Anda di halaman 1dari 34

NAMA NO.

MATRIK

NORZAILA BINTI MD NOOR

D 2010040990
KUMPULAN : UPSI16(A122PJJ)
PENSYARAH E-LEARNING :
ENCIK DOAA @ HAMZAH BIN ABDUL AZIZ
TARIKH SERAH : 5 MAY 2013
TM
PDF Editor
LAPORAN KAJIAN 1

MENGKAJI PROSES OSMOSIS

Objektif kajian
Menentukan arah pergerakan molekul air merentasi membran telur.

Hipotesis
Telur yang sebelumnya tidak direndam cuka tidak akan mengalami osmosis karana
terhalang oleh kulitnya sedangkan telur yang telah direndam air cuka akan mengalami
osmosis karana kulitnyanya telah bertindakbalas dengan asid asetik (cuka)

Alat Radas dan Bahan

Sebiji telur
Cuka
Gula
Air

Kaedah
1. Sebiji telur direndam ke dalam sebuah bekas yang mengandungi cuka selama 24
jam. Jika lapisan kulit masih ada selepas 24 jam, gantikan cuka tersebut dengan
cuka yang baru.
2. Telur direndam sehingga keseluruhan lapisan kulit telur hilang. (membran telur)
3. Membran telur dikendalikan secara berhati-hati dan dibilas dengan air secara
perlahan-lahan.
4. Seterusnya membran telur dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi gula
sahaja (tanpa air). Pemerhatian dilakukan selepas 1 hari.
5. Selepas itu, membran telur dibilas dengan air sekali lagi dan dimasukkan ke dalam
bekas yang mengandungi air pula. Hasil pemerhatian dicatat selepas 1 hari.







TM
PDF Editor
Keputusan

Telur yang direndam dengan cuka
Sampel Ukuran Panjang Ukuran Lebar
Telur yang dijadikan sampel yang tidak
direndam di dalam sebarang larutan.
16.2 cm 14.5 cm
Telur yang telah direndam dalam cuka
selepas 24 jam (membran telur)
18.5cm 16.51cm

Telur yang sama setelah dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi gula sahaja
(tanpa air) selama 24 jam :
Sampel Ukuran Panjang Ukuran Lebar
Telur yang sebelumnya tidak dimasukkan
ke dalam bekas yang mengandungi gula.
18.5cm 16.5cm
Telur yang telah dimasukkan ke dalam
bekas yang mengandungi gula sahaja
selama 24 jam

16.7cm

15.2cm

Telur yang sama setelah direndam air selama 24 jam :
Sampel Ukuran Panjang Ukuran Lebar
Telur yang sebelumnya tidak direndam
dalam air
16.7cm 15.2cm
Telur yang direndam dalam air selama 24
jam
18.2cm 16.8cm





TM
PDF Editor
Perbincangan

Apabila telur mentah direndam ke dalam cuka selama 24 jam , cuka akan melarutkan kulit
telur itu. Kulit telur terdiri Calcuim karbonat (CaCO
3
) dan ini adalah sebab ianya keras dan
cuka mengandungi asid asetik(CH
3
COOH). Setelah kedua-duanya bercampur maka ia
akan menimbulkan tindak balas kimia menghasilkan gas karbondioksida. Asid asetik yang
hadir dalam cuka melarutkan kulit telur dan telur menjadi elastic sehingga hanya kelihatan
membran telur. Saiz telur bertambah berbanding saiz asalnya kerana berlakunya proses
osmosi. Air cuka yang berkepekatan rendah mengalir masuk melalui membran telur
menyebabkan telur saiz telur bertambah. Apabila membran telur di masukkan ke dalam
bekas yang mengandungi gula selama 24 jam proses osmosis turut berlaku dimana air
bergerak secara osmosis dari dalam telur ke dalam air dalam gelas. Ini menyebabkan saiz
membran telur mangecil. Proses osmosis terus berlaku apabila membran yang sama
kemudiannya direndam ke dalam air menyebabkan air dari gelas tersebut akan bergerak
secara osmosis merentasi membran telur, dan masuk ke dalam telur. Saiz telur bertambah
besar.


