Anda di halaman 1dari 1

Mohammed Ridhwan bin Ibrahim

No. 45, Ting. 3 Blok Maya,


Astaria Apartment Taman Kosas,
68000 Ampang


Kepada:
Tuan Y.Bhg Nazir
Hj. Abdul Latif bin Abd. Aziz
Masjid Taman Kosas
Jalan Kosas 3/6 Taman Kosas 28 MAC 2014


Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN RUANG PARKIR KERETA DAN BERANDA MASJID
UNTUK TUJUAN KENDURI KAHWIN

Adalah dengan sukacita saya ingin merujuk perkara tajuk di atas.

2. Saya mewakili keluarga saya dan bakal pengantin (adik perempuan saya) ingin memohon jasa baik
pihak tuan bagi menggunakan ruangan parkir kereta dan sebahagian ruang terbuka (beranda masjid
left wing) untuk digunakan sebagai tempat meraikan pengantin dan mengadakan kenduri kahwin.

3. Untuk makluman, sekiranya dibenarkan pihak kami akan mendirikan beberapa khemah kenduri di
kawasan parker kereta dan juga akan menggunakan ruang terbuka (left wing) untuk tujuan menjamu
tetamu yang hadir. Khemah mungkin akan didirikan sehari sebelumnya dan diturunkan sehari
selepasnya.

4. Permohonan ini dibuat untuk digunakan pada:
Tarikh : 31 Mei 2014
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi 4.00 petang

5. Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan. Segala kerjasama
pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, Jazakumullah Khairan Kathira.





(MOHAMMED RIDHWAN BIN IBRAHIM)

Anda mungkin juga menyukai