Anda di halaman 1dari 40

1

PENGHARGAAN
Pertama sekali setinggi kesyukuran saya ucapkan kerana dengan izin Allah S.W.T
saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dengan sebaik mungkin. Saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Terima kasih kepada Puan Nur Hanani bt Salamat atas
tunjuk ajar beliau dan kesudian beliau datang ke Hospital Taiping memantau saya
dan rakan seperjuangan di sini. Saya ucapakan terima kasih atas nasihat yang
diberikan. Tidak lupa juga kepada staff yang bertugas di Hospital Taiping yang tidak
jemu dalam memberi ilmu dan tunjuk ajar, terima kasih saya ucapkan. Kepada
sahabat dan rakan seperjuangan tidak kira di Hospital Taiping mahu pun di Hospital
lain jutaan terima kasih di ucapkan kerana sentiasa mendoakan agar semua yang di
rancang berjalan dengan lancar. Kepada kedua ibu bapa yang selalu di sisi jutaan
terima kasih di ucapkan. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu mebalas jasa baik
mereka. Sekian ikhlas dari diri ini MOHAMMAD SABRI BIN ARIF.


2

KANDUNGAN


ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN

3

PENYAKIT YANG BERKAITAN JANKITAN PEREDARAN DARAH

4-9

PENDIAGNOSAN MAKMAL JANGKITAN PEREDARAN DARAH

10-11

PATOGEN BERKEMUNGKINAN


12

REAGENT & PERALATAN


13

MEDIA YANG DIGUNAKAN

14

PROSEDUR

16-25

PATHOGEN YANG DIJUMPAI DALAM KULTUR DARAH.


26-32

JENIS-JENIS UJIAN YANG DI LAKUKAN

33-35

RUMUSAN

36

RUJUKAN

37

LAMPIRAN

38-40
3


PENGENALAN

Sistem peredaran darah

Darah merupakan komponen yang sangat penting dalam badan manusia. Ia
bertindak bagi memastikan kelancaran sistem peredaran dalam badan.Darah juga
berfungsi sebagai pengangkut oksigen pada badan manusia dan bertanggungawab
menghantar oksigen pada seluruh sel-sel badan..Kehadiran bakteria di dalam darah
adalah sesuatu tidak baik. Apabila ini berlaku, sistem peredaran darah seseorang itu
akan mengalami gangguan dan terjadinya jangkitan.
Jangkitan boleh berlaku secara langsung disebabkan oleh kemasukan bakteria di
dalam peredaran darah.Ia selalunya berlaku apabila sistem pertahanan badan
seseorang itu sangat lemah dan tidak mampu untuk menghalang kemasukan
bakteria ke dalam saluran darah.Ia juga boleh disebabkan pesakit terdedah terlalu
lama dengan keadaan yang berisiko tinggi penyebab jangkitan bakteria. Akibatnya,
badan seseorang itu akan terinfeksi dengan sangat cepat.


4

PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN JANGKITAN PEREDARAN DARAH.

BAKTEREMIA

Bakteremia adalah keadaan dimana terdapat kehadiran bakteria di dalam darah. Ia
boleh diklasifikasikan kepada 2 iaitu Bakteremia Primer dan Bakteremia Sekunder.
Bakteremia primer selalunya disebabkan oleh sumber endovascular seperti dari
injap kardiak yang terinfeksi dan pesakit yang memakai catheter .Ini disebabkan
laluan catheter yang dipakai terlalu lama mudah dijangkiti oleh bacteria.Bakteria
yang terdapat pada alat berkenaan akan masuk ke dalam badan dan seterusnya
masuk ke saluran darah pesakit.Bakteremia sekunder pula berpunca daripada
sumber extravaskular seperti dari paru-paru pesakit itu sendiri yang menghidapi
pneumonia.
Bakteria dalam darah boleh diklasifikasikan secara mikrobiologi seperti gram
negative bakteremia, gram positif bakteremia ,anaerobic bakteremia dan
polymicrobial bakteremia. Organisma yang tergolong dalam gram positif bacteremia
adalah Streptococcus pneumonia, Staphylococcus aureus dan Enterecocus
faecium.Gram negative bakteremia pula ialah Escherichia coli dan Pseudomonas
aeruginosa.Anaerobic bakteremia pula ialah Bacteriodes fragilis dan polymicrobial
bacteremia pula terdiri daripada organisma campuran (mix organism).

