Anda di halaman 1dari 1

KANSER PAYUDARA

Percaya atau tidak, secara purata seorang wanita di


Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan untuk mendapat
kanser payudara dalam hayat mereka. Ini bermakna, seramai
hampir 700,000 kaum wanita di seluruh Malaysia berhadapan
kemungkinan untuk dihantui gejala ini. Risiko tersebut paling
tinggi menyerang kaum Cina, diikuti kaum India dan akhir
sekali kaum Melayu dengan kadar masing-masingnya adalah
1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24. Menurut laporan yang telah
dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan, Kanser
payudara telah menyumbang sebanyak 31 % kes kanser bagi
golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003.
Namun, perlu diingatkan bahawa kaum lelaki juga tidak
terlepas dari bahana kanser payudara. Buktinya, pada tahun
2002 kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki melayu,
22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. Lebih memburukkan lagi
keadaan, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi yang merupakan
Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) berkata, kanser payudara
yang menyerang golongan lelaki adalah lebih merbahaya
kerana sel kanser tersebut lebih aktif dan agresif berbanding
sel kanser yang menyerang kaum wanita.

Faktor Penyumbang dan Langkah Pencegahan
Kanser Payudara
Kanser payudara berlaku apabila sel-sel dalam tisu
payudara berkembang secara tidak terkawal. Jika dibiarkan
berlarutan, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa
dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan
hati. Para pengkaji percaya bahawa antara penyebab utama
kanser payudara adalah faktor genetik, persekitaran serta
cara hidup. Selain daripada itu, terdapat banyak faktor
sampingan yang lain yang perlu dititik-beratkan terutama oleh
golongan wanita seperti:
Jantina (95% lebih tinggi menyerang kaum wanita)
Umur (lebih kerap berlaku pada lewat 40-an)
Jumlah anak (wanita yang tidak pernah melahirkan
anak lebih berisiko)
Haid (wanita yang baligh sebelum 12 tahun atau
putus haid selepas 55 tahun lebih terdedah)
Pemakanan (Pengambilan minuman beralkohol
sangat berisiko)
Penyusuan (penyusuan bayi boleh merendahkan
risiko)
Berat badan (golongan yang obesiti lebih berisiko
tinggi)
Menurut Cancer Research UK, sebanyak 75 % kes
kanser payudara boleh diubati jika dikesan pada peringkat
permulaan fasa. Oleh itu, kaum wanita khususnya perlu peka
terhadap sebarang perubahan yang berlaku pada payudara
mereka kerana ternyata pengesanan awal boleh
menyelamatkan nyawa. Terdapat 4 kaedah yang digunakan
untuk proses pengesanan. Proses tersebut termasuklah:
Pemeriksaan sendiri atau Breast Self-Examination
(BSE), perlu dilakukan seawal usia 20 tahun.
Pemeriksaan yang lebih teliti oleh doktor dan petugas
perubatan yang bertanggungjawab.
Mamografi bagi wanita yang berumur 40 tahun dan
ke atas.
Bagi mereka yang belum berumur 40 tahun, tetapi
mengesyaki sesuatu yang ganjil, maka rawatan
seperti biopsi, MRI dan ultrasound boleh dijalankan.
Terapi Pelengkap dan Terapi Alternatif untuk
Kanser
Mampukah saya bertahan untuk terus hidup?
Persoalaan yang sering bermain difikiran dan semestinya
mendatangkan tekanan kepada penderita kanser payudara.
Namun tahukah anda bahawa di negara-negara maju seperti
Eropah dan Amerika syarikat, pelbagai kaedah terapi
pelengkap dan alternatif diwujudkan khusus untuk membantu
pesakit-pesakit kanser. Berdasarkan buku yang bertajuk

Understanding Cancer and Complementary Therapies
yang dihasilkan oleh Irish cancer Society, terapi pelengkap
boleh digunakan seiring dengan kaedah rawatan
konvensional. Ia bertujuan untuk menggalakkan
kesejahteraan dan meredakan kesan sampingan yang yang
dihadapi selepas rawatan konvensional dijalankan. Antara
terapi yang dimaksudkan adalah seperti meditasi,
aromaterapi, refleksologi, akupunktur, shiatsu, yoga,
hipnoterapi dan visualisasi. Namun, terdapat sebahagian
daripada penderita kanser lebih mempercayai bahan yang
berasaskan alam semula jadi seperti herba-herba dan
buah-buahan yang mengandungi agen anti-kanser. Ubatan
alternatif sebegini memberikan lebih banyak pilihan kepada
pesakit-pesakit kanser untuk memilih kaedah yang
dirasakan selamat dan sesuai untuk mereka.

