Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN DAN SEJARAH SENI

Ringkasan Sejarah Seni



Lukisan dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal
telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia
purba.Ianya berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan
pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan
Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya
yang sama,iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang
ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan
serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk
makanan mereka pada zaman dahulu. Di barat,contoh lukisan boleh dijumpai di
Altamira,Sepanyol dan Lascaux,Perancis. Albrecht Durer dan Leornado Da Vinci
telah memperkenalkan skala dalam lukisan figura.Manakala Calude Monet pula,
mengaplikasikan lukisan stail impresionis iaitu lukisan yang menekankan kesan
cahaya dan bayang. Pada penghujung kurun ke-19, Georges telah menggunakan
arang untuk menunjukkan suasana berkabus dalam lukisan beliau.
Seni Purba atau seni kuno bermula ketika tamadun purba mengembangkan
bentuk bahasa bertulis. Tradisi besar dalam seni rupa mempunyai asas dalam seni
salah satu daripada enam peradaban kuno besar: Mesir Purba, Mesopotamia,
Greek, Rom, India, dan China. Masing-masing mempunyai pusat tamadun awal
mengembangkan gaya yang unik dan khas dalam seni mereka. Kerana kepakaran
dan intelektual peradaban ini, karya seni mereka yang dapat bertahan dan dihantar
ke budaya lain untuk mengembangkan lagi pengaruh mereka.Sejarah seni visual
pula merujuk pada sejarah seni rupa lukisan, patung arca dan binaan. Istilah ini
kadangkala merangkumi teori serta konsep elemen seni, prinsip seni serta termasuk
estetika. Dalam encyclopedia, sejarah seni adalah usaha untuk kajian seni
sepanjang sejarah manusia, mengelompokkan budaya dan masa dengan ciri khas
mereka. Hal ini dilakukan oleh pengkaji seni dengan tujuan mengumpul hasil
maklumat yang boleh dipercayai serta relevan dengan tahap ketemadunan. Sejarah
seni visual bermula dalam sebuah gua di Barat Sepanyol dan Selatan Perancis
sekitar tahun 1800s.m.
Terdapat banyak lukisan yang dilukis oleh orang zaman paleolitik ketika itu
termasuklah lembu, rusa dan kuda sebagai lambang hasil perburuan mereka.
Lukisan mereka dikenali sebagai lukisan catan batu gua, yang menggunakan
pewarna terbaik dari sungai dan lumpur serta dilitupi dengan sejenis garam tahan
mendap yang nampak berkilat. Begitulah lukisan tersebut telah 'dibekukan' sejak
sekian lamanya dan masih baik sehingga kini. Malah, sewaktu lukisan ini
dijumpai,tidak ada sebarang kecacatan pun yang terdapat pada dinding tempat
lukisan berkenaan. Antara hasil yang dipersembahkan ialah aktiviti manusia
memburu, bercucuk tanam, gambar hidupan liar, tujuan merekod haiwan ternakan
dan sebagai penghias dinding.
Bidang "sejarah seni" dikembangkan di Barat, iaitu banyak menjurus kearah
seni arca.Dan pada awalnya dikendalikan secara berperingkat dengan sejarah seni
Eropah. Secara umumnya, selama abad kedua puluh, ianya adalah untuk merekod
kegiatan seni ketemadunan ini lebih luas . Ianya diperluas meliputi masyarakat dari
seluruh dunia, tentang kegiatan seni yang berlaku dan biasanya cuba untuk
menganalisis artifak dan juga dalam hal nilai-nilai budaya serta estetika. Dengan
demikian, sejarah seni sekarang dilihat merangkumi semua faktor seni visual, dari
patung berbentuk wanita iaitu venus of Willendorf di Eropah Barat kepada patung
askar dan sira-sira istana berukiran tangan sejumlah berpuluh ribu dari Dinasti Tang
di China.
Sejarah seni arca sering diceritakan sebagai suatu kronologi karya yang
dibuat dalam setiap tamadun di dunia. Dengan demikian dapat dibingkai sebagai
kisah ketemadunan sosiologi budaya yang tinggi. Semakin dekat sejarawan seni
bergerak besar kemungkinan mereka akan mengenalpasti menyemak kerja mereka
sebagai budaya visual , atau sebagai sumbangan untuk bidang yang berkaitan
dengan sejarah seni, seperti antropologi atau arkeologi . Dalam hal ini, benda seni
yang dijumpai dapat disebut sebagai artifak arkeologi seni. Ini dapat dibuktikan
dengan sebuah arca yang hebat oleh pengukir Michaelangelo bertajuk Laocoon
memaparkan elemen-elemen cemas dan pergelutan dewa Zeus yang hebat
bersama anak-anaknya.
