Anda di halaman 1dari 1

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan yang telah

diberikan walaupun dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru dan ketua
keluarga. Tugasan ini banyak memberikan saya input-input baru yang sangat berguna untuk saya
praktikkan di sekolah nanti. Tugasan ini juga menjadikan saya lebih memahami apa itu pengujian,
pengukuran dan juga penilaian.
Banyak ilmu baru yang saya perolehi setelah menyelesaikan tugasan ini. Ia memberikan saya satu
dimensi baru dan menjadikan saya seorang yang teliti atas sesuatu tugasan yang diberikan. Ilmu yang
saya perolehi ini akan saya gunakan dan akan saya kongsikan kepada rakan-rakan yang lain di tempat
kerja. Selain itu, saya telah memperolehi satu pengalaman baru yang mana sikap bekerja dengan
bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu tugasan yang diberikan merupakan faktor kejayaan
seseorang. Pengalaman dalam menjayakan tugasan ini cukup berharga buat saya. Saya berharap agar
ilmu yang saya dapat ini akan terus berada dalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang
kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi. Antara
masalah yang paling ketara ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melaksanakan
penyelidikan dan mengumpulkan maklumat. Walaubagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan baik
dengan mengurus masa yang betul dan sistematik. Selain itu, kurangnya pengalaman dan ilmu yang
cetek juga menyebabkan saya terpaksa menyelidik dan membuat kajian dengan bersungguh-sungguh
agar tugasan ini dapat menepati apa yang dikehendaki.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek
Ilmu Pendidikan iaitu Encik Kamarul Zaman Bin Mohd Kutty yang telah memberi panduan dan tunjuk
ajar dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu sama ada secara formal atau tidak formal dalam
menjayakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada keluarga tercinta kerana memberi sokongan dan
dorongan serta doa agar saya berjaya dalam pengajian ini.

Anda mungkin juga menyukai