Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Pada hakikatnya, perkembangan ilmu linguistik sebagai satu disiplin kajian


bahasa secara ilmiah berlangsung menerusi beberapa peringkat yang panjang.
Setiap peringkat ini merujuk kepada zaman yang memperlihatkan adanya
cetusan pemikiran pemikir asli dalam zaman berkenaan. Huraian seterusnya
akan memaparkan secara ringkas beberapa siri zaman yang menyerlahkan
sejarah perkembangan ilmu linguistik.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

2
2

Sejarah
Perkembangan
Linguistik
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan zaman linguistik India;
2. Menyatakan zaman linguistik Yunani;
3. Membincangkan zaman linguistik Romawi;
4. Menghuraikan zaman linguistik Arab; dan
5. Merumuskan zaman linguistik Moden.
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

31

ZAMAN LINGUISTIK INDIA
Robins (1990) menegaskan bahawa linguistik di India bermula lebih awal dari
negara-negara Eropah. Sewaktu Eropah baru mengenali ilmu linguistik, sarjana
India telah pun memiliki mazhab tertentu dengan doktrin yang berbeza-beza, di
samping memiliki teks dan sumber yang diakui, diiringi pula dengan ulasan dan
penjelasan terperinci tentang isi teks berkenaan. Teks yang dimaksudkan ialah
teks Vedik (kitab-kitab Veda yang merupakan teks keagamaan dan
kesusasteraan Sanskrit tertua yang diketahui).
Kesarjanaan India khususnya dalam bidang linguistik berkait erat dengan
bahasa Sanskrit. Sejak abad ke-5 sebelum Masihi lagi, dikatakan telah wujud
sebanyak 46 huruf bahasa Sanskrit. Huruf-huruf ini terkenal dengan nama huruf
Brahmi. Andaian-andaian awal menyatakan bahawa huruf-huruf ini dicipta oleh
cerdik pandai India kuno iaitu kaum Brahmana (Mansoer Pateda, 1988).
Topik-topik huraian ahli-ahli bahasa India kuno mencakupi hampir keseluruhan
huraian lingustik moden. Unsur nahu yang antara lainnya meliputi bidang
fonetik, fonologi, semantik, dan perayatan telah diolah dengan panjang lebar
berdasarkan prinsip menjaga kemurnian bahasa kitab Veda.
2.1.1 Fonetik dan Fonologi
Menurut linguistik India kuno, bahasa dipelajari untuk tujuan upacara
keagamaan. Dengan mempelajari bahasa secara terperinci, mereka dapat
mengucapkan doa-doa yang terdapat dalam kitab-kitab Veda dengan lebih baik
lagi (Emeneau, 1980). Pada hakikatnya, bunyi-bunyi bahasa dipelajari dengan
mendalam bukan atas tujuan untuk mengetahui hakikat bahasa tetapi semata-
mata untuk memelihara kesucian dan ketulenan kitab-kitab keagamaan mereka.
Sebutannya dideskripsikan secara terperinci dengan harapan ia tidak akan
berubah mengikut zaman (Samsuri, 1972).
Menurut Robins (1990), linguistik India zaman tradisi melihat fonetik sebagai
penyambung tatabahasa dengan ujaran. Huraian fonetik disusun di bawah tiga
tajuk besar iaitu proses artikulasi, segmen-segmen (konsonan dan vokal) dan
sintesis segmen ini dalam struktur fonologi. Organ pertuturan dibahagikan
kepada intraoral (merujuk kepada organ-organ pertuturan di dalam rongga oral)
dan ekstraoral (merujuk kepada organ-organ pertuturan di luar rongga oral).
Organ-organ ekstraoral meliputi glotis, paru-paru dan rongga hidung. Ketiga-
tiga organ ini membezakan sifat bersuara dan tidak bersuara, aspirasi dan bukan
aspirasi, dan bukan nasal pada bunyi-bunyi bahasa.
2.1
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

32
Sarjana India kuno membezakan bunyi bersuara daripada bunyi tidak bersuara
berdasarkan mekanisme di glotis. Bunyi bahasa bersuara merujuk kepada
keadaan glotis tertutup manakala bunyi bahasa tidak bersuara dikatakan
merujuk kepada keadaan glotis yang terbuka. Huraian tentang konsep
penyuaran (berdasarkan mekanisme di glotis) ini adalah satu kejayaan
terpenting linguistik India kuno.
Organ-organ artikulasi dalam rongga oral (intraoral) pula dihuraikan
berdasarkan posisi dari belakang (kerongkong) ke depan (bibir). Penyaringan
arus udara di rongga oral didasarkan kepada empat kategori iaitu sekatan penuh
rongga oral, geseran, geluncuran separuh vokal dan tiada sebarang sekatan atau
sempitan. Mekanisme artikulasi dihuraikan dengan merujuk kepada titik
artikulasi (sthana) dan artikulator (karana) (Robins, 1990).
Unsur-unsur prosodi seperti nada juga turut diberi penelitian terperinci.
Terdapat penggunaan istilah udatta, anudatta dan svarita yang masing-masing
merujuk kepada maksud nada tinggi, nada rendah dan nada menurun.
2.1.2 Semantik
Kajian semantik pada zaman itu lebih terarah pada aspek makna kata.
Perdebatan seringkali wujud dalam kalangan ahli-ahli bahasa tentang persoalan
aspek makna kata ini. Antara persoalan yang sering ditimbulkan ialah sejauh
mana makna kata itu jelas dan benar dalam mencirikan sesuatu objek atau kabur
dalam membezakannya dengan objek-objek lain.
Pemahaman tentang sifat kata dan makna ayat dibahaskan dari pelbagai sudut
pandangan. Mereka meneliti persoalan tentang sejauh mana makna boleh
dianggap sebagai sifat semulajadi kata-kata atau sejauh mana onomatopia boleh
diterima pakai sebagai model untuk menghuraikan hubungan di antara kata
dengan objek (Robins, 1990).
Sarjana India kuno mengkaji dan mempelajari konsep makna menerusi
pengamatan (keperihalan keadaan penggunaan sebenar kata-kata itu dalam
ayat), dan kenyataan-kenyataan langsung yang diberikan oleh orang-orang tua
dan para guru tentang kata-kata tertentu dan penggunaannya.
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