Peradaban seni yang wujud pertama kalinya di Barat bermula dengan seni
prasejarah seperti Stonehenge, dan beralih dengan Mesopotamia, kemudian
berkembang menjadi seni Mesir purba, lalu beralih kepada kuno klasik termasuk
seni klasik Greek dan Roman Rom. Dengan penurunan Empayar Rom,
percampuran antara seni Zaman Pertengahan yang berlangsung selama seribu
tahun menjadikannya sebagai satu budaya intelektual yang tinggi tempoh Zaman
Pertengahan yang dikuasai oleh peradaban Islam, namun era itu juga termasuk seni
Kristian awal, seni Byzantium, seni Gothic, seni Anglo-Saxon, dan melalui juga seni
Viking. Era Zaman Pertengahan berakhir dengan Pembaharuan, diikuti oleh
Baroque dan Rococo. Pada masa yang sama, Mannerisme dimasukkan antara
Renaissance dan Baroque, yang merupakan penggabungan seni visual yang
berlaku pada abad ke-16sm.
Abad ke-18 dan ke-19 merujuk kepada Neoclassicism, seni Romantis dan
seni Realisme.Begitu juga dengan pertengahan abad ke-18 dengan seniman
Francisco Goya, pertengahan abad ke-19 dengan revolusi industri atau dengan
munculnya Impresionisme. Gerakan seni abad ke-19 terlalu banyak untuk
dinyatakan serta diperincikan di sini, tapi dapat dibahagi menjadi dua kategori:
Modenisme dan seni kontemporari. Seni ini kadang-kadang disebut dengan istilah
lain, yang mempunyai fahamannya yang tersendiri, iaitu seni post-modern.
Seni post-modern adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sebuah
gerakan seni yang dianggap bertentangan dengan beberapa aspek modernisme,
muncul atau dibangunkan terus melalui aspek modenisasi.
Secara umum, gerakan seperti media art, installation art, seni konseptual dan
Multimedia, khususnya yang melibatkan video yang disebut sebagai
postmodern.Postmodernisme juga adalah kecenderungan dalam budaya
kontemporari kepada penolakan terhadap kebenaran objektif dan sosio budaya
global. Hal ini menekankan peranan bahasa, hubungan kekuasaan, dan motivasi,
khususnya penggunaan klasifikasi tajam seperti jantan dan betina,hitam berlawanan
dengan putih, dan gelap dengan terang.
Postmodernisme telah mempengaruhi banyak bidang budaya, termasuk
sastera, sosiologi, linguistik, arkitektur, seni visual, dan persembahan muzik. Istilah
"Postmodernisme" berasal dari penolakan dari mentaliti gaya bahasa dan budaya.
Gerakan-gerakan ini, seperti Modenisme dan Postmodernisme, difahami sebagai
budaya atau sebagai kumpulan perspektif. "Postmodernisme" digunakan dalam teori
kritis untuk merujuk ke titik berlepas dalam tafsiran undang-undang, budaya, dan
agama di akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21.Postmodernisme, terutama sebagai
gerakan akademik, dapat difahami sebagai reaksi terhadap Modenisme dalam
Kemanusiaan. Sedangkan Modenisme sering dikaitkan dengan identiti dan
kepastian, Postmodernisme sering dikaitkan dengan perbezaan, pluralitas, alteritas,
dan skeptis. Fredric Jameson, sebuah teori Amerika terkemuka postmodern dengan
orientasi Neo-Marxisme, menjelaskan Postmodernisme sebagai logik "budaya
dominan kapitalisme akhir." "Kapitalisme Akhir" merujuk kepada bergerak dalam
suatu estetika, politik, falsafah, dan ekonomi dunia yang seimbang.





















Seni, Estetik dan Teori Seni
Disusun oleh: Faizal Sidik
Esei ini adalah syarahan yang telah disampaikan oleh Zainol Abidin Sharif (Zabas)
dalam Seminar Pangantar Seni Lukis Kontemporari Asia Tenggara yang telah
diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 2010.
Seni moden sedunia, Asia dan Asia Tenggara adalah dibentuk dan
dipengaruhi oleh seni lukis barat. Sebelum kita berdiskusi seni lukis kontemporari
Asia Tenggara ada baiknya kita menyentuh sedikit selok belok tentang
perkembangan seni di barat Eropah. Pendekatan saya tentang penceritaan seni
lukis barat ini berdasarkan sebuah buku yang saya rujuk iaitu Believing is Seeing:
Creating the Culture of Art oleh Mary Anne Staniszewski. Buku ini adalah
merupakan satu buku yang merupakan penerbitan berlainan daripada pendekatan-
pendekatan kepada sejarah seni sebelumnya.
