Anda di halaman 1dari 13

TUJUAN AKTA UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA

KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 1994





UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN 1994

- Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
orang-orang yang sedang bekerja. Untuk melindungi orang-
orang di tempat kerja (selain daripada orang-orang yang sedang
bekerja). Untuk mengelakkan sesuatu persekitaran pekerjaan
yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi orang-orang
yang sedang bekerja. Untuk mengadakan suatu sistem
perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan tata
amalan industri disamping peruntukan Akta.










Takrif

Hazard
Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersaling tindak antara satu dengan
lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza
ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada
kecederaan kecil. Occupational Safety and Health Assessment Series 18002
(OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca
atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks
kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan
persekitaran tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik,
biohazard, sistem kerja tidak selamat adalah contoh-contoh hazard.

Risiko
Menurut OHSAS 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian)
dan akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan
sebagai gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang,
dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud cansa
kemalangan itu berlaku.

Bahaya
Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini
lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan
risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam
keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada
hazard.

Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan
menggunakan contoh. Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana sifat
intrinsik korosifnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan
manusia dan kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko percikan asid ke muka
pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka berbanding
dengan mereka yang memakainya. Bahaya jika mempipet asid dengan hidroklorik
dengan mulut.

SISTEM PENGURUSAN RISIKO KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN
Sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah berkenaan
mengurus risiko yang berkaitan dengan pekerja, aktiviti dan suasana kerjanya.
Oleh kerana terdapat terlalu ramai pekerja, aktiviti dan berbagai suasana kerja serta
kombinasi ketiga-tiganya, maka pengurusannya hanya boleh dibuat melalui suatu
sistem pengurusan. Risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melibatkan
empat peringkat utama yang berlaku secara berturutan dan saling memberikan
input untuk memastikan pengurusan yang berkesan. Sistem pengurusan risiko
bermula dengan peringkat:
a)Mengenalpasti hazard
b)Menilai risiko
c)Mengawal risiko
d)Mengukur pencapaian

Peringkat pertama melibatkan proses mengenalpasti hazard yang ada di tempat
kerja atau di dalam tugas. Hazard yang telah dikenalpasti dinilai risikonya secara
kuantitatif atau kualitatif dan ditentukan samada risiko tersebut boleh diterima
berada di dalam had terima atau sebaliknya. Keputusan seterusnya ialah
mengambil langkah-langkah mengawal risiko berada di tahap yang baik,
pencapaian pengurusan perlu dipantau dan diukur. Maklumbalas yang diterima
dari pengukuran pencapaian digunakan di setiap peringkat sistem pengurusan agar
segala perubahan kawalan yang lebih bersesuaian.

JENIS-JENIS HAZARD
Berdasarkan takrifan hazard (di atas) kita akan dapati berbagai-bagai jenis hazard
yang boleh ditemui di dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Jika kita diminta
menyenaraikan hazard-hazard ini, biasanya kita akan terfokus kepada apa yang
biasa kita lihat, nyata dan mengakibatkan maut atau kecederaan sahaja. Oleh
kerana terlalu banyak hazard yang ada, di sini kita akan menyentuh hanya yang
berikut:
(i) hazard fizikal
(ii) hazard kimia
(iii) hazard biologikal
(iv) hazard ergonomic
MENGENALPASTI HAZARD
Sebelum hazard boleh diurus ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin awal
hazard dikenalpasti, semakin mudah dan murah untuk menguruskannya. Walaupun
hazard boleh dikenalpasti atau wujud diperingkat awal operasi akibat tidak disedari
atau perubahan boleh timbul kepada bahan, sistem dan rekabentuk selepas
digunakan atau dilaksanakan.


Proses dan kaedah mengenalpasti hazard di tempat kerja adalah
Satu proses yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard ialah dengan
menggunakan proses mengenalpasti hazard yang digunakan di dalam analisis
hazard. Di dalam analisis hazard, proses mengenalpasti hazard bermula dengan
mentakrifkan sistem yang ingin dikaji dan mentakrif serta memahami ciri fizikal
dan fungsi sistem tersebut. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan untuk
mengenalpasti hazard. Amnya kaedah mengenalpasti hazard ini melibatkan
gabungan pemerhatian sendiri, merujuk kepada dokumen rujukan, menggunakan
kelengkapan pengesan dan pengukur, maklumat daripada laporan, maklumbalas
daripada pekerja dan sebagainya.


Pemerhatian dan Rujukan
Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam sistem,
proses dan prosedur kerja yang dilakukan melalui pemerhatian dan seterusnya
merujuk kepada akta, peraturan garis panduan, kod amalan, standard , data dan
sebagainya boleh mengenalpasti hazard yang terdapat di dalam sistem , proses dan
prosedur kerja tersebut. Pemerhatian tanpa rujukan sukar mengenalpasti sesuatu
hazard yang lazim dan rutin dilakukan di tempat kerja.


Penggunaan kelengkapan khas
Terdapat hazard yang tidak mempunyai sifat bau, nampak, dengar atau sentuh.
Oleh itu pancaindera manusia tidak mampu mengesan hazard tersebut. Hazard ini
memerlukan kelengkapan khas untuk mengesan dan mengukur tahap hazardnya.
Misalnya gelombang mikro, sinaran ultra hanya dikenalpasti menggunakan
dosimeter sinaran.


Aduan/laporan/cadangan
Seseorang pengurus biasanya ditugaskan mengurus aktiviti dan proses kerja yang
luas dan kadangkala umum skopnya. Keadaan ini mungkin menyukarkan mereka
mengenalpasti semua hazard yang berkaitan dengan setiap proses kerja di dalam
kawalannya. Hazard baru juga boleh timbul akibat perubahan struktur, proses dan
sistem kerja dan mesin. Keadaan ini membuat seorang pengurus memerlukan
bantuan pekerja di bawahnya untuk mengenalpasti hazard.



PUNCA-PUNCA UTAMA HAZARD

Terdapat dua punca utama hazard iaitu:
a)Keadaan di tempat kerja:
i) ruang yang tidak mudah dan selesa untuk bergerak
ii) tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja.
iii)lantai yang tidak rata dan licin
iv) tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan yang sempurna
v) pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna



b)Pelakuan pekerja:
i) tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan mejejaskan
kesihatan
ii) tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan
dengan
selamat
iii)tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan bahan
merbahaya
dengan selamat dan menjejaskan kesihatan
iv) tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul
v) tidak berbincang dengan majikan
vi) tidak membuat pemeriksaan di tempat kerja


Prosedur-prosedur / Cara-cara pengurusan bahan kimia di tempat kerja
1. Mengenalpasti jenis-jenis bahan kimia dan kuantiti yang dikehendaki. Merujuk
kepada Akta AKKP 1994 (Peraturan USECHH 2000) untuk memastikan
klasifikasi bahan kimia tersebut perlu mematuhi mana-mana peraturan di bawah
AKKP 1994.
Sila pastikan CSDS bahan kimia dibekalkan oleh pembekal bahan kimia.

2. Prosedur semasa penerimaan bahan kimia daripada pembekal :-
Memastikan label bahan kimia adalah betul dan dalam keadaan baik.
Memastikan bekas bahan kimia dalam keadaan baik dan tidak bocor.
Memastikan pembekal membekalkan CSDS bahan kimia kepada pengguna.
Maklumat CSDS perlulah mengikut kehendak USECHH 2000.

3. Rekod Pendaftaran Chemical di tempat kerja
Borang Chemical Register boleh dimuat turun di lamanweb JKKP. Contoh
borang Chemical Register.

4. Prosedur penyimpanan bahan kimia.
Merujuk tentang cara penyimpanan melalui CSDS bahan kimia tersebut;
Sekiranya menggunakan forklift / jentera untuk mengangkat bahan kimia tersebut,
sila pastikan prosedur yang betul digunakan untuk mengangkat bahan kimia.
Mengamalkan konsep first in, first out untuk memastikan bahan kimia tidak
luput tarikh tempoh penggunaan;
Sistem pengudaraan di bilik penyimpanan bahan kimia (sekiranya perlu rujuk
CSDS @ cadangan daripada assessor CHRA);
Label / simbol amaran pada setor bahan kimia. Mengikut jenis bahaya bahan
kimia.


5. Prosedur semasa mengguna / mengendali bahan kimia.
Memberi latihan kepada pekerja tentang prosedur mengendalikan bahan kimia
tersebut dan memastikan rekod latihan disimpan.
Memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang sesuai dan mengikut standard;
Langkah-langkah mengendalikan bahan kimia (proses kerja) dipamerkan di tempat
kerja.

6. Prosedur semasa melupus sisa buangan bahan kimia.
Label sisa buangan terjadual yang betul. Rujuk Akta Kualiti Alam Sekeliling,
1974 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Bekas simpanan yang betul dan sesuai untuk sisa buangan terjadual;
Tempoh simpanan sisa buangan terjadual tidak melebihi 180 hari;
Pelupusan bahan kimia oleh kontraktor yang diiktiraf untuk melakukan kerja
pelupusan sisa bahan kimia berjadual.

7. Permonitoran bahan kimia.
Penyediaan CHRA report oleh assessor yang kompeten.
Assessor perlu membentangkan keputusan laporan yang telah disediakan kepada
pemilik tempat kerja;
Pendedahan permonitoran bahan kimia kepada pekerja dilakukan sekiranya
terdapat cadangan daripada assessor.

8. Permonitoran kesihatan pekerja.
Melakukan medical surveillance kepada pekerja yang terdedah kepada bahan
kimia;
Medical surveillance yang bersesuaian adalah berdasarkan cadangan daripada
assessor CHRA contohnya Lung Function Test, Blood Test, Urine test and etc.

Langkah-langkah Keselamatan & Peraturan Mengikut Sistem SOP

1. Sebelum
Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang
labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan
Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan
Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi
menjamin keselamatan
Ikat rambut dengan kemas dan pakai skaf supaya rambut tidak
mengganggu penglihatan semasa melakukan kerja
Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik
Kawasan bengkel tidak berminyak
Prihatin terhadap tanda amaran dan kawasan larangan
Tidak membawa makanan dan minuman ke dalam bengkel
Membaca manual mesin dengan teliti
Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi
membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar.
Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan
sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak
menghadapi sebarang masalah
Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa
kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang
disebabkan oleh bahan tersebut.

2. Semasa

Tidak bergurau atau bermain ketika mengendalikan mesin.
Berhati-hati semasa mengendalikan alatan dan mesin.
Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan.
Mendengar setiap arahan yang diberikan oleh pensyarah.
Maklumkan kepada pensyarah sekiranya berlaku kerosakan.



3. Selepas
Bahan yang mudah terbakar , bahan yang berat dan panjang, serta bahan
toksik hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara.
Simpan semua peralatan di tempat yang betul.
Tutup semua peralatan yang menggunakan kuasa elektrik.
Bengkel dibersihkan daripada sebarang sisa-sisa buangan samada sisa
pepejal atau cecair.
Tutup Semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari bengkel.





















1.4 Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (OSHA)
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) adalah
akta yang digubal bagi tujuan memastikan keselamatan, kesihatan
dan kebajikan pekerja-pekerja berkenaan masalah kesihatan atau
keselamatan. Akta ini juga bertujuan bagi melindungi keselamatan dan
kesihatan orang lain yang berada di tempat kerja selain dari mereka yang
menjalankan aktiviti kerja. Antara tujuan lain akta ini adalah untuk
menggalakkan suatu persekitaran tempat kerja yang bersesuaian dengan
keperluan fisiologi dan psikologi para pekerja. Akta ini juga berfungsi
bagi mengekalkan atau memperbaiki piawaian keselamatan dan kesihatan
(Johari Ismail, 2003). Skop bagi akta ini termasuklah mereka yang bekerja
yakni pekerja yang menerima gaji atau dibayar oleh sesuatu pihak yang
dipanggil majikan. Ia juga meliputi pekerja dari syarikat lain yang diberi
kontrak oleh syarikat.
Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE) ini adalah
tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(OSHA). Kewujudan Kod Amalan ini adalah untuk memperincikan
aktiviti pekerjaan selamat dan tidak membahayakan kesihatan semua
pihak yang terlibat.
Majikan juga tertakluk kepada kod amalan ini dimana kewajipan am
majikan atau orang yang bekerja sendiri terkandung dalam Seksyen 15
manakala bagi kewajipan am pekerja pula termaktub dalam Seksyen 24
akta berkenaan.
Pendahuluan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar untuk
Sektor Pengangkutan
Secara amnya keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja adalah
dilindungi oleh undang-undang. Justeru itu, majikan khususnya pihak
pengurusan tertinggi bertanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi
dan menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan
kepada pekerja mereka. Pekerja pula bertanggungjawab terhadap diri
mereka sendiri dan orang lain yang terlibat dalam pekerjaan mereka.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesulitan, pekerja dikehendaki
berbincang dengan majikan atau wakil majikan agar ianya dapat
diselesaikan dengan segera bagi memastikan kebajikan, keselamatan dan
kesihatan setiap pihak terlindung.
Bagi mencapai matlamat kerajaan untuk mengurangkan kes kemalangan
di tempat kerja, SHE telah mengenal pasti bahawa:
i. Amalan dua hala yang membina antara majikan dan pekerja akan
mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat.
ii. Pihak yang terlibat dalam aktiviti kerja (majikan, pekerja dan
lain-lain) lazimnya merupakan pihak terbaik untuk memutuskan
tindakan yang spesifik bagi memastikan tempat kerja selamat.
iii. Perlunya satu sistem pengurusan risiko yang sistematik bagi
mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.
Prinsip-prinsip ini disokong dengan hakikat bahawa:
i. Majikan khususnya pengurusan tertinggi syarikat mempunyai
kuasa dan pengaruh serta bertanggungjawab dalam memastikan
keselamatan dan kesihatan pekerja dan persekitarannya.
ii. Pekerja juga bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang
lain.
iii. Untuk mencapai timbal balas tanggungjawab tersebut, kerjasama
yang baik antara majikan dan pekerja amat diperlukan.
iv. Penyertaan pekerja dalam isu keselamatan dan kesihatan akan
membawa kepada budaya yang mengutamakan keselamatan di
tempat kerja.
Secara amnya Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar
(SHE) ini menyediakan satu garis panduan bagi setiap operator industri
pengangkutan khususnya perkhidmatan bas awam. Kod amalan ini tidak
menetapkan kepada majikan kaedah atau peraturan-peraturan tertentu
bagi memastikan situasi tempat kerja selamat dan sihat. Namun begitu,
kod amalan ini memberi panduan serta pendekatan secara sistematik
dan fleksibel bagi membolehkan penambahbaikan secara berterusan
dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai