Anda di halaman 1dari 17

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah

_______________________________________________________________________________

62

UNIT 5

MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini anda akan dapat:

1. menerangkan asas-asas penentuan mata pelajaran.
2. memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang
terdapat dalam KBSR.
3. memberi penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang
terdapat dalam KBSR.
4. membuat perbandingan antara mata pelajaran dalam KBSR dengan mata
pelajaran dalam KSSR.


PETA KONSEP TAJUK



















Mata Pelajaran Sekolah
Rendah
Mata Pelajaran
KBSR
Mata Pelajaran
KSSR
Tambahan
Teras
Wajib
Tahap 1 Tahap 2
Modul
Elektif
Modul Teras
Asas
Modul Teras
Tema
Elektif
Teras
Asas Penentuan
Mata Pelajaran
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

63

PENGENALAN

Di negara ini, penawaran mata pelajaran di sekolah-sekolah rendah adalah secara
berpusat dan standard di seluruh negara. Matlamat umum pendidikan sama ada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dalam
segenap bidang. Sehubungan itu, untuk membimbing murid-murid bagi mencapai
matlamat pendidikan KBSR atau KSSR itu, maka mata pelajaran mengikut bidang
disusun dan diajarkan kepada murid-murid. Para guru wajar mempunyai pemahaman
yang mendalam tentang mata pelajaran yang diajar di sekolah. Guru juga perlu
menyedari kepentingannya serta perkaitannya antara satu dengan lain. Terdapat lebih
sepuluh mata pelajaran yang diajar di peringkat sekolah rendah di negara ini. Walaupun
dari segi pelaksannaannya mata pelajaran itu diajar secara terpisah-pisah, namun pada
prinsipnya setiap mata pelajaran itu merupakan entiti yang saling lengkap-melengkapi ke
arah pembentukan pelajar yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan kehendak FPK.


ISI KANDUNGAN

Apakah yang menjadi asas dalam sesuatu mata
pelajaran?

Secara umumnya, penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada reka bentuk
kurikulum yang ditetapkan. Reka Bentuk sesuatu kurikulum pula bergantung kepada
banyak faktor yang menjadi asasnya seperti falsafah pendidikan, politik sesebuah
negara, sejarah, keadaan sosial serta budaya, aliran semasa dan banyak lagi.
Umpamanya dalam era globalisasi, kurikulum yang dibentuk bersifat ke arah
menyediakan global education expertise selain insan ulul al-bab. Dalam konteks
Malaysia, secara khususnya mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah
kearah mencapai matlamat KBSR atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang
terkandung dalam FPK.

Selain itu, kandungan serta kaedah penyampaian sesuatu mata pelajaran adalah
berasaskan kepada senario yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan
kemajuan ekonomi, sosial, politik dan teknologi masa kini dan akan datang. Mengikut
UNESCO, penentuan sesuatu mata pelajaran berasaskan empat tonggak utama iaitu:

belajar untuk mengetahui (learning to know)
belajar untuk bertindak (learning to do)
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be)
belajar untuk hidup bersama (learning to live together)

Sesuatu mata pelajaran yang ditetapkan juga perlu dapat memberi peluang bagi mengisi
dua keperluan utama iaitu keperluan individu (dimensi intrinsik) dan keperluan sosial
(dimensi instrumental) yang selaras dengan konsep al-ulum insaniah dan al-ulum
kauniyah.


KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

64

Apakah mata pelajaran dalam KBSR?

Mata pelajaran dalam KBSR secara umumnya dapat dikategorikan kepada tiga kategori
utama seperti berikut:

Mata Pelajaran Teras
Mata Pelajaran Wajib
Mata Pelajaran Tambahan



Apakah Mata Pelajaran Teras?

Dalam sistem pendidikan kebangsaan, mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang
menjadi asas utama pendidikan murid-murid di semua sekolah. Mata pelajaran teras
mesti dipelajari oleh semua murid di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Murid-murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang terkandung dalam
mata pelajaran ini. Sehubungan itu mata pelajaran teras seperti mata pelajaran bahasa,
Matematik dan Sains diberi peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih
bagi membolehkan murid-murid betul-betul dapat menguasainya. Berikut ialah mata
pelajaran teras dalam KBSR:

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina (di SJKC)
Bahasa Tamil (di SJKT)
Matematik
Sains
Kajian Tempatan
Pendidikan Islam (Murid-murid Islam )
Pendidikan Moral (Murid-murid bukan Islam )



Apakah Mata Pelajaran Wajib?