Ada seorang lagi sebelum buku ini iaitu seorang penulis Inggeris yang
mengilhamkan pemikiran seni yang agak original dan radikal iaitu TheWay of
Seeing oleh John Berger pada tahun 1972 merupakan buku yang amat berpengaruh
dalam penggubalan pendidikan teori seni di barat, buku inilah juga yang telah
mempengaruhi buku Staniszewski Believing is Seeing. Dalam buku John
Berger TheWay of Seeingbeliau mengemukakan pendapat bahawa banyak cara
untuk kita melihat dan cara-cara kita melihat itu berkaitan dengan politik
disebaliknya, kepercayaan, ideologi, kefahaman kita, latar belakang budaya
mempengaruhi bagaiman kita melihat. Tidak semua diantara kita walaupun
mempunyai mata yang sama namun tidak akan melihat dengan cara yang sama, ini
disebabkan oleh latar belakang dan pengaruh fahaman politik dan latar belakang
sosio-budaya individu dan masyarakat termasuklah sejarah. Bertolak daripada
situlah Mary Anne Staniszewski beliau menulis buku untuk memperkenalkan seni
kepada masyarakat dari sudut berlainan dari buku-buku sejarah seni sebelumnya.
Kebanyakan buku sejarah seni barat terkenal sebelum tahun1970 an
memaparkan sejarah itu dari segi kronologi perjalanan stail-stail tertentu daripada
isme ini dan isme itu, daripada pelukis ini ke pelukis itu tetapi tidak mementingkan
langsung tentang konteks sosio-budaya iaitu dimana persekitaran kehidupan
mempengaruhi perkembangan seni tidak disentuh. Kini buku-buku seperti itu tidak
lagi disanjungi tinggi tetapi masih lagi digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi,
perpustakaan dan di kedai-kedai buku. Jika anda melihat buku-buku tebal dan
besar-besar rupanya itu adalah tradisi penulisan lama. Pendekatanterbaru pula tidak
semestinya mengikut kronologi masing-masing menyenarikan siapa pelukis. Perkara
yang penting adalah bagaimana kesenian stail-stail tertentu muncul akibat kelainan
sejarah, akibat situasi-situasi tertentu dan akibat ideologi.
Dalam pembikinan dan penulisan sejarah seni alternatif atau yang baru iaitu
tidak lagi bergantung kepada pemikiran lama, istilah ideologi lazim kita temui. Ianya
merupakan istilah yang agak rumit untuk difahami pada saya sekurang-kurangnya.
Secara senang untuk memahami istilah ideologi adalah sebagai idea sahaja,
sebenarnya bukan begitu, ia merangkumi idea tetapi merupakan suatu kefahaman
tentang kehidupan, tentang bagaimana untuk menjalankan kehidupan yang dibuat-
buatkan tidak semestinya sesuatu yang saintifik, sesuatu yang benar tetapi diterima
sebab itulah perbezaannya, itulah arahannya, itulah kehendak pihak berkuasa. Jadi
ideologi sebenarnya adalah pemahaman tentang perhubungan diantara manusia
yang diterima pada suatu ketika, ideologi ini nampak semacam semulajadi dan
nampak seperti benar tetapi ianya tidak . Ia adalah suatu kefahaman buatan untuk
mengekalkan suasana dan untuk mententeramkan masyarakat mengikut kehendak-
kehendak pihak berkuasa. Dari segi itu kitaboleh nyatakan juga bahawa agama
digunakan untuk mentadbir masyarakat atau negara merupakan juga suatu ideologi,
sebab untuk mententeramkan dan mengelak daripada berlakunya pertelingkahan.
Jika di Eropah dikatakan hampir 2000 tahun ideologi berkefahaman Kristian itu di
dalam negara Eropah iaitu di dalam empayar Romawi hinggalah kepada kerajaan
moden abad ke-18 di Perancis umpamanya.
Ideologi adalah suatu yang juga sentiasa berubah mengikut peredaran masa
dan ianya dibentuk oleh situasi sejarah yang tertentu, jadi ideologi untuk
memantapkan efisein adalah sesuatu yang diterima tanpa dipersoalkan. Kadang-
kala kita amat sukar untuk mengenalpasti ideologi ini, iaitu ideologi yang
mempengaruhi dan menyentuhi hidup kita, hanya apabila kita di luar ideologi atau
dengan melihatnya daripada jarak jauh, maknanya sekarang tahun 2010 jika kitalihat
ke belakang 100 tahun lepas bagaimana ideologi ini digunakan di Eropah. Pada
masa yang sama kita sukar untuk mengenal pasti ideologi yang beroperasi sekarang
ini kita kena berada diluar untuk melihat secara jelas. Sebagai contoh lebih kepada
100 tahun dahulu di Amerika Syarikat merupakan satu fahaman yang diterima
bahawa kaum wanita tidak boleh mengundi, tetapi jelaslah kini ianya menyeleweng
dan salah kerana menafikan hak asasi manusia. Tetapi lewat pada abad ke-19 boleh
dikatakan ia adalah perkara biasa dan kaum wanita tidak akan menyoalkannya,
kalau adamenyoalkannya seorang dua yang tidak di sokong oleh kaum wanita yang
lain. Didalam pengaruh ideologi ini cukup sukar untuk melihatnya hanya ada individu
tertentu sahaja menerajui penyoalan ini dan untuk yang lain perlu berada diluar
gengaman, baru kita sedar ada perkara-perkara yang tidak kena, itulah bagaimana
ideologi berfungsi dalam kehidupan manusia.
Fahaman ideologi ini penting dalam memahami perkembangan seni sebab
seni itu berkembang mengikut ideologi. Disini kita juga boleh memikirkan bagaimana
kitaboleh memikirkan kenapa lukisan Syed Ahmad Jamal dan Latiff Mohidin dalam
koleksi Balai Seni Visual Negara diandaikan lebih cantik dan lebih baik daripada
lukisan-lukisan yang dilukis pemandangan-pemandangan lain, mengapa ia menjadi
demikian. Disini saya nyatakan ia adalah kerana sistem seni yang menekankan
ideologi avant-gardeiaitu ideologi yang mencabar tradisi. Kalau karya ini disokong
dan dibela dan disanjungi oleh Balai Seni Visual Negara, jelaslah bahawa seni lukis
itu disanjungi, namun jika Balai Seni Visual Negara tidak mendakap ideologi itu
jelaslah lukisan jenis-jenis tertentu tidak akan berjaya dan disanjungi. Inilah adalah
dasarnya bagaimana sebuah stailseseorang artis atau kumpulan artis disanjungi, ia
berkaitan sanjungan yang diberi oleh sistem seni iaitu balai seni lukis, pusat
pengajian tinggi yang mengajar seni, pensejarahan seni, penulisan seni, penerbitan
seni, pasaran seni, kolektor semua ini yang merupakan sistem seni akan
menentukan samada ideologi tertentu berkaitan dengan perkembangan seni.
Dalam memahami seni lukis disini iaitu seni lukis moden Asia Tenggara saya
ingin mengulangi kita terpaksa tidak boleh lari daripada meneliti dan menyentuh seni
lukis barat. Istilah seni itu sendiri dalam bahasa Malaysia iaitu seni atauartadalah
sesuatu yang muncul daripada barat dari segi maknanya dalam konteks kita, sistem
seni yang kita ada, kewujudan Balai Seni Visual Negaraadalah perkembangan yang
datang daripada seni lukis barat. Sebagaimana sesebuah lukisan dibentuk sedikit
sebanyak oleh bingkainya, makna seni juga dibentuk oleh bingkai ideologi. Kita tidak
wajar mendekati makna sesebuah karya seni itu diluar suatu bingkai dan di luar
suatu rangka, sebab jika kita dekatinya dari luarnya itu kita sebenarnya mencabar
tidak melihat dalam konteks sebagaimana ianya muncul.
Saya kira anda mungkin kenal nama Marcel Duchamp iaitu pelukis Perancis
dalam awal seni moden di Eropah, beliau merupakan seorang pelukis awal-awal lagi
telah menyangkal perkembangan seni lukis moden Eropah. Beliau telah cuba
mempermainkan perkembangan itu dan menafikan kebaikan seni lukis moden itu.
Karya beliau yang bertajuk Fountain 1917 merupakan sebuah arcafound object atau
objek jumpaan arca yang menggunakan mangkuk tempat kencing atau mangkuk
urinal kencing. Sebenarnya beliau tidak melakukan apa-apa pun penciptaan, beliau
hanya mengambil mangkuk kencing dan meletakkannya di dalam pameran di dalam
muzium. Usahanya mengubah konteks dengan meletakkannya di dalam muzium
meletakkan taraf seni kepada mangkuk itu, hasrat beliau adalah untuk mempermain-
mainkan fahaman orang yang menghasilkan karya seni moden. Beliau menolak
benda yang paling ekstrim dan menafikan atau menarik perhatian masyarakat
terhadap apa yang berlaku dalam perkembangan seni lukis moden. Tetapi sistem
seni yang wujud daripada dahulu sehinggalah sekarang telah menerima komentar
Marcel Duchamp itu dan menyebatikannya ke dalam sistem seni sehingga mangkuk
kencaing itu kini merupakan sebuah karya seni walaupun mangkuk yang asalnya
telah tidak wujud. Jika anda melihat muzium di Eropah ianya merupakan mangkuk
yang lain dan yang asal masih tidak diketahui, tetapi apa yang ingin saya nyatakan
disini adalah ia merupakan satu contoh yang paling ekstrim bagaimana kemunculan
seni lukis moden itu dilihat dari segi pencemaran nilai-nilai tradisional di barat. Seni
yang sebelumnya berkaitan dengan moral dan berkaitan dengan kepercayaan
agama Kristian umpamanya dinafikan langsung, seni yang berkaitan kedaulatan
raja-raja juga dinafikan maka inilah konteks kemunculan seni lukis moden Eropah.
