Anda di halaman 1dari 3

Definisi & konsep

Kerja lapangan adalah merupakan satu kaedah dimana aktivitinya


dilakukan di luar bilik darjah seperti di taman botani, rimba rekreasi,
stesen kaji cuaca, zoo dan tempat-tempat lain yang sesuai.
Kaedah ini menarik minat murid dan memberikan mereka peluang untuk
mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab
dan berdisiplin.
Kaedah ini memberikan pengalaman hands-on dan minds-on kepada
murid dan ianya adalah sesuai digunakan untuk mengajar topik-topik yang
berkaitan dengan alam haiwan, tumbuhan dan persekitaran.
Pengalaman pertama tentang persekitaran melalui kerja amali yang
didorong oleh perasaan ingin tahu dan penemuan Acher, J.E dan Dalton,
T.H (1970:11).


Kerja lapangan menyediakan peluang yang baik untuk menunjukkan
proses-proses fizikal; mendorong penjelasan sebab dan akibat;
merangsang pelajar untuk melawat atau mengembara dan melihat
Jones,P.Alun (1968).
Kerja lapangan meningkatkan minat pelajar dalam geografi kerana
pelajar terpaksa mencari fakta-fakta untuk mereka sendiri.
Kerja lapangan memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi
peserta yang aktif dalam memperoleh pengetahuan.
Kerja lapangan meningkatkan perasaan ingin tahu pelajar.
Kerja lapangan memantapkan asas pembelajaran yang diajarkan
secara teori di dalam bilik darjah/kuliah.
Kerja lapangan mendekatkan lagi pelajar kepada fenomena fizikal
tempatan dan menimbulkan kesedaran kepada mereka tentang
bagaimana fenomena fizikal tersebut mempengaruhi aktiviti serta
tindakan manusia di tempat tersebut.


Kerja lapangan memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar
apabila mereka didedahkan kepada kerja-kerja yang memerlukan
kerjasama setiap peserta untuk menjayakannya.
Kerja lapangan mengajar pelajar kemahiran melakukan pengukuran
(kumpul data) di lapangan, menganalisis data dan sebagainya.
Pelajar dapat mempersembah hasil mereka dalam bentuk jadual, peta
dan gambar rajah, membuat interprestasi, mensintesis, dan merumus
dalam bentuk penulisan yang teratur.

Anda mungkin juga menyukai