Anda di halaman 1dari 2

KUALITI HIDUP MASYARAKAT TANPA DADAH

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak kita terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali
tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang semakin onar yang dicetuskan oleh rakyat
kita sendiri. Tanggal 19 Februari 19993, najis dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor
satu negara oelh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Sempena pengisytiharan
tersebut, tarikh 19 Februari setiap tahun telah disambut sebagai Hari Antidadah Kebangsaan.
Dengan ini bermakna sudah 27 tahun kita berusaha menangani masalah ini.

Perjuangan menentang dadah memerlukan penglibatan masyarakat secara total.
Sebagaimana yang kita ketahui, kefahaman masyarakat terhadap tanggungjawab mereka amat
diperlukan memandangkan usaha menangani gejala dadah, tidak harus diletakkan di bahu
kerajaan semata-mata. Mereka tidak harus mengambil sikap terus menghukum atau
membiarkan mana-mana penagih untuk kembali kepada kehidupan normal. Bertitik tolak
daripada itu, memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan penagih mahupun bekas penagih
cenderung bergelumang dengan kancah itu kerana sikap masyarakat yang meminggirkan
golongan seperti mereka untuk mendapat tempat dalam kelompok sosial, politik mahupun
ekonomi. Lantaran itu, masalah dadah akan menjadi lebih serius jika kita tidak memberi
peluang kepada penagih untuk kembali ke jalan yang betul. Persepsi masyarakat terhadap
penagih dahdah juga p[erlu diubah kerana mereka bukanlah penjenayah tetapi pesakit yang
perlu diberi rawatan. Memang benar kesilapan yang mereka lakukan pada peringkat awal
kerana terjerumus dengan penagihan dadah. Dengan itu deharapkan, sikap masyarakat yang
positif amat diperlukan bagi memastikan golongan ini dapat dibimbing dengan sempurna agar
dapat diperbaiki cara hidup mereka.

Mendukung kebenaran yang kita sepakati, kajian oleh Kementerian Kesihatan
menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok.
Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih pula pada ganja dan
sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan
morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah
kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah. Melangkah dengan seribu
kekuatan, masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah ini. Dengan
berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara
kesannya adalah mendapat penyakit meningitis, penyakit jankitan jantung, AIDS, hepatitis B, C
dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan akan
lumpuh. Manakala, kesan gian dan amat menderita seperti cacing kepanasan. Jelaslah di sini
bahawa mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit
terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni. Oleh itu, dengan mengamalkan sikap dan
perwatakan yang murni dan menghirup udara hasil kemerdekaan, kita seharusnya menjauhi
najis dadah serta mengelakkan diri daripada terjerumus dalam lembah kehinaan.


Dalam usaha kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama, kita tidak boleh
membiarkan masalah dadah menggugat negara kita dan membiarkan generasi muda terjejas.
Kita sedia maklum bahawa masalah dadah tidak mengenal kaum, agama, usia mahupun jantina.
Dadah akan menghancurkan kesejahteraan hidup setiap individu, keluarga, masyarakat dan
negara. Masalah ini juga turut menyumbang kepada peningkatan gejala sosial, kejadian
jenayah, keganasan, pembunuhan, peningkatan penyakit HIV/AIDS dan keruntuhan institusi
keluarga. Sekali terjebak dalam gejala dadah ini amat sukar untuk mencari jalan keluar. Telah
menjadi dasar nehara untuk memastikan warga Malaysia bebas daripada masalah dadah.
Memandangkan bahayanya ancaman dadah kepada keselamatan negara dan kesejahteraan
rakyat, maka strategi menangani masalh ini perlu ditingkatkan supaya lebih berkesan.
Jika semua masyarakat berganding bahu seperti kata pepatah " bagai aur dengan
tebing", perkara ini akan mudah diatasi dengan segera jika semua masyarakt sedar akan tugas
dan tanggungjawab dalam memerangi gejala dadah yang amat berat ini. Walau bagaimanapun,
kita seharusnya berasa yakin baawa hanya dengan semangat dan tekad yang tinggi sahaja kita
boleh berjaya memeranginya. Apa yang kita laksanakan sekarang adalah untuk kebaikan
generasi yang akan datang demi mencapai keharmonian dalam keluaraga, masyarakat dan
negara. Oleh itu, najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita
sama-sama menghapuskan najis dadah yang menjahanamkan masyarakat daripada terus hadir
di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap
detik iaitu "Perangi dadah habis-habisan".


DARISHANA BASKARAN,
4 CEKAL

Anda mungkin juga menyukai