Kemunculan ini bersempena dengan dua perkara yang serius dalam sejarah,
pertama adalah kejatuhan kerajaan tradisional iaitu kejatuhan Maharaja Louis di
Perancis dalam kejadian Revolusi Perancis, iaitu seluruh Eropah memperlihatkan
Revolusi Perancis ini suatu tanda kejatuhan atau tamatnya era-era kedaulatan raja
dan muncullah negara berdasarkan republik iaitu sebuah negara yang
memperlihatkan bahawa individu bukan lagi hak raja-raja, individu bukan lagi
ditentukan apa yang terkandung dalam kitab Injil, individu sekarang adalah individu
yang mempunyai hak asasi sendiri yang berupaya secara kolektif atau
berkumpulan untuk menukarkan nasib negara dan masyarakat yang tidak lagi
dibawah tekanan raja mahupun agama ataupun yang digunakan oleh raja untuk
meninggikan kedaulatan ini dalam konteks Revolusi Perancis.
Keduanya yang mempengaruhi seni lukis moden dan perkembangnnya ialah
Revolusi Industri yang berkaitan dengan kenaikan dan perkembangan kefahaman
sistem ekonomi kapitalis. Dalam kapitalisma yang dangkal ini yang dipentingkan
adalah harta dan yang kedua adalah hak kita untuk menukar harta itu kepada
duitexchangeatau pertukaran kedua-dua ini dianggap penting. Jadi pada andaian
saya perkembangan seni lukis moden malah perkembangan seni di barat menemui
perubahan apabila sistem kapitalisma ini muncul menjadi sesuatu yang berpengaruh
dalam kehidupan masyarakat Eropah iaitu seni juga menjadi harta dan sebagai harta
ia boleh ditukar beli. Kapitalisme ini yang berkembang sempena dengan revolusi
industri bersama dengan Revolusi Perancis yang mengembangkan kerajaan raja
tradisional, kedua-dua ini menukar langsung rupa budaya Eropah yang
kemudiannya ia menyentuh perkembangan seluruh dunia pula. Kapitalisme
membawa kepada tamak haloba peniaga-peniaga, kuasa-kuasa tertentu untuk
mengeksplotasi seluruh dunia akibat daripada penjajahan negara-negara di Asia,
Afrika dan Amerika Selatan, dengan perkembangan penjajahan kolonialisme itu
menular juga masuk fahaman-fahaman yang menjatuhkan kerajaan-kerajaan
tradisional.
Jadi selepas Perang Dunia ke-2 bilamana banyak negara-negara di dunia
dijajah oleh kuasa-kuasa barat menuntut kemerdekaan dan kebebasan daripada
kuasa barat, juga pada masa yang sama menumbangkan kerajaan-kerajaan
tempatan atau paling tidak ia mengubah bentuk kerajaan itu. Jika kita mengambil
contoh Malaysia pada 1957 ia mendapat kemerdekaan tetapi kuasa raja-raja
sungguhpun masih ada ia hanyalah sebagai simbolik sahaja yang dikatakan perlu
disanjungi ialah parlimen dan bukan raja-raja feudal. Di Indonesia contohnya terus
dibunuh raja-raja, perkara ini sesungguhnya berlaku susulan daripada apa yang
dibawa oleh barat. Dalam konteks inilah wujudnya Balai Seni Visual Negara sebagai
contoh konteks sejarah yang membawa faktor-faktor dan pengaruh daripada barat.
Pada abad ke-21 ini kita sedar bahawa satu lagi faktor yang mengubah rupa
dan makna seni ialah teknologi informasi dan ruang siber, perihal ini tidak terlintas di
fikiran para pemikir pada 50 tahun dahulu yang kini merupakan satu yang amat
penting dari segi peranannya dalam menguasai kehidupan. Sempena dengan IT dan
teknologi komputer, tekonologi siber ini kita lihat bahawa media massa teknologi
maklumat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan budaya bukan sahaja
daripada seni menggunakan IT sekarang tetapi juga bagaimana ruang siber
teknologi maklumat semua ini menentukan arah perkembangan seni sehinggakan
kadangkala berlaku penipuan dan kekeliruan daripada apa yang sebenarnya wujud
dan apa yang dikatakan sebagai alam maya .
Pada tahun 1988 Sukan Olimpik musim sejuk telah diadakan di Kanada,
masa itu boleh dikatakan bermulanya secara besar-besaran media massa menerusi
televisyen memaparkan kejadian dunia kepada seluruh dunia. Perasmian Olimpik
musim salji di Kanada di sebarkan menerusi televisyen. Jadi banyak orang melihat
peristiwa ini dengan pertunjukan, tarian, permainan, hiasan dan juga gerakan para
atlit di televisyen sebagai yang sebenarnya. Tetapi ia adalah maya, jika anda
melihattv dari Kuala Lumpur dan bukan berada di Kanada, di kaca televisyen itu kita
lihat para atlet berhimpun di stadium yang dipenuhi bumi itu dengan salji dan semua
orang memakai baju tebal kerana sejuk berkawat membuat pembentukan-
pembentukan. Tetapi yang sebenarnya salji yang dilihat itu adalah bukanlah
sebenarnya salji tetapi ia adalah pasir, sebab mereka penganjur perasmian tidak
boleh bermain dengan salji kerana salji mudah menyebabkankekotoran, sukar untuk
dicuci semula dan akhirnya mereka menggunakan pasir namun di dalam televisyen
ia kelihatan seperti salji maka seluruh dunia tertipu melainkan orang yang berada
disitu.
Apa yang ingin saya nyatakan disini kerana alam maya media massa
berupaya memberitahu kita apa yang sebenarnya benar dan apa yang sebenarnya
tidak benar sampai begitu jadinya. Saya pernah melihat gambarnya dan saya tidak
melihat televisyen pada waktu itu, memang dilihat seperti salji, mengikut pemberita-
pemberita mereka mengatakan penganjur senang sedikit bermain dengan pasir
kerana mereka boleh menyapu semula dan mengikut televisyen ia kelihatan seperti
lebih salji daripada salji. Jadi inilah bagaimana media massa teknologi maklumat dan
siber ini menular masuk serta menjejaskan kefahaman realiti kita.
Pada tahun 1972 saya pernah mewawancara dengan arwah Ibrahim Hussein kerana
ada tugasan yang saya perlu tulis dan pergi berjumpa beliau di studio di kolej kelima
Universiti Malaya. Pada masa itu Ibrahim Hussein adalah pelukis residen di
Universiti Malaya dan beliau mengajak saya memasuki studionya, dalam studio itu
saya masih ingat muzik di studio berbunyi dimainkan, televisyen berjalan dan
tayangan filem berlaku juga pada masa itu Super 8 dan beliau melukis pada masa
yang sama. Saya rasa ini satu contoh kebisingan teknologi tetapi didakap oleh
Ibrahim Hussein sebagai perkara biasa sahaja. Beliau melukis sambil melihat
televisyen dan mendengar radio serta menayangkan filem, saya sudah lupa apa
yang saya tuliskan dalam tugasan saya, tetapi peristiwa ini sangat menarik. Saya
juga diberi tahu oleh beliau bahawa tv memainkan peranan utama perkembangan
beliau sebagai pelukis sehinggakan beliau menggunakan imej-imej popular iaitu
imej-imej media massa dalam lukisan beliau. Pada masa itu beliau baru balik 2
tahun dari Amerika membawa balik stail lukisan pop, tetapi karya pop beliau agak
berlainan sebab beliau banyak mengambil gambar-gambar daripada massa seperti
akhbar, majalah yang memaparkan seks, keganasan dan dunia glamour.
Beliau juga memberitahu saya peristiwa 13 Mei yang berlaku di Kuala
Lumpur Malaysia namun beliau melihatnya dalam warna-warni dalam televisyen di
New York,kita disini tidak nampak kerana kerajaan menutup televisyen beliau
nampak semuanya seperti kebakaran dan darah semua ada . Apa yang ingin saya
nyatakan disini adalah pengaruh teknologi media massa saya ambil contoh
pengaruh itu dengan kerjaya seorang pelukis utama di Malaysia iaitu Ibrahim
Hussein untuk memberitahu kepada kita bahawa media massa dan teknologi
maklumat yang melampaui sempadan jelas mempengaruhi perkembangan seni
samada di New York atau di Malaysia pelukis-pelukis Malaysia tidak terkecuali. Jika
di New York pelukis Nam Jum Paik menggunakan tv secara jelas tetapi di Malaysia
saya bagi contoh jelaslah bukan secara keselurahan nya menggunakan IT itu tetapai
perkembangan beliau di selang seli dengan IT . Sekarang ini telah menjadi satu
kebiasaan contohnya Jailani Abu Hassan menggunakan projektor untuk dirinya
sendiri dengan besar bukan sahaja beliau seorang malah ramai lagi. Hasnul Jamal
Saidun contohnya menjelajah dalam dunia maya, Wong Hoy Cheong dan ramai lagi.
Mungkin anda mempunyai pengalaman seperti saya semasa berlakunya keruntuhan
Pusat Dagangan New York, saya melihat secara langsung bangunan itu tiba-tiba
tersemban ini adalah sebagai satu contoh bagaimana hidup kita, fahaman kita,
pengetahuan kita ditentukan dan diperluaskan dengan wujudnya teknologi media
massa berdasarkan satelit. Semasa saya kecil dahulu petang-petang Sabtu
bersama keluarga duduk di hadapan radio mendengar drama minggu ini , dengar
bukan tengok , itulah menunjukkan tanda bahawa kehidupan itu terbawa-bawa oleh
media massa tetapi itu awal perkembangannya tetapi sekarang kita akan terbiasa
melihat orang naik motor dan dibelakangnya ada komputer riba dan telefon bimbit ia
telah menjadi perkarabiasa.
Dalam situasi ini bahwa jelaslah kita harus faham bahawa perkembangan sejarah
seni bergantung kepada banyak situasi dalam kehidupan daripada pergolakan politik
kepada ekonomi, daripada agama sehinggalah teknologi dan lain-lain. Kalau kita
membuat wacana atau diskusi tentang seni dengan hanya melihat warna bagaimana
seseorang artis itu melukis, kehandalan beliaumelukis, kehandalan beliau
memaparkan sesuatu maka jelaslah itu masih tidak mencukupi untuk kita memahami
seni. Seni harus kita lihat dalam konteks sosio-budaya, pergolakan sejarah.
Anda mungkin pernah tengok dalam majalah arca-arca daripada zaman tamadun
Mesir dua atau tiga tahun lepas, patung-patung Firaun yang dihasilkan sempena
dengan penubuhan piramid yang diusahakan oleh British Museum dan lain-lain yang
dipamerkan di muzium dan dianggap sebagai seni umpamanya patung Firaun
Mempesis umpamanya Tukthakhamen dianggap sebagai seni. Jelas sekali andaian
seni kita dengan konsep yang digunakan itu terhadap patung-patung Mesir itu
berlainan daripada seni yang difahami oleh zaman beliau mungkin istilah seni tiada
langsung bagi mereka tidak menggunakan istilah seni sebagaimanan yang kita
gunakan. Kita tahu bahawa konsep seni kita sekarang adalah menanggapkan suatu
benda itu sebagai karya seni jika ianya dihimpun oleh sesebuah muzium atau balai
seni dan diperagakan supaya boleh dilihat dan dihayati oleh khalayak ramai. Itu
adalah sebahagian daripada sebab-sebab atau faktor yang menyumbang kepada
kesenian pada zaman itu.
Apa yang kita nafikan disini dan apa yang kita tidak ambil kira ialah patung Firaun
yang dikebumi dan dianggap sebagai seni oleh budaya sekarangini sebenarnya
bukanlah seuatu hasil cipta arca yang dibuat untuk dilihat ianya dibuat untuk
disembunyikan, diletakkan di dalam piramid itu suapaya ianya boleh mengiring di
kemudian waktu di dunia kemudian mungkin akhirat, bukan untuk dipamerkan
sebagai seni . Apa yang ingin saya nyatakan disini banyak benda-benda dan
ciptaan-ciptaan yang dipaparkan sebagai seni daripada zaman lampau atau
tamadun lain asalnya bukan bertujuan kepada seni, bertujuan lebih spiritual, agama,
politik yang saya ambil Firaun itu ianya dihasilkan bukan untuk dilihat tetapi
dihasilkan bagaimana syarikat China membakar dan membawa bahan-bahan yang
dibuat daripada kertas untuk dikebumikan. Jadi tujuannya tertentu disitu untuk
kebahagian Firaun itu di akhirat, bukan untuk menghasilkan hasil itu sebagai seni.
Jadi ada dua faktor sini yang kita harus ingat apabila melihat kesenian sesuatu itu
dalam bentuk muzium atau galeri seni lukis iaitu benda yang wujud di zaman yang
lain boleh menjadi seni dan mendapat taraf seni di zaman kita.
Pada tahap yang lain pula benda yang wujud jauh dari tempat kita tetapi pada
masayang sama boleh juga dianggap sebagai seni, umpamanya lukisan-lukisan
orang asli Australia di hayati pada awal abad ke-20 sebagai hasil komuniti orang
Australia yang menarik, tetapi pada tahun 1970 an ada seorang guru seni lukis di
Australia saya tidak mengingati namanya dimana beliau telah pergi ke satu
perkampungan orang asli di Australia untuk mengajar seni lukis dimana beliau
berkesempatan untuk membawa cat akrilik dan memberinya kepada ahli-ahli
komuniti itu maka semenjak itulah lukisan orang asli ini mula dihasilkan di atas
kanvas yang mana sebelumnya dihasilkan diatas pasir, pokok, dari situlah ianya
disebarkan dan dipasarkan di Eropah , New York dan ramai pelukis-pelukis ini
menjadi mashur dan karya-karya mereka terjual sehingga setengah juta. Jadi disini
kita lihat bahawa kesenian pada masa yang sama bukan zaman dahulu iaitu
ditempat yang jauh juga boleh menjadi seni di tempat yang lain.Ada dua perkara
disini satu perjalanan masa dari dahulu menjadi seni sekarang, kedua dari yang jauh
menjadi seni sekarang menjadi seni. Faktor-faktor begini harus membuka pemikiran
kita, apa yang dikatakan tentang seni jarang sekali muktamad jarang sekali absolute,
kita harus mengawasi bagaimana ideologi berfungsi dan beroperasi untuk
menentukan perkembangan sejarah seni.
Lukisan jenis Still-Life atau alam benda iaitu lukisan yang memaparkan benda-benda
seperti bunga, pasu-pasu dan buah-buahan pada kebiasaannya, kini kita
andaikannya sebgai suatuexcersise pelukis untuk melihat. Tetapi lukisan alam
benda ini telah wujud di Eropah sejak abad ke-16 dan 17 walaupun pada masa itu ia
bukanlah jenis lukisan yang disanjungi wujud lukisan benar-benar realstik buahan-
buahan bakul yang mempunyai makanan ataupun ikan. Sekarang kita melihat
lukisan begini sebagai contoh kemahiran melukis secara relistik. Pada abad ke-17
lukisan begitu mempunyai makna-makna tertentu dan sentiasa diulangi terutamanya
subjek buaha-buahan, daging , gelas atau tempayan, semua benda ini sebenarnya
ada maksudnya. Lukisan ini digealr sebagai lukisanvanitas , lukisan
jenis vanitas bukan sahaja memaparkan benda secara indah tetapi betujuan
menyampaikan mesej tertentu. Jika lukisan alam benda itu mamparkan lukisan sebiji
epal atau oren yang telah busuk ia melambangkan kehidupan ini akan menjadi tua
dan akan mati, jadi itu lambangnya di Eropah.



















CATAN - Aliran Seni Catan Barat
Definisi catan
Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu
ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat
seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed,
turpentin dan sebagainya. Berus,pisau lukis dan sebagainya.
Sejarah Seni Catan
Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti
catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah
seperti mozek dan fresco. Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman
kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah
seperti cat minyak, air, tempera dan fresco. Pada kurun ke-19 dan 20, muncul
beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.
Karya Eugene Delacroix
Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme.
Berjodol Liberty Leading the People (1830).
Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.
Karya Van Gogh
Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19.
Aliran Impressionisme.
Berjodol : Bedroom
mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang.
Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.
Karya Warhol
Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20
Aliran Pop Art
Berjodol Marylin Monroe
Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa
itu.
Gaya umpama poster untuk pengiklanan.

Aliran-aliran seni catan di barat

Klasik
Barroque
Romanticisme
Impressionisme
Post-Impressionisme
Ekspressionisme
Kubisme
Surelisme
Seni Pop


Aliran Klasik
Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula. Figura
sebagai pemusatan tumpuan karya. Penumpuan kepada kadar banding dan
anatomi. Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni. Karya-karya mendapat
perhatian daripada golongan bangsawan. Hal benda yang dipaparkan banyak
berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.
Leonardo Da Vinci
Michalengelo

Aliran Romanticism
Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18. Karya aliran
ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu.
Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya
tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura. Gaya karya masih terpengaruh
dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik. Penggunaan garisan luar yang terang.
Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan
pemerintahan beraja. Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam
kelam. Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada
zaman itu.
Eugene Delacroix
Eugene Delacroix
Eugene Delacroix
Francisco Jos de Goya
Francisco Jos de Goya
Aliran Barroque
Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi. Barroque membawa
maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada
komposisi,aksi,warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya
tertumpu kepada objek.
Rembrandt van Rijn
Rembrandt van Rijn

Rembrandt van Rijn
Aliran Impressionism
Aliran muncul pada abad ke-19. Menumpukan kaedah konsep cahaya dan
kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus
dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukid secara detail.
Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan
suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam. Aliran ini condong
kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.
Claude Monet
Claude Monet
Edgar Degas
Vincent Van Gogh
Pierre-Auguste Renoir
Aliran Post-Impressionisme
Realiti itu sentiasa baru dan tegas. Bukan meniru bentuk tetapi mencipta
bentuk. Bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
Melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan
antara isi yang berkait rapat. Melukis sebagai pernyataan dan simbol diri. Perspektif,
bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain. Warna terang
dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.
George Seurat
Paul Cezanne
Paul Gauguin
Aliran Kubisme
Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni
sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba
menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk
dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna
yang bertenaga.
Pablo Picasso
Marcel Duchamp
Aliran Ekpresionisme
Menolak ciri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan
keresahan emosi pelukis. Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
Penggunaan warna yang dramatik. Tidak ada imej yang jelas. Kesan berus yang
kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.
Wassily Kandinsky
Jackson Pollock
Aliran Surelisme
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah
sedar minda pelukis. Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak
logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri. Objek
diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.
Salvador Dali
Aliran Seni Pop
Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi
kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan
populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop
terkenal dengan panggilan New Realist. Warna yang terang pada permukaan yang
berbidang yanmg besar. Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman
sains dan teknologi.
Andy Warhol

Anda mungkin juga menyukai