Anda di halaman 1dari 2

IBSE_RHP_A19

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013



Kumpulan A19
Mata pelajaran Sains
Kelas Tingkatan 1
Masa 35 minit
Bab / Tajuk 2 Sel sebagai unit kehidupan
Pendekatan Pendekatan IBSE Inkuiri Terbuka
Tajuk IBSE Open
Inquiry
Koloni Kulat yang Berwarna-warni
Tema Pembelajaran Manusia dan Kepelbagaian Hidupan
Bidang pembelajaran Sel Sebagai Unit Kehidupan
Objektif
pembelajaran
Memahami organisma unisel dan multisel
Hasil pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat
- menyatakan kulat merupakan organisma multisel yang berwarna-warni
- menganalisiskan kadar pertumbuhan kulat pada roti
- menerangkan kesan pertumbuhan kulat pada roti terhadap kesihatan
Pengetahuan yang
sedia ada
Definisi organisma unisel dan multisel, contoh-contoh organisma unisel dan
multisel
KBAT Menganalisis, menilai, menganalogikan, menjanakan idea, meramal
Sikap saintifik dan
nilai murni
Bekerjasama, minat dan bersifat ingin tahu, menghargai sumbangan sains dan
teknologi, berfikir secara rasional, yakin
Pengenalan Kulat merupakan organisma multisel. Kulat ialah pengurai utama untuk bahan-
bahan tumbuhan dan haiwan mati di dalam banyak ekosistem, dan biasa dapat
dilihat ketika roti lama bercendawan. Kulat tumbuh di atas makanan seperti roti,
keju, dan buah-buahan. Kulat memerlukan keadaan lembab, suhu suam, dan
oksigen untuk membiak. Spora kulat disebarkan oleh udara dan dibawa
menghinggapi makanan lain yang sesuai untuknya membiak.
Sumber pengajaran
dan pembelajaran
Rujukan
Alat LCD Projector, laptop
Bahan sebuku roti

Koloni Kulat yang Berwarna-warni
Arahan Pelaksanaan:
1. Sekeping roti yang mengandungi kulat dan sebuah kanta pembesar disediakan.
2. Perhatikan kulat yang tumbuh pada roti dan catatkan warnanya.
3. Adakah semua kulat yang tumbuh pada roti berwarna hitam?
4. Ramalkan warna-warna lain bagi koloni kulat yang tumbuh pada roti.
5. Bentukkan soalan Saya ingin tahu kenapa kulat boleh tumbuh dengan pelbagai warna
6. Catatkan ramalan anda dalam buku amali sains dan rancangkan satu ujikaji untuk menunjukkan hasil
ramalan anda.





IBSE_RHP_A19

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2013

Soalan-soalan berbentuk KBAT
1. Apakah yang akan berlaku pada roti selepas tarikh luput?
[pengetahun / rendah]
JJ: Kulat akan tumbuh di atas roti

2. Apakah yang terjadi pada kita jika termakan roti yang yang sudah tamat tarikh luput?
[analisis / rendah]
JJ: sakit perut
JJ: keracunan makanan

3. Pada pandangan anda bagaimana kita boleh mempercepatkan pertumbuhan kulat pada roti?
[mencipta / tinggi]
JJ: melembapkan roti
JJ: meletakkan roti dalam keadaan yang gelap

4. Sekiranya kulat ini tidak mempunyai warna, bagaimana anda dapat mengetahui bahawa roti selamat
atau tidak untuk dimakan?
[mencipta / tinggi]
JJ: mengesan bau
JJ: merasa. Roti yang sudah tamat tarikh luput lebih keras daripada roti segar
Bahan Rujukan:
Gambar
kulat roti



Disediakan oleh:
1.En.Jimmy Padan :: SMK Sepulut, Nabawan, Pensiangan, Sabah
2.Pn. Laura Bt Takip: SMK Dalat,96300 Mukah Sarawak
3.Pn Andynelly Binti Andi Arifin: SMK Agaseh Lahad Datu, Sabah
4.Pn Yip Lai Foong: SMK Jalan Mengkibol Kluang Johor
5.Cik Chong Hui Koon: SMK Sri Perhentian Pontian Johor.

Anda mungkin juga menyukai