5



Ruam ini, yang dipanggil petechia dan Purpura, mungkin tanda-tanda bakteria dalam
saluran darah (bacteremia).


Terdapat beberapa simptom jangkitan Bakteremia:

Tachypnoea
demam
tachycardia
Hypoxemia
Diaphoresis
hipotermia



6

ENDOCARDITIS

Endocarditis adalah satu inflamasi pada lapisan dalam jantung iaitu pada
endocardium.Ia terjadi apabila bakteria masuk ke dalam peredaran darah.
Tetapi tidak semua bakteria yang masuk ke dalam peredaran darah boleh
menyebabkan endocarditis. Ia berlaku apabila bakteria yang masuk ke dalam
peredaran darah melekat pada bahagian yang rosak pada lapisan dalam
jantung atau pada injap jantung yang abnormal. Ia juga selalunya melibatkan
struktur lain seperti septum interventricular, tendineae chordoe dan mural
endocardium
Endocarditis boleh dikelaskan kepada pelbagai katogeri .Tetapi, klasifikasi
yang paling mudah adalah berdasarkan etiologi iaitu sama ada infektif atau
tidak infektif.Endocarditis yang infektif berlaku apabila satu jisim kecil yang
dipanggil vegetations terbentuk pada tempat infeksi.Apabila vegetations dapat
dilihat di bawah mikroskop,mikroorganisma yang menyebabkan infeksi dapat
dilihat membentuk jalinan fibrin.
Jangkitan endokarditis adalah suatu keadaan yang dicirikan
oleh jangkitan mikrob permukaan endothelial
jantung, paling biasa melibatkan injap
endokarditis heart
1) Berjangkit boleh disebabkan oleh
bilangan mikroorganisma dan boleh hadir bersama
tanda-tanda seperti demam, menggigil, anoreksia, dan nafas yg sulit.
Diagnosis endokarditis boleh menjadi sukar tetapi boleh
7

dibuat dengan memenuhi kriteria tertentu serta-diterangkan,
termasuk kehadiran budaya darah positif untuk
mikroorganisma penyebab biasa dan pengesahan
penglibatan endocardial dilihat pada echocardiography.
2) Tanda-tanda fizikal endokarditis banyak dan
termasuk murmurs jantung, yang dihadapi kerap,
dan tanda-tanda persisian-endokarditis
yang lebih kurang biasa. apabila ketidakpastian
wujud, tanda-tanda periferal mungkin berguna untuk menyokong
diagnosis endokarditis.



SIMPTOM-SIMPTOM ENDOCARDITIS:
Demam
Hilang selera makan
Turun berat badan
Sakit kepala
Sakit belakang
Sakit sendi
Nafas pendek



8


SEPSIS

Sepsis adalah satu keadaan dimana keseluruhan badan seseorang itu
mengalami inflamasi atau jangkitan yang boleh menyebabkan kematian. Ia
juga dikenali sebagai blood poisoning. Apabila ini berlaku, badan akan
menghasilkan Tindakbalas inflamasi oleh sistem imun kepada pathogen yang
terdapat dalam peredaran darah.Pesakit sepsis yang sudah teruk biasanya
dirawat dalam unit penjagaan rapi dengan memasukkan cecair intravenous
dan rawatan antibiotik. Jika cecair pengganti tidak cukup untuk mengekalkan
tekanan darah ,spesifik vasopreesor medication boleh digunakan sebagai
ganti..

Selulitis, suatu infeksi kulit, boleh menyebabkan sepsis (keracunan darah),
terutamanya dalam orang tua dan orang-orang yang mempunyai diabetes atau
penyakit lain yang akan mengubah sistem imun.

9



SIMPTOM SEPSIS:
Demam
Menggigil yang teruk
Jantung berdegup kencang, bernafas dengan laju dan
tekanan darah rendah
Pening kepala
Terdapat radang pada kulit

10

PENDIAGNOSAN MAKMAL JANGKITAN PEREDARAN DARAH

Pendiagnosan makmal jangkitan peredaran darah seperti
bakteremia,septicaemia dan endocarditis untuk mengenalpasti pathogen yang
menginfeksi boleh dilakukan secara kultur darah. Sampel darah untuk kultur
darah sepatutnya diambil sebelum rawatan antibiotik diberi kepada pesakit.Ia
lebih sesuai diambil sewaktu suhu badan sedang meningkat. Bagi jangkitan
endocarditis, contoh darah boleh diambil pada bila- bila masa. Contoh darah
bagi ujian kultur dan sensitiviti mestilah dipungut secara aseptik.

Pada masa kini, kultur darah dilakukan secara automated di kebanyakan
makmal mikrobiologi iaitu dengan menggunakan mesin Bactec 9240. Mesin
ini boleh mengesan kehadiran mikroorganisma di dalam spesimen darah.
Spesimen darah dari pesakit dimasukkan ke dalam botol Bactec secara
aseptik. Spesimen darah pada badan manusia sememangnya adalah
steril.Jadi.sepanjang proses pengeraman berlaku di dalam mesin Bactec
9240,sepatutnya tiada sebarang kahadiran bakteria.Tetapi akan berlaku
sebaliknya jika spesimen darah yang diambil sememangnya telah dijangkiti
bakteria sejak dari dalam tubuh pesakit itu, Maka akan terdapatlah botol kultur
darah

11

BLOOD CULTURE & SENSITIVITY
Untuk mengenalpasti organisma seperti bacteria dan fungi yang menyebabkan
septicemia
Prinsip bactac sistem
Prosedur kualitatif bagi pengesahan pengkulturan mikroorganisma dalam darah.
Botol kultur darah mempunyai bahan kimia resins fluorescences yang menyerap
peningkatan metabolisma pengeluaran karbon dioksida yang dikeluarkan oleh
pertumbuhan mikroorganisma dalam botol kultur. Sensor infrared spectrophotometer
akan mengesan karbon dioksida melalui peningkatan fluorescence setiap 10 minit.
Botol positif dengan pertumbuhan mikroorganisma akan dianalisa dalam bentuk
signal.
PEMUNGUTAN SPESIMEN DARAH
Spesimen darah yang diambil daripada pesakit hendaklah dipungut secara aseptik
oleh doktor yang bertugas. Sapu bahagian yang hendak ditusuk dengan alkohol
swab dengan betul untuk memastikan spesimen darah yang di ambil steril.Ini bagi
mengelakkan keputusan ujian pesakit menjadi false positive disebabkan sampel
pesakit tercemar dengan organisma pada permukaan kulit pesakit tetapi bukan pada
darah.Setelah spesimen darah diambil,ia perlulah dimasukkan ke dalam botol
Bactec yang betul untuk mengikut kategori pesakit secara aseptik.

Botol penutup biru (aerobic) Dewasa 5-10mL darah
Botol penutup silver Kanak-kanak 1-3mL darah
Botol tutup merah fungus
12


PATOGEN BERKEMUNGKINAN

GRAM POSITIF GRAM NEGATIF
Actinomyces/Nocardia Acinetobacter spp
Coagulase negative staphylococcus Burkholderia cepacia
Corneybacterium spp Burkholderia pseudomallei
Enterococcus spp Enterobacteriacea
Erysipelothrix rhusiopathiae Pseudomonas aeruginosa
Rhodococcus equi Pseudomonas spp
Listeria monocytogenes Cryseobacterium
meningosepticum
Staph.aureus Stenotrophomonas
malthophillia
Staph.bovis Aeromonas spp
Staph.groupB HACEK organisms
Staph.viridans
Mycobacterium spp










