Anda di halaman 1dari 2

1. Rahman berehat sambil membaca buku cerita pada masa lapang.

2. Afdina menolong seorang perempuan tua melintas jalan.


3. Haniz mengemas katil selepas bangun dari tidur setiap hari.
4. Semalam, Amirul melawat kawannya yang sakit di hospital.
5. Alif menyelamatkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
6. Akmal mencuci kasutnya sendiri pada hujung minggu.
7. Mira bersalaman dengan ibunya sebelum ke sekolah.
8. Salim berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku.
9. Hafiz mengikut jadualnya yang ditetapkan.
10. Syasya mencuci tingkap kelas tanpa disuruh.
11. Haris membaca buku sambil menunggu bas.
12. Laili menunggang basikalnya di laluan yang betul.
13. Atirah memulangkan buku ke pusat sumber pada hari yang ditetapkan.
14. Aqilah tiba awal di sekolah setiap hari.
15. Dafi memberikan tumpuan semasa gurunya mengajar.
16. Azlin bergotong-royong dengan kawan-kawannya mengecat pagar sekolah.
17. Razak menutup suis kipas sebelum keluar dari rumahnya.
18. Azman mengibarkan Jalur Gemilang semasa Hari Kebangsaan.
19. Suzana menyimpan lebihan wang sakunya.
20. Ramli memberi sedikit wang kepada budak lelaki yang kehilangan wang.
21. Fazlan menunggu lampu isyarat bertukar hijau sebelum melintas jalan.
22. Shima menggunakan jejantas semasa hendak melintas jalan.
23. Kasim meminta izin daripada gurunya untuk ke tandas.
24. Ibu memastikan anak-anaknya membawa bekalan makanan ke sekolah.
25. Azlina mengirimkan sedikit wang kepada ibunya di kampung setiap bulan.

Anda mungkin juga menyukai