Soalan
1. Apakah fungsi cuka?
cuka mengandungi acetic acid, manakala kulit telur terdiri daripada calcium carbonat
bila telur direndam dalam cuka, acetic acid dalam cuka akan bertindakbalas dgn
calcium carbonat dalam kulit telur dan mencairkannya

2. Apakah yang berlaku pada membran telur di dalam bekas yang mengandungi
gula? Sila terangkan dari segi osmosis.
Membran telur semakin mengecil berbanding sebelum diletakkan ke dalam bekas
yang mengandungi gula. Air bergerak secara osmosis dari dalam telur ke dalam air
dalam gelas. hasilnya ialah telur yg dehydrated dan mengecut menyebabkan saiznya
semakin kecil.

3. Apakah yang berlaku pada membran telur di dalam bekas yang mengandungi
air? Sila terangkan dari segi osmosis.
Membran telur yang berada di dalam bekas yang mengandungi air akan kelihatan
lebih besar saiznya berbanding sebelum dimasukkan ke dalam air. Proses osmosis
akan berlaku dimana air dari gelas tersebut akan bergerak secara osmosis merentasi
membran telur, dan masuk ke dalam telur.
TM
PDF Editor
Kesimpulan dan cadangan
Telur yang direndam dalam cuka mengalami osmosis sedangkan telur yang sebelumnya
tidak direndam dalam cuka tidak mengalami peristiwa osmosis. Perubahan saiz telur adalah
bergantung kepada bahan larutan yang digunakan.

RUJUKAN

http://h4n4c4r4k4.blogspot.com/2012/08/makalah-ilmiah.html




























TM
PDF Editor
Lampiran
Gambarajah menunjukkan semasa proses telur di rendam di dalam cuka dan
hasilnya.


Alat radas yang digunakan

Telur tenggelam apabila cuka di masukkan

Telur terapung setelah beberapa mini direndam dengan cuka
TM
PDF Editor

Cuka melarutkan kulit telur sehingga menampakkan membran telur

Hasil terakhir menunjukkan pertambahan pada saiz telur










TM
PDF Editor
Gambarajah menunjukkan tindakbalas berlaku pada membran telur dengan gula

Telur yang dimasukkan kedalam bekas yang mengandungi gula

Gula kelihatan cair (berlakunya proses osmosis)


Hasil diperolehi selepas 24 jam, saiz telur mengecil






TM
PDF Editor
Gambarajah menunjukkan tindakbalas memberan telur yang direndam ke dalam air


Telur yang direndam ke dalam air


Telur yang telah direndam air selama 24 jam, saiz semalin besar

















TM
PDF Editor
LAPORAN KAJIAN 2

MENGKAJI VARIASI GENETIK PADA MANUSIA DAN TUMBUHAN


Objektif kajian

Memerhati dan membuat analisis tentang beberapa ciri variasi selanjar dan tidak selanjar
pada organisma hidup.


Hipotesis


Alat Radas dan Bahan
19 orang murid, penimbang, pita pengukur,
Kaedah

Variasi pada haiwan
1. Pemerhatian dilakukan di kalangan murid tahun 5 pintar di Sekolah Kebangsaan Sri
Chiku 2 yang terdiri daripada 19 orang murid lelaki.
2. Pemerhatian dijalankan berkenaan tiga ciri variasi selanjar iaitu jenis rambut, bentuk
cuping telinga dan corak cap jari. Tiga ciri variasi tidak selanjar juga turut
diperhatikan iaitu ketinggian, berat badan dan jenis warna kulit.
3. Pemerhatian dilakukan dan direkodkan