Vitamin B17 Sebagai Langkah Alternatif
Salah satu kaedah alternatif yang semakin
berkembang pesat adalah dengan menggunakan
Amygdalin atau Vitamin B17. Amygdalin terkenal
mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu
menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Amygdalin
diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh
dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam bentuk
suntikan. Seiring dengan terapi Amygdalin, pesakit kanser
harus menjaga pemakanan dengan menghapuskan daging,
gula dan produk tenusu dalam diet semasa menjalani
tempoh rawatan.
Amygdalin terdiri daripada dua molekul glukosa
(gula), satu molekul asid hidrosianik (anti-neoplastik), dan
satu molekul benzaldehyde (analgesik). Dalam terapi
metabolik, amygdalin akan dipecahkan kepada komponen
oleh tindakan enzim beta-glucosidase yang bayak terdapat
dalam sel-sel kanser. Oleh yang demikian, sianida hanya
akan dibebaskan jika terdapat sel kanser aktif dan
seterusnya akan menyerang kembali sel kanser tersebut.
Pembebasan sianida dalam keadaan terkawal akan
memastikan dos yang sesuai supaya kesan toksik sianida
terhalang. Selain itu, enzim rhodanese yang wujud dalam
kuantiti yang banyak dalam sel-sel normal juga membantu
dalam proses detoksifikasi dengan menukarkan sianida
bebas kepada sebatian tiosianat yang akan dikeluarkan
melalui air kencing.








pengambilan amygdalin dari teras biji aprikot yang telah
diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian teknologi
farmaseutikal melalui penyelidikan klinikal dan telah
mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan
serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Ini bagi memastikan teras biji aprikot tersebut bebas daripada
sebarang unsur negatif seperti bakteria, kulat dan radikal
bebas yang boleh membahayakan para pengguna.








Salah seorang pengamal terapi Vitamin B17 yang
bernama Pn. Khairul (56) merupakan penderita kanser
payudara, Beliau mengambil aprikot vitamin B17 sebagai
rawatan alternatif kanser selama 2 tahun dan mendapati
berlaku perubahan yang positif terhadap tahap kesihatan
beliau. Benjolan yang terdapat pada payudara beliau semakin
menyusut secara perlahan-lahan dan beransur hilang.
Semasa menjalani terapi ini, beliau menjaga diet seharian
dengan memperbanyakkan sayuran dan buah-buahan
disamping mengelakkan pengambilan daging dan makanan
laut.
12 TANDA
KANSER
PAYUDARA


TERAPI APRIKOT VITAMIN B17

Rencana ini disediakan & ditaja oleh: TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES
Untuk keterangan lanjut sila hubungi TK Farmas
Solution & Industries di talian:
03-89273332 / 03-89273330 faks: 03-89273331
dan pegawai untuk dihubungi, Ibrahim : 019-2449008,
Syakira: 010-4324523, Fazilah : 019-2083523, Akmal:
013-3555563 dan Rozita: 013-3338933

Vs
Pengambilan terapi Amygdalin
ini telah disokong oleh Prof. Madya
Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku
penaung kepada produk Farmas
Health yang juga bekas Ketua
Jabatan Anatomi di Fakulti
Perubatan UKM. Beliau mengakui
teras biji aprikot mengandungi
kandungan amygdalin yang paling
tinggi. Beliau juga menggalakkan
Prof. Madya Dr. Syed
Zainal Husin Wafa

Dr. Ismail Lasa
Pakar Kesihatan Awam yang
juga Presiden Kelab Prostar
Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga
mengakui aprikot kaya dengan
Vitamin B17 yang mampu
merencatkan sel abnormal dan
seterusnya mengekalkan
perkembangan sel-sel yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai