Anda di halaman 1dari 2

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA KSSR


TAHUN 4/2014

TEMA KEMASYARAKATAN
TAHUN 4 TEKAD
TAJUK Cerianya Tamanku
MASA 9.30 10.30 pagi
STANDARD
PEMBELAJARAN
3.3.3
Membina dan menulis jawapan pemahaman
berdasarkan soalan yang bertumpu dan bercapah
dengan betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. membina ayat berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu
dan bercapah.
ii. menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman yang
bertumpu dan bercapah.
AKTIVITI
1. Murid ditunjukkan alat menjaga kebersihan dan berbincang
tentang kegunaan alatan tersebut dan kaitannya dengan
menjaga kebersihan.

2. Guru membimbing murid menamakan dan menulis pada papan
tulis tentang alatan lain yang sesuai digunakan untuk menjaga
kebersihan kawasan rumah dan taman dan menyatakan sumber
kewangan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong.

3. Murid membaca petikan yang dipaparkan pada skrin dengan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan membina
jawapan untuk soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan
petikan yang dibaca.

4. Murid menggarisi isi petikan yang menjadi jawapan pada
paparan skrin dengan menggerakkan kursor.

5. Murid menulis jawapan pemahaman menggunakan ayat yang
gramatis berdasarkan petikan.
Pemulihan
Murid mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang
diberi.
Pengayaan
Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang
dibaca.
PENGISIAN
KURIKULUM
Ilmu : Sivik, Celik Kewangan
Nilai : Bekerjasama, Kebersihan, Prihatin, Patuh
EMK : TMK
KB : Menjana Idea, Mengecam
BCB : Bacaan Mentalis
BAHAN BANTU
BELAJAR
LCD, benda maujud, lembaran kerja
PENILAIAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan
pemahaman dengan betul.
REFLEKSI
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Anda mungkin juga menyukai