Variasi pada tumbuhan
1. Satu spesies tumbuhan yang terdapat di persekitaran sekolah atau rumah
2. Pemerhatian dilakukan terhadap tiga ciri variasi selanjar dan tiga ciri variasi tidak
selanjar dalam kalangan spesies tumbuhan tersebut.
3. Pemerhatian dilakukan dan direkodkan

Keputusan

Variasi selanjar bagi manusia

TM
PDF Editor
JENIS RAMBUT BILANGAN MURID
Lurus 17 orang
Kerinting 2orang

BENTUK CUPING TELINGA BILANGAN MURID
Bercuping telinga 17 orang
Tidak becuping telinga 2 orang

CORAK CAP JARI BILANGAN MURID
Lengkung 3 orang
Sepusar 7 orang
Komposit 1 orang
Gelung 8 orang

Variasi Tidak Selanjar bagi Manusia
KETINGGIAN BILANGAN MURID
80cm-100 cm 3 orang
101cm-120cm 7 orang
121cm-140cm 3 orang
141cm 160cm 7 orang

BERAT BADAN BILANGAN MURID
20kg-40kg 9 orang
41kg 60kg 7 orang
61kg 80 kg 2 orang
81kg 100kg 1 orang

WARNA KULIT BILANGAN MURID
Cerah 4 orang
Sawa matang 10 orang
Gelap 5 orang

VARIASI PADA TUMBUHAN

TM
PDF Editor
a. Terdapat beberapa ciri selanjar dan tidak selanjar pada sebatang pokok bunga ros.
i. Ciri variasi selanjar Ketinggian pokok 2m, ukurlilit batang 2.5cm dan panjang
daun 6cm.
ii. Ciri variasi tidak selanjar Bunga berwarna merah, mempunyai batang yang keras
dan berduri serta mempunyai daun berbentuk bujur tajam dihujungnya.




Rajah 1: Bunga berwarna merah, batang berduri dank keras serta daun bujur merupakan ciri
variasi tidak selanjar yang terdapat pada pokok bunga ros.







Rajah 2: Penulis di
kawasan kajian, di
halaman rumah
TM
PDF Editor
Perbincangan
a. Variasi Genetik Pada Manusia
Variasi merujuk kepada perbezaan ciri di kalangan individiu dari spesies yang
sama. Terdapat dua jenis variasi iaiti variasi selanjar dan variasi tidak selanjar.
Variasi selanjar merupakan variasi yang menunjukkan ciri perantaraan, iaitu tidak
ada perbezaan yang ketara di kalangan individu. Manakala variasi tak selanjar
ialah variasi yang menunjukkan perbezaan yang jelas di antara individu.
Variasi selanjar yang dikaji ke atas murid-murid tahun 5P SK Sri Chiku 2 SK.
di antaranya termasuk warna kulit, ketinggian dan juga berat badan. Di samping
itu, variasi tidak selanjar yang dikaji ialah kebolehan corak cap ibu jari, bentuk
cuping telinga dan jenis rambut samaada kerinting atau lurus.
Variasi tidak selanjar disebabkan oleh factor genetic dan boleh diwarisi.
Manakala variasi selanjar pula disebabkan oleh faktoe genetic, factor
persekitaran atau kedua-duanya sekali. Faktor genetic yang menyebabkan
variasi adalah:
i. Pindah silang dalam profosa I
ii. Penyusunan kromoson secara bebas semasa metafasa I
iii. Persenyawaan rawak.
b. Variasi Genetik Pada Tumbuhan
Variasi selanjar yang dikaji ke atas pokok bunga ros ialah ketinggian pokok, ukurlilit
batang dan juga panjang daun. Di samping itu, variasi tidak selanjar yang dikaji
ialah warna bunga, mempunyai batang keras serta berduri dan juga bentuk daun

Dengan mengaitkan ciri variasi pada pokok bunga ros tersebut, terdapat dua
jenis pewariasan yang juga turut dikaitkan dengan kajian ahli biologi terkemuka iatu
Johann Mendel (1865).
i. Pewarisan Monohibrid
ii. Pewarisan Dihibrid
Pewarisan monohibrid
Mendel mengacukkan pokok kacang pea yang bersifat baka tulen untuk tinggi
dengan pokok kacang pea berbaka tulen untuk kerdil. Seterusnya, biji-biji benih
TM
PDF Editor
dikutip dan dicambahkan untuk menghasilkan pokok generasi filial pertama, F1.
Mendel mendapati semua pokok generasi F1 adalah tinggi. Kesemua pokok
generasi F1 dikacukkan satu sama lain. Biji-biji benih dikutip lagi dan dicambahkan
untuk menghasilkan pokok generasi filial kedua, F2. Nisbah pokok tinggi kepada
pokok kerdil adalah 3:1. Kacukan monohybrid dikenali sebagai pewarisan
monohobrid kerana hanya satu cirri pokok kacang pea dikaji.

gambar 2. persilangan monohibrid dengan menggunakan karakter tinggi tanaman
Di samping itu, Mendel mengemukakan Hukum Mendel 1 (Hukum Pengasingan)
yang menyatakan cirri sesuatu organism ditentukan oleh sepasang alel.
Pasangan alel ini akan berpisah daripada satu sama lain semasa pembentukan
gamet melalui meiosis. Hanya satu alel daripada pasangan alel itu akan hadir
dalam satu-satu gamet.

Pewarisan Dihibrid
Pewarisan Dihibrid ialah kacukan antara dua induk yang melibatkan dua cirri
berlainan. Mendel mengacukkan pokok kacang pea berbaka tulen untuk tinggi
dan berbiji bulat bewarna kuning dengan pokok kacang pea berbaka tulen untuk
kerdil dan berbiji berkedut bewarna hijau. Tumbuhan generasi F1 dikacukkan
dengan sesama sendiri. Daripada kacukkan dihibrik, semua tumbuhan generasi
F1 mempamerkan trait dominan tinggi dan berbiji bulat bewarna kuning.
Tumbuhan generasi F2 menghasilkan nisbah dihibrid 9:3:3:1. Mendel
TM
PDF Editor
mengemukan Hukum Mendel II (Hukum Pengaturan Bebas) yang mengatakan
bahawa setiap ahli daripada sepasang alel boleh bergabung secara rawak
dengan mana-mana satu alel daripada pasangan alel yang lain semasa
pembentukan gamet.



Rajah 13: Proses dan hasil persilangan Dihibrid









TM
PDF Editor
Soalan
1. Apakah punca berlaku variasi dalam kalangan organism dalam spesies yang sama?
Punca ini dipengaruhi oleh
1. faktor genetik
2. faktor persekitaran
3. faktor genetik berinteraksi antara faktor persekitaran

2. Adakah perbezaan di antara variasi selanjar dan variasi tidak selanjar?
DARI SEGI VARIASI SELANJAR VARIASI TAK SELANJAR
Jenis perbezaan beransur-ansur bagi sesuatu
ciri
Perbezaan ketara bagi sesuatu
ciri
Ciri perantaraan Terdapat ciri perantaraan Tiada ciri perantaraan
Jens variasi Variasi kuatitatif Variasi kualitatif
Bentuk graf Taburan normal Taburan diskrit
Faktor penyebab Genetik & persekitaran Genetik sahaja
Pemindahan ciri ke
zuriat
Tidak dapat diturun kepada
zuriat
Boleh diturunkan kepada zuriat
Bilangan gen yang
terlibat
Dikawal oleh sebilangan gen
dengan beberapa pasang alel
Dikawal oleh gen tunggal
dengan 2 atau lebih alel
contoh Ketinggian,berat badan,warna
kulit,kepintaran
Boleh menggulung
lidah,kumpulan darah,corak
cap ibu jari bentuk cuping
telinga.kehadiran lesung pipit

3. Bagaimanakah fenotip sesuatu organisma boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran?
Contoh keadaan di mana fenotip sesuatu organisma dipengaruhi oleh faktor persekitaran
seperti:
1. Cahaya matahari - Kadar pendedahan sesuatu organisma terhadap matahari yang
mampu menukar warna kulit(genotip).
2. Nutrisi - Pengambilan nutrisi terhadap sesuatu organisma akan mempengaruhi
kesihatan, perkembangan tubuh badan, kecergasan minda dan sebagainya
3. Pendidikan - Ilmu yang diserap dan dipraktikan akan mempengaruhi minda untuk
cenderung kepada kepintaran.

4. Sekiranya salah seorang daripada murid anda mempunyai telinga yang bercuping dan
tidak dapat menggulung lidah. Berikan jangkaan-jangkaan fenotip dan genotip ibu
dan bapa murid ini.

Kesimpulan dan cadangan
TM
PDF Editor
Variasi yang ada pada semua benda hidup adalah menunjukkan bahawa semua benda
hidup mempunyai pebezaan.


RUJUKAN

http://www.bbc.co.uk/bitesize/ks3/science/organisms_behaviour_health/variation_classificati
on/revision/4/
http://www.biologymad.com/resources/RevisionM5Ch2.pdf
http://www.biologymad.com/master.html?http://www.biologymad.com/geneticsinheritance/ge
neticsinheritance.htm
http://www.exoticrainforest.com/Natural%20variation%20within%20aroid%20and%20%20pla
nt%20species.html






















TM
PDF Editor

Lampiran

Sampel 19 orang murid tahun 5 Pintar yang diambil


Penentuan variasi selanjar ( jenis rambut- dua orang pelajar yang berambut kerinting)

Penentuan variasi selanjar ( bentuk cuping telinga 2 orang murid yang bercuping telinga)
TM
PDF Editor

Penentuan variasi selanjar ( corak cap jari )

Penentuan variasi tak selanjar ( Warna kulit 4 orang murid berkulit cerah)



Variasi tak selanjar- 10 orang murid berkulit sawa matang



TM
PDF Editor
LAPORAN KAJIAN 3

MENGKAJI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN HAIWAN

Objektif kajian

Memerhati dan membuat analisa pertumbuhan dan perubahan morfologi haiwan (katak)

Hipotesis
Pertumbuhan dan perubahan morfologi katak bergantung kepada 4 fasa dalam tempoh
masa yang tertentu.,

Alat Radas dan Bahan
Akuarium kecil
Telur katak
Air
Rumpair

Kaedah

1. Pemerhatian dilakukan terhadap pertumbuhan dan perkembangannya katak bermula
dari telur katak.
2. Telur katak telah di letakkan ke dalam sebuah akuarium kecil
3. Pemerhatian dilakukan dan direkodkan berdasarkan perubahan morfologi haiwan
tersebut dari masa ke semasa.
4. Pemerhatian dilakukan sehingga haiwan tersebut mencapai peringkat matang.

Keputusan

1. Hari pertama
Telur katak digunakan untuk dijadikan bahan kajian. Hari pertama telur dimasukkan
ke dalam akuarium dan pemerhatian mula dilakukan. Telur telur katak melekat
antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Telur yang diperolehi sudah
hampir menetas.

TM
PDF Editor

Rajah 1 : telur katak yang melekat pada buih

2. Pada hari ketiga di dapati telur telah menetas menjadi berudu kecil yang
sebahagiannya masih melekat pada buih dan sebahagian dapat dilihat dalam air


Rajah 2 : Telur katak telah menetas dan berudu masih kecil

3. Hari kelima di dapati berudu sudah dapat berenang di dalam air.


Rajah 3 : Berudu telah dapat berenang

TM
PDF Editor
4. Setelah 2 minggu berudu semakin membesar
5. Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk,
diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang
kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru paru mula berkembang,
untuk membolehkan katak hidup di darat.