13


REAGENT

3ml Tryptone water
API kits & its reagents
Crystal kit
Biochemical set media
Gram stain
Reagent dan kit untuk pengenalpastian gram positif
Reagent dan kit untuk pengenalpastian gram negative
Ether-alcohol

PERALATAN

Mikroskop/lens paper/oil immersion
Bunsen burner
Glass slides
Forceps
Marker pen/pensil gris
Sterile swab
1ml syringe
Sterile needle dan syringe
Sterile pastuer pipettes
Wire loop/stab wire


14

MEDIA
Blood agar & mac conkey agar


AGAR MAC CONKEY




PENGENALAN :

Agar Mac Conkey merupakan agar selektif dan medium pengasingan bagai mengesan
koliform organisma dan enterik patogenik

PRINSIP :

KAND bile salt dalam medium ini adalah bertujuan untuk menjadikan ianya selektif yang
group enterik. Crystal voilet yang terdapat akan menghalang pertumbuhan organisma yang
gram positif di mana ia juga dapat membezakan organisma enterik dengan pengabungan
antara lautos dan penunjuk neutral red.

ARAHAN KERJA:

1) Timbang 50 gm serbuk agar dan masukkan ke dalam 1 liter air suling.
2) Sebatikan dengan perlahan-lahan.
3) Panaskan perlahan-lahan sehingga serbuk agar larut.
4) Sterilkan dengan mengunakan autoclave pada suhu 121C untuk 15 minit.

KEPUTUSAN :

Escherichia coli koloni merah ros
Proteus mirabilis koloni tiada warna



















15








PENGENALAN :

Agar darah merupakan agar yang diperkayakan dengan penambahan darah sucihama
untuk pemencilan pertumbuhan haemolyte Streptococci dan organisma yang sukar
untuk pertumbuhannya.

PRINSIP :

Medium ini diperkayakan dengan bahan heart muscle infusion, casien peptone dan
ekstrak yis di mana ia membekalkan komponen karbon, sulfur, vitamin dan bahan yang
lain. Dengan kehadiran sodium klorida akan menstabilkan osmotic equilibrium.

ARAHAN KERJA:

1) Timbangkan 40g serbuk agar dan dimasukkan ke dalam 1 liter air suling.
2) Campurkan dengan perlahan-lahan dan panaskan dengan keadaan agitasi untuk
melarutkan serbuk yang rata.
3) Sterilkan medium tersebut di dalam autoclave pada suhu 121C untuk 15 minit.
4) Biarkan sejuk pada suhu 45C dan tambahkan dengan 5% steril darah.

KEPUTUSAN :

Streptococcus pyogenes tumbuh beta-haemolysis
Streptococcus pneumoniae tumbuh alpha-haemolysis
Stapylococccus aureus tumbuh





Sekiranya organisma tumbuh atas BA sahaja ia adalah gram positif
Sekiranya organisma tumbuh atas BA dan MAC ia adalah gram negatif



AGAR DARAH

16

Prosedur
Hari pertama
1. Ambil spesimen dari kaunrter penerimaan spesimen.

2. Terima sampel dalam botol bactec. Terdapat 2 jenis sekiranya pesakit dewasa
penutup botol bactec berwarna biru, sekiranya penutup warna putih ia adalah
pesakit kanak-kanak.

3. Periksa botol bactec denagn boring yang diterima, lihat sama ada nama pada
boring dan botol sama ada sama atau tidak. Sekiranya tidak, spesimen
hendaklah ditolak. Sekiranya tiada sebarang masalah, ujian boleh dijalankan.

4. Label barcode pada botol dan borang. Masukan data dalam komputer
seterusnya masukkan botol bactec dalam mesin bactec.

5. Proses pengeraman ini mengambil masa 5 hari.











17

Proses di dalam mesin bactec.
Setelah botol dieram selama 5 hari, keputusan menunjukkan negatif
botol tersebut akan dikeluarkan dan spesimen bebas dari sebarang
organisma merbahaya.
Sekiranya botol menunjukkan keputusan positif, botol tersebut perlulah
dikeluarkan bagi menjalankan ujian selanjutnya bagi mengenalpasti
organisma apa yang menyebabkan ia menunjukkan keputusan positif.
Pastikan barcode pada botol disahkan bagi mengelakkan mesin
mempunyai masalah di masa akan datang.
Cari borang bagi botol tersebut dan lakukan ujian pengesahan.













