Anda di halaman 1dari 12

PANDUAN PENULISAN AKADEMIK (SISTEM A.P.A.

)
Spesifikasi Teknikal
Jenis dan Saiz Font
Semua penulisan termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan
bibliografi mestilah menggunakan font jenis Arial saiz 11. Saiz
font dalam jadual, gambarajah dan grafik mengikut kesesuaian.
Tajuk dan subtajuk hendaklah digelapkan (bold). Manakala nama-
nama saintifik dan terminologi Bahasa Inggeris hendaklah dalam
bentuk tulisan condong (italic).

Jidar (Margin)
Pada amnya jidar kiri mestilah sekurang-kurangnya 1.5 inci
manakala jidar kanan, atas dan bawah mestilah sekurang-
kurangnya 1 inci. Spesifikasi jidar bertujuan untuk memudahkan
penjilidan. Semua maklumat seperti kepala teks dan gambarajah
termasuk nombor muka surat hendaklah dalam lingkungan
penulisan.

Langkau Baris (Spacing)
Penulisan teks mestilah ditaip dengan langkau dua (double
spacing) manakala jarak antara perenggan mestilah langkau
empat. Senarai di bawah mestilah ditaip dengan langkau satu
(single spacing) :
(i) petikan yang melebihi tiga baris yang telah dikumpulkan.
(ii) bibliografi (kecuali di antara senarai nama pengarang/
rujukan).
(iii) keterangan tentang jadual, gambarajah dan imej yang
mengandungi lebih daripada satu baris.
(iv) lampiran seperti soal-selidik, surat-surat, dan
(v) tajuk dan subtajuk.

Kriteria Kertas
Hasil PROJEK hendaklah ditaip di atas kertas putih 80 gm dan
bersaiz A4 (210 mm x 297 mm). Manakala kulit depan gunakan
kertas warna yang telah ditetapkan mengikut program masing-
masing berpandukan para 10.1.8 (i-xi).

Penjilidan
Hasil PROJEK hendaklah dijilid dengan cara tape-binding.
Paparan Muka Surat (Page Layout)
Hasil PROJEK hendaklah ditaip dalam paparan Portrait kecuali
jadual
dan gambarajah boleh menggunakan paparan Landscape.

` Penomboran Muka Surat
Semua muka surat hasil PROJEK hendaklah dinomborkan. Nombor
muka surat hendaklah diletakkan pada bahagian tengah bawah
setiap muka surat. Penggunaan kurungan atau sebarang bentuk
lain tidak dibenarkan.



Format Penulisan Akademik
Halaman Pengakuan
Halaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang
keaslian PROJEK. Ia hendaklah ditandatangani oleh
penulis. Halaman ini tidak dikira sebagai muka surat tetapi
dinomborkan dengan huruf roman

Halaman Judul (Title Page)
Halaman judul diletakkan selepas halaman pengakuan.
Halaman ini tidak dikira sebagai muka surat tetapi
dinomborkan dengan huruf roman

Penghargaan
Penghargaan biasanya mengandung kata-kata penghargaan
atas tunjuk ajar dan bantuan daripada individu dan institusi,
tidak dikira sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan
huruf roman

Senarai Kandungan
Senarai isi kandungan hendaklah disusun mengikut urutan
yang berpadanan dengan nombor muka surat yang
mengandung semua topik dan subtopik, tidak dikira sebagai
muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman

Kerangka Utama Penulisan (Body of Text)
Kerangka utama penulisan PROJEK hendaklah
mengandung bahagian-bahagian berikut:
(i) Pendahuluan
(ii) Topik-topik/subtopik yang berkaitan
(iii) Perbincangan/Rumusan/Cadangan

Perincian kandungan kerangka utama PROJEK perlulah
dibincangkan bersama-sama dengan pensyarah
pembimbing bagi memenuhi kehendak tugasan.
Tajuk Jadual/Gambarajah/Graf Dalam Teks
Bagi setiap jadual yang dimuatkan ke dalam teks, tajuknya
hendaklah diletak di atas jadual tersebut. Manakala
gambarajah dan graf, tajuknya diletak di bawah gambarajah
dan graf tersebut