Rajah 4 : Berudu telah mempunyai kaki belakang dan kaki hadapan
6. Berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya
mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki
membesar. Paru paru semakin menjalankan fungsinya
7. Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang
mempunyai paru paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak
lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak
yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing.


Rajah 5 : berudu telah bertukar menjadi katak kecil




TM
PDF Editor
Perbincangan

Katak merupakan haiwan yang mengalami metamorfosis sempurna. Telur merupakan
proses permulaan bagi kitar hidup katak yang mengamnbil masa selama 10 hari. Ttelur
katak tersebut akan bertransformasi menjadi berudu. Berudu ini seperti ikan kecil berwarna
hitam yang memiliki struktur tubuh yang belum sempurna. Meski demikian, pada usia dua
hari, berudu tersebut akan memiliki insang yang digunakannya untung bernafas. Lebih
kurang 3 minggu kemudian, insang pada berudu akan hilang disebabkan dilindungi oleh
kulit yang tumbuh. Pada minggu ke lima, kaki belakang pada berudu telah kelihatan tumbuh.
Seterusnya apabila kaki belakang agak jelas dan besar barulah kaki depan kelihatan
sehingga akhirnya tumbuh secara terus menerus hingga berudu mencapai usia kira-kira 11
minggu.ekor berudu semakin pendek sehinggalah tidak dan berudu juga mula benafas lagi
kelihatan. Berudu menggunakan paru- paru untuk benafas dan secara perlahan-lahan
berudu telah bertukar menjadi katak yang dewasa dengan struktur badan yang sempurna.



Rajah 7 : Gambarajah menunjukkan kitar hidup katak

Soalan :
1. Adakah terdapat perubahan fizikal pada haiwan tersebut? Kenalpasti setiap fasa
TM
PDF Editor
pertumbuhannya.

Terdapat perubahan fizikal yang berlaku pada katak tersebut ia bermula daripada :

Peringkat 1 Telur (Frog spawn)
Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telurtelur katak melekat antara
satu sama lain membentuk sekelompok telur.
Peringkat 2 Berudu (tadpoles)
Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar agar
dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu. Berudu
akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari
hingga 3 minggu. Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air.
Peringkat 3 - Berudu mula berubah
Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki
hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor
berudu mengecil. Paru paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat.
Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga
membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh
tumbuhan dan haiwan yang reput.
Peringkat 4 Hampir jadi katak (Froglet)
Lamakelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit.
Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar.
Paruparu semakin menjalankan fungsinya.
Peringkat akhir Katak (Frog)
Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru-
paru, kaki dan tanpa ekor..

2. Adakah haiwan tersebut mengalami metamorfosis sempurna atau tidak sempurna?
Apakah perbezaan antara kedua-dua jenis metamorfosis tersebut?

Metamorfosis merupakan proses biologi yang berlaku dalam kitaran hidup sesuatu
organisma danmengalami perubahansepenuhnya berbentuk fizikal dan lain-lain.Katak
TM
PDF Editor
mengalami metamorfosis sempurna merupakan jenis perubahan hewan yang melalui 4
tahapan pertumbuhan dan perubahan, yakni: Telur ke Larva ke Pupa ke Dewasa.

Perbezaan metamorfosis sempurna dengan metamorphosis tidak sempurna adalah :

Metamorfosis sempurna adalah perubahan 4 kitaran iaitu melalui fasa telur, larva, pupa atau
kepompong, dan imago (dewasa)

Metamorfosis tidak sempurna merupakan metamorfosis yangmengalami 3 kitaran iaitu
daritelur menjadi nimfa kemudian menjadi haiwan dewasa.


