Anda di halaman 1dari 8

Fathur Rahman Fi Aqaidul Iman

m.s 4 baris 12 dari atas



Barangsiapa membunuh akan seorang yang hendak sampai ajalnya maka baginyalah pakaiannya
yang ada pada badannya..."

1. Hukum Syara atas perbuatan manusia sendiri. Sifat Wahdaniah bukan pada zat semata-mata,
Wahdaniah termasuk sifat Salbiah ia menafikan Kam Muttasil dan Kam Munfasil. Kam Mutasil
menafikan sifat Allah tersusun. Kam Munfasil, Allah ada sifat qudrah, taluk yang memberi bekas,
walau berkuasa makhluk ia akan mati diada kuasa dengan pangkat manakala kuasa Allah adalah
mutlak. Allah jadikan matahari Sifat Wahdaniah- esa pada afal menafikan ada kuasa selain dari
Allah Taala.



2-Perbuatan dari segi hakikat semua datang dari Allah, tetapi syariah itu datang dari kita,
disandarkan kepada kita supaya hukum taklif dapat dilaksanakan kepada dia. Ikhtiar dan usaha,
pilihan ikhtiar juziah yang memberi bekas itu tetap dari Allah. Memberi bekas pada hukum akal
sahaja.
Demikianlah engkau tilik dan fkir baik-baik dengan akal engkau sendiri...

3 - Mengaji tauhid kena fikir, akal antara perkara pertama yang dijadikan namun khilaf dengan
benda yang lain seperti arasy dan lain-lain. Namun sepakat pada perkara yang mula dijadikan
adalah Nur Muhammad. Siapa kenal diri maka dia kenal Allah, dia kata dia ada akal. Mengaji
tauhid tidak boleh taklid, fiqh ada kena taklid malah ada wajib taklid. Bab tauhid yang boleh taklid
hanya bukan ahli Nazhor, seperti orang sakit pemikiran.

4. Kena mengaji tauhid terlebih dahulu, kerana La tasihu ibadah hatta talimal Mabud tidak sah
ibadah hingga kenal dengan apa yang disembah. Paling kurang orang Buddha sembah patungnya,
takkan kita ni sembah dinding. Mengenal Allah ada 3 jalan: 1) Khabar Sadiq Nas Al-Quran dan
Hadis. 2) Khawas yang lima pancaindera; 3) Akal yang waras. Tahu mesti dengan jazam mesti
keadaan iklam.

5. Jangan jadi Jahil Murakkab, la yadri an nahu la yadri dia tak tahu bahawa dia tu tak tahu. Ada
ungkapan Al-Jahiluna fa mauta qabla mautihi, wal aqiluna, ahya hu bada mautihi Perbandingan
dengan orang yang tidak tahu ditanya dia tak tahu jawab, kalau pergi bilik mayat tanya pun mayat
tak leh jawab, jadi serilah dia dengan mayat. Manakala orang alim dah meninggal pun namanya
disebut-sebut, seperti Imam-Imam yang muktabar.
6. Cuma kita yang dah tahu sikit ni jangan
pula mudah mengkafirkan orang. Kalau ada orang kata aku nyalakan lampu ini, jangan kata orang
itu kafir. Qul Kullun min indillah, la tataharraku illa biiznillah Katakan segalanya datang dari
Allah, tiada digerakkan melainkan dengan izin Allah.

7. Hukum terbahagi kepada tiga: akal, adat dan syara. Perbuatan terbahagi kepada ikhtiari dan
idtirari. Ikhtiari adalah pilihan kita, sekecil-kecil ikhtiari adalah qasad. Kita berqasad untuk berbuat
baik, telahpun ada pahala untuk kita, begitu juga dengan sebaliknya. Perbuatan idhtirari, bukan
pilihan kita, contoh perbuatan tidak sengaja tidak dikira hukum taklifi, tidak ada dosa padanya
contoh lain seperti jatuh ke bawah.

8. Pembahagian mazhab perbuatan hamba kepada 3. Muktazilah atau qadariah- usaha sandar
kepada makhluk semata-mata dengan hujjah mereka, takkan Allah buat benda yang tak baik..
Kedua Jabariah, kita tak ada kuasa langsung. Kata meraka, nak buat macammana dah
ditakdirkan nak jadi pelacur.

9. Dalam mutazilah juga ada perbuatan ikhtiari dan idhtirari. Ikhtiarai perbuatan sendiri samada
baik atau buruk datang dari dirinya sendiri. Selalu kita dengan pengerusi majlis cakap yang baik
itu datang dari Allah dan yang buruk datang dari dirinya sendiri. ma asobaka min khairin
faminallah, wa ma asobaka min sharin famin nafsik. Ini sebaik-baik ucapan dari segi adab.
Manakala perbuatan idhtirari datangnya dari Allah. Oleh yang demikian bagi mutazilah orang yang
buat dosa maka ia jatuh kafir.

10. Iman itu datang dalam 5 wajah; 1) matbu - iman pada malaikah 2) maqbul Iman yang
diterima iaitu iman pada mukminin 3) masum Iman pada anmbia 4) mardud ditolak iman
munafik dan 5) iman mauquf seperti iman mubtadi termasuk di dalamnya iman para muktazilah
dan jabariah.

11. Jabariah pula mengatakan tiada usaha melainkan dari Allah, hamba ini seolah-olah mayat,
seperti wayang kulit kepercayan sebegini adalah bahaya boleh keluarkan syarat taklif dan ditakuti
kepada kafir.

12. Kemudian Al-Fadhil ustaz membaca kitab kedua Daqaiqul Akhbar pada menceritakan
keadaan pada hari kebangkitan semula, dimana menyeru orang yang menyeru dimana ahlul
fadhli? maka bangun segerombolan kecil maka masuklah mereka kedalam syurga, lalu ditanya
oleh malaikat siapakah mereka, mereka itu adalah orang yang apabila dizalimi mereka sabar.

13. Barangsiapa yang sabar dengan maksiat maka akan diangkat 300 darjat Allah bagi 1 darjat
jaraknya antara langit dan bumi. Setiap maksiat ada empat unsur, manusia, dunia, syaitan dan
hawa nafsu. Siapa yang sabar dalam mentaati Allah maka akan diangkat sebanyak 600 darjat,
jarak satu darjat adalah antara langit dan bumi. antaranya orang yang menuntut ilmu.
Awwaluddin makrifatullah, falam maka tuntutan untuk mengenal Allah kena dengan cara ilmu
juga.

14. Barangsiapa yang sabar dalam musibah akan diangkat darjat 900 darjat, jarak antara satu
darjat adalah diantara arasy dan 7 petala bumi. (bukan 7 petala cinta) sabar yang paling diganjari
adalah sewaktu mula-mula ditimpa musibah (As-sabru fi sadamil ula). Arasy ada perhiasan, ditulis
kalimah La ilaha illallah, Muhammadar Rasullullah, maka oleh itu dinding rumah kita jangan
biarkan kosong dengan kalimah Allah dan Muhammad. Wallahualam.
Post: Ustaz juga promote kuliah Habib Umar yang akan
diadakan pada 20 April kuliah subuh di BBU, Jumaat di UTM dan malamnya di Masjid Jauhar
Mutiara Rini. Datnglah ambil imu dari ulama berketurunan Rasulillah. Semoga anda beroleh berkat
dunia dan akhirat.





Dalam mensyarahkan Dawaul Qulub Minal Uyub pada perenggan muqaddimah pada menyatakan
adab segala orang yang Alim dan segala murid.


2.Akhlak dan tasauf tidak sama. Orang bertasauf semestinya beradab dan tidak semua orang
berakhlak/ beradab itu punya tasauf.

3.Kita boleh untuk bersihkan hati dengan syarat ada keinginan, belajar dengan himmah
memperbaiki hati, jangan belajar perkara memperbaiki hati tetapi hati tidak berminat untuk
diperbaiki.


Sheikhuna bersama Sheikh Husni Ginting Al-Lankati Al-Azhari
juga dikenali sebagai Musnid Asia Tenggara.

4. Ulamak terdahulu belajar adab selama 20 tahun lepas tu baru belajar hadis, adab adalah kunci
barakah, dengan sebab adab Allah beri semangat untuk beramal.

5. Banyak orang ada ilmu tetapi kefahaman tidak sama sebab faham berbeza-beza, rezki untuk
memahami ilmu tidak sama. Ada orang gaji RM1000.00 habis 2 hari dan ada orang gaji
RM1000.00 boleh tahan sebulan.

Sheikhuna bersama Sheikh Muhd Zainul Asri Mudir Maahad Darul Hadis, Alor Setar Kedah.
Mulutnya tidak lekang dengan Selawat dan Salam kepada Rasulullah.

6. Adab Dunya wa Din Adab menuntut ilmu mesti menghina diri dan merendah diri, maka kita
akan menerima ghanimah (habuan) ilmu, jika tiada keduanya maka Haramlah ia Ghanimah.

7. Hak seorang guru kepada murid seperti hak tuan kepada hambanya. Kata saidina Ali
Sesungguhnya sesiapa yang mengajarku, dia akan menjadi tuan aku, sekiranya ia mahu ia boleh
menyuruhku, sekiranya ia mahu ia boleh membebaskanku, dan sekiranya ia mahu ia boleh
membiarkan aku.

Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Qadir Yusufi mempunyai Daurah tetap di Pondok Ledang
sebulan sekali. Alim Hadis ini banyak menulis Risalah berkenaan Ulumul Hadis untuk diskusi dan
membaca Sunan Tarmizi di Madrasah As-Shatiri di Kampung Melayu Johor Bahru.

8. Imam Shafie semasa sedang mengajar datang orang yang berpakaian compang camping dari
tempat sampah lalu Imam bangun dan memeluk orang tersebut. Imam Shafie menjelaskan
bahawa orang tersebut telah memberi ilmu cara mengenal anjing jantan dan anjing betina.

9. Alimnya Imam Shafie, sehingga Imam Ahmad belajar darinya. Imam Shafie dibenarkan
memberi fatwa semasa umur 15 tahun. Semasa memberi fatwa Al-Imam makan epal disebalik
selindangnya kerana pada masa itu Al-Imam masih belum baligh.


Tuan Guru Baba Haji Ghazali Ahmad Al-Fathoni, seorang Alim dalam Ilmu Akidah dan Kalam turut
mempunyai daurah sebulan sekali di Pondok Ledang. Masih lagi mensyarahkan Matan Aqidah
Thohawiyah dan lain-lain risalah berkenaan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

10. Sekarang banyak orang dapat ilmu tanpa keberkatan, tetapi memberi musibah atas diri dan
musibah atas orang lain. Hari-hari ada sahaja hukum baharu yang keluar dari ilmu google. Allah
berfirman Fas alu Ahla Zikra Tanyalah kepada Ahli Zikra iaitu orang yang mempunyai ilmu
pengetahuan. Ahli itu adalah orang yang sebenar-benar takut kepada Allah SWT. Akan datang
Dajjal datang mula dengan orang Alim, kemudian mengaku wali Allah, kemudian mengaku
Nabiullah kemudian akhirnya mengaku diri nya lah Allah.


11. Para malaikat melebarkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana atas perbuatan mereka.
Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia adalah pada jalan Allah (fisabilillah) sehingga ia
pulang. Jadikan kita orang yang menuntut ilmu.


http://aburazeen.blogspot.com/search/label/isu%20kalimah%20allah


12. Imam Nawawi berpesan seorang murid mesti duduk sebagai murid bukan sebagai guru. Tidak
boleh sandar ke dinding (kecuali yang sudah tua). Ilmu yang benar adalah ilmu yang memberi
faedah.

13. Untuk menuntut ilmu ada adabnya, untung kita datang belajar. Rezeki kefahaman dan rezeki
keberkatan dalam menuntut ilmu akan diperolehi dengan sempurnya adab belajar.


Bumi Johor kian subur dengan majlis ilmu, hatta di penghujung bandar JB-Pontian. Surau Nurus
Salam. Taman Pulai Indah. Kangkar Pulai, Johor Bahru turut menganjurkan pengajian kuliah
maghrib setiap hari kecuali malam Jumaat. Jadilah orang yang mengajar, atau pelajar atau
pendengar atau pencinta ilmu maka jangan kamu jadi golongan yang ke lima.

14. Dipenangguhan pengajian harini 8/1/2014 baris kesebelas dari atas mukasurat 93:
Tiada sah ilmu melainkan adab dan tiada sah adab melainkan dengan engkau ketahui segala
kaifiatnya, maka sebab itulah kedahulukan adab daripada lainnya sambung minggu depan.



Post: Semoga isteri dan anak-anak pak cik memahami betapa kurangnya masa yang dapat
diluangkan demi untuk memburu ilmu bagi kemanfaatan dunia akhirat. Pesanan akhir ...hidup di
dunia ini sementara akhirat jua kekal abadi, oleh itu kejarlah akhirat ..nanti engkau akan lihat
dunia akan mengejarmu pula!.

Anda mungkin juga menyukai