Anda di halaman 1dari 9

1.

HURUF DAN AKSARA JAWI KESELURUHAN



Nama
Bentuk huruf
Padanan Rumi
Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata
alif

a
ba b
ta t
sa s, (th)
jim j
ha h, ()
ca c
kha kh
dal

d
zal

z, (dh)
ra

r
zai

z
sin s
syin sy
sad s, ()
dad d, ()
ta t, ()
za z, ()
ain awal: a, i, u; akhir: k, ()
ghain gh
nga ng
fa f
pa p
qaf k, q, (q)
kaf k
ga g
lam l
mim m
nun

n
wau

w, u, o
va

v
ha h
ya y, i, e taling
ye

e pepet hujung
nya ny
hamzah

awal: gugur; akhir: k, ()
ta marbutah

t, h, ()

1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan
tiada dalam tulisan Arab.
2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliteras.
3. Huruf [ ] diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v.
4. Huruf [ ] imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun
1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti . Namun, tiada fon
dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf [ ] pada kedudukan
yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah
kedudukan [] .
2. SISTEM TULISAN JAWI
Tujuan Penyempurnaan Ejaan Jawi:
Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut:
i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekaligus
menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun
1986).
ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam
sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba.
iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat
diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden,
tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan
bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya.
2.2- Langkah-langkah Penyempurnaan Ejaan Jawi (1981-1989).
Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha
yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yang menerbitkan
sistem ejaan Jawi pada tahun 1937
,
dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin
Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan
dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba
(seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939

itu.
Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir
tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian. Dalam dekad 1980-an,
antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah.
i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y.B.
Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah
dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha
dan diterbitkan dengan segera".
ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah
Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya
disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem
ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia,
dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan

. Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian
semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu
Melayu] tahun 1941, danDaftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi
Dian (Majalah Dian)

dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat
Utusan Melayu Sdn. Berhad

, serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.
iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi
(Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April
1984 di Terengganu. Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk
mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil
jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara, serta
beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, dan Thailand

.
iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh
peserta Konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku
berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan

(seterusnya disebut PEJYD).
v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima
pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas
rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut
diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD

yang sama pada tahun 1987.
vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar Ejaan
Rumi-Jawi

yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai kata masukan adalah
berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia

(1998).
vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh pengguna kerana
terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. Berdasarkan pandangan beberapa orang
pakar, daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan cetakan kedua pada tahun 1989

. Dalam
cetakan kedua ini, terdapat pembetulan terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau
kurang tepat pengejaannya dalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan serapan
daripada bahasa Arab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan
pertama tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di dalamnya akan
dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD .
viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar Ejaan Rumi-Jawi . Daftar
ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang terdapat dalam perbendaharaan
kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Dengan terbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata
dalam tulisan Jawi bagi semua bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan
disebarkan.
Pelambangan Bunyi atau Fonem.
Dalam PEJYD , huruf Jawi lebih lengkap untuk melambangkan semua fonem atau bunyi Melayu jati
dan bunyi atau fonem pinjaman yang ada dalam bahasa Melayu moden kini. Kesemuanya terdapat
37 huruf; iaitu, semua 30 huruf daripada tulisan Arab klasik dan tujuh yang disesuaikan bentuknya
daripada huruf Arab. Ini lebih lengkap daripada Jawi Za'ba; malah, lebih kaya daripada huruf Arab
sendiri.
4.1- Pelambangan Konsonan.
Kesemua fonem konsonan jati dan fonem pinjaman yang terdapat dalam bahasa Melayu moden kini
dapat dilambangkan oleh huruf-huruf Jawi dalam PEJYD , iaitu hampir kesemuanya dengan
pelambangan satu lawan satu antara huruf dengan fonem atau bunyi.
Perinciannya:
i) Tiga belas konsonan jati Melayu dilambangkan dengan 13 huruf daripada bahasa Arab, iaitu [b] ba,
[t] ta dan ta marbutah, [d] da, [k] kaf, [s] sin, [h] ha (simpul), [j] jim, [l] lam, [r] ra, [m] mim, [n] nun,
[w] wau dan [y] ya. Ini sama dengan Jawi Za'ba.
ii) Lima bunyi konsonan jati dilambangkan dengan huruf Arab yang diubahsuai tanda titiknya, iaitu
[p] pa, [g] ga, [c] ca, [ny] nya dan [ng] nga. Ini sama dengan Jawi Za'ba.
iii) Bunyi konsonan jati Melayu hentian glotis [?] dilambangkan dengan huruf hamzah (di awal) atau
huruf qaf (di akhir). Ini pembaikan kepada Jawi Za'ba / Lama.