3. Apakah faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan
perubahan morfologi haiwan tersebut?

Factor dalaman yang mempengaruhi pertumbuhan dan perubahan morfologi katak adalah :
1. Gen.
Gen adalah substansi pembawa sifat yang diturunkan dari induk kepada anakannya.
Gen mempengaruhi ciri dan sifat makhluk hidup, misalnya bentuk tubuh, tinggi tubuh,
warna kulit, dan sebagainya.
2. Hormon
Hormon merupakan zat yang dihasilkan makhluk hidup yang berfungsi untuk
mengendalikan berbagai fungsi di dalam tubuh. Meskipun kadarnya sedikit, hormon
memberikan pengaruh yang nyata dalam pengaturan berbagai proses dalam tubuh.
Hormon Tiroksin pada katak mengendalikan pertumbuhan haiwan merangsang
permulaan proses metamorfosis.
Factor luaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perubahan morfologi katak adalah :

1. Makanan atau Nutrisi
Makanan merupakan sumber tenaga yang digunakan untuk melakukan aktiviti bagi
pertumbuhan dan perkembangan hidup. Kualiti dan kuantiti makanan akan
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan hidup katak.
2. Suhu
Semua makhluk hidup memerlukan suhu yang sesuai untuk pertumbuhan dan
perubahan morfologi katak.
3. Cahaya
TM
PDF Editor
Cahaya berpengaruh terhadap pertumbuhan dan perkembangan makhluk hidup.
4. Air
Air merupakan faktor penting untuk pertumbuhan dan perkembangan. Air sangat
penting bagi katak Tanpa air, katak tidak dapat bertahan hidup. Air merupakan
tempat berlangsungnya reaksi-reaksi kimia di dalam tubuh. Tanpa air, reaksi kimia
dalam sel-sel tubuh tidak akan terjadi.

Kesimpulan dan cadangan

Metamorfosis pada katak merupakan metamorfosis sempurna dimana metamorfosisnya
melalui fasa-fasa bermula dari telur-larva-pupa-imago (dewasa). Hormon yang
mempengaruhi metamorfosis katak adalah hormon thyroid dengan mensekresikan hormon
thyroxin (T4) dan triiodothronine (T3) dari thyroid selama metamorfasis. Katak mengalami
perubahan baik secara morfologi maupun fisiologi.

RUJUKAN
Journal of Ecological Research, EFFECTS OF TEMPERATURE ON THE DEVELOPMENT
OF THE WOOD FROG, RANA SYLVATICA Jessica Darrow, Andrea Nulton and Danielle
Pompili

http://mediabelajaronline.blogspot.com/2011/07/pertumbuhan-dan-perkembangan-
makhluk.html

http://aldyoke.blogspot.com/2011/12/perbedaan-metamorfosis-sempurna-dan.html

http://www.crayonpedia.org/mw/Metamorfosis_7.1

http://eulaingo.blogspot.com/2011/11/tumbesaran-haiwan.html








TM
PDF Editor
Lampiran

METAMORFOSIS SEMPURNA BAGI KATAK













TM
PDF Editor
LAPORAN KAJIAN 4

MENGKAJI TROPISME DALAM TUMBUHAN (TERHADAP GRAVITI)

Objektif kajian

Mengkaji gerakbalas tumbuhan terhadap graviti

Hipotesis
Hujung pucuk tumbuhan ke arah graviti.

Pembolehubah
a) Dimalarkan : peringkat pertumbuhan anak benih
b) Dimanipulasikan : kedudukan anak benih
c) Bergerak balas : Arah pertumbuhan hujung akar

Alat Radas dan Bahan
gelas plastic, kapas dan anak benih kacang hijau

Kaedah

1. Alat radas seperti yang ditunjukkan di bawah disediakan :



2. Biji benih kacang hijau digunakan untuk tujuan eksperimen. Biji benih tersebut direndam
terlebih dahulu selama 8 jam untuk tujuan percambahan.
TM
PDF Editor


3. Biji kacang yang direndam dimasukkan kedalam gelas plastic yang mengandungi
kapas lembab untuk menghasilkan anak cambah. (pemerhatian di jalankan )



4. Anak cambah yang terhasil diletakkan ke atas dawai yang diletakkan di atas gelas
plastik untuk menguji akar tumbuhan tumbuh kearah tarikan graviti.


KEPUTUSAN

1. Hari pertama pemerhatian di jalankan, anak cambah masih kelihatan agak kecil



TM
PDF Editor

2. Hari kedua anak cambah semakin membesar

3. Hari ketiga, kelihatan pokok kacang yang telah membesar dan akar kelihatan ke
bawah yang menunjukkan wujudnya daya tarikan gravity dari bawah



MENGKAJI TROPISME DALAM TUMBUHAN (TERHADAP CAHAYA)

Objektif kajian

Mengkaji gerakbalas tumbuhan terhadap cahaya

Hipotesis
Hujung pucuk tumbuhan ke arah graviti.

Pembolehubah
d) Dimalarkan : peringkat pertumbuhan anak benih
e) Dimanipulasikan : kedudukan anak benih
TM
PDF Editor
f) Bergerak balas : Arah pertumbuhan hujung pucuk

Alat Radas dan Bahan
Kotak hitam, gelas plastic, kapas dan anak benih kacang hijau

Kaedah

1. Biji benih kacang hijau digunakan untuk tujuan eksperimen. Biji benih tersebut direndam
terlebih dahulu selama 8 jam untuk tujuan percambahan.


2. Biji kacang yang direndam dimasukkan kedalam gelas plastic yang mengandungi kapas
lembab untuk menghasilkan anak cambah. (pemerhatian mula dijalankan)






TM
PDF Editor
KEPUTUSAN
1. Hari pertama setelah 8 jam direndam yang berada di dalam gelas tersebut
diletakkan ke dalam kotak hitam yang ditebuk sedikit supaya cahaya dapat masuk ke
dalamnya



2. Hari kedua, biji benih mula bercambah (2 cm panjang)


3. Pada hari keempat Setelah kotak hitam diangkat dan didapati anak cambah
semakin membesar (6 cm) panjang. Pokok di dapati membengkokkan batangnya
untuk mendapatkan cahaya untuk tujuan proses fotosintesis.
TM
PDF Editor



Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat saya dapati kedua- dua eksperimen :
Gerakan bahagian bahagian tumbuhan iaitu akar dan pucuk dipengaruhi
oleh rangsangan-rangsangan luar seperti cahaya , gravity dan air.
Gerakan pertumbuhan mana-mana bahagian pokok terhadap sesuatu
rangsangan dikenali sebagai gerakan tropic atau gerak balas tropisme
Arah gerakan bahagian pokok itu ditentukan atau dipengaruhi oleh arah
rangsanga.

1. Nyatakan pembolehubah yang ditetapkan dan dimanipulasi dalam
eksperimen yang dijalankan.
Jenis anak benih , saiz bikar dan tempat
Tempat yang disiram
Akar anak benih

2. Nyatakan eksperimen kawalan yang digunakan di dalam kajian ini.
Tempat yang disiram

3. Apakah yang menyebabkan pembengkokan pucuk ke arah cahaya ?
Keperluan asas iaitu cahay , gravity dan air.
TM
PDF Editor

4. Apakah yang menyebabkan akar tumbuhan bergerak ke arah gravity ?
Keperluan air ke dalam tanah.


Lampiran


Karl H. Hasenstein,PLANT RESPONSES TO GRAVITY - INSIGHTS AND
EXTRAPOLATIONS FROM GROUND STUDIES,Biology Department, University of
Louisiana, Lafayette, LAujukan

http://www.montelab.org/index.php?page=research
http://gravitationalandspacebiology.org/index.php/journal/article/view/465






TM
PDF Editor

Anda mungkin juga menyukai