Petikan Dalam Teks (Citations)
Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang
berasingan. Jika petikan mengandungi kurang daripada 40
perkataan, hendaklah dimasukkan perkataan tersebut ke
dalam teks dan kurungkan petikan dengan tanda petikan (
). Sekiranya petikan tersebut mengandungi lebih daripada
40 0erkataan, maka indenkan petikan setengah inci
daripada jidar kiri. Pada akhir perkataan, catatkan sumber
dari muka surat atau perenggan dalam kurungan.
(Publication Manual APA, 2010) Petikan yang ditulis dalam
bahasa lain hendaklah menggunakan huruf condong (italic).
Contoh cara menulis petikan dalam teks :

Model Kos Membina (Constructive Cost Model) atau
singkatannya COCOMO menyediakan model empirik bagi
menganggar perisisan. Bagaimanapun, Boehm (1981)
sendiri telah memberi pandangan beliau tentang COCOMO :

Today, a software cost estimation model is doing well if it
can estimate software development costs within 20% of
actual costs, 70% of the time, and on its own turf (that is
within the class of projects to which it has been
calibrated)..That is not as precise as we might like, but it
is accurate enough to provide a good deal of help in
software engineering economic analysis and decision
making.
Boehm, B. (1981). Software Engineering
Economics. Prentice-Hall.






Format Penulisan Rujukan
Rujukan yang dinukil dalam teks, sama ada sumber rujukan
itu telah diterbitkan atau tidak, hendaklah direkodkan.
Nukilan dalam teks hendaklah dihubungkan dengan senarai
rujukan mengikut salah satu sistem yang ditetapkan. Dalam
hasilan PROJEK format yang perlu digunakan adalah
Sistem APA (American Psychological Association).

Kaedah Menulis Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada
Buku

Apabila menggunakan sistem ini, rujukan dalam teks
hendaklah ditulis atas nama utama pengarang sahaja (tanpa
nama ringkasannya) seperti berikut :
(i) Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas
nama pengarang yang dirujuk. Contoh :
Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang
menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan
bidang tersebut ialah kerana kurang menerima
pengiktirafan.

(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat,
maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan.
Contoh :
Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu faktor yang
menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan
bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan
(Brown, 2005).

(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh
dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang.
Contoh :
Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu
program pendidikan khas hanya akan dapat
dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru
pendidikan khas menerima pengiktirafan daripada ibu
bapa.

(iv) Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas
nama pengarang pertama. Contoh :
Antara suasana tugas yang dialami oleh guru
pendidikan khas dalam program percantuman
masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi
kesan pada pencapaian akademik murid adalah
pengiktirafan (Podemsky et al, 1995).

(v) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti
dua atau lebih penerbitan oleh pengarang yang sama
dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh :
Contoh perisian yang menggunakan bahasa
pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver oleh
Puget dan Albert (1994a).

Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam
pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan
Albert, 1994b).




Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain daripada Buku :

(i) Jurnal

Contoh jurnal :

Valesky, T.C. & Hirty, M.A. (1992). Special Education
Knowledge Requirements for school Administrators.
Exceptional Children, 58 (5) : 399 406.


Cara menulis dalam teks :

Menurut, Valesky & Hirty (1992)..

(ii) Tesis

Contoh tesis :

Ahmad Zaki Abu Bakar (1998). Pemprosesan Teks Bahasa
Melayu Untuk Pemahaman Komputer, Universiti Teknologi
Malaysia : Tesis Ph.D.

Cara menulis dalam teks :

Ahmad Zaki (1998), mengatakan bahawa .

(iii) Bahan dari halaman web

Contoh web :

Autor, Y. 1999. Title of the article or information.
http://www.webpage.com. Accessed on 14 November 2005.

Cara menulis dalam teks :

.. (Autor, 1999).



Format Penulisan Bibliografi

Penulisan bibliografi perlu mengikut format seperti berikut :

(i) mengikut turutan abjad
(ii) mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang,
tahun terbit, tajuk, tempat terbit dan penerbit
(iii) baris kedua dan seterusnya ditulis ke tengah (1 tab)



Cara penulisan tersebut dijelaskan seperti dalam contoh-contoh
penulisan bibliografi yang disenaraikan.

(a) Manual
American Psychological Association (APA) (from the 3
rd
edition of
the Publication Manual of the American Psychological
Associatoon, 1983; often used in the social sciences and
education.)

(b) Buku
Brown, M. W. (2004). This is the title of a book (2
nd
ed.). City:
Publisher.

(c) Sebahagian daripada buku

Chin, Y. (2001). This is the title of a part of a book. In A.R. Finley,
S.R. Taft, & M. N. Piper (Eds), This is the book title. (pp. 25-
37). City:Publisher.

(d) Kertas kerja yang diterbitkan

Clark, B. W. (1999). This is the title of a paper appearing in a
published proceedings. In A. B. Cook (Ed.), Proceedings of
the 100
th
Annual Meeting of the Society of Experimental
Results (pp. 49-78). City: Publisher.

(e) Kertas kerja yang tidak diterbitkan

Fourney, T. T. & Heller, R. N. (January, 1998). This is the title of an
unpublished paper presented at a meeting. Paper presented
at the 103
rd
annual meeting of the Society of Experimental
Results, City of Meeting, ST.

(f) Artikel dalam jurnal

Goff, A. M. (1999). This is the title of a journal article. Journal of
Experimental Results, 1(3), 1-22.



(g) Artikel dalam majalah

Green, M. (2000, January). This is the title of a magazine article.
Magazine of Today, pp. 6-12.

(h) Artikel dalam akhbar

Johnson, R. S. (2004, October 1). This is the title of a newspaper
article. The Star, pp. 1, 6-8.

(i) Laporan

Jones, M. J., & Smith, A. R. (2003). This is the title of a report
(Report No. 90-1428). City : Publisher.

(j) Tesis

Miller, G. M. (2005). This is the title of a masters thesis.
Unpublished masters thesis, University Malaya, City, ST.

(k) Laman web

Autor, Y. M. (1999). This is the title of a Web Page.
http://www.webpage.com. Accessed on 14 November
2005.



Lampiran

Lampiran membolehkan penulis memuatkan bahan yang dapat
memberi penerangan tambahan kepada teks dengan tidak
mengganggu tumpuan pembaca. Bahan-bahan ini termasuk rajah,
jadual, carta, atur cara perisian, gambar dan lain-lain. Semua
bahan-bahan lampiran hendaklah dilabelkan dan dinomborkan.
Penomboran lampiran hendaklah dihitamkan (bold) dan ditulis di
sudut atas sebelah kanan.




BIBLOGRAFI

Dewey, J. (1975). How we think. Henry Regney, Chicago : 9

Hanipah Hussin (1999). Learning to be reflective : The content and nature of
primary student teachers thinking during field experience in Malaysia.
Unpublised PhD Thesis. Universiti of Sydney, Australia.

Knowles, J. G., Cole, A. L. & Pressword, C. S. (1994). Through Preservice
Teachers Eyes : Exploring Field Experiences Though Narrative and
Inquiry. New York : Merrill

Oja, S. (1990). Developmental theories and the professional development of
teacher. Paper presented at the annual meeting of the America
Educational Research Association, Boston (ERIC Document Reprod.
Serv. No ED352-351)

Reid, (1993). But we are doing it already. Exploring a response through the
reflective practice in order to improve its facilitation. Nurse Ed Today 13 :
305 - 306

Schon, D. (1983). The Reflective Practitioner. How professionals think in action.
New York : Basic Books.

Senne, (1997). The Interactive Teaching Portfolio. A Developmental Approach to
Promoting Proffesional Development in Physical Education Student
Teachers. Doctoral Dessertation. North Carolina State Universiti : Raleigh

Watson, (1995). Early Field Experiences in Teacher Education. A Developmental
Model. Doctoral Dessertation. North Carolina State Universiti : Raleigh.

Anda mungkin juga menyukai