Anda di halaman 1dari 7

Sains KSSR Tahun 2

Topik 4 : Terang dan Gelap


4.2 Mengaplikasi pengetahuan
tentang pembentukan bayang-bayang
Video

Huraian
Guru menerangkan konsep asas bagaimana
bayang-bayang terbentuk melalui menayang
video permainan bayang-bayang.

Guru menggunakan kaedah soal jawab untuk
menerangkan cara pembentukan bayang-
bayang. Soalan dikemukakan:

Soalan :
i. Apakah yang dapat anda lihat ?
ii. Adakah anda pernah melihat bayang-
bayang?
iii. Bilakah bayang-bayang akan muncul?
iv. Mengapakah bayang-bayang muncul di
bahagian belakang objek apabila cahaya
dipancarkan padanya?
v. Bagaimanakan bayang-bayang akan terjadi?
vi. Bandingkan saiz dan bentuk bayang-bayang
dengan objek asal.

Penjelasan kepada murid-murid:
Sinar cahaya adalah bergerak secara lurus
Bayang-bayang dihasilkan jika cahaya tidak dapat
menembusi objek
Bayang-bayang dibentuk pada kawasan yang
bertentang dengan sumber cahaya
Memberi contoh bahan lutsinar dan bahan tidak
lutsinar

Memberi peluang kepada murid-murid untuk
mengaplikasikan pengetahuan tentang
pembentukan bayang-bayang dengan
meminta mereka mencipta permainan
bayang-bayang.
Dilaksanakan secara berkumpulan dan setiap
kumpulan akan diberikan bahan-bahan seperti
kadbod, gunting, kertas warna, kayu lidi,
lampu suluh, pita perekat dan pen.

Murid boleh menghasilkan bentuk bayang-
bayang dengan sesuka hati.
Selepas itu, mereka dikehendaki meletakkan
bentuk-bentuk tersebut di depan lampu suluh
dan cuba membuat satu wayang yang pelakonnya
terdiri daripada bayang-bayang.
Semasa membuat persembahan bayang-bayang,
kami akan meminta setiap kumpulan datang ke
hadapan mengikut giliran untuk menunjukkan
hasil kerja mereka.
Kumpulan lain dikehendaki memerhati bayang-
bayang yang dihasilkan di atas kadbod apabila
persembahan dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai