Anda di halaman 1dari 6

1.

CONTOH KARANGAN SYARAHAN



Anda mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan
syarahan di peringkat daerah .Tajuk syarahan tersebut
ialah kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid. Anda dikehendaki menyediakan teks
syarahan tersebut selengkapnya.

[ CONTOH JAWAPAN MURID]
Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis
,barisan panel hakim yang bijaksana ,dan hadirin yang
akan saya sampaikan ialah Kepentingan penguasan
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Menurut Kamus Dewan,penguasaan bahasa
inggeris dapat didefinisikan sebagai penghayatan atau
penggunaan bahasa inggeris dengan betul dan
lancar.Pelajar akan dapat mencapai markah ujian bahasa
inggeris yang cemerlang setiap kali peperiksaan diadakan
serta mempengaruhi kedudukan pelajar dalam
kelas.Malah menjadi contoh ataupun tokoh di sekolah.
Pelajar juga senang memahami buku yang
berbahasa inggeris dan akan memberi impak yang besar
dalam pencapai pelajar tersebut.Bak bidalan,kemana
tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.Dengan penguasaan
tersebut ,pelajar mendapat manfaat daripada pelbagai
aspek iaitu aspek kejayaan,kefahaman dan juga social.
Di Malaysia ,terdapat pelbagai kaum dan
agama,oleh sebab itu,penguasan bahasa inggeris
mempengaruhi kehidupan seharian pelajar .Dengan
itu,pelajar senang berkomunikasi ,sekali gus lebih
berkeyakinan apabila bersama rakan rakan belainan
mahupun satu agama dan kaum serta mengukuhkan ikatan
yang berkonsepkan 1 malaysia.
Selain itu,di Negara orang pun pelajar dapat
menyesuaikan diri.Senang bergaul dan memahami budaya
di sana apabila mendapat peluang ke luar Negeri.Tidaklah
seperti katak di bawah tempurung yang tidak tahu yang
mana hujung yang mana pangkalnya.
Oleh itu,bahasa inggeris dimartabatkan sebagai
bahasa antarabangsa dan juga bahasa kedua selepas
bahasa melayu kepada kita.Dengan ini,pelajar dan juga
masyarakat wajib mempelajari bahasa inggeris walau apa
cara sekalipun.



[ JAWAPAN YANG TELAH DIBAIKI]

Yang saya muliakan Tuan Pengerusi majlis ,barisan panel
hakim yang bijaksana dan hadirin yang dihormati. Saya
berdiri di atas pentas yang indah ini untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk Kepentingan penguasaan bahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar.
Menurut Kamus Dewan, penguasaan bahasa
Inggeris dapat didefinisikan sebagai penghayatan atau
penggunaan bahasa Inggeris dengan betul dan lancar.
Manakala pelajar merujuk kepada murid-murid yang
belajar di sekolah menengah hingga di menara gading.
Banyak kepentingan penguasaan bahasa Inggeris bagi
pelajar-pelajar. Mereka akan dapat mencapai markah
ujian bahasa Inggeris yang cemerlang setiap kali
peperiksaan diadakan. Hal ini dapat melojakkan prestasi
akademiknya secara keseluruhan.
Mereka juga mampu mewakili sekolah dalam
pertandingan perbahasan bahasa Ingeris dan sebagainya.
Kini banyak pertandingan kemahiran bahasa Inggeris
diadakan pada peringkat sekolah dan peringkat
kebangsaan. Apabila mereka dapat mewakili sekolah
sudah pasti mereka disanjung tinggi lebih-lebih lagi
apabila mereka berjaya ke peringkat kebangsaan.
Pelajar juga senang melayari internet. Banyak
berita, ilmu dan maklumat dari seluruh dunia dapat diikuti
melalui laman-laman sesawang. Rujukan bagi pelbagai
disiplin ilmu dapat dilakukan sepanjang masa.
Keterbatasan dalam penguasaan bahasa Inggeris akan
mengekang keupayaan pelajar untuk menimba ilmu
sebanyak mungkin.

Malaysia member prioriti terhadap sektor
pelancongan. Sektor ini mampu menjana pendapatan yang
lumayan untuk negara. Pelajar yang menguasai bahasa
Inggeris dapat membantu sektor ini. Pelancong akan suka
melawat sesebuah negara sekiranya mereka mudah
berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Secara tidak
langsung pelajar dapat menjadi penunjuk arah, pemberi
maklumat dan pemandu pelancong.

Oleh itu,bahasa Inggeris wajar dikuasai oleh
setiap pelajar agar mereka menjadi modal insan yang
berguna kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.
Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya
terdapat cacat dan cela dalam syarahan saya . Sekian,
terima kasih.

p/s: Isi lain untuk tajuk ini ialah mudah belajar ke luar
negara.

2. Contoh Format Surat Tidak Rasmi.

1039, Jalan Bangau,
Kg. Mak Chili Paya,
24000 Kemaman,
Terengganu.

12hb. Januari 2011

Menemui sahabatku, Jefri bin Alias, yang kini berada
di Iskandariah, Mesir.

Saudara,
( Tanya khabar DAN beritahu khabar)
Apa khabar saudara sekarang? Saya sentiasa berdoa
agar saudara sentiasa sihat sejahtera dan berjaya
dalam segala lapangan kehidupan. Alhamdulillah,
saya bersyukur kepada Allah kerana saya sentiasa
dilimpahi rahmat-Nya.

[Isi-isi]

[Penutup]
Sampai di sini sahaja coretan saya untuk
renungan saudara. Saya berharap agar kita dapat
berjumpa lagi pada suatu hari nanti.
Sekian, wassalam.

Yang benar,

.
( Rusdi bin Andika)

Anda mungkin juga menyukai