18


SAMPEL DARAH YANG POSITIF

HARI PERTAMA




1. Botol yang positif di bawa keluar dari Mesin Bactec dan disahkan barcodenya
pada mesin bagi mengelakkan masalah pada mesin bactec.






19










2. Periksa nombor dan nama pada botol adalah tepat. Cari borang bagi botol
tersebut dan pastikan nama pada borang dan botol adalah sama.

3. Label pada slaid kaca dan media yang akan digunakkan bagi mengelakkan
kekeliruan berlaku.





4. Sterilkan botol bactec dengan menggunakan 70% alcohol dengan mengelap
pada penutup botol bactec tersebut.
20









5. Sampel di ambil dengan menggunakan jarum yang steril




6. Suntik ke atas slaid untuk di gram stain.











7. Keringkan slaid kaca untuk prosedur gram stain
21




8. Kemudian dengan menggunakan jarum yang sama letakkan setitik darah di
atas agar BA dan MAC untuk di kultur.

9. Buang jarum tersebut di dalam sharp bin.





10. Sampel tersebut di kultur dengan wire loop yg di suci hama.



22




















11. Tambahkan staph aureus pada blood agar sebagai penganti faktor V

12. Eramkan pada suhu 37 darjah celcius selama semalaman.






23

1) 2)












3) 4)














13. Lakukan gram stain pada slaid berkenaan dan tulis keputusan gram stain
pada borang.

Prosedur gram stain








1. Crytal
violet
30 saat
2. Lugos
iodin
30 saat
3. Aceton
iodin
3 saat
4. Safranin 30 saat

24


Hari kedua

1. Lihat koloni yang tumbuh di atas plate. Sekiranya tumbuh di atas BA
sahaja menunjukkan ianya gram positif

2. Lakukan ujian katalase bagi membezakan sama ada ianya staph @
strep. Kemudian lakukan ujian coagulase bagi membezakan sama ada
ianya stap aureus atau yang lain. Ujian ini dijalankan sekiranya katalase
positif.


3. Sekiranya ujian coagulase menunjukkan keputusan negatif lakukan
ujian sensitivity novobiocin. Sekiranya keputusan sensitif, ia adalah
s.epidermidis sekiranya ianya adalah resistan ia adalah s.sapropiticus.

4. Sekiranya koloni tumbuh di atas BA dan MAC ianya adalah gram
negatif.


5. Lakukan ujian sugar set dan sensitiviti.

6. Perhatikan koloni samaada ianya LF atau NLF.


7. Sekiranya LF sugar setnya adalah TSI,Urea,Citrate,MIL,MR,Malanite


8. Sekiranya NLF sugar setnya adalah TSI,Citrate,OF dan TTC.

9. Drug yang digunakan bagi ujian sensitiviti adalah LF,NLF dan Pseudo.

Hari ketiga

1. Baca keputusan bagi ujian semalam

2. Masukkan data kedalam computer dan keluarkan keputusan organisma
apa, cetak dah hantar ke wad semula untuk doktor memberi rawatan
selanjutnya bagi pesakit


25

BOTOL YANG NEGATIF
1. Setelah cukup 5 hari pengeraman di dalam mesin Bactec,darah yang
tidak menunjukkan sebarang bacaan iaitu negatif akan dikeluarkan dari
mesin Bactec.
2. Ambil borang permohonan ujian bagi botol-botol kultur darah
negative ini dan laporkan sebagai no growth.
3. Botol kultur darah yang negative disimpan beberapa hari.Apabila
selesai, botol darah yang tinggal boleh dibuang.


