayaan untuk membuat penyesuaian terhadap strategi penyelesaian masalah. Murid yang kurang aktif juga mempunyai peluang untuk membentuk keupayaan dan meningkatkan keyakinan mereka menggunakan bahan manipulatif melalui kaedah penerokoaan ini. terdapat empat langkah pelaksanaan dalam kaedah penerokaan: Penerokaan Bagi langkah penerokaan ini, murid hendaklah digalakkan untuk membaca masalah dengan teliti dan menentukan maklumat jenis apa yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ia juga memerlukan murid untuk mengenal pasti sama ada maklumat relevan atau tidak bagi penyelesaian masalah.

Perancangan Dalam langkah perancangan, murid hendaklah membina strategi bagi mencari penyelesaian kepada masalah. Ini mungkin memerlukan beberapa kaedah pengiraan atau membentuk persamaan. Murid juga hendaklah digalakkan untuk satu andaian atau jangkaan bagi penyelesaiannya. jangkaan ini boleh membantu sama ada jawapan akhir yang dihasilakn bertepatan.

Penyelesaian Selesaikan masalah dengan melaksanakan perancangan. Murid akan melaksanakan pengiraan matematik yang perlu bagi menentukan jawapan. Lazimnya, jawapan mungkin tidak diterima pada percubaan pertama. Oleh itu, murid perlu sedar mereka mungkin membuat pengiran beberapa kali bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Malahan murid mungkin mendapati kaedah pengiraan tersebut tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan kaedah alternatif perlu dipilih.

Pemeriksaan Akhirnya periksa jawapan murid dengan teliti dan pastikan ia relevan dengan fakta terdapat dalam permasalahan yang diberi. Murid hendaklah merujuk semula jawapan ramalan yang dibentuk dalam langkah perancangan sama ada ianya menepati pengiraan sebenar yang dibuat. Justru, murid hendaklah membaca masalah berulang kali bagi memastikan ianya diintepretasi dengan tepat. Jika jawapan tidak menepati masalah yang diberi, murid hendaklah mengulang semula langkah perancangan dan penyelesaian masalah.

Melalui pendekatan ini, guru memberi murid masalah matematik berdasarkan konteks persekitaran dan membenarlkan murid membina strategi mereka sendiri bagi menyelesaiakan masalah men ggunakan sumber yang sedia ada. Mereka boleh menggunakan gambar, perwakilan simbolik atau secara fizikal. Di samping itu mereka digalakkan meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Sepanjang pelaksanaan projek, murid mencipta kaedah sendiri dan berkongsi dengan rakan sekelas. Proses untuk mendapatkan jawapan adalah lebih penting berbanding jawapan itu sendiri (Bruning et.al, 1999).

5.4: MODEL POLYA Menurut Noor Shah Saad -2005: 182 ( Pendidikan Disleksia), Model Polya merupakan model penyelesaian masalah matematik yang dibina oleh George Polya. Beliau telah memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunyaHow to Solve It yang memberikan tumpuan kepada teknik penyelesaian masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik yang mungkin. Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah; merancang strategi penyelesaian; melaksanakan strategi penyelesaian; dan menyemak semula penyelesaian. Oleh yang demikian, guru boleh melaksanakan kaedah ini dalam kalangan murid pemulihan untuk menyelesaikan masalah murid pemulihan dalam mata pelajaran Matematik.

Memahami dan mentafsir sesuatu masalah. Pada peringkat ini, murid dibimbing untuk terlibat secara aktif berkaitan aktiviti - aktiviti yang tertentu. Antaranya ialah, fokus kepada bahagian yang penting; mengenal pasti kata kunci; menerangkan masalah dengan perkataan sendiri; mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gambar rajah;

mengemukakan beberapa soalan; dan memahami item-item yang dikenal pasti dan item yang hendak dicari atau jawab.

Selain itu,fasa kedua dalam model ini ialah merancang strategi penyelesaian. Setelah murid memahami soalan,guru membimbing murid untuk merancang strategi penyelesaian yang sesuai dengan permasalahan yang diberi. Antara strategi penyelesaian mengikut Polya ialah membuat simulasi; melukis gambar rajah; membuat carta; mengenal pasti pola; dan cuba jaya.Pemberian pelbagai bentuk masalahj matematik kepada murid akan membentuk keyakinan mereka dalam pengendalian masalah-masalah tersebut. Dalam merancang strategi, guru perlu juga mempertimbangkan beberapa heuristik/strategi/ algoritma dan membandingkan masalah yang hendak diselesaikan dengan masalah yang hampir sama.

Seterusnya, pelaksanaan strategi untuk menyelesaikan masalah boleh dilakukan berdasarkan perancangan strategi penyelesaian masalah tadi. Dalam hal ini, murid hendaklah menghuraikan langkah-langkah penyelesaiannya secara bersistematik untuk mendapat jawapan yang betul, iaitu dengan cara menterjemahkan maklumat yang diberi ke dalam bentuk matematik; menggunakan strategi yang dirancang; menjalankan semua proses dan pengiraan yang terlibat; dan menyemak setiap langkah strategi yang digunakan.

Langkah yang terakhir ialah murid boleh menyemak semula penyelesaian masalah untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak.Di samping itu, murid boleh menyemak dengan mencari kaedah yang lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama. Kaedah songsangan juga boleh digunakan. Umpamanya , jawapan daripada operasi tambah boleh disemak dengan operasi tolak. Semasa menyemak semula, beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya cara penyelesaian masalah yang dilaksanakan oleh murid adalah logik walaupun strategi yang digunakan berbeza-beza. Yang berikut adalah perkara-perkara yang perlu perhatian semasa penyemakan , iaitu: semak semua maklumat penting yang telah dikenal pasti; semak pengiraan; pertimbangkan penyelesaian yang logik; lihat penyelesaian yang lain; dan baca semula soalan dan tanya diri sendiri sama ada kita benar-benar telah menjawab soalan.

5.5: KAEDAH NEWMAN Kaedah Newman Error Analysis juga boleh dimanfaatkan untuk mengenal pasti punca kesilapan dan kesalahan murid-murid khususnya dalam penyelesaian masalah (Newman; 1977- Pendidikan Disleksia). Ujian rujuan kriteria hendaklah diberi keutamaan dan dilakukan secara formatif. Kaedah Newman digunakan untuk mengenal pasti punca kesilapan dan

kesalahan murid-murid pemulihan dalam penyelesaian masalah. Tambahan pula, kaedah Newman dikenali sebagai prosedur asas diagnostik. Guru pemulihan boleh membantu murid berdasarkan tahap penguasaan mereka dalam 5 fasa Newman Error Analysis.

Fasa pertama ialah pembacaan. Kebolehan membaca semua soalan kepada diri sendiri dengan senyap dan meminta bantuan guru jika terdapat perkataan yang tidak difahami. Seterusnya, fasa keduanya ialah pemahaman. Pemahaman merujuk kepada kebolehan memberitahu guru mengenao kehendak soalan. Tambahan pula, transformasi merupakan kebolehan untuk mendapatkan jawapan. Fasa keempat ialah kemahiran proses iaitu keupayaan menyelesaikan masalah tersebut dan kemudiannya memberitahu guru apa yang dia (murid) fikirkan. Akhirnya, pengenkodan iaitu kebolehan menulis jawapan dengan betul. 5.6: KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERY
Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Dalam kaedah ini hasil pembelajaran perlu ditentukan dan mengikut hierarki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlulah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.

Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid yang berjaya menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah mempelajari unit pembelajaran baru. Bagi murid yang gagal menguasai aras masteri akan diberi pemulihan dan yang berjaya akan melakukan aktiviti pengayaan. Penggunaan kaedah ini di dalam perancangan pengajaran perlu mengetahui prinsipprinsip pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh mempelajari apa yang diajar oleh guru. Pembelajaran perlulah dipecahkan kepada unit kecil supaya mudah dikuasai. Di samping itu murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Arahan guru juga perlu jelas bagi setiap unit pembelajaran.

5.7: DIRECT LEARNING


Menurut Ewell -1997 (http://www.scribd.com/doc/55984767/modul-keadah-pemulihanmatematik-topik-3) direct learning merujuk kepada pembinaan peluang bagi penglibatan aktif dalam persekitaran pembelajaran yang boleh membentuk pemahaman individu. Apabila murid mempunyai sedikit pengetahuan tengang sesuatu topik, direct learning amat diperlukan bagi mendapatkan pemahaman, mencipta, mengubah atau mencorak semula model mental. Direct learning terbahagi kepada tiga kategori. Antaranya ialah strategi ingatan (strategi untuk menyimpan dan menerima bahasa yang disasarkan); strategi kognitif (strategi bagi penggunaan bahasa dan bagaimana untuk

memahaminya); dan strategi Imbuhan (compensation)-(strategi bagi penggunaan bahasa akibat ruang lompang dalam pengetahuan).

5.8: DIRECT INSTRUCTION


Berasaskan teori pengajaran Zig Engelmann. Direct Instruction adalah strategi mengajar yang paling popular untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah pengajaran guru diikuti struktur dan langkah spesifik yang digunakan menggalakkan pembelajaran. Terdapat beberapa prinsip direct instruction. Antaranya ialah: Pengenalan/Semakan Topik atau maklumat yang akan dipelajari disampaikan kepada muid pada peringkat permulaan Perkembangan Guru memberi penjelasan, memberi contoh dan model yang tepat apa yang akan dipelajari sambil memantau pemahaman murid melalui teknik penyoalan. Latihan berpandu Peluang diberi kepada murid untuk membuat latihan apa yang sepatutnya dipelajari sementara guru memantau aktiviti atau tugasan yang diberikan. Penutup Guru menutup pengajaran dengan isi kandungan pelajaran yang telah dipelajari. Latihan bebas Tugasan diberi untuk mengukuh pembelajaran tanpa bantuan guru. Penilaian Maklum balas daripada hasil kerja murid (Magliaro, Lockee, & Burton, 2005).

5.9:PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBALAJARAN MATEMATIK MENGGUNAKAN BAHASA MURID Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), terdapat empat langkah dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan bahasa murid bagi membantu murid menguasai konsep asas matematik. Pendekatan bahasa murid dibahagikan kepada empat langkah. Langkah pertama ialaha bahasa murid. Bahasa murid ialah bahasa seharian yang biasa digunakan oleh setipa murid untuk menerangkan sesuatu yang mereka lihat dalam cerita atau situasi yang kita berikan.Situasi yang dibina dapat

merangsang murid bercakap dalam bahasa mereka sendiri. Galakkan mereka bercakap dan mereka-reka cerita berdasarkan situasi.

Langkah kedua pula,bahasa bahan. Pada peringkat ini, bahasa dan istilah yang digunakan adalah berkisar di sekitar situasi, cerita yang diberikan oleh guru matematik. Di sinilah sepatutnya konsep matematik dimulakan. Konsep tolak dalam matematik umpamanya dikenalkan sebagai....kurangkan, asingkan, jatuhkan, hilang, sudah dimakan, pecah, terbang dan sebagainya. Selain itu, galakkan mereka menggunakan bahan manipulatif untuk mewakilkan aksi, situasi, dan keadaan bahan dalam cerita mereka. Gunakan teknik menyoal yang baik untuk merangsang mereka kea rah konsep matematik yang ditetapkan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sifat semula jadi seorang kanak-kanak yang suka bertanding, mereka akan berebut-rebut untuk bercerita berdasarkan pengalaman masingmasing.

Langkah ketiga ialah bahasa matematik. Selepas murid mengambil bahagian dengan aktif dalam perbincangan menggunakan bahasa murid, guru bolehlah membimbing murid menggunakan istilah atau bahasa matematik yang betul. Umpamanya, jumlah katak kelabu dengan katak hijau itu boleh dikatakan sebagai : Tiga katak hijau tambah dengan empat katak kelabu bersamaan dengan tujuh Begitu juga jika mencari perbezaan. Jumlah katak ialh tujuh dan tiga berwarna hijau dikatakan sebagai tujuh tolak tiga berbaki empat. Pada peringkat ini, guru dengan murid masih lagi secara lisan dan memanipulasi bahan konkrit yang ada bersama-sama mereka.

Langkah terakhir pula, simbol (perwakilan). Guru menggunakan perwakilan berbentuk bahan manipulative untuk mewakilkan situasi seperti di atas. Setelah melalui empat langkah tersebut, diharapkan murid dapat menguasai sesuatu konsep matematik berdasarkan kemahiran mereka sendiri. Membina kefahaman melalui perbincangan yang dibimbing oleh guru secara terancang dan mengamalkan prinsip pembelajaran matematik yang bermakna, berguna, seronok, dan mencabar dapat membantu murid menguasai konsep matematik yang betul.

Anda mungkin juga menyukai