Perinciannya:
a) Menggunakan huruf ( ) sahaja sebagai lambang bagi bunyi hentian glotis di akhir kata jati bahasa
Melayu. Dalam Jawi Za'ba / Lama, terdapat tiga huruf yang biasa digunakan sebagai lambang hentian
glotis penutup suku kata atau di akhir kata, iaitu huruf qaf, kaf dan hamzah yang ketiga-tiganya
digunakan tanpa aturan yang tertentu -- seolah-olah konsonan hentian glotis itu mempunyai tiga
nilai bunyi yang berbeza. Huruf qaf dipilih kerana sudah banyak penggunaannya dalam Jawi Lama.
Tidak ada kekecualian dalam aturan ini.
Contohnya:
Rumi Za'ba PEJYD
Budak
Baik
Pokok
Berikutan aturan itu, huruf kaf digunakan sebagai lambang bagi konsonan [k] (bukan hentian glotis,
tetapi plosif lelangit lembut tak bersuara) di akhir kata bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah
yang lain. Manakala huruf hamzah (yang melambangkan hentian glotis) hanya terdapat di akhir kata
pinjaman daripada bahasa Arab, di samping penggunaan huruf kaf dan qaf bagi kata-kata tertentu.
Dengan aturan baru dalam PEJYD ini, dapat dikenal dengan mudah asal sesuatu kata (etimologi)
dalam bahasa Melayu dengan cuma melihat kepada huruf akhir kata tersebut sama ada kaf atau qaf
atau hamzah. Ini suatu kebaikan bagi kaedah mengajar dan belajar Jawi baru.
b) Menggunakan huruf hamzah sebagai lambang hentian glotis Melayu yang membuka suku kata
kedua yang bermula dengan vokal (yakni, khusus bagi hamzah di antara kata sendi [di dan ke] atau
awalan [di-, ke- dan se-] dengan kata dasar yang bermula dengan vokal). Contoh:
Rumi Za'ba/Lama PEJYD
Di atas
Ke atas
Diatasi
Keagamaan
Seagama
Hamzah diletakkan di tengah baris, dan bukan di atas alif atau di bawah alif atau di atas garis dasar.
Ini pembaikan terhadap Jawi Za'ba/Lama.
iv) Empat belas fonem atau bunyi konsonan Arab yang diterima menjadi bunyi pinjaman dalam
bahasa Melayu ialah yang dilambangkan dengan huruf tha, ha, kha, zal, zai, syin, sod, dod, to, zo, ain,
ghain, fa, dan qaf. Huruf zai, syin dan fa digunakan juga untuk melambangkan bunyi daripada bahasa
Inggeris dan Eropah [z], [sy] dan [f] satu per satu. Semua kata daripada bahasa Arab yang
mengandungi huruf-huruf ini diterima dan dikekalkan huruf dan bentuk ejaan katanya dalam bahasa
Melayu, kecuali beberapa kata yang disesuaikan ejaannya (hurufnya) dan bentuknya dengan kaedah
sebutan Melayu jati. Ini sama dengan Jawi Za'ba/Lama.
v) Fonem [v] pinjaman daripada bahasa Inggeris dilambangkan dengan huruf baru va, iaitu wau
bertitik di atas ( ). Ini tambahan kepada Jawi Za'ba. Huruf baru va ini dicipta sebagai padanan bagi
huruf rumi [v] untuk menulis atau mengeja kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah
lain yang menggunakan aksara Latin yang mengandungi huruf tersebut. Jawi Za'ba/Lama
menggunakan sama ada huruf ba atau wau atau fa tanpa aturan yang jelas. Contoh:
Rumi Za'ba/Lama PEJYD
Visa
Universiti
Subversif
vi) Semua huruf Jawi yang berasal daripada tulisan bahasa Arab digunakan dalam PEJYD . Ini
menjadikan tulisan Jawi memiliki sistem abjad dan sistem huruf yang lebih lengkap daripada abjad
dan sistem huruf Rumi. Sehinggakan, apabila semua huruf Jawi tersebut diperlukan padanannya
dalam ejaan Rumi, maka terpaksalah disediakan huruf-huruf Rumi yang sesuai yang dapat
melambangkan kesemua bunyi Arab yang disusun menurut kaedah transliterasi yang berbeza
daripada huruf Rumi biasa, seperti [s] bagi sod, bagi menuliskan atau mengeja istilah agama Islam.
Kaedah huruf Rumi transliterasi ini dapat juga dilihat dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab
Ke Huruf Rumi

tahun 1984.
4.2- Pelambangan Vokal:
i) Enam fonem vokal Melayu dalam PEJYD dilambangkan dengan tiga huruf Jawi seperti dalam Jawi
Za'ba, iaitu alif, wau, dan ya. Dalam sistem Jawi, tidak dibezakan nilai panjang atau pendek bunyi
vokal seperti yang terdapat dalam sistem bunyi vokal bahasa Arab. Ini memperkemaskan Jawi
Za'ba/Lama. Perincian:
a) Vokal [a] dilambangkan dengan alif jika di awal kata dasar atau pada suku kata terbuka.
b) Alif yang melambangkan vokal pepet (iaitu sama ada sebagai satu suku kata atau sebagai
permulaan suku kata) hanya hadir di kedudukan awal kata dasar.
c) Vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf ya pada semua suku kata terbuka atau suku kata
tertutup, tetapi dilambangkan dengan alif-ya apabila di awal kata dasar.
d) Vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf wau pada semua suku kata terbuka atau suku kata
tertutup, tetapi dilambangkan dengan alif-wau apabila di awal kata dasar.
e) Vokal [a] dan pepet tidak dilambangkan dengan alif jika terletak dalam suku kata tertutup (pola
KVK).
ii) Huruf ya tanpa titik (alif maqsurah), iaitu , diterima dalam PEJYD menjadi huruf yang berbeza
fungsinya daripada huruf ya biasa (ya bertitik). Ya tanpa titik ini diberi satu fungsi tambahan, iaitu
sebagai padanan bagi huruf [e] yang melambangkan bunyi pepet pada akhir perkataan, khususnya
yang terdapat pada akhiran -isme dan -ase dalam kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Ini
tambahan kepada Jawi Za'ba/Lama.
Contoh:
Rumi Za'ba/Lama PEJYD
Rasionalisme
Idealisme
Amilase
Lipase
Fungsi tambahan ya tanpa titik dalam PEJYD ini sama sekali tidak menjejaskan fungsinya yang sedia
sebagai alif maqsurah yang diterima dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti
(Allah Taala) dan (Musa).
Dengan ini, huruf ya tanpa titik dalam PEJYD melambangkan dua fonem vokal: (i) Sebagai lambang
vokal [a] panjang di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab dan (ii) sebagai lambang vokal pepet
di akhir kata pinjaman daripada bahasa Inggeris.
4.3- Pelambangan Diftong:
i) Dua daripada tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu dilambangkan dengan huruf baru
dalam PEJYD , Diftong [ai] dilambangkan dengan alif-ya; diftong [au] dilambangkan dengan alif-wau.
Ini memperkemas aturan dalam Jawi Za'ba/Lama. Diftong [oi] ditulis dengan huruf wau-ya.
Perincian:
a) Dalam Jawi Lama, diftong [ai] menggunakan huruf ya yang digunakan juga bagi vokal [i] dan [e]. Ini
menyebabkan huruf ya boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik
sifatnya. Dengan menggunakan alif-ya sebagai lambang diftong [ai], kita mengurangkan fungsi huruf
ya, iaitu daripada empat bunyi -- konsonan [y], vokal [i], vokal [e], dan diftong [ai] -- kepada tiga
sahaja, iaitu cuma bagi lambang vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dibezakan dengan jelas
homograf yang mengandungi diftong [ai] daripada yang mengandungi vokal [i] atau [e]. Contoh:
Rumi Za'ba/Lama PEJYD
Petai
Peti
Kulai
Kuli, kole
b) Begitu juga, dalam Jawi Lama, diftong [au] menggunakan huruf wau yang digunakan juga bagi
vokal [u] dan [o]. Ini menyebabkan huruf wau boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata
yang homografik bentuknya. Dengan menggunakan alif-wau sebagai lambang diftong [au], kita juga
mengurangkan fungsi huruf wau, iaitu daripada empat bunyi -- konsonan [w], vokal [u], vokal [o],
dan diftong [au] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma sebagai lambang bagi vokal dan konsonan. Dengan
ini juga, dapatlah kita bezakan homograf yang mengandungi diftong [au] daripada yang
mengandungi vokal [u] atau [o] dengan jelas. Contoh:
Rumi Za'ba/Lama PEJYD
Lampau
Lampu
Kilau
Kilo
Menggunakan bentuk ejaan yang berlainan bagi dua kata yang sebutan dan maknanya berbeza
tentulah lebih mudah daripada hendak menentukan sebutan dan makna bagi kata homograf dengan
semata-mata berdasarkan penggunaan dalam konteks ayat.

Anda mungkin juga menyukai