Anda di halaman 1dari 9

Bencana Senjata Kimia dan Biologi

Saban hari kita terbaca atau terdengar pelbagai insiden dan ancaman keganasan berlaku di dunia ini
dan tidak kurang juga dengan kempen dan deklarasi anti keganasan. Asas keganasan sama ada di
atas sebab keselamatan, politik, dendam, kekecewaan dan sebagainya telah menyebabkan kematian
dan kemusnahan harta benda dan alam sekitar. Kita bersyukur dengan keamanan yang wujud di
Malaysia setelah 45 tahun merdeka dan tidak pernah terlintas di fikiran kita akan berlakunya
peperangan dan keganasan apatah lagi yang melibatkan senjata pemusnah besar-besaran seperti
sejata kimia dan biologi. Ancaman penggunaan senjata kimia dan biologi oleh pengganas
antarabangsa kini muncul semula semenjak kejadian serangan Antraks di Amerika tahun lalu.

Kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia pada 26 Oktober lalu agar pakar perubatan sentiasa
bersedia dengan kewujudan penyakit yang tidak diketahui puncanya dan kematian misteri yang
mungkin angkara pengganas bio harus diberi perhatian oleh masyarakat umum dan bukan di
kalangan pengamal perubatan sahaja. Orang ramai berhak untuk mengetahui tentang bahaya agen
bio dan kimia ini dan bagaimana mengenali simptom-simptomnya dan seterusnya apa yang harus
dibuat pada saat-saat kecemasan serta bagaimana mendapatkan bantuan.

Kita masih ingat lagi bagaimana seluruh negara berada dalam keadaan ketakutan dan panik, apabila
berlakunya peristiwa wabak penyakit Nipah yang menyebabkan kematian 118 orang penduduk di
Bukit Pelanduk. Kita juga tidak lupa dengan peristiwa surat-surat yang mengandungi kuman antraks
palsu pada awal tahun, dan yang terakhir penyakit meningitis yang meragut nyawa beberapa
pelajar universiti dan kawasan sekitarnya di Selangor pada September lalu.

Sebenarnya penggunaan agen biologi dan kimia telah.dikesan semenjak tahun 1919 lagi dan yang
terbaru penggunannya oleh tentera Rusia di sebuah panggung teater di Moscow pada 26 Oktober
lalu di mana lebih 118 orang terbunuh dan beratus lagi di masukkan ke hospital. Penghasilan senjata
jenis ini walau dilarang oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu namun ia tetap juga dihasilkan
bukan sahaja di kalangan pengganas bahkan oleh negara-negara besar seperti Amerika dan Rusia.

Penubuhan unit NBCD (Nuclear, Biology and Chemical Defence) oleh Angkatan Tentera Malaysia bagi
menangani ancaman senjata nuklear, kimia dan biologi pada 1 April yang lalu amatlah dihargai. Unit
ini bertanggungjawab untuk mengesan dan meneutralkan agen-agen tersebut. Jika terpaksa unit
tersebut juga dilaporkan akan membantu dalam rawatan. Diharap fungsi unit ini di samping agensi-
agensi keselamatan dan kesihatan yang lain dapat diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Pusat
Latihan Serantau Bagi Mencegah Keganasan di Kuala Lumpur. Pusat ini yang telah dipersetujui oleh
pemimpin Asean semasa menghadiri Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Los Cabos,
Mexico pada 27 Oktober lalu akan memberi latihan bagi meningkatkan keupayaan dan kemampuan
negara serantau dalam menghadapi masaalah keganasan.

Di samping meningkatkan keselamatan dalam menangani isu keganasan kimia dan bio , kita juga
mengharapkan agar tahap keselamatan dipertingkatkan di tempat-tempat yang berpotensi boleh
menyebabkan kehilangan nyawa besar-besaran seperti di industri berasaskan bahan kimia, pusat
penyelidikan atau perkhidmatan berasaskan bakteria dan virus serta pusat perlupusan sisa toksik.
Ini bagi mengelakkan bukan sahaja dari ancaman pengganas tetapi yang lebih merbahaya iaitu
kemalangan akibat kecuaian dan ketidakperihatinan manusia. Kita masih lagi ingat dengan
penemuan berpuluh-puluh tong sisa potasium sianida terbiar di Pangkor pada 1999 yang mampu
membebaskan hidrogen sianida dan boleh membunuh seluruh penduduk Pulau Pinang dalam masa
yang singkat.




Senjata Kimia

Rencana ini bertujuan memberi penerangan tentang agen kimia dan bio yang pernah di gunakan
sebagai senjata pemusnah besar besaran dan bagaimana mengenalpasti samada alam sekitar kita
telah di cemari dengan agen agen tersebut dan tanda tanda keracunannya. ( Sumber: Public Health
Response to Biological and Chemical Weapon-WHO Guide,2nd edition, November 2001)

Senjata kimia

Senjata kimia ditakrifkan sebagai bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kematian dan
kerosakan samada sementara atau kekal. Peralatan penggunaanya juga dianggap sebagai senjata
kimia sekiranya tujuan utama penggunaannya ialah untuk menghasilkan kesan toksik terhadap
musuh. Gas pemedih mata atau lain lain kimia bagi mengawal ketenteraman awam akan juga
dianggap sebagai senjata kimia jika diguna bagi tujuan permusuhan atau persengketaan.

Mengenali pencemaran senjata kimia

Kejadian pencemaran oleh senjata kimia dikenali melalui:
Ramai mangsa mempunyai simptom keracunan yang sama dan serentak serta datang dari satu
daerah yang sama. Simptom ini timbul dengan cepat dari beberapa minit hingga beberapa jam.
Secara amnya simptom-simptom tersebut melibatkan sistem pernafasan, mata, kulit dan saraf.
Contoh, loya, sakit kepala, pedih mata, hilang kawalan diri atau orientasi, sukar bernafas, sawan dan
mati secara tiba-tiba.
Banyak haiwan yang hampir mati atau mati
Ketiadaan serangga yang biasa kelihatan
Peralatan atau bungkusan yang meragukan dengan titisan atau lapisan minyak, sisa atau residu
berwarna serta bau yang busuk (pungent).
Kabus yang tidak berkaitan dengan cuaca.

Jenis jenis senjata kimia dan simptom keracunannya


Kumpulan
Contoh kimia
Simptom keracunan
Gas Pemedih Mata; Ia di kenali juga sebagai perengsa sistem deria.
10-kloro-5,10-dihidrofenarsazina (Adamsite atau DM)

w-kloroasetofenon (CN)

a-bromofenilasetonitril (Larmine,BBC atau CA)

2-klorobenzalmalononitril (CS)

dibenzoxepin (CR)

oleoresin capsicum(OC)

3-quinuclidinil benzilat (BZ)
Kesan keracunan yang serta merta.

Mata kesakitan, berair dengan banyak dan kejang kelopak mata.

Keradangan pada mulut, tekak, hidung dan kulit. Boleh juga mengakibatkan muntah.

Perengsa paru-paru
Fosgen

Kloropikrin



Kesan seperti sesak nafas dapat dilihat di antara 24-72 jam . Selain itu ialah batuk, ketat dada,
kahak berbuih dan berdarah, loya dan rasa ketegangan serta kegagalan fungsi jantung.

Lain-lain simptom ialah keradangan pada mata, kulit, sakit perut, sakit kepala, pucat dan mengantuk.

Gas darah
Hidrogen sianida

Cepat kadar pernafasan, gayat, pening, sukar bernafas, muntah, sawan dan tidak sedarkan diri.

Pada dos yang tinggi, simptom tidak sempat muncul kerana biasanya mangsa akan terus tidak
sedarkan diri dan mati.

Gas pelepuh

Bis(2-kloroetil)sulfide ( Gas mustard)

2-klorovinildikloroarsin ( Lewsite)

bis(2-kloroetilthioetil)eter ( Agen T)

tris(2-kloroetil)amin ( Mustard nitrogen)

2-chlorovinyldichloroarsine (arsin)
Kesan keracunan berlaku dalam jangkamasa 2-24 jam

Kecederaan kecil;
Mata sakit dan berair,keradangan pada kulit dan lapisan mukosa, bersin dan batuk,

Kecederaan teruk;
Buta mata, kulit melepuh, nekrosis,loya, muntah, cirit dan kesukaran bernafas.

Gas Saraf


Etil N,N-dimetilfosforamidosianidat (Tabun atau GA)

O-isopropil metilfosfonofluoridat(Sarin atau GB)

O-1,2,2-trimetilproppil metilfosfonofluoridat (Soman atau GD)

O-siklo metilfosfonofluoridat (Siklosarin atau GF)

O-etil S-2-diisopropilaminoetil metilfosfonofluoridat (VX)
O-etil S-2-dimetilaminoetil metilfosfonofluoridat(Medemo)

O-isobutil S-2-dietilaminoetil metilfosfonofluoridat(VR)
Sangat toksik dan cepat bertindakbalas. Ia boleh meresap melalui kulit.

Dos rendah;
Air liur berlebihan, selsema, tekanan pada dada, anak mata mengecil,kesukaran melihat, sakit
kepala,keletihan, halusinasi dan loya.

Dos tinggi;
Kesukaran bernafas dan batuk,sakit perut,muntah, berpeluh, mata berair dan berlebihan air liur,
terkencing, mengigil, sawan, kekejangan otot, tidak sedarkan diri dan mati.

Senjata Biologi

Senjata biologi ialah agen toksin sama ada dari kumpulan bakteria, kulat, virus atau toksin dari
haiwan dan tumbuh-tumbuhan dengan sebab toksisitinya (bukan sebab jangkitan) akan
menyebabkan kerosakan yang sama seperti dalam senjata kimia tadi.

Mengenali pencemaran senjata biologi

Kejadian pencemaran oleh senjata biologi agak sukar dikenali kerana ia tidak mempunyai ciri-ciri
fisikal yang jelas seperti bau. Gejalanya hanya timbul setelah beberapa jam atau beberapa hari.
Insiden biologikal selalunya merangkumi kawasan yang lebih luas kerana pergerakan individu yang
tercemar tanpa disedari. Secara amnya kejadian pencemaran oleh senjata biologi dikenali melalui:
Kewujudan dan pertambahan mendadak sesuatu jenis penyakit di kalangan populasi yang sihat.
Ramai mangsa menghadapi simptom yang sama seperti masalah pada sistem pernafasan, sakit di
bahagian perut dan demam.
Kewujudan penyakit yang lazimnya berlaku (endemik) tetapi tidak pada masa dan corak yang
sepatutnya.
Kewujudan penyakit yang biasanya tidak normal pada geografi sesuatu negeri.
Corak rintangan antibiotik yang tidak normal.
Kematian atau kecederaan spesis haiwan dan ikan.
Kemunculan kumpulan serangga tertentu.

Jenis jenis senjata biologi dan simptom keracunannya.

Kumpulan
Contoh biologi
Simptom keracunan
Bakteria dan virus
Toksin Botulinum atau Clostridium botulinum




Ricin dari Escherichia coli



Salmonella enteritidis
(telur ayam)



Lain-lain; Antraks(Bacillus anthracis), Taun, Campak, Cacar , Aflatoxins, Brucellosis, Glanders, Demam
Q dan lain- lain.
Dalam masa 1- 3 hari, mangsa akan sakit perut, cirit birit, gangguan penglihatan, pening dan lemah
otot. Setelah beberapa hari sistem pernafasan dan lain-lain fungsi badan akan lumpuh dan
menyebabkan kematian.


Badan dihalang dari mengeluarkan protein dan menyebabkan tekanan darah menurun dan
seterusnya menyebabkan jantung tidak berfungsi dan mati.

Demam, perut memulas dan cirit-birit bermula di antara 12-72 jam dan berakhir di antara 4-7 hari. Ia
boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.


Bergantung kepada jenis agen biologi.
bioregulators
Bahan P, sejenis polipeptid (berat molekul = 1,350 D)
Penurunan tekanan darah yang mendadak dan menyebabkan tidak sedarkan diri.


1988-Halabja, Iraq-

1.gif (69177 bytes)



Gas pelepuh






Ketidaksuburan dan kecacatan bayi:
Senjata kimia

Gas mustard telah dikesan dalam peperangan teluk di antara Iran dan Iraq di antara 1985-1988.
Analisa air mani, pengukuran hormon dan testicular biopsy telah dijalankan ke atas 81 orang
setelah pendedahan selama 3 tahun bagi penentuan ketidaksuburan. Keputusan mendapati 34
orang tidak mempunyai sperma langsung di dalam air maninya dan 47 orang mengalami kekurangan
bilangan sperma. Saintis tersebut mengaitkan insiden tersebut dengan pendedahan ke atas gas
mustard.

Agen orange yang digunakan oleh tentera Amerika dalam peperangan di Vietnam telah memberi
kesan teruk ke atas sistem pembiakan lelaki dan wanita di samping kesan lain ke atas sistem saraf
dan kanser. Kesan penggunaanya masih lagi dapat di lihat hingga hari ini melalui anak-anak yang
cacat anggota badan.N

Anda mungkin juga menyukai