Anda di halaman 1dari 14

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013.

4-5 June 2013,


Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1490
KESAN KOMUNIKASI VISUAL MESEJ KESIHATAN PADA KOTAK ROKOK KE ATAS
PEROKOK

Rusydi Mohamad Kamal, Abdul Latif Abu Bakar & Muhammad Hakimi Tew Abdullah
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
Universiti Teknologi MARA, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
rusydi1982@gmail.com
Azmi Aminordin

Fakulti Sains Komputer Matematik
Universiti Teknologi MARA, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia

ABSTRAK
Kajian tentang kesan komunikasi visual mesej kesihatan pada kotak rokok ke atas perokok ini bertujuan
mengenalpasti fungsi komunikasi visual mesej kesihatan kepada perokok berkaitan bahaya merokok.
Strategi terbaru dan agresif memaparkan gambar-gambar penyakit kronik pada kotak rokok menjadi
asas kajian penyelidik di mana memilih untuk mengkaji keberkesanan mesej tersebut melalui komunikasi
visual dalam bentuk mesej kesihatan. Penyelidikan ini menggunakan penelitian kualitatif di mana
penyelidik telah menjalankan sesi temubual kumpulan fokus yang terdiri daripada seramai 10 informan
berasal daripada faktor demografi yang berbeza. Analisa dapatan kajian dipadankan dengan kerangka
paradigma pemprosesan mesej aktif yang ditulis oleh Michael Pfau dan Roxanne Parrot (1993) di dalam
buku Persuasive Communication Campaigns yang menyatakan beberapa tahap dalam pemprosesan
mesej oleh khalayak dan merupakan model yang sangat berguna di dalam kajian keberkesanan mesej
kesihatan. Hasil kajian mendapati mesej telah menyentuh emosi informan dari segi perasaan takut
terhadap mesej tetapi perasaan takut hanyalah bersifat sementara dan rata-rata informan bersifat
tegar dan menolak mesej yang disampaikan. Kesimpulannya, pemaparan mesej visual memberi kesan
dalam jangka pendek tetapi lama-kelamaan menjadi kebiasaan dan tidak dihiraukan oleh penerima
mesej. Walaubagaimanapun terdapat juga akibat pemaparan mesej visual secara terus kepada
penerima mesej kerana ianya di dalam bentuk pemberitahuan yang mengancam dan memainkan emosi.

Kata kunci: Komunikasi visual, Mesej visual, Mesej kesihatan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Kajian ini adalah untuk menilai kesan komunikasi mesej kesihatan pada kotak rokok ke atas perokok.
Penggunaan komunikasi visual adalah satu langkah agresif Kementerian Kesihatan untuk mendidik
publik tentang bahaya merokok. Bermula pada tahun 2009 Kementerian Kesihatan telah menetapkan
kotak rokok mesti mengandungi 40 peratus grafik yang dicetak pada bahagian depan dan 60 peratus di
belakang sebagai satu langkah yang diambil bagi mengurangkan jumlah perokok yang mencecah 2.73
juta orang. Statistik oleh Kementerian Kesihatan menerusi laman webnya (www.infosihat.gov.my)
menunjukkan rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM16 juta sehari membeli rokok. Sebanyak
RM30 juta diperuntukkan oleh kerajaan pada Kempen Tak Nak memberi kesan sebanyak 77 peratus
tidak berhenti merokok manakala 33 peratus lagi berhasrat untuk berhenti merokok
(www.infosihat.gov.my). Hal ini memaksa kerajaan bertindak lebih tegas dengan menetapkan peraturan
mereka yang di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan membeli rokok dan begitu juga penjual rokok
tidak boleh menjual kepada mereka. Langkah kerajaan juga tidak membenarkan jualan rokok secara
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1491
batang malah jualan minima adalah 14 batang sekotak di mana peningkatan harga rokok secara
berperingkat dilakukan.

Penggunaan komunikasi visual di kotak rokok dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2009 dan mulai tarikh
tersebut, semua kotak rokok di pasaran Malaysia diwajibkan mempunyai 40 peratus amaran bergrafik di
bahagian hadapan dan 60 peratus di belakang kotak. Langkah-langkah lain yang telah dijalankan oleh
kerajaan melalui Kementerian Kesihatan adalah menaikkan harga rokok dan percetakan tulisan amaran
kesihatan serta larangan jualan rokok hanya kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah
menyaksikan berjaya mengurangkan jumlah perokok sebanyak dua peratus sahaja berbanding di Kanada
berjaya mempengaruhi hampir separuh jumlah perokok untuk berhenti merokok manakala 80 peratus
jumlah perokok di Thailand mempercayai kesan imej akibat merokok yang dipaparkan (sumber
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Rajah 1.1 di bawah merupakan visual enam penyakit kronik
yang dipaparkan pada kotak rokok yang menjadi asas kajian.




Penyakit Gangren Keguguran Janin Kanser Paru-paru



Kelahiran Bayi Kanser Mulut Kanser Tekak
Pramatang

Rajah 1.1 Contoh Visual Penyakit Kronik Di Kotak Rokok



2. Strategi Mencegah Amalan Merokok

Strategi mencegah amalan merokok ini dengan pendekatan penguatkuasaan peraturan seperti larangan
menjual rokok kepada 18 tahun ke bawah, menaikkan cukai rokok ataupun harga rokok dan larangan
merokok di tempat awam. Pendekatan mendidik juga digunakan melalui kempen komunikasi yang
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1492
berterusan seperti slogan TAK NAK merokok serta penggunaan komunikasi visual. Pendekatan seperti
ini dijalankan secara berperingkat dan langkah terkini bermula pada 1 Januari 2010, Kementerian
Kesihatan akan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok di bawah Peraturan-Peraturan
Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (Nombor 2) 2009 sekali gus menyaksikan rokok dijual pada harga
minimum RM6.40 bagi 20 batang. Menyedari hakikat betapa seriusnya ancaman amalan tabiat merokok
terhadap kualiti kesihatan rakyat di negara ini, kerajaan Malaysia telah menggubal Peraturan-peraturan
Kawalan Hasil Tembakau 1993. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh pihak Unit Penguatkuasa Undang-
undang Kesihatan Awam di Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh negara. Peraturan 10(1) menetapkan
bahawa semua premis kerajaan, institusi pengajian tinggi, tadika, taman asuhan kanak-kanak dan
sekolah adalah kawasan larangan merokok.


3. Penggunaan Komunikasi Visual

Setiap mesej yang bertujuan mendidik seperti mesej berbentuk visual pada kotak rokok tersebut mesti
mampu untuk mempengaruhi perokok. Mesej itu mestilah diproses oleh khalayak itu. Proses mesej
boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu a) pendedahan, b) mentafsir, dan c) mengingati. Pada
peringkat pendedahan mengenalpasti sejauhmana mesej/visual dilihat dan dibaca. Kemudian mentafsir
iaitu cuba memahami dan menghayati mesej iaitu imej pada kotak rokok tersebut sama ada
mempercayai adakah ianya akan benar-benar akan berlaku pada mereka. Pada peringkat terakhir iaitu
mengingati setiap kali ingin membeli rokok adakah mesej tersebut berjaya mempengaruhi perokok.

Satu kajian yang bertajuk Health warnings on tobacco packages: Summary of evidence and legal
challenges oleh David Hammond (2008) di mana mendapati pakej-pakej amaran kesihatan pada kotak
rokok adalah satu cara yang paling efektik dalam komunikasi visual, amaran-amaran kesihatan
mempunyai impak dan kesedaran tinggi terhadap golongan bukan perokok dan remaja, amaran-amaran
teks kabur mempunyai impak kecil, visual yang besar mengenai amaran-amaran bergambar boleh
meningkatkan pengetahuan kesihatan, motivasi untuk berhenti, dan
kelakuan pemberhentian, amaran-amaran bergambar terutamanya penting untuk mendidik perokok
dan mesej-mesej yang menggambarkan risiko-risiko kesihatan sangat jelas untuk membangkitkan
perasaan cara yang paling berkesan serta amaran-amaran bergambar besar boleh dipercayai dan
berimpak tinggi orang ramai.


