Anda di halaman 1dari 1

Kejuruteraan Kaji Logam

Metalurgi atau kaji logam merujuk satu bidang dalam sains bahan dan kejuruteraan bahan yang
mengkaji sifat fizik dan kimia unsur logam dan sebatiannya (yang dipanggil aloi).
Metalurgi merupakan sebuah bidang keteknikan yang mempelajari tentang material logam
sebagai bahan yang digunakan sehari-hari, pembelajaran tentang logam dimulai dari
penambangan/pengambilan mineral logam didalam bumi kemudian diolah menjadi bahan
mentah untuk dijadikan produk setengah jadi dengan proses-proses metalurgi seperti pengecoran
pembentukan pengelasan untuk dijadikan produk jadi yang kemudian di finishing dengan
diberikan perlakuan permukaan atau meningkatkan kekuatan sebelum digunakan/dipasarkan.

Metalurgi tidak terhad kepada mengeluarkan logam dari bijih atau batuan asalnya. Istilah
metalurgi moden kini lebih meluas; mengeluarkan dan menyediakan logam beradioaktif,
mengeluarkan logam dari bijih batuan bermutu rendah, mengeluar dan menulenkan logam
berharga, dan menyediakan formulasi campuran logam bagi membentuk aloi. Kini metalurgi
dalam bidang logam berharga semakin mendapat perhatian dan pakar di dalam metalurgi logam
berharga sering diperlukan.

'Metal' berasal dari perkataan Greek; "metallon" dan Latin; "metallum" yang kedua-duanya
membawa maksud yang sama; "mine" atau 'metal' (logam). Logam terbahagi kepada dua
kumpulan: "Ferus" dan "tidak-Ferus." Logam ferus mengandungi besi (ferum) manakala logam
bukan-ferus terdiri dari tiga jenis; "nobel" atau logam yang berharga, logam asas (base metal)
dan logam ringan (light metal).

Kejuruteraan bahan merupakan sesuatu bidang antara disiplin yang melibatkan ciri-ciri jirim
dan penggunaan jirim dalam pelbagai bidang sains dan kejuruteraan. Sains ini mengaji hubungan
antara struktur bahan-bahan dan ciri-ciri mereka. Bidang ini meliputi fizik gunaan dan kimia,
serta kejuruteraan kimia, kejuruteraan mekanik, kejuruteraan sivil dan kejuruteraan elektrik.
Sains bahan semakin berkembang disebabkan perhatian yang meningkat kepada bidang
nanosains dan nanoteknologi.

Anda mungkin juga menyukai