Mata pelajaran wajib ialah kategori mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua
murid. Pembelajaran mata pelajaran wajib adalah bagi membantu perkembangan yang
berterusan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang ada pada murid-murid
selaras dengan kehendak FPK. Berikut ialah mata pelajaran wajib dalam KBSR:

Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Kemahiran Hidup
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik





KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

65

Apakah Mata Pelajaran Tambahan?

Mata pelajaran dalam kategori ini adalah sebagai tambahan kepada mata pelajaran
teras dan mata pelajaran wajib. Mata pelajaran ini diajar kepada murid-muriod yang
berminat untuk mempelajarinya. Berikut ialah contoh mata pelajaran tambahan yang
diajar dalam KBSR:

Bahasa Cina (di SK dan SJKT)
Bahasa Tamil (di SK dan SJKC)
Bahasa Arab ( Komunikasi )
Bahasa-bahasa suku kaum seperti bahasa Kadazan, bahasa Semai dan
sebagainya


Apakah mata pelajaran mengikut bidang dan
komponen dalam KBSR?

Mata pelajaran di sekolah rendah juga boleh dikategorikan mengikut bidang dan
komponen. Terdapat tiga bidang mata pelajaran dalam KBSR iaitu:

Komunikasi
Manusia Dan Alam Kelilingnya
Perkembangan Diri Individu

Daripada penyusunan mengikut bidang-bidang, mata pelajaran disusun pula mengikut
komponen bidang. Terdapat lima komponen bidang mata pelajaran dalam KBSR iaitu:

Kemahiran Asas
Kerohanian, Nilai dan Sikap
Manusia dengan Persekitaran
Kemahiran Hidup
Kesenian dan Rekreasi


Secara ringkasnya agihan bidang, komponen serta mata pelajaran yang berkaitan ialah
seperti Jadual 5.1















KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

66


Jadual 5.1
Mata Pelajaran KBSR Mengikut Bidang Dan Komponen

Bidang Komponen
Mata Pelajaran
Tahap 1 Tahap 2
KOMUNIKASI
Kemahiran
Asas
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu*
Bahasa Inggeris
Matematik
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu*
Bahasa Inggeris
Matematik
MANUSIA DAN
ALAM KELILING
NYA
Kerohanian
Nilai Dan
Sikap
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Sivik dan
Kewarganegaraan
Manusia
Dengan
Persekitaran
Sains Sains
Kajian Tempatan
PERKEMBANGAN
DIRI INDIVIDU
Kemahiran
Hidup
Kemahiran Hidup
Kesenian
Dan
Rekreasi
Pendidikan Seni
Visual
Pendidikan Muzik
Pendidikan
Jasmani Dan
Pendidikan
Kesihatan
Pendidikan Seni
Visual
Pendidikan Muzik
Pendidikan Jasmani
Dan Pendidikan
Kesihatan
Kokurikulum
Perhimpunan
Kokurikulum
Perhimpunan
* untuk SJKC dan SJKT













KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

67




AKTIVITI 5.1

Senaraikan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi Tahap 1 dan Tahap 2
dalam KBSR.


Mata Pelajaran KBSR
Mata Pelajaran Teras
Tahap 1 Tahap 2

Mata Pelajaran Wajib
Tahap 1 Tahap 2

Mata Pelajaran Tambahan
Tahap 1 Tahap 2


KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

68





























AKTIVITI 5.2

Huraikan bagaimana mata pelajaran dalam KBSR diorganisasikan bagi
memberi peluang pembelajaran murid-murid supaya dapat berlaku
perkembangan secara harmonis, seimbang dan menyeluruh selaras dengan
kehendak FPK.

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________


KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

69

Memperkasa Sekolah Kebangsaan adalah salah satu teras strategik Plan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP). Salah satu langkah yang diambil untuk memperkasa
Sekolah Kebangsaan, ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Cina
Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan selaras dengan
keputusan Mesyuarat Kabinet pada 27 April 2005. Pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan dan Bahasa Tamil
Sekolah Kebangsaan ialah mulai tahun 2007 untuk murid Tahun 1, selaras dengan surat
pekeliling ikhtisas KP(BS/PSR) 8502/15/006/Jld.II(32) bertarikh 9 Disember 2005.
Kedua-dua mata pelajaran tersebut mengambil alih mata pelajaran bahasa tambahan
iaitu Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi yang diperkenalkan mulai
tahun 2003 kepada murid Tahun I di Sekolah Kebangsaan melalui surat pekeliling
ikhtisas KP(BS)8591/Jld.XVIII(8) bertarikh 1 Oktober 2002.

Pelaksanaan j-QAF adalah juga untuk memperkasa Sekolah Kebangsaan. Pelaksanaan
j-QAF bermula pada tahun 2005 mengikut pekeliling KB(BS)8591/Jld.XVII(13) bertarikh
30 Disember 2004. Sebelum ini pembelajaran tulisan Jawi adalah untuk Tahun 1 sahaja
iaitu bagi tempoh enam bulan pertama persekolahan di Tahun 1. Dalam pelaksanaan j-
QAF, guru perlu memberi tumpuan khusus kepada penguasaan kemahiran menulis Jawi
dan membaca Al-Quran. Peruntukan waktu dalam seminggu bagi tujuan ini adalah, Al-
Quran 90 minit; Jawi 60 minit dan asas Ulum Syari'iyah 30 minit. Pelaksanaan j-QAF
menyumbang kepada usaha memperkasa Sekolah Kebangsaan; iaitu dengan adanya j-
QAF di Sekolah Kebangsaan maka ibu bapa Islam tidak perlu sangsi lagi dengan kualiti
pendidikan yang diperolehi oleh anak-anak; kerana terdapat segelintir ibu bapa Islam
yang merasa aspek-aspek tertentu seperti jawi, Al-Quran, fardhu ain dan bahasa Arab
tidak diberi penegasan di Sekolah Kebangsaan sehingga mereka lebih gemar memilih
untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau sekolah
agama yang lain.



Apakah mata pelajaran dalam KSSR?

Terdapat sedikit perbezaan dari segi mata pelajaran dalam KSSR mengikut tahap
walaupun pada asasnya adalah sama.


Mata pelajaran Tahap 1 KSSR
Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga kelompok utama
mengikut modul iaitu:

Modul Teras Asas
Modul Teras Tema
Modul Elektif

Jadual 5.2 menunjukkan mata pelajaran KSSR Tahap 1 yang dikelompokkan mengikut
modul-modul.





KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

70

Jadual 5.2
Mata Pelajaran KSSR Tahap 1 Mengikut Modul

Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Matematik
Seni Visual dan Muzik
Dunia Sains dan
Teknologi
Malaysia Negaraku
Bahasa Arab
Bahasa Cina (BCSK)
Bahasa Tamil (BTSK)
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun


Dalam Modul Teras Asas, Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid yang beragama
Islam dan Pendidikan Moral dipelajari oleh murid yang bukan beragama Islam. Dalam
Modul Teras Tema beberapa disiplin ilmu digabungkan ke dalam tema Seni Visual dan
Muzik; tema Dunia Sains dan Teknologi; dan tema Malaysia Negaraku. Modul elektif
pula memberi peluang kepada murid untuk berkemahiran komunikasi dalam pelbagai
bahasa seperti bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun. Sekolah perlu
membuka kelas sekurang-kurangnya untuk satu bahasa tersebut. Walau bagaimanapun
perkara ini adalah tertakluk kepada kesediaan sekolah terutama dari segi tenaga
pengajar, kemudahan pembelajaran serta permintaan ibu bapa murid.



Mata pelajaran Tahap 2 KSSR

Mata pelajaran Tahap 2 dalam KSSR dikelompokkan kepada dua kategori utama iaitu
Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi Mata Pelajaran Teras, mata
pelajaran diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu:

Tunjang Komunikasi
Tunjang Sains & Teknologi
Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika
Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai
Tunjang Kemanusiaan

Bagi mata pelajaran teras, mata pelajaran diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu
Tunjang Komunikasi Elektif. Jadual 5.3 menunjukkan mata pelajaran KSSR Tahap 2
yang dikelompokkan mengikut kategori Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif.






KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

71

Jadual 5.3
Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif
KSSR Tahap 2 Mengikut Tunjang

Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif
1. Tunjang Komunikasi
Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina,
Bahasa Tamil






1. Tunjang Komunikasi Elektif
Bahasa Arab
Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan,
Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan,
Bahasa Iban, Bahasa
Semai
Bahasa Kadazandusun
2. Tunjang Sains & Teknologi
Matematik,
Sains,
Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
3. Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika
Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Kesihatan,
Pendidikan Muzik,
Pendidikan Seni Visual
4. Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
5. Tunjang Kemanusiaan
Sejarah











Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk
pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan
nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif,
kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan
secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid.

Bahagain Perkembangan Kurikulum, KPM (2011)
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

72























Bahasa Malaysia KSSR

Di Tahap 1, Bahasa Malaysia dalam KSSR adalah di dalam kategori Modul Teras Asas.
Matlamat mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam KSSR ialah supaya murid boleh
berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan
diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, maklumat dan idea serta membina hubungan
social dalam kehidupan harian (BPK, 2010). Di Tahap 1 pembelajaran adalah berfokus
kepada literasi berbahasa untuk menguasai kemahiran asas mendengar, bertutur,
membaca dan menulis; konsep didik hibur; pemupukan minat membaca; dan
penghayatan seni bahasa. Manakala di Tahap 2 pembelajaran adalah berfokus kepada
Pengayaan kosa kata; Peningkatan kemahiran bahasa; peningkatan penguasaan
tatabahasa; keberkesanan; berkomunikasi dalam pelbagai situasi; konsep didik hibur;
AKTIVITI 5.3

Bagaimanakah mata pelajaran dalam KBSR dan mata pelajaran KSSR dapat
anda dibandingbezakan?


KBSR KSSR
1.





2.





3.





4.





5.




KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

73

pemupukan minat membaca; dan penulisan kreatif. Dalam proses pembelajaran, murid
menggunakan lima modul berasaskan Dokumen Standard yang disediakan iaitu Modul
Mendengar dan Bertutur; Modul Membaca; Modul Menulis; Modul Seni Bahasa; dan
Modul Tatabahasa.



Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam KSSR berbanding
dalam KBSR?



Bahasa Inggeris KSSR

Di Tahap 1, Bahasa Inggeris dalam KSSR adalah di dalam kategori Modul Teras Asas.
Pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR bermatlamat untuk
membolehkan murid menguasai kemahiran asas bahasa bagi membolehkan murid
berkomunikasi secara efektif dalam pelbagai konteks mengikut tahap perkembangan
murid (BPK, 2010). Murid perlu menguasai bahasa Inggeris untuk membolehkan mereka
mengakses informasi dan pengetahuan yang kini banyak terdapat dalam bahasa
Inggeris. Fokus pembelajaran bahasa Inggeris di Tahap I adalah kepada Kemahiran
asas bahasa menggunakan strategi fonik; konsep didik hibur; dan pemupukan minat
membaca. Fokus pembelajaran bahasa Inggeris di Tahap II pula ialah kepada
penguasaan kosa kata; Peningkatan kemahiran bahasa; peningkatan penguasaan
tatabahasa; keberkesanan berkomunikasi dalam pelbagai situasi; konsep didik hibur;
pemupukan minat membaca; dan penulisan kreatif. Pembelajaran bahasa Inggeris di
Tahap 1 menggunakan empat modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur; Modul
Membaca; Modul Menulis; dan Modul Seni Bahasa. Di Tahap 2 lima modul digunakan
iaitu Modul Mendengar dan Bertutur; Modul Membaca; Modul Menulis; Modul Seni
Bahasa dan Modul Tatabahasa.



Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR berbanding
dalam KBSR?



Matematik KSSR

Pembelajaran Matematik dalam KSSR adalah untuk membina kefahaman murid tentang
konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan dan memahami idea matematik yang
mudah, serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut secara berkesan
(BPK, 2010). Melalui Matematik diharap murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam kehidupan harian mereka, bermula daripada permasalahan yang mudah
kepada permasalahan yang lebih kompleks. Di Tahap 1 pembelajaran Matematik adalah
berfokus kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi asas; serta
penguasaan numerasi. Manakala di Tahap 2 pembelajaran Materamtik adalah berfokus
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

74

kepada penguasaan kefahaman, kemahiran matematik dan aplikasi yang lebih
kompleks. Lima modul yang diguna pakai untuk pembelajaran Matematik dalam KSSR
ialah Modul Nombor dan Operasi; Modul Pengukuran; Modul Bentuk dan Ruang; Modul
Pengendalian Data; dan Modul Statistik.



Apakah kelebihan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam KSSR berbanding
dalam KBSR?



Dunia Sains dan Teknologi KSSR

Dunia Sains dan Teknologi (DST) adalah untuk Tahap 1. Matlamat pembelajaran Dunia
Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid
melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi,
kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif dan kemahiran TMK
serta memupuk nilai murni. Selain itu melalui pembelajaran DST dapat disemai minat
murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui
pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik
dan nilai murni. Pembelajaran DST oleh murid-murid di Tahap 1 juga memberi ruang
kepada mereka untuk memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran
praktis, membuat reka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi. DST
mempunyai dua dokumen standard kurikulum iaitu Dokumen Standard Kurikulum Sains
dan Dokumen Standard Kurikulum TMK. Dokumen Standard Kurikulum Sains
merangkumi elemen Sains dan Reka Bentuk Teknologi manakala Dokumen Standard
Kurikulum TMK khusus untuk elemen TMK.




Cuba anda imbau kembali iaitu di peringkat awal KBSR duhulu sains diajar
sebagai salah satu komponen dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Bila
mata pelajaran Alam dan Manusia dimansuhkan, Sains diajar di Tahap 2 sahaja.
Hanya pada 2001 barulah sains diajar di Tahap 1. Mulai 2003 pula mata
pelajaran Sains diajar dalam bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan PPSMI. Kini
dalam KSSR pembelajaran sains di Tahap 1 adalah sebagai salah satu
komponen dalam Dunia Sains dan Teknologi (DST).



Sains KSSR

Mata pelajaran Sains dipelajari di Tahap 2 KSSR. Mata pelajaran Sains merupakan
kesinambungan daripada Dunia Sains dan Teknologi (DST) pada Tahap 1. Matlamat
mata pelajaran Sains adalah untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi
serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi
menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni supaya murid
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

75

dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Pembelajaran Sains adalah
berfokus kepada pemerolehan pengetahuan asas sains dan teknologi; penerapan nilai
murni dan sikap ingin tahu terhadap ilmu sains; pemupukan minat dan kefahaman
tentang diri dan alam sekeliling; pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran secara
kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah
dan membuat keputusan. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini adalah
berasaskan inkuiri dan penyelesaian masalah menggunakan enam modul pembelajaran
iaitu Modul Pengenalan kepada Sains, Modul Sains Hayat, Modul Sains Fizikal, Modul
Sains Bahan, Modul Bumi dan Sains Angkasa dan Modul Teknologi dan Kehidupan
Lestari.




Apakah kelebihan mempelajari Sains dalam KSSR berbanding dalam KBSR?



Teknologi Maklumat dan Komunikasi KSSR

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar kepada murid-murid Tahap 2 sekolah
rendah sebagai satu mata pelajaran. Mata pelajaran TMK memberi penekannan kepada
penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK berteraskan sistem
komputer, multimedia, pengaturcaraan, sistem maklumat, rangkaian dan Internet. TMK
diajar dengan peruntukan waktu sebanyak 60 minit seminggu. TMK dan Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT) diajar secara bergilir dalam tempoh waktu tersebut. Enam modul
diguna pakai dalam pembelajaran TMK iaitu Modul Dunia Komputer; Modul Eksplorasi
Multimedia; Modul Pengaturcaraan; Modul Eksploras Pangkalan Data; Modul Sistem
Rangkaian; dan Modul Dunia Internet. Pembelajaran TMK di Tahap 2 sekolah rendah
adalah dengan matlamat agar murid-murid dapat menguasai pengetahuan, kemahiran
dan nilai TMK dalam memperkembangkan idea, bertukar-tukar dan berkongsi maklumat,
serta mengaplikasikannya dalam tugasan harian; selain daripada meningkatkan daya
kreativiti dan inovasi, menyelesaikan masalah dan memupuk nilai keusahawanan dalam
kalangan mereka.



Reka Bentuk dan Teknologi KSSR

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) ialah mata pelajaran di Tahap 2 KSSR. RBT diajar
dengan peruntukan waktu 60 minit seminggu dan diajar secara bergilir dengan mata
pelajaran TMK. RBT diajar sebagai asas penyediaan modal insan yang berdaya maju
khususnya dalam bidang reka bentuk, teknologi dan pembuatan. Pelaksanaan RBT
membolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran praktis, mereka
bentuk serta berkebolehan untuk mengaplikasikan asas teknologi dalam bidang
keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan
murid yang kreatif dan inovatif. Tujuh modul diguna pakai dalam pembelajaran RBT iaitu
Modul Organisasi dan Keselamatan Bengkel; Modul Asas Teknologi; Modul Reka
Bentuk; Modul Penghasilan Projek; Modul Teknologi Pertanian; Modul Ekonomi Rumah
Tangga; dan Modul Penyelenggaraan Alatan Tangan dan Mesin Mudah.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

76

RUMUSAN

Unit ini telah memaparkan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat di
sekolah rendah di Malaysia. Penjelasan adalah berkaitan dengan mata pelajaran yang
terdapat dalam KBSR dan KSSR. Mata pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga
dibincangkan. Mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR kebanyakannnya
adalah sama. Perbezaan adalah kepada bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu.
Dalam KBSR mata pelajaran dikategorikan mengikut bidang, mengikut komponen serta
mengikut mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan.
Dalam KSSR mata pelajaran disusun mengikut modul dan tunjang. Mata pelajaran
Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga modul iaitu Modul Teras Asas, Modul
Teras Tema dan Modul Elektif. Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan kepada dua
kategori iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi kategori Mata
Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu
Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal &
Estetika, Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang Kemanusiaan. Manakala bagi
kategori Mata Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi
Elektif. Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR
adalah bagi memastikan murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan
perkembangan secara seimbang dan haronis selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Selain itu perbezaan adalah kepada penegasan standard
kandungan dan standard pembelajaran.



KATA KUNCI

Dokumen standard - penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
kandungan (DSK) ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh perse-
kolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai.

Dokumen standard - satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti
pembelajaran (DSP) pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi
setiap standard kandungan.

Mata pelajaran teras - Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid
mengikut aliran persekolahan.

Mata pelajaran wajib - Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid

Mata pelajaran elektif - Mata pelajaran yang dipelajari mengikut pilihan murid.

Modul - Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta
diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri-
lengkap (self-contained).

Tunjang - Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran
dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan
modal insane seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

77

PENILAIAN KENDIRI

Jawab semua soalan berikut.

1. Mata pelajaran KBSR dikategorikan kepada mata pelajaran teras, wajib dan
tambahan. Manakah antara berikut ialah mata pelajaran teras di SK?

A. Bahasa Arab
B. Bahasa Cina
C. Bahasa Tamil
D. Bahasa Melayu


2. Terdapat beberapa mata pelajaran yang tergolong dalam komponen Kerohanian,
Nilai dan Sikap. Mata pelajaran tersebut adalah bertujuan untuk _____________

A. membina sikap, watak dan personaliti murid-murid.
B. memahami persekitaran dengan kesedaran dan tanggung jawab.
C. membangun sikap dan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk kehidupan.
D. mendedahkan pengetahuan dan kemahiran untuk murid-murid dapat
hidup di tempat dan persekitarannya.


3. Dalam KBSR mata pelajaran yang tergolong dalam bidang Komunikasi diberi
peruntukan masa yang lebih berbanding mata pelajaran yang lain. Apakah
rasional utama kepada perkara tersebut?

A. Mata pelajaran dalam bidang Komunikasi termasuk dalam peperiksaan
awam.
B. Kemahiran komunikasi adalah perkara asas yang penting dalam
kehidupan.
C. Peruntukan kewangan untuk mata pelajaran dalam bidang Komunikasi
lebih banyak.
D. Mata pelajaran lain boleh dipelajari di tempat lain seperti di rumah atau di
pusat tusyen.


4. Dalam KSSR klasifikasi bidang mata pelajaran di bawah Tunjang Perkembangan
Fizikal dan Estetika antara lain adalah bagi perkembangan _________________
A. sosial
B. intelek
C. rohani
D. jasmani


5. Manakah antara berikut benar berkaitan mata pelajaran di bawah klasifikasi
Modul Elektif di Tahap 1 KSSR?

A. Sebagai mata pelajaran wajib dipelajari.
B. Tunjang kepada pembelajaran sekolah rendah.
C. Kemahiran asas pembelajaran dapat dipertingkatkan.
D. Murid berpeluang belajar bahasa ibunda masing-masing.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah
_______________________________________________________________________________

78

CADANGAN JAWAPAN: 1. D; 2. C; 3. A; 4. B; 5. B



RUJUKAN

http://www.moe.gov.my/bpk/

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2
nd
Edition). Boston : McGraw Hill.

Reinhartz, J. & Beach, D.M. (1997). Teaching and learning in the elementary school:
Focus on curriculum. New Jersey: Merill.

Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.

Anda mungkin juga menyukai