26

PATHOGEN YANG DIJUMPAI DALAM KULTUR DARAH.

STAPHYLOCOCUS

Staphylococcus aureus merupakan sejenis organisma gram positif cocci
dalam bentuk berkelompok, berpasangan atau tetrads. Tumbuh dengan baik
dalam keadaan aerobik dan fakultatif anaerobik pada suhu 37C. Ia juga
merupakan organisma yang tidak motil dan tidak berkapsul. Ciri-ciri koloni
pada agar darah menunjukkan ianya adalah opaque, bulat, convex dan licin
saiz koloninya berukuran 1-2mm dan menghasilkan koloni berwarna kuning
atau warna putih kekuning-kuningan. Selain itu, sesetengah strain
Staphylococcus aureus menghasilkan beta hemolisis apabila dikultur atas
agar darah. Kebanyakkan strain Staphylococcus aureus berupaya menapai
mannitol pada mannitol salt agar kerana dapat hidup dalam kepekatan garam
yang tinggi.



Merupakan gram positif cocci in cluster
Ujian catalase adalah positif
Diteruskan dengan ujian coagulase bagi membezakan antara Staphylococcus
aureus dan Staphylococcus yang lain.


27




Organisma ini merupakan organisma yang menghasilkan enzim catalase,
maka ujian catalase menunjukkan reaksi positif.Ujian yang paling sesuai bagi
membezakan Staphylococcus aureus daripada spesiesnya ialah ujian
Coagulase kerana keupayaannya menghasilkan enzim coagulase dengan
memberi keputusan yang positif manakala, keputusan negatif untuk ujian
coagulase menunjukkan spesies Staphylococcus epidermidis dan
Staphylococcus saprophyticus. Ujian Dnase juga dilakukan sebagai ujian
pengesahan kepada Staphylococcus aureus.
Antibiotik yang sensitif kepada Staphylococcus spesies ialah penicillin,
flucloxacillin, methicillin, cephalosporins, erythromycin dan vancomycin.
Organisma ini biasanya resistant kepada antibiotik penicillin disebabkan oleh
penghasilan penicillinase iaitu beta lactamase.




PATHOGENISITI
Jangkitan biasa septicaemia , endocardiatis , meningitis


28

PSEUDOMONAS AERUGINOSA


Ciri-ciri di atas plate:


Media agar darah
Koloni besar ,low convex
Terdapat beta hemolysin
Terdapat pigmen biru atau hijau
Media Mac Conkey
Koloni besar
Tidak menapai laktos
Colourless
Sisi bergirigi
Entire

Pseudomonas aeruginosa tergolong dalam Enterobacteriacea. Ia merupakan gram
negative rod. Keputusan ujian oxidase adalah positif.


29

STREPTOCOCCUS


Merupakan gram positif cocci in chain atau gram positif diplococci.
Terbahagi kepada dua group iaitu alpha hemolisis strep. dan beta hemolisis strep.
Koloninya adalah kecil, translucent, kering, warna putih kelabu atau colourless dan
berbentuk bulat serta raised dan opaque dengan saiznya lebih kurang 0.5mm hingga
1.0mm.Tumbuh dengan baik dalam keadaan aerobik dan fakultatif anaerobik.
Organisma ini tidak menghasilkan enzim catalase maka, keputusan ujian
catalasenya adalah negatif.Ujian motiliti menunjukkan organisma ini adalah tidak
motil..Cara untuk pengenalan hemolisis ialah pemeriksaan ke atas permukaan koloni
pada agar darah. Beta-Haemolytic adalah disebabkan oleh streptolysin O dan
streptolysin S.Kehadiran koloni pada agar darah dengan beta-haemolytic
Streptococci dikelilingi dengan zon yang lisis sepenuhnya di mana, hemoglobinnya
dilisiskan sehingga tidak berwarna. Kehadiran koloni pada agar darah dengan alpha-
haemolytic Streptococci pula koloni berwarna hijau dikelilingi oleh zon yang separuh
lisis di mana, masih terdapat sedikit hemoglobin.
Koloni dengan Gamma-Haemolytic Streptococci menunjukkan samada typical alfa
hemolisis atau beta-hemolisis. Jika terdapat koloni menyerupai beta-haemolytic
streptococci, lakukan ujian pengenalan iaitu Bacitracin. Tujuan ujian ini dilakukan
adalah untuk membezakan beta-haemolytic Streptococcus Group A daripada non
Group A Streptococcus. Ujian Bacitracin adalah sensitif jika terdapat zon inhibition
disekeliling disk tidak kira saiznya. Sekiranya terdapat kehadiran koloni dengan
alpha-haemolytic streptococcus lakukan ujian Optochin. Ujian ini dilakukan bagi
membezakan Streptococcus pneumoniae dan lain-lain spesies Streptococcus. Jika
30