4. Fungsi Komunikasi Visual dalam Mesej Kesihatan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kecenderungan tindak balas perokok kepada komunikasi
visual di kotak rokok. Ia juga bagi mengenalpasti bagaimana komunikasi visual berkesan kerana ianya
dapat dilihat oleh mata dan diingati seperti kebanyakan komunikasi visual.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Hammond, Fong, Mc Neill, Cummings dan Hasting
(2006), mendapati tahap kesedaran perokok terhadap bahaya dan kesan merokok akan meningkat
sekiranya mesej tentang bahaya dan kesan merokok disampaikan melalui iklan-iklan di media masa.

Haizal Haron Kamar (2009) mendapati, mesej kesihatan yang disampaikan melalui kotak rokok
merupakan cara yang paling berkesan untuk memberitahu kepada perokok tentang implikasi amalan
merokok kepada perokok. Hasil kajian beliau mendapati, perokok-perokok akan berhenti daripada tabiat
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1493
merokok setelah menyedari implikasi daripada amalan merokok kepada kesihatan mereka. Secara tidak
langsung mesej kesihatan melalui komunikasi visual terbukti berkesan menurunkan jumlah perokok.

Peranan mesej kesihatan yang disampaikan melalui komunikasi visual juga memberi kesan yang
mendalam terhadap sasaran apabila imej-imej yang dipaparkan pada kotak rokok menakutkan mereka.
Cummings (2002) pula berpendapat, mesej kesihatan tentang bahaya merokok memberi kesan terhadap
perokok sekiranya ianya diletakkan pada bahagian hadapan kotak rokok. Beliau juga menekankan
bahawa mesej kesihatan dalam bentuk visual yang disampaikan melalui kotak rokok adalah cara yang
lebih berkesan daripada medium pengiklanan yang lain.

Kelebihan penggunaan komunikasi visual dinyatakan oleh Ruiter (2005) iaitu kesan amalan
merokok dari segi kesihatan yang menggunakan visual grafik pada kotak rokok dapat mempengaruhi
perokok supaya berhenti daripada merokok. Hammond (2004) pula menjelaskan, mesej kesihatan yang
menggunakan visual grafik pada kotak rokok sebenarnya dapat mempengaruhi emosi perokok supaya
berhenti daripada amalan merokok kerana ianya terbukti menakutkan perokok. Perokok tegar pula
sanggup menukar kotak rokok dan meletakkan rokok ke dalam bekas lain supaya tidak melihat meseh
kesihatan yang dipaparkan. Ini menunjukkan penggunaan komunikasi visual sememangnya berkesan
seperti yang dinyakan oleh Borland (1997) bahawa untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran perokok
tentang bahayanya amalan merokok, saiz mesej visual grafik pada kotak rokok perlulah besar untuk
mendapatkan kesan yang lebih efektif. Apa yang dikatakan oleh sarjana tersebut menunjukkan mesej
kesihatan terbukti mempengaruhi dan perlu diberi lebih penekanan dari segi saiz supaya memberi kesan
yang lebih besar.

Parker (2008) menyatakan mesej kesihatan yang ingin disampaikan melalui kotak rokok perlulah
mudah difahami, mesejnya jelas dan mengandungi imej visual grafik yang menunjukkan implikasi
kesihatan kepada perokok. Ini sememangnya dilakukan dengan tepat apabila mesej kesihatan pada
kotak rokok memaparkan komunikasi mesej kesihatan berbentuk visual cetakan amaran bergrafik
pelbagai penyakit kronik pada kotak rokok ke atas perokok.