33
2.1.3 Kajian Perayatan
Prinsip asas tentang struktur ayat juga turut diserlahkan. Prinsip ini
menghendaki supaya kata-kata yang akan membina sesuatu ayat itu memenuhi
tiga syarat. Istilah Sanskrit bagi ketiga-ketiga syarat ini ialah akanksa, yogyata
dan samnidhi (Robins, 1990).
(a) Akanksa merujuk kepada maksud kata-kata itu. Ia mestilah merupakan
golongan kata tertentu yang bersesuaian dengan binaan ayat berkenaan
(kalau tidak ia hanya merupakan senarai kata-kata yang tidak memberikan
apa-apa pengertian lanjut);
(b) Yogyata pula bermaksud kata-kata dalam binaan ayat haruslah bersesuaian
atau berhubung erat antara satu sama lain (kalau tidak maka akan
terhasillah ayat yang seakan-akan gramatis tetapi tidak bermakna/tidak
difahami langsung); dan
(c) Samnidhi pula membawa maksud kata-kata itu harus wujud dalam dunia
nyata (kalau tidak ia tidak mungkin diingati atau dianggap sebagai ujaran).
Perlu juga dinyatakan di sini bahawa huraian tatabahasa zaman India juga turut
meliputi aspek penggolongan dan pembentukan kata. Pada zaman itu, kata-kata
digolongkan kepada empat jenis iaitu kata nama, kata kerja, kata depan dan
partikel. Ahli-ahli bahasanya juga dikatakan amat menitikberatkan konsep
pemajmukan kata.
Zaman linguistik India ternyata menyerlahkan kehebatan ahli-ahli bahasanya
menerusi teori dan analisis nahu bahasa Sanskrit. Antara penahunya yang
terkenal ialah Panini.
2.1.4 Panini
Panini merupakan salah seorang pendita kaum Brahman. Beliau dikatakan
berasal dari perkampungan Salatura di India Barat dan hidup sekitar abad ke-5
sebelum Masihi (Raja Masittah Raja Ariffin, 1990). Kajian dan huraiannya yang
begitu teliti dan terperinci tentang bahasa Sanskrit telah menjadikan beliau
begitu popular dalam kalangan penganalisis bahasa khususnya pengkaji Barat.
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

34
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Panini merupakan ahli tatabahasa
pertama di dunia yang menganalisis bahasa Sanskrit. Tatabahasa Sanskrit Panini
merupakan kemuncak karya-karya sarjana India kuno yang terdahulu
daripadanya. Tatabahasa Sanskrit ini dikatakan telah dihasilkan lebih 2,000
tahun dahulu. Karangan tatabahasa ini dikenali dengan nama Sanskritnya
sebagai astadhyayi (lapan buah buku). Barangkali nama ini merujuk kepada
pembahagian huraian dalam karangan tersebut yang mana ia dikatakan
terbahagi kepada lapan bahagian besar (Robin, 1990).
Karangan Panini berhubung dengan tatabahasa Sanskrit dikatakan hampir
menyamai huraian dan konsep linguistik yang telah maju seperti mana yang
terdapat dalam abad ke dua puluh (Abdullah Hassan, 1983).
Tatabahasa Sanskrit Panini mengandungi huraian yang terperinci tentang rumus
pembentukan kata bahasa Sanskrit. Rumusan ini diungkapkan menerusi
pernyataan secara ringkas yang lazimnya diiringi dengan pentakrifan dan proses
pembentukan kata. Rumusan ini disebut sebagai sutra yang membawa maksud
benang. Seperti mana yang ditegaskan oleh penahu generatif zaman linguistik
moden, penerapan setiap sutra haruslah menurut peraturan-peraturan tertentu.
Meskipun, tatabahasa Sanskrit dalam versi Inggeris telah diterbitkan buat
pertama kalinya pada awal abad ke-19, namun pendedahan tentang
kandungannya bermula lama sebelum itu. Pemahaman terhadap karya Panini ini
secara tidak langsung telah mengajar pengkaji-pengkaji barat tentang ilmu
linguistik perbandingan. Ia berjaya mengubah pandangan ahli-ahli bahasa
Eropah tentang kaedah menganalisis bentuk-bentuk bahasa bagi bahasa
serumpun.
Usaha-usaha Panini mencerakinkan tatabahasa Sanskrit telah dijadikan sebagai
pedoman bagi memajukan ilmu linguistik di Eropah. Hasil kajian Panini
dianggap sebagai satu-satunya yang diketahui paling menyeluruh, konsisten dan
ekonomik yang pernah dilakukan oleh manusia dalam sejarah perkembangan
bahasa. Bloomfield pernah menggambarkan hasil karya tatabahasa Panini
sebagai one of the greatest monuments of human intellingence (Robin, 1989).
Sejarah linguistik India merupakan catatan yang amat penting bagi
perkembangan linguistik seluruh dunia khususnya perkembangan linguistik
moden di Barat. Pengaruhnya terhadap linguistik Barat amat mendalam, malah
tidak terhenti sehingga ke hari ini. Sarjana India kuno memperlihatkan minat
yang mendalam terhadap analisis bahasa lisan mereka. Situasi ini
membezakannya mereka dengan perhatian yang diperlihatkan oleh sarjana
bahasa Yunani kuno. Analisis fonetik dan deskripsi bahasa lisan mereka (sarjana
India) amat besar dan menakjubkan (Crystal, 1994). Hakikat ini terbukti dengan
hasil karya penahu mereka iaitu Panini.
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

35

ZAMAN LINGUISTIK YUNANI
Orang-orang Yunani kuno telah mempelajari bahasa mereka sejak dari abad ke-5
sebelum Masihi lagi. Namun demikian, cara mereka memerhatikannya agak
berbeza dengan yang diusahakan oleh sarjana India kuno. Ini kerana segala
huraian mereka tentang bahasa adalah berlandaskan ilmu falsafah. Ia bukan
sesuatu yang menghairankan kerana sarjana-sarjana Yunani ini sememangnya
terdiri daripada ahli falsafah (Samsuri, 1972).
Cendekiawan Yunani dikatakan telah lama maju dalam pengkajian ilmu falsafah.
Mereka melihat bahawa segala unsur dalam kehidupan manusia amat berkait
erat dengan bidang falsafah. Justeru, bahasa turut menjadi sebahagian daripada
kajian mereka. Sarjana Yunani kuno beranggapan bahawa bahasa adalah
lambang ketamadunan yang tinggi. Mereka juga beranggapan bahawa bahasa
perlu diteliti bagi memerihalkan segala kejadian alam.
Perkembangan kajian bahasa zaman Yunani dapat dibahagikan menurut
kelompok-kelompok kaum tertentu. Secara umumnya, ia terpecah kepada tiga
kaum utama iaitu kaum Sofis (abad ke-5 sebelum Masihi), kaum Stoik
(permulaan abad ke-4 sebelum Masihi) dan kaum Iskandariah (akhir abad ke-2
Masihi).
Kaum Sofis memulakan kajian bahasa pada abad ke-5 sebelum Masihi. Mereka
cuba menentukan semua unsur bahasa secara pasti dengan berlandaskan
ukuran-ukuran tertentu. Memandangkan bidang retorik amat penting bagi
mereka, maka aspek bahasa juga dinilai dari sudut pandangan ilmu retorik.
Salah seorang tokoh terawal dan terkenal kaum ini ialah Protagoras. Kaum Stoik
pula merupakan kelompok ahli falsafah dan logika pada permulaan abad ke-4
sebelum Masihi. Meskipun pandangan kaum ini terhadap bahasa dikatakan
terlalu bersifat falsafah namun sumbangan besar mereka terhadap bidang bahasa
tetap tidak dinafikan. Antara tokoh popular kaum ini ialah Aristotle. Hasil usaha
kaum Stoik ini seterusnya dilanjutkan pula oleh kaum Iskandariah (akhir abad
ke-2 sebelum Masihi). Kaum ini yang mewujudkan konsep yang pada masa kini
dirujuk sebagai tatabahasa tradisional. Kaum ini cuba menyusun pola undang-
undang dalam bahasa. Karya utama yang muncul pada masa itu ialah Techne
Grammatike hasil karangan Dionysius Thrax. Ia dikatakan buku tatabahasa
pertama yang bersifat komprehensif dan sistematik di dunia Barat (Lynos, 1968).
2.2
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

36
2.2.1 Bahasa: Pertentangan Pendapat Sarjana Yunani
Memandangkan ahli fikir Yunani klasik amat mementingkan ilmu falsafah, maka
kajian mereka terhadap bahasa menjadi cenderung ke arah aspek etimologinya.
Dengan kata lain, pengkajian mereka tertumpu kepada persoalan-persoalan
bagaimana kata-kata terbentuk. Huraian tentang etimologi bahasa ini telah
mewujudkan beberapa kelompok fahaman tertentu (setiap kelompok akan
memegang fahaman masing-masing yang tersendiri tentang bahasa dan fahaman
bagi setiap kelompok bagi setiap kelompok lazimnya akan saling bertentangan).
Ia meliputi kelompok naturalis, konvensionalis, analogi dan anomali.
2.2.2 Naturalis dan Konvensionalis
Terdapat sebilangan ahli falsafah Yunani yang sering mengemukakan persoalan
tentang sama ada bahasa ini hasil penentuan alam atau hasil penentuan manusia
menerusi pelbagai tatacara budaya. Natijahnya, wujud dua kelompok ahli
bahasa dengan fahaman yang bertentangan. Dengan kata lain, mereka sering
mempersoalkan sama ada kata-kata terbentuk dengan cara semulajadi atau
dibentuk oleh manusia menerusi kebudayaan. Fahaman yang pertama di pegang
oleh kelompok naturalis manakala fahaman kedua dijulang oleh kelompok
konvensionalis (Crystal, D, 1994).
Kelompok naturalis beranggapan bahawa makna bahasa diperoleh secara
alamiah/semulajadi. Secara umumnya, mereka beranggapan bahawa semua kata
mengungkapkan benda yang dirujuk. Justeru, pasti ada hubungan antara
penstrukturan bunyi-bunyi dengan apa yang dimaksudkan. Dalam hal ini,
struktur fonetik dilihat sebagai lambang struktur benda. Berlandaskan prinsip
ini, maka lahir usaha manusia untuk mencari asal-usul atau sumber sesebuah
kata (etimologi), menyusun satu daftar kata-kata hasil peniruan bunyi
(onomatopia), metafora dan sebagainya.
Kelompok konvensionalis pula berpendapat bahawa makna bahasa diperoleh
hasil kelangsungan budaya dan kebiasaan-kebiasaan yang berupa persetujuan
secara senyap-senyap atau diam (tacit agreement). Memandangkan ia tidak lebih
daripada sekadar hasil kebiasaan atau budaya, maka sudah pasti ia boleh
dimanipulasikan, diubahsuai atau berubah menurut peredaran zaman. Justeru,
kelompok ini menegaskan bahawa makna diperoleh secara konvensional.
Sekalipun ada beberapa kata onomatopia, namun ia berlaku secara kebetulan
dan dalam jumlah yang kecil.
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

37
2.2.3 Analogi dan Anomali
Pertentangan fahaman antara kelompok naturalis dan konvensionalis terus
berlanjutan sehingga menimbulkan persoalan-persoalan dalam bentuk lain pula.
Persoalan-persoalan yang bertentangan ini akhirnya mewujudkan dua kelompok
ahli bahasa yang dikenali sebagai kelompok analogi dan anomali. Kelompok
analogi mempertahankan pendapat yang mengatakan bahawa bahasa memiliki
sifat keteraturan/keseragaman (regularaties). Bahasa itu teratur dan tersusun
secara teratur. Disebabkan sifat keteraturannya, manusia/ahli bahasa dapat
menyusun satu bentuk tatabahasa. Fahaman yang berlawanan pula diungkapkan
oleh kelompok anomali. Kelompok ini menegaskan bahawa bahasa wujud
sebagai bentuk-bentuk yang tidak teratur (irregular). Terdapat banyak bukti
yang menyerlahkan sifat ketidakseragaman bahasa. Antaranya termasuk kata-
kata sinonim dan homonim.
2.2.4 Sarjana Terkemuka Yunani dan Sumbangannya
Zaman linguistik Yunani memperlihatkan kehadiran beberapa tokoh bahasa
terkenal yang menjadi perintis kajian bahasa dalam abad-abad seterusnya.
Tokoh-tokoh bahasa ini ialah Socrates (469-399 sebelum Masihi), Plato (429-437
sebelum Masihi), Aristotle (384-322 sebelum Masihi) dan Thrax (170-90 sebelum
Masihi).
Socrates merupakan seorang ahli falsafah Yunani yang kuat berpegang pada
fahaman analogis. Sepertimana kelompok analogis yang lain, beliau berpendapat
bahawa nama bagi sesuatu benda tidak dibuat secara sewenang-wenangnya.
Beliau berpendapat bahawa wujud sesuatu hubungan/pertalian di antara nama
dan benda, dan ia dapat dikesan menerusi bentuknya (Raminah Hj. Sabran &
Rahim Syam, 1986). Meskipun tidak banyak yang diketahui mengenai Socrates
namun menerusi kenyataan-kenyataan beliau ditemui beberapa pandangan Plato
tentang bahasa (Robin, 1990).
Menurut Socrates, Plato melihat bahasa sebagai pernyataan fikiran seseorang
dengan perantaraan onomata (kata nama) dan rhemata (kata kerja) yang
merupakan bayangan idea seseorang dalam arus udara yang keluar menerusi
mulutnya. Plato dikatakan mentakrifkan ujaran sebagai rentetan kata memiliki
pemikiran yang lengkap (logos). Logos dianggotai oleh onoma dan rhema.
Aristotle mengembangkan pemikiran Plato dengan menambah satu lagi kelas
kata dalam logos iaitu syndesmoi (kata hubung). Di samping itu, beliau telah
menunjukkan perbezaan jenis-jenis kata berdasarkan jantina (gender) iaitu
maskulin, feminin dan neutral. Sumbangan Aristotle yang paling bermakna ialah
penjelasannya tentang konsep penanda kala (tense) dalam bahasa Yunani.
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

38
Selepas Aristotle, muncul pula Dionysius Thrax yang terkenal dengan karyanya
yang bertajuk Techne Grammatike. Grammatike bermaksud huruf atau belajar
mengenal huruf-huruf bahasa Yunani. Menerusi karya ini, Thrax telah
menggambarkan perspekstif kajian tatabahasa menurut pemahaman kaum
Iskandariah. Antara usahanya yang terserlah menerusi Techne Grammatike ialah
menggolongkan kata kepada lapan iaitu onoma, rhema, metoche, arthron,
protesis, epirrhema dan syndesmoi (Robin, 1990).
2.2.5 Penutup
Dari segi sejarah, pertikaian yang wujud antara kelompok ahli bahasa Yunani
dianggap penting (khususnya dalam peringkat awal perkembangan teori
linguistik) kerana sewaktu mengkritik atau mempertahankan hujah, mereka
akan terpengaruh atau dirangsang untuk berfikir dan meneliti secara lebih
mendalam lagi akan struktur dan makna perkataan serta pola-pola formal yang
ditunjukkan oleh perkataan. Hasil suasana rangsangan dan penelitian seperti itu
yang memungkinkan permulaan analisis linguistik yang jitu.
Tiga aspek utama yang mendapat perhatian khusus sarjana Yunani kuno ialah
etimologi, fonetik dan tatabahasa. Amat jelas kelihatan bahawa terdapatnya
minat yang amat kuat oleh sarjana Yunani terhadap bidang etimologi. Pertikaian
terhadap asal-usul bahasa oleh pihak naturalis dan konvensionalis telah
menggalakkan usaha-usaha penyelidikan dan spekulasi bahasa. Sejak awal-awal
lagi, kajian etimologi tertumpu kepada percubaan untuk mensusur-galurkan
bentuk-bentuk perkataan hingga ke bentuk perkataan lain yang diandaikan
mampu memerihalkan makna perkataan yang disusurgalurkan. Menerusi
bidang fonetik pula, didapati beberapa siri percubaan untuk membuat
penggolongan artikulasi. Mekanisme pertuturan digambarkan sebagai kesan
gangguan artikulasi dengan udara dikeluarkan dari paru-paru. Secara deskriptif,
penjelasan tentang abjad Yunani dilakukan menerusi penyebutan huruf-
hurufnya.
Di samping huraian tentang etimologi dan fonetik, sarjana Yunani dikatakan
amat popular dalam penghasilan karya tatabahasa yang terbaik. Huraian
tatabahasa sarjana Yunani kuno tertumpu pada analisis penggolongan
perkataan-perkataan yang wujud dalam Yunani. Ahli tatabahasa seboleh
mungkin cuba mencari unsur-unsur dalam bahasanya dan kemudian
dibahagikan atau digolong-golongkan mengikut kategori tertentu.
Bagaimanapun, semua huraian ini harus berasaskan kepada satu model bahasa,
iaitu bahasa ideal, yang dianggap baik dan lengkap segala-galanya. Bagi mereka,
bahasa yang menjadi model ini ialah bahasa Yunani iaitu bahasa yang menjadi
bahan kajian ahli falsafah terkenal Yunani seperti Plato dan Aristotle.
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

39

ZAMAN LINGUISTIK ROMAWI
Tamadun ilmu zaman Yunani dibangunkan oleh tangan-tangan sarjana Yunani
hampir 600 tahun yang lalu dan tamadun Romawi sebenarnya juga
memanfaatkan kelebihan-kelebihan yang ada pada intelektual Yunani. Robin
(1990) mengatakan bahawa orang-orang Rom telah lama dipengaruhi oleh
kebudayaan dan idea intelektual Yunani. Orang-orang Rom juga mempelajari
cara-cara menulis daripada orang-orang Yunani. Justeru, pada saat akhir
empayar Yunani, tradisi keilmuan mula berpindah sedikit demi sedikit ke Itali
(pusat pentadbiran kerajaan Rom). Menjelang abab ke-2 sebelum Masihi,
empayar Yunani jatuh ke tangan pemerintah Rom.
Tradisi keilmuan yang wujud pada zaman pemerintahan Rom, khasnya ilmu
linguistik, boleh dikatakan kesinambungan nilai ilmu linguistik pada zaman
Yunani. Robin (1990) mengatakan bahawa linguistik Romawi dan sebahagian
besarnya merupakan penerapan linguistik Yunani, kontroversi Yunani dan
penerapan kategori Yunani dalam bahasa Latin. Dalam bab ini, anda akan
menghalusi tradisi-tradisi linguistik yang wujud dan berkembangan pada zaman
Romawi. Perbincangan akan menyentuh dua hal utama, iaitu:
(a) Pengangkatan martabat dan perkembangan bahasa Latin; dan
(b) Perkembangan linguistik Romawi, iaitu penekanan kepada idea-idea
linguistik Varro (116-27 sebelum Masihi) dan Priscian (500 Masihi).
2.3.1 Martabat dan Perkembangan Bahasa Latin
Pada zaman Yunani, bahasa Yunani menjadi bahasa pentadbiran, pendidikan,
undang-undang dan sebagainya. Penguasaan empayar Yunani yang mencakupi
Tanah Besar Yunani, Kepulauan Aegean, Pantai Timur Sicily dan beberapa
tempat di selatan dan timur Itali menyebabkan penggunaan bahasa ini
diutamakan. Sebelum kejatuhan empayar tersebut, di bahagian barat Itali yang
kemudiannya menjadi tapak pentadbiran kerajaan Rom, bahasa Latin sudah pun
digunakan tetapi hanya sekadar bahasa biasa sahaja. Ini bermakna, bahasa Latin
belum lagi terangkat sebagai bahasa pentadbiran atau bahasa pendidikan.
Namun begitu, setelah empayar Yunani jatuh ke tangan pemerintahan Rom,
maka nasib bahasa Latin mula terbela dan mula pula dianalisis berdasarkan
pendekatan linguistik. Justeru, Varro dan Priscian merupakan tokoh penting
dalam zaman Romawi dalam meletakkan satu konsep perancangan dan
pembinaan bahasa Latin moden. Varro dan Priscian mampu merancang bahasa
Latin dari segi tatabahasa, manakala pemerintah Romawi pula telah meletakkan
status bahasa Latin sebagai bahasa pentadbiran, perniagaan, undang-undang,
pembelajaran dan sosial.
2.3
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

40
Selain itu, penguasa Romawi juga bersifat fleksibel, ertinya selain bahasa Latin
yang menjadi bahasa utama kerajaan tersebut, bahasa Yunani masih boleh
digunakan, khususnya di bahagian timur Itali. Ini kerana bahagian timur Itali
sebelum ini berada di dalam penguasaan kerajaan Yunani. Dalam menjalankan
tugas pentadbiran kerajaan Romawi di timur Itali ini, pegawai-pegawai Romawi
sering mempelajari dan menggunakan bahasa Yunani. Dalam masa yang sama,
hasil-hasil kesusasteraan dan falsafah Yunani disanjung tinggi oleh mereka. Oleh
kerana ketamadunan Yunani masih meninggalkan tamadun ilmunya di
bahagian timur Itali, maka pegawai-pegawai Rom yang menjalankan
pentadbiran di wilayah tersebut boleh menguasai dua bahasa dengan baik,
bahasa ibundanya, iaitu bahasa Latin dan keduanya ialah bahasa Yunani. Tahap
pemahaman bahasa yang cukup tinggi dalam kalangan penguasa Romawi
terserlah berdasarkan catatan Gellius (Robin, 1990), iaitu Raja Muthridates boleh
berbual dengan mana-mana rakyatnya yang datang daripada lebih dua puluh
komuniti bahasa.
Sewaktu Eropah di bawah penguasaan Rom, pertembungan bahasa, iaitu bahasa
Latin dengan bahasa-bahasa lain di wilayah tersebut pasti terjadi. Misalnya di
sekitar abad ke-3 SM, wujud kegiatan penterjemahan di mana hasil-hasil
kesusasteraan Yunani telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Kegiatan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Latin dan bahasa Yunani (khasnya di timur
Itali) diperkembangkan di peringkat persekolahan. Pada zaman ini juga,
jurubahasa diberi kedudukan yang cukup tinggi sebagai penghargaan atas
sumbangan kegiatan bahasa yang telah dilakukan oleh mereka. Sebagai
contohnya, Varro telah dilantik oleh Julius Caesar sebagai seorang pustakawan.
Selanjutnya, semasa Rom di bawah pemerintahan Augustus, Varro sekali lagi
menerima penghormatan daripada rajanya, iaitu dengan pembinaan statue di
perpustakaan awan pertama di Rom. Statue ini sempat disiapkan oleh Augustus
sebelum Varro meninggal dunia.
2.3.2 Perkembangan Linguistik Romawi
Tradisi linguistik Romawi berkembang dengan pesat kerana wujudnya dua
tokoh besar Romawi. Mereka ialah Marcus Terentius Varro (116-27 sebelum
Masihi) dan Priscian (500 Masihi). Mereka mencetuskan pelbagai idea tentang
linguistik dilontarkan di khalayak rakyat. Tatabahasa Latin dan selok belok
bahasa tersebut dihurai dan dianalisis oleh mereka. Walaupun idea linguistik ini
merupakan kesinambungan daripada idea linguistik tokoh Yunani, tetapi cara
olahan kedua-kedua tokoh ini memiliki kelainannya yang tersendiri.
Perbincangan mengenai sumbangan idea linguistik kedua-kedua tokoh tersebut
dapat diikuti seperti di bawah.
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

41
2.3.3 Marcus Terentius Varro (116-27 Sebelum
Masihi)
Varro dilahirkan di Reati, sebuah bandar kecil yang terletak di wilayah Sabine
bahagian timur laut Rom. Pada awalnya, beliau merupakan seorang tentera,
tetapi kerjaya ini tidak memberi kepuasan kepadanya. Justeru, beliau telah
memilih bidang kesarjanaan untuk meneruskan kehidupannya. Varro
merupakan seorang ahli linguistik tulen pada zamannya. Pandangan linguistik
Varro dalam beberapa aspek yang tertentu terus berkembang sehingga ke hari
ini.
Selama hayatnya, Varro berjaya menerbitkan sepuluh karya utama tentang sains
bahasa dan lebih daripada 60 topik berkaitan dengan drama pentas, pasang
surut air laut, undang-undang sivil, falsafah, pertanian, hal-ehwal kota, dan hal-
hal tentang perpustakaan. Varro juga berjaya menghasilkan buku berilustrasi
yang pertama, kamus biografi dan penyenaraian hasil-hasil sastera Latin. Hasil
karya Varro dalam bidang sains bahasa (linguistik) dapat disenaraikan seperti
berikutnya:
(a) De Antiquitate Litterarum;
(b) De Origine Lingue Latinae;
(c) De Similitudine Verborum;
(d) De Utilitate Sermonis;
(e) Peri Kharakteron;
(f) De Sermone Latino;
(g) De Lingua Latina;
(h) Quaestiones Plautinae;
(i) Epitome de Lingua Latina; dan
(j) Disciplinarum Liber I de Grammatica.
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

42
Sifat kesarjanaan yang ada pada Varro mendapat sanjungan dan pujian daripada
pengikut-pengikutnya dan juga penulis-penulis sezaman dengannya. Namun
begitu, hasil karya Varro banyak yang telah hilang dan musnah. Hanya De
Lingua Latina sahaja yang dapat diselamatkan. De Lingua Latina sebenarnya
memiliki 25 bab atau buku, tetapi hanya enam bab atau buku sahaja yang dapat
diselamatkan. Bab atau buku yang membincangkan tentang sintaksis telah
musnah. Oleh sebab itu, pandangan linguistik Varro yang dikemukakan dalam
penulisan ini hanya menyentuh aspek etimologi dan morfologi sahaja. Namun
begitu, pandangan beliau tentang hal ini sudah cukup komprehensif untuk
sama-sama kita memahaminya. De Lingua Latina terbahagi kepada tiga
bahagian utama, iaitu etimologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahagian
etimologi dan morfologi, Varro terlebih dahulu melihat aspek teori dan
kemudian disusuli dengan amalinya.
2.3.4 Etimologi
Secara ringkas, etimologi boleh ditakrifkan sebagai satu kajian mengenai asal-
usul sesuatu kata, perubahan-perubahan sesuatu kata tersebut, khususnya dari
segi bentuk dan makna. Varro berpendapat bahawa bahasa berkembang
daripada satu set kata primer terhad bertaraf asli yang digunakan untuk merujuk
benda-benda tertentu. Set kata primer terhad yang bertaraf asli ini kemudiannya
menjadi satu sumber kewujudan kata-kata lain melalui perubahan dalam bentuk
huruf (fonetik). Varro mengemukakan contoh kata seperti: duellhum > bellum
perang. Selain perubahan bentuk huruf (fonetik), Varro juga berpendapat
bahawa makna pada sesuatu kata juga akan turut berubah seiring dengan
perubahan masa. Sebagai contohnya, Varro mengemukakan datanya seperti
berikut: hostis orang asing > hostis orang asing.
Satu kelemahan Varro dalam menyampaikan idea etimologinya ialah
menganggap bahawa semua kata-kata Romawi yang sama bentuk dan
maknanya dengan bahasa Yunani merupakan pinjaman langsung Romawi
daripada Yunani. Untuk menguatkan hujahnya, Varro mengemukakan data
pinjaman langsung Romawi daripada bahasa Yunani, iaitu Latin [fero] < Yunani
[phero] dan Latin [feretrum] < Yunani [pheretron]. Jika sejarah linguistik
dijadikan dasar untuk menguji kesahihan maklumat data di atas, maka
kebenaran Varro terhadap argumentasinya itu hanya wujud pada contoh data
yang kedua sahaja. Data Varro yang pertama sebenarnya bukan bentuk
pinjaman langsung Romawi daripada Yunani, sebalik kedua-dua data bahasa
tersebut merupakan refleks kata kerja Indo-Eropah, iaitu * bher.
Sebenarnya, pada hari ini kita tidak boleh mempersalahkan Varro atas
pandangannya itu kerana pada zaman tersebut, konsep refleksi daripada bahasa
induk, khususnya bahasa Indo-Eropah belum lagi wujud dalam pemikiran
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

43
sarjana-sarjana Romawi ataupun Yunani. Menurut Robin (1990) kecenderungan
Varro mengemukakan argumentasinya seperti di atas adalah disebabkan oleh
faktor mitos berbanding faktor ilmiah. Ini kerana pada waktu itu segala bentuk
kebudayaan Yunani amat dikagumi dan diagungkan oleh sarjana-sarjana
Romawi, selain kaitan mitos wira Yunani dalam cerita pengasasan empayar
Rom.
2.3.5 Morfologi
Dalam bidang morfologi ada baiknya kita membincangkan dahulu mengenai
kata. Menurut Varro, kata ialah verbum dico orationis vocalis partem, quae sit
indivisa et minima, si declination naturalem habet (kata ialah bahagian daripada
ucapan yang tidak dapat dipisahkan). Varro juga mengakui bahawa kata boleh
berbentuk analogi dan anomali (dua prinsip linguistik yang berasal daripada
zaman Yunani yang dianut oleh Plato dan Aristotel). Dalam erti lain, kata boleh
berdiri daripada bentuk berperaturan (regular) dan tidak berperaturan
(irregular). Kedua-dua prinsip ini mesti diiktiraf dan diterima pakai dalam
proses pembentukan kata sesuatu bahasa dan sekali gus juga makna yang hadir
bersama kata tersebut.
Bagi Varro, prinsip analogi mesti dikaitkan dengan sifat pragmatik bahasa,
ertinya pembentukan sesuatu kata itu harus mempertimbangkan soal
kebudayaan penutur bahasa yang berkenaan. Dalam bahasa Latin, kata /kuda/
memiliki dua bentuk yang berbeza, iaitu satu bentuk merujuk kepada jantina
jantan /equus/ dan satu yang lain merujuk kepada jantina betina /equa/.
Begitu juga kata yang merujuk kepada burung merpati, jantina jantan memiliki
kata /columbus/, manakala jantian betina memiliki kata /columba/.
Keberadaan dua bentuk kata ini disebabkan oleh faktor kebudayaan, ertinya
perbezaan dua bentuk kata ini diperlukan oleh penutur bahasa yang tersebut.
Lain halnya dengan kata /carvus/ gagak di mana kata ini tidak memiliki
perbezaan jantina kerana pada pandangan Varro penutur bahasa tersebut tidak
memerlukan perbezaan itu. Berkaitan dengan hal anomali pula, Varro lebih
menekankan aspek puisi. Dalam puisi terdapat variasi (anamoli) yang kadang
kala melampaui had yang dibolehkan, tetapi perkara ini harus diterima kerana
dipakai secara majoriti oleh penyair.
Dalam penyusunan kelas kata pula, Varro membahagikan kelas kata bahasa
Latin dalam empat bahagian. Kelas kata yang dimaksudkan ialah:
(a) Kata nama, termasuk kata sifat, iaitu kata yang disebut berinfleksi kasus;
(b) Kata kerja, iaitu kata yang membuat pernyataan dan kata ini berinfleksi
kala;
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

44
(c) Partisipel, iaitu kata yang menghubungkan (dalam sintaksis
menghubungkan kata nama dan kata kerja) dan kata ini berinfleksi kasus
dan kala; dan
(d) Adverba, kata yang mendukung (anggota bahawa dari kata kerja) dan kata
ini berinfleksi.
Selain menyusun kelas kata dalam bahasa Latin, Varro juga cuba untuk
mengkategorikan kata kerja. Varro membezakan kata kerja Latin ke dalam tiga
paradigma, iaitu paradigma kala (tense), paradigma rujukan masa (time) dan
paradigma aspek (aspect). Untuk menggambarkan ketiga-tiga jenis paradigma
ini, sila rujuk Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Tiga Jenis Paradigma
Aspek Masa Lampau Kini Depan
Aktif
Tidak Sempurna
Discebam saya
sedang belajar
Desco saya belajar Discam saya akan
belajar
Sempurna Didiceram- saya
telah belajar
Didici saya sudah
belajar
Didicero saya
akan/sudah belajar
Pasif
Tidak Sempurna
Amabar saya
disayangi
Amor saya
disayangi
Amabor saya akan
disayangi
Sempurna Amatus eram saya
telah disayangi
Amatus sum saya
telah disayangi
Amatus ero saya
telah disayangi
Berkaitan dengan kasus, Varro mengajukan pendapatnya dengan mengatakan
bahawa dalam bahasa Latin terdapat enam jenis kasus. Kasus yang dimaksudkan
ialah:
(a) Nominativus bentuk primer atau pokok;
(b) Genetivus bentuk yang menyatakan kepunyaan;
(c) Dativus bentuk yang menyatakan menerima;
(d) Akusativus bentuk yang menyatakan objek;
(e) Vokativus bentuk sebagai sapaan atau panggilan; dan
(f) Ablativus bentuk yang menyatakan usul.
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

45
Dari sudut deklinasi pula, Varro telah membezakan dua jenis deklinasi, iaitu
deklinasi bentuk kata asas (declinatio naturalis) dan deklinasi bentuk kata
spontan (declinatio voluntaria). Deklinasi bentuk kata asas ialah perubahan yang
bersifat alamiah dan berpola. Varro memberikan contoh data seperti berikut; ovis
kambing biri-biri > ovile kandang biri-biri dan sus babi > suile kandang
babi. Perubahan bentuk kata ini sudah bersifat alamiah ataupun sudah berpola
(regular). Ini bererti setiap penutur bahasa Latin dapat meramalkan bentuk
terbitan seterusnya ataupun jika kita meminjam kata-kata Robin (1990), ... kita
boleh membuat kesimpulan bagi bentuk-bentuk lain yang terbit daripadanya.
Sebaliknya, deklinasi bentuk kata spontan perubahan yang terjadi secara
morfologis bersifat selektif dan manasuka, atau tidak berperaturan. Sebagai
contoh, dalam bahasa Latin lembu disebut sebagai bos, manakala kandang
lembu disebut sebagai bubile, tetapi ada penutur Latin menyebut kandang
lembu sebagai bovile. Perubahan bubile kepada bovile dianggap sebagai satu
perubahan yang spontan.
2.3.6 Tatabahasa Priscia (500 Masihi)
Buku tatabahasa Priscia yang terdiri daripada 18 jilid, iaitu 16 jilid mengenai
morfologi dan dua jilid tentang sintaksis dianggap sebagai buku tatabahasa Latin
yang cukup penting. Kepentingan buku ini berdasarkan kenyataan yang berikut:
(a) Ia merupakan buku tatabahasa Latin yang paling lengkap yang dituturkan
oleh penutur aslinya; dan
(b) Teori-teori tatabahasanya merupakan tonggak-tonggak utama pembicaraan
bahasa secara tradisional.
Oleh kerana buku tatabahasa ini begitu lengkap, maka ia dijadikan model
penulisan buku tatabahasa bahasa-bahasa lain di Eropah. Dalam buku ini,
semantik atau makna dijadikan perkara asas dalam pembahasan bahasa. Untuk
memudahkan pemahaman pelajar, di bawah ini aspek fonologi, morfologi dan
sintaksis dihuraikan secara ringkas berdasarkan apa yang terdapat dalam buku
tatabahasa bahasa Priscia ini.
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

46
2.3.7 Fonologi Priscia
Dalam bidang ini, Priscia membicarakan soal tulisan atau huruf dan Priscia
menyebutnya sebagai litterae. Definisi litterae bagi Priscia ialah bahagian yang
terkecil daripada bunyi yang dapat dituliskan. Nama bagi huruf-huruf ini ialah
figure dan nilai daripada bunyi ini disebut sebagai potestas. Berkaitan dengan
bunyi, Priscia membahagikannya kepada empat jenis vox. Pertama, vox
artikulata, iaitu bunyi yang diucapkan untuk membezakan makna. Kedua, vox
inartikulata, iaitu bunyi yang tidak diucapkan untuk menunjukkan makna.
Ketiga, vox litterata, iaitu bunyi yang dapat dituliskan, sama ada ia wujud
sebagai bunyi artikulata atau inartikulata. Akhir sekali ialah vox illiterata iaitu
bunyi yang tidak dapat dituliskan.
2.3.8 Morfologi Priscia
Menurut Priscia, kata ialah bahagian yang paling minimum daripada sebuah
ujaran dan harus diertikan terpisah dalam makna sebagai satu bentuk
keseluruhan. Sebutan kata secara otonom disebut sebagai dictio. Satu penemuan
Priscian yang paling unggul ialah golongan kata. Priscia menemukan lapan
golongan kata atau disebut juga sebagai partes orationis, yang kemudiannya
disebut oleh orang Inggeris sebagai part of speech. Lapan golongan kata
tersebut ialah;
(a) Nomen (kata nama dan kata adjektif): Sifat kata nama ialah ia
menunjukkan benda/kualiti;
(b) Verbum (kata kerja): Ia mempunyai bentuk kala dan modus, tetapi tidak
berfleksi untuk kasus;
(c) Participium (partisipel): Satu golongan kata yang dalam bentuk terbitan
boleh dirujuk sebagai kata kerja;
(d) Pronomena (kata ganti): Khas kepada orang pertama, kedua dan ketiga;
(e) Adverbium (adverba): Bentuk subordinat kepada kata kerja dari segi
sintaksis dan semantik;
(f) Praepositio (kata depan): Sejenis kata yang tidak mengalami infleksi dan
digunakan sebagai kata yang terletak di depan bentuk yang berkasus;
(g) Interiectio (kata seru): Sejenis kata yang menunjukkan perasaan dan
keadaan fikiran; dan
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

47
(h) Coniunctio (kata penghubung), secara sintaksis menghubungkan anggota
daripada mana-mana golongan kata untuk menyatakan hubungan antara
sesamanya.
2.3.9 Sintaksis Priscia
Priscia menamakan bidang ini sebagai Oratio. Menurutnya, Oratio estordinatio
dictionem congrua, sententiam perfectam demonstrans (Oratio ialah tata susun
kata yang berselaras dan menunjukkan ayat itu selesai). Satu penemuan Priscia
yang unggul ialah satu patah perkataan pun boleh menjadi satu ayat penuh.
Sebagai contohnya, oratio yang baik dan sempurna ialah jawapan yang diberikan
kepada pertanyaan seseorang: Apakah kebaikan terbesar dalam hidup?
Sekiranya jawapan yang diberikan ialah honour (kehormatan), maka ia adalah
sebuah ayat yang sempurna.
2.3.10 Kesimpulan
Dalam zaman Romawi, perkembangan idea linguistik cukup mengagumkan.
Sumbangan Varro dan Priscian, khas dalam aspek fonologi, mofologi dan
sintaksis tidak sahaja berguna dan dimanfaatkan pada zaman tersebut, malah
idea linguistik mereka terus digunakan dan diperkembangkan sehingga ke hari
ini. Kita boleh mengatakan bahawa tapak sains bahasa telah dirintis oleh mereka
dan kini menjadi menjadi tanggungjawab sarjana-sarjana linguistik moden untuk
memperkukuhkan lagi tapak sains bahasa tersebut. Kalau Varro terkenal dengan
De Lingua Latina, maka Priscia terkenal dengan buku nahunya yang berjudul
Priscia Instituones Grammatice. Karya Varro merupakan pembuka tirai
keagungan zaman Romawi, manakala karya Priscian menjadi penanda tamatnya
era ketamadunan linguistik Romawi, khasnya bahasa Latin. Dengan jatuhnya era
tamadun Romawi, maka Eropah menuju ke zaman kegelapannya.

ZAMAN LINGUISTIK ARAB
Setelah kejatuhan Yunani dan Romawi, tradisi keilmuan di Eropah mula menjadi
sepi dan seolah-olah wujud satu kelompongan budaya ilmu. Dikatakan bahawa
tempoh zaman kegelapan Eropah bermula sejak kejatuhan empayar Rom
sehingga zaman perbandingan bahasa pada abad ke-18 dan ke-19. Memang tidak
dinafikan bahawa sepanjang tempoh kegelapan tersebut, wujud sedikit budaya
berilmu di dunia sana, namun pencapaian sangat rendah. Keruntuhan zaman
Rom menyebabkan ilmu linguistik berkembang pesat atau berpindah pusat ke
Baghdad (Iraq) yang pada masa itu merupakan pusat pengajian tinggi zaman
Islam. Pada zaman ini, ilmu linguistik berkembang melalui ilmu falsafah Islam
2.4
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

48
yang didominasikan oleh dua sarjana Islam iaitu Al-Khalil dan Al-Masri. Pada
masa ini, linguistik Arab bertumpu pada fonetik bahasa Arab khususnya dalam
menghasilkan sebutan ayat-ayat Al-Quran yang tepat. Proses ini seterusnya
menghasilkan kamus-kamus bahasa Arab.

ZAMAN LINGUISTIK MODEN
Linguistik pada zaman moden (bermula tahun 1900 hingga kini) telah
mengalami perkembangan yang sangat pesat. Kajian bahasa tidak lagi tertumpu
pada bahasa-bahasa di Eropah, sebaliknya bahasa-bahasa asing serta bahasa
pribumi telah menjadi fokus kajian utama linguistik moden. Selain itu, pada
zaman moden telah berlaku gabungan ilmu linguistik iaitu satu bidang ilmu
linguistik seperti ilmu morfologi bergabung dengan ilmu sintaksis untuk
menghasilkan bidang morfo-sintaksis.
Linguistik pada zaman moden telah memperlihatkan lahirnya ramai tokoh
linguistik, dan antara yang tekenal ialah Bloomfield dan Chomsky. Bloomfield
telah menerbitkan buku An Introduction to Linguistic Science pada tahun 1914.
Selain itu, beberapa artikel penting belia telah diterbitkan dalam jurnal Language
terbitan Linguistic Society of America tahun 1924. Seterusnya, pada tahun 1933
beliau menerbitkan buku Language yang mengungkapkan pandangan
behaviourisme beliau tentang fakta bahasa, iaitu stimulus-response atau
rangsangan-tindak balas. Fahaman beliau dikategorikan sebagai aliran
Struktural.
Seorang lagi tokoh yang paling penting pada zaman moden ialah Noam
Chomsky. Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1928 dan merupakan ahli linguistik
yang paling terkenal dalam sejarah linguistik moden. Beliau mengasaskan teori
transformasi generatif melalui bukunya yang penting iaitu Syntactic Structures
(1957). Beliau seterusnya menerbitkan buku Aspects of the Theory of
Syntax (1965). Pada tahun 1968, beliau menerbitkan buku Extended Standard
Theory. Selanjutnya pada tahun 1980, beliau menerbitkan buku Government and
Binding Theory. Manakala pada tahun 1995, beliau menerbitkan buku
Minimalist Program. Chomsky telah memainkan peranan yang penting dalam
hala tuju linguistik aliran generatif. Teori-teori beliau telah digunakan secara
meluas dalam kajian bahasa di seluruh dunia sehingga ke hari ini.
2.5
TOPIK 2 SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

49

Linguistik di India bermula lebih awal daripada negara-negara Eropah.
Orang-orang Yunani kuno telah mempelajari bahasa mereka sejak dari abad
ke-5 sebelum Masihi lagi.
Linguistik Romawi dan sebahagian besarnya merupakan penerapan
linguistik Yunani.
Keruntuhan zaman Rom menyebabkan ilmu linguistik berkembang pesat
atau berpindah pusat ke Baghdad.
Linguistik zaman moden didominasi oleh Bloomfield dan Chomsky.

Linguistik
Linguistik zaman Arab
Linguistik zaman India
Linguistik zaman Moden
Linguistik zaman Romawi
Lingusitik zaman Yunani

Alias Mohammad Yatim. (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kedah: Percetakan
Paavai.
Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik satu pengenalan konsep dan
bidang kajian secara teoritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Concise Dictionary of Linguistics. (1997). Oxford University Press.
Mohd Rain Shaari, Alias Mohd Yatim, & Abdullah Yusof. (2010). Penyelidikan
bahasa dan linguistik. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Anda mungkin juga menyukai