spesies Streptococcus tidak dapat dikenalpasti lakukan ujian Lancefield Grouping
atau Serotyping untuk mengenalpasti jenis kumpulan.

Alpha hemolisis.
Alpha hemolisis di atas agar darah menunjukkan alpha hemolitik strep sama ada
Streptococcus pneumonia atau Streptococcus viridant.
Ciri-ciri morfologi pada plate

Zon berwarna hijau di sekitar koloni.
Lisis tidak lengkap (alpha hemolisis)
Koloni bulat dan edge entire.


31


ESCHERICHIA COLI

E. coli adalah Gram-negatif, fakultatif anaerob dan tidak berspora. Strain E. coli yang
virulen boleh menyebabkan gastroenteritis, jangkitan saluran kencing, dan
meningitis neonatal. Dalam kes-kes yang jarang, strain ganas juga
bertanggungjawab untuk sindrom hemolitik-uremik, peritonitis, septicemia,
pneumonia gram-negatif.
CIRI MORFOLOGI :
Lactose fermenter
Koloni kecil
Kolono warna pink

KLEBSIELLA PNEUMONIAE




CIRI MORFOLOGI:
Koloni besar
Mucoid
Lactose fermenter

Klebsiella pneumonia tergolong dalam Enterobacteriacea. Ia merupakan gram
negative rod.Di atas Mac Conkey koloni organism ini berwarna pink.Ini kerana ia
menapai lactose.
Setelah darah dikultur atas plate mac conkey dan dieram semalaman pada suhu 37
darjah celcius, ia akan memberikan morfologi seperti di atas.
Pendiagnosan diteruskan dengan melakukan ujian sensitiviti dengan mengambil
single koloni pada plate yang dieram semalaman.

32


TSI UREA CITRATE MR MIL
E.COLI
A/A _ - + +/+/+
KLEBSELLA
A/A + + - -/-/+
ENTROBACTER
A/K + + - +/-/+
CITROBACTER
A/K +/- + + +/+/+
SALMONELLA
A/A/GAS+H
2
S

+/-/+
SALMONELLA
TYPHI
A/K/NoGAS/H
2
S
SEDIKIT

+/-/+
SHIGELLA A/K/NoGAS/No
H
2
S

-/-/-


I M Vi C
E.COLI + + - -
KLEBSELLA - - + +






33



PENGENALAN :

Ujian ini digunakan untuk membezakan Staphylococci dengan Streptococci di mana
ujian katalase ke atas Staphylococci adalah positif. Ujian ini juga digunakan untuk
membezakan gram positif bacilli dengan mycobacteria di mana katalasenya adalah
positif.

PRINSIP :

Enzim katalase memangkinkan penghuraiaan hydrogen peroksida kepada air dan oksigen.

2H O 2H O + O

ARAHAN KERJA:

1) Masuk 3 atau 4ml larutan 3% hydrogen peroksida ke dalam tabung uji.
2) Ambil sedikit organisma di pembiakkan dengan menguraikan mengunakan kayu
applikator dan celupkan ke dalam tabung uji tersebut.
3) Perhatikan akan kehadiran buih gas.

KEPUTUSAN :

Positif ada buih
Negetif tiada buih



positif
staph
katalase
negative
strep


UJIAN KATALASE

2 2 2 2
Enzim katalase
34



PENGENALAN :

Ujian ini dijalankan untuk membezakan di antara Staphlococcus aureus di mana ianya
berupaya menukarkan fibrinogen kepada fibrin dengan pertolongan antivator dalam
plasma. Staphylocoagulase terdapat dalam 2 bentuk iaitu :-
Free coagulase dikesan dengan cara tiub
Bound coagulase dikesan dengan cara slaid.

ARAHAN KERJA:

Cara Slaid :-

1) Emulsify satu koloni bakteria dengan satu titik saline untuk menghasilkan satu
ampaian hemogenous.
2) Titiskan satu titik plasma kepada ampaian bakteria dan sebatikan dengan baik.

Keputusan :
Positif makroskopik clumping akan kelihatan dalam masa 5 minit.
Negetif tiada clumping

Cara tiub :-

1) Suntikan satu tiub 1% peptone water dengan bakteria ujian.
2) Titiskan 10 titik (0.5ml) plasma.
3) Eramkan pada suhu 37C dan periksa selepas pengeraman 4 jam untuk pambekuan
(koagulan).
4) Sediakan kontrol positif dan negatif.

Keputusan :
Positif bentuk bekuan
Negetif tiada bekuan

Kontrol :
Positif Staphylococcus aureus
Negetif Stapylococcus epidermidis

positif
coagulase staph aureus
negatif
lain-lain staph

UJIAN KOAGULASE

35


Gram positif tumbuh atas BA sahaja

ujian sensitiviti sensitive : s.epidermidis
novobiocin resistan : s.sapropiticus



gram negatif tumbuh atas BA dan MAC



gram negatif
sugar set
staph @ entero @ Pseudo


Ujian sensitiviti
staph @ entero @ Pseudo




36

RUMUSAN

Darah amat penting bagi setiap benda yang hidup di atas muka bumi ini. Melalui
darah juga banyak penyakit boleh terhasil. Ini kerana darah membekalkan oksigen
kepada manusia .sekiranya terdapat penyakit bawaan darah hadir pada pesakit, ia
akan membawa mudarat kepada seluruh badan pesakit kerana darah bergerak di
seluruh badan.jesteru, Orang ramai perlulah lebih berhati-hati dalam menjaga
kesihatan diri. Amalkan gaya hidup yang sihat dan kebersihan diri agar tidak mudah
dijangkiti penyakit melalui peredaran darah. Sesiapa yang mengendalikan spesimen
darah perlulah memakai PPE yang lengkap bagi mengelakkan terinfeksi melalui
darah pesakit. Pemakaian alat catheter pada pesakit hendaklah mengikut masa
yang ditetapkan dan tidak melebihi had. Ini kerana ia menggalakkan pengumpulan
bakteria yang banyak dan mumudahkan jangkitan berlaku. Jaga kesihatan dengan
mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan makan makanan yang
seimbang serta mengamalkan diet yang baik.


37


RUJUKAN

Fate of pathogenic and non-pathogenic Escherichia coli strains . J. Appl.
Bacteriol. 69: 814-821. 1990. Second edition. Volume 1
Harmon, R.J. & Lenglois, B.E. Mastitis due to coagulase negative
Staphyococcus species. Agri. Pract. 10: 29-32. 1989. First edition. Volume 2
Connie R. Mahon, Donald C. Lehman,George Manuselis (1997),Textbook of
Diagnostic Microbiology, 3rd Edition,Lippincott Williams & Wilkins
Microbiological Tests.2006.Second edition.Part 2.
World Healt Organization.Basic Laboratory Proceduresin Clinical Bacteriology
1991. First edition. Volume 1.
Ministry of Health Malaysia,Academy of Medicine of Malaysia,Malaysian
Society of Infectious Diseases .2003. Second edition.
Consensus Guidelines For The Management Of nfections By ESBL-
Producing Bacteria. 2001. First edition.







38

LAMPIRAN





39
















40

Anda mungkin juga menyukai