Selin dan Hammond (2009) menyatakan komunikasi visual dalam mesej kesihatan yang
digunakan pada kotak rokok mampu memberikan kesedaran kepada perokok tentang implikasi
penggunaan tembakau secara berterusan kepada kesihatan perokok. Beliau mendapati kajian yang
dilakukan di Kanada pada tahun 1990, kebanyakan perokok menyatakan bahawa mesej kesihatan yang
disampaikan melalui kotak rokok merupakan teknik yang terbaik untuk meningkatkan tahap kesedaran
perokok tentang bahayanya merokok. Ini bermaksud mesej dalam bentuk grafik akan dilihat dan
seterusnya diketahui oleh perokok.

Berdasarkan kajian-kajian tersebut menunjukkan bagaimana mesej visual mempengaruhi
perokok dan memberi kesan yang mendalam ataupun tidak. Ini menunjukkan mesej itu berjaya sampai
kepada penerima iaitu perokok tetapi sama ada mesej itu akan difahami, ditakuti atau diingati dan
seterusnya mendorong untuk berhenti masih lagi belum boleh dipastikan. Mesej visual yang
disampaikan adalah melibatkan perokok sebagai penerima jadi mereka membaca mesej dan memahami
mesej dan proses seterusnya adalah mengambil tindakan. Boleh disimpulkan bahawa bentuk mesej yang
boleh mempengaruhi perokok adalah berbentuk ancaman kepada mereka iaitu penyakit kronik akibat
merokok boleh membawa maut. Ianya berbentuk suatu perkara yang mempengaruhi dan melibatkan
emosi perokok. Bentuk saiz mesej juga perlulah lebih besar dan imejnya sangat jelas dan mengerikan
mampu mempengaruhi emosi perokok.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1494


5. Kesedaran Masyarakat Tentang Bahaya Merokok

Amalan tabiat merokok dalam masyarakat di negara ini merupakan salah satu fenomena yang perlu
diberi perhatian serius bagi melahirkan persekitaran yang kondusif di negara ini. Kesungguhan pelbagai
pihak menangani gejala amalan tabiat merokok di kalangan masyarakat merupakan suatu langkah untuk
menunjukkan kesan buruk akibat daripada gejala ini. Rata-rata di negara-negara maju, bilangan perokok
menurun. Ini kerana mereka lebih berpelajaran, menerima lebih banyak kesedaran dan amat
mementingkan kesihatan. Mereka sedar mengenai bahaya yang disebabkan oleh tabiat merokok dan
telah memilih sama ada untuk berhenti merokok atau tidak terpengaruh dengan tabiat ini. Senario di
negara membangun adalah sebaliknya. Bilangan perokok semakin bertambah, terutamanya di kalangan
mereka yang begitu muda dan beranggapan bahawa tabiat merokok adalah bergaya merupakan satu
tanggapan yang digalakkan oleh syarikat-syarikat pengeluar rokok yang berminat untuk memancing
pasaran baru untuk produk mereka.

Austin dan Gortmaker (2001), menyatakan remaja perempuan yang mengawal pemakanan
untuk menurunkan berat badan mempunyai risiko yang tinggi untuk memulakan tabiat merokok. Hal
yang demikian ini kerana mereka beranggapan merokok dapat mengurangkan berat badan selain
daripada langkah mengawal pemakanan. Memandangkan kebanyakan remaja perempuan terlalu
prihatin tentang penjagaan berat badan berbanding pelajar lelaki, maka kerisauan tentang berat badan
memberi kesan meningkatkan kemungkinan merokok dalam kalangan mereka. Malahan kebanyakan
wanita menganggap merokok adalah strategi yang berkesan untuk mengawal berat badan.

Banyak kajian telah membuktikan tabiat merokok akan menyumbang kepada penagihan dadah
yang dimulai dengan tabiat menghisap ganja. Gregory (2003), menyatakan pada 1960-an hingga 1970-an
ramai dalam kalangan orang muda termasuklah remaja menghisap marijuana dan seterusnya terlibat
dengan penyalahgunaan dadah. Sebenarnya tabiat merokok mendorong remaja terlibat dengan tingkah
laku devian terutama penyalahgunaan bahan dadah dan alkohol. Hal ini kerana remaja amat terdorong
untuk mencuba sesuatu yang mengkhayalkan untuk tujuan berseronok. Gregory (2003) mempertikaikan
sikap pihak yang berkepentingan meneruskan industri tembakau semata-mata kerana kepentingan
ekonomi. Maka perlu disedari bahawa pembangunan industri tembakau akan meningkatkan bilangan
perokok sekaligus menambah bilangan penagih dadah serta penagih alkohol.


6. Paradigma Pemprosesan Mesej oleh Khalayak

Michael Pfau dan Roxanne Parrot (1993) di dalam buku Persuasive Communication Campaigns
menyatakan beberapa pendekatan aktif untuk penerima menerima sesuatu bentuk penyampaian mesej
berkaitan. Pendekatan ini berkaitan dengan kajian penyelidik kerana ianya berkenaan penerimaan mesej
oleh subjek kajian, bagaimana mereka melihat, membaca, menghayati, bertindak ataupun mengelak
mesej yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti
kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial, perkhidmatan digunakan untuk menyebarkan
maklumat kepada khalayak yang ramai dan berkembang. Medium terbesar penyampaian adalah
televisyen pada ketika itu kemudiannya media cetak juga digunakan. Ia kemudiannya berkembang
seiring dengan teknologi yang sentiasa berubah dan memudahkan penyampaiannya.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1495
Menurut Langer (1978), mesej berbentuk kesedaran lebih diproses oleh penerima, dihayati dan
beremosi. Ia juga terpulang kepada sikap penerima yang berbeza-beza terpulang kepada penerimaan
mereka iaitu perokok yang tegar tidak akan dipengaruhi dan sentiasa mencari jalan supaya dapat
mengelak menerima mesej. Cara yang dilakukan oleh golongan tegar ini ialah sanggup menukarkan
kotak rokok ke bekas lain, supaya tidak melihat mesej yang dipaparkan. Secara tidak langsung mesej
dilihat berkesan apabila sasaran secara emosinya berasa takut dan terancam.


7. Kerangka Konseptual Kajian

Kajian ini akan menggunakan paradigma pemprosesan mesej oleh khalayak yang mengandaikan
beberapa faktor iaitu faktor mempengaruhi keaktifan pemprosesan maklumat, ketidaksamaan
maklumat dan percanggahan dan pembolehubah penerima, mesej, sumber dan saluran yang
mempengaruhi pemprosesan maklumat. Paradigma ini mengatakan bagaimana khalayak terdedah
kepada mesej, keaktifan memproses makluman, percanggahan, saluran dan pengaruh mesej tersebut.

Berdasarkan permasalahan kajian kerangka konseptual mengukur kesan komunikasi visual
mesej kesihatan berbentuk cetakan amaran bergrafik penyakit kronik pada kotak rokok ke atas perokok.
Kesan mesej itu bergantung kepada faktor mesej iaitu menolak dan menerima seperti perasaan takut,
menolak, tahu, bertindak. Kajian ini adalah untuk melihat faktor yang ada pada mesej dalam
mempengaruhi perokok menggunakan mesej berbentuk visual. Paradigma permasalahan kajian ini
menyatakan bahawa dipengaruhi oleh dua faktor pemprosesan mesej oleh khalayak iaitu;

Faktor menolak
Faktor pada mesej yang menolak individu daripada memproses mesej. Faktor ini ada pada diri individu
seperti keterlibatan sama ada seseorang individu terlibat secara langsung dengan isu ataupun mesej
yang disampaikan misalnya kalau dia mendapat penyakit kencing manis, dia akan mendedahkan pasal
penyakit tersebut kepada khalayak lain kerana dia terlibat.

Faktor ini berkenaan faktor diri individu yang berkaitan dengan isu mengenai diri, keluarga,
personaliti individu yang berfikiran positif. Ianya dibezakan dengan tahap pendedahan yang diterima
oleh individu tersebut.

Faktor menarik
Faktor menarik yang ada pada mesej yang mempengaruhi individu memproses mesej adalah bagaimana
untuk memastikan mesej untuk menarik mereka memproses mesej. Mesej mestilah menarik perhatian
pada gambar, warna, mempunyai bukti, hujah dan daya penariknya juga mestilah menakutkan atau
menghiburkan.

Daya penarik yang menghiburkan digunakan untuk mempengaruhi dan mesej mestilah lengkap
dan berfaedah. Ia juga mestilah berkenaan sesuatu yang baru memandangkan sebelum ini kesan
penyakit tidak ditunjukkan secara jelas dan nyata. Inilah ciri-ciri yang digunakan untuk menarik, ada
bukti, menakutkan, lengkap dan berfaedah. Ciri-ciri tersebut memainkan peranan dalam menarik
penerima dalam memberi perhatian terhadap mesej yang disampaikan.



Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1496
Proses mesej oleh khalayak
Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar
Faktor Pada Mesej Visual Proses Mesej oleh Perokok







Rajah 2.1 Kerangka Teori
Sumber : Lester, P.M (1999), Visual Communication, Images with Messages, Second Edition


8. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui perbincangan kumpulan fokus. Berasaskan
instrumen yang dibangunkan oleh Boree pada tahun 2005, kaedah kualitatif, sebagai melibatkan ukuran
atau perangkaan-perangkaan. Bagaimanapun, kaedah ini boleh juga menggunakan sementara data
statistik berangka.

Dua kumpulan fokus iaitu terdiri daripada lima orang setiap kumpulan untuk mendalami respon
mereka terhadap mesej visual. Sampel kajian merupakan perokok yang membeli dan merokok.

Pemilihan subjek kajian adalah berdasarkan faktor demografi dan perlakuan merokok seperti:-

Bila mula merokok
Jenis rokok
Berapa kerap


8.1 Lokasi dan Subjek Kajian

Lokasi bagi kajian ini adalah kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi MARA Melaka (UiTM Alor
Gajah). Pemilihan ini melibatkan mereka yang terdiri daripada subjek kajian iaitu perokok. Lokasi ini
dipilih adalah kerana merupakan satu institusi yang terdiri daripada golongan pelajar yang ramai
merupakan remaja lelaki dan perempuan, kakitangan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan
jantina. Mereka merupakan golongan yang berpotensi merokok dan terdapat jumlah perokok yang
ramai di kalangan mereka. Faktor demografinya juga cukup menarik kerana kakitangan dan pelajar UiTM
Melaka terdiri daripada individu yang datang daripada negeri yang berbeza berkumpul di dalam satu
kawasan. Subjek kajian iaitu perokok mudah didapati kerana UiTM Melaka mempunyai jumlah
keseluruhan melebihi enam ribu orang.




- Terdedah (lihat)
- Faham
- Sedar
- Ingat
- Tahu
- Bertindak

- Menarik
- Ada bukti/hujah
- Daya penarik
- Lengkap
- Berfaedah

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1497

8.2 Populasi dan Persampelan

Populasi kajian terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi MARA Melaka (UiTM Alor
Gajah). Ciri-ciri populasinya adalah perokok yang terdiri daripada faktor umur iaitu golongan remaja,
dewasa dan tua berjantina lelaki dan perempuan. Pemilihan sampel kajian dibuat berdasarkan subjek
kajian iaitu mereka yang terdiri daripada perokok. Sampel yang dipilih terdiri daripada 10 orang
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu lima orang untuk satu kumpulan. Satu kumpulan terdiri
daripada kakitangan lelaki dan perempuan yang berumur di antara 27 hingga 52 tahun dan satu lagi
kumpulan yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan UiTM Melaka yang berumur di antara 18 hingga
25 tahun. Kumpulan dibahagikan berdasarkan pecahan sama rata dua kelompok yang berbeza iaitu
kakitangan dan pelajar berbeza jantina dan peringkat umur.


8.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian berbentuk soalan perbincangan dalam kumpulan fokus terhadap 10 orang kakitangan,
dan pelajar dari Universiti Teknologi MARA Melaka (UiTM Alor Gajah) yang dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu lima orang satu kumpulan. Berdasarkan kajian ini, permasalahan kajian dikenalpasti
dengan pengupasan persoalan kajian (RQ) untuk mencapai objektif kajian iaitu:

RQ= Apakah fungsi komunikasi visual dalam mesej kesihatan yang disampaikan kepada
perokok berkaitan bahaya merokok?


8.4 Pengumpulan Data Kajian

Proses pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik untuk kajian ini ialah dilakukan secara
perbincangan kumpulan fokus iaitu bagi mengenalpasti tahap penerimaan mesej visual, adakah
berkesan atau mempengaruhi mereka. Data yang didapati melalui proses temubual direkodkan melalui
pita rakaman suara seterusnya dianalisis.


8.5 Analisis Data Kajian

Data kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu perbincangan
kumpulan fokus. Data yang didapati daripada temubual dengan kumpulan fokus dibahagikan mengikut
maklumat tertentu berdasarkan objektif kajian. Selepas perbincangan kumpulan fokus, pengkaji akan
mendengar semula rakaman pita rakaman suara yang dipasang ketika temubual. Pengkaji akan mencari
tema-tema berdasarkan objektif kajian untuk mendapatkan maksud.


9. Hasil Kajian

9.1 Persepsi tentang fungsi komunikasi visual dalam mesej kesihatan yang disampaikan kepada
perokok berkaitan bahaya merokok

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1498
Penyelidik mendapati kesemua informan iaitu seramai 10 orang yang terdiri daripada lapan lelaki dan
dua perempuan berumur di antara 18 hingga 52 tahun merupakan perokok. Terdapat sebanyak tujuh
informan yang sudah merokok selama lima tahun hingga 20 tahun dan tiga informan lagi empat tahun
ke bawah. Sebanyak lapan informan merokok dalam jumlah 10 hingga 20 batang dalam sehari manakala
dua informan lagi kurang dari 10 batang. Fakta ini menguatkan kajian penyelidik kerana mereka
tergolong dalam golongan perokok tegar dan perokok tidak tegar yang merupakan subjek kajian iaitu
penerima mesej kesihatan yang dipaparkan pada kotak rokok.

Penyelidik menyimpulkan di sini bahawa sebanyak sembilan informan berpendapat gunanya
gambar penyakit kronik pada kotak rokok adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang akibat yang
boleh menimpa mereka, jika merokok dan memberi kesedaran kepada perokok supaya berhenti
merokok. Ini merujuk kepada jawapan informan seperti berikut:

Berdasarkan kepada informan keenam, beliau berpendapat secara umumnya mesej kesihatan
yang dipaparkan adalah ditujukan kepada orang ramai tentang bahaya merokok.
Pada pendapat saya gambar penyakit kronik yang dipaparkan pada kotak rokok adalah untuk
memaklumkan kepada orang ramai tentang penyakit akibat merokok, akibat-akibat buruk yang akan
terjadi terhadap kesihatan jika merokok. Mesej visual pada kotak rokok mungkin menakutkan segelintir
perokok sehingga ada yang berhenti merokok. Kesannya kepada saya adalah saya masih merokok tapi
setiap kali merokok gambar-gambar tersebut terngiang-ngiang di kepala.

Informan Sembilan, juga memberi pendapat seakan-akan responden keenam tetapi kali ini berbentuk
seperti lebih dipengaruhi oleh mesej kesihatan yang dipaparkan.
Supaya rakyat Malaysia sedar bahawa rokok sangat membahayakan kesihatan, tapi masih ramai yang
tetap membeli dan merokok. Ada yang terpengaruh, ada yang berhenti merokok. Saya cuma kurangkan
jumlah batang rokok yang dihisap dalam sehari. Gambarnya merupakan satu perkara, perkara yang
satu lagi adalah harganya yang mahal. Sekarang berharga RM10 sekotak, sudah cukup mahal buat
saya. Gambarnya menakutkan dan kadang-kadang terpikir untuk berhenti. Saya kini mengurangkan
belanja untuk beli rokok, mungkin sedikit tapi tetap merokok.

Pendapat umum itu berbeza dengan kesan mesej visual yang dipaparkan kepada apabila sebanyak lima
informan berkata mesej tersebut tidak berkesan langsung ke atas mereka dan mereka tetap merokok
seperti biasa seperti jawapan berikut:

Informan ketiga, pula berpendapat perokok mempunyai cara menggelakkan melihat gambar yang
dipaparkan pada kotak rokok.
Untuk memberi mesej dan kesedaran terhadap perokok, mungkin ianya merupakan langkah kerajaan
dalam mengurangkan dan mencegah aktiviti merokok. Pendapat saya mesej visual pada kotak rokok
mungkin memberi kesan, tapi lama-kelamaan macam tidak berkesan sebab ramai juga yang hisap rokok
seludup jadi tiada gambar. Saya tetap membeli rokok tetapi tidak tengok sangat kotaknya, pilih kotak
yang kurang beri impak. Mula-mula dulu koyakkan gambar, sekarang tidak peduli lagi.

Informan kelima mengakui terpengaruh dengan mesej visual yang dipaparkan.
Bagi saya ia adalah untuk menyedarkan perokok akan bahaya dan kesan akibat merokok. Pada
mulanya memang saya tak pandang langsung pada gambar tersebut tapi lama-lama ia bagaikan
pandangan kosong. Takut memanglah takut tapi kesannya sekejap saja. Secara jujur saya memang
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1499
kurangkan merokok, salah satu sebab mungkin kesan daripada imej di kotak itu juga. Saya ada cuba
kurangkan merokok takut jadi seperti gambar-gambar itu.


9.2. Rumusan

Berdasarkan kajian yang dijalankan penyelidik mendapati bahawa proses mesej telah menyentuh emosi
informan dari segi perasaan takut terhadap mesej yang disampaikan. Walaubagaimanapun perasaan
takut hanyalah bersifat sementara dan rata-rata informan adalah perokok tegar dan menolak kesan dari
segi mesej mendorong mereka untuk berhenti. Informan memberi beberapa jenis perasaan iaitu
sebahagian besar informan takut, segelintir lagi tidak tetapi secara keseluruhan mesej yang disampaikan
tidak berjaya menyebabkan mereka berhenti merokok. Penyelidik menegaskan berdasarkan temubual
yang dijalankan, terdapat dua kelompok penerima mesej dari segi kesan iaitu satu kelompok
keseluruhan membaca mesej, kemudian memahaminya, menghayati kemudian beremosi lalu
mengambil tindakan. Satu kelompok lagi cuba mengelakkan menerima mesej yang berkaitan dengan
mereka kerana menyangkakan imej tidak berkaitan dengan mereka. Secara keseluruhannya pemaparan
mesej visual memberi kesan dalam jangka pendek tetapi lama-kelamaan menjadi kebiasaan dan tidak
dihiraukan oleh penerima mesej. Walaubagaimanapun terdapat kesan juga apabila ada di kalangan
informan yang masih memikirkan tentang mesej visual sehingga teringat setiap kali ingin merokok
sehingga ada yang merancang untuk berhenti kerana takutkan mesej. Pemaparan mesej visual juga
secara terus kepada penerima mesej kerana ianya di dalam bentuk pemberitahuan yang mengancam
dan memainkan emosi.


10. Kesimpulan dan Cadangan

Secara kesimpulannya di bawah objektif ini penyelidik mendapati hampir kesemua informan iaitu
sembilan orang daripada mereka memahami mesej visual iaitu kegunaan gambar adalah untuk
menyedarkan masyarakat tentang akibat yang boleh menimpa mereka.

Kesan mesej pula berbeza dengan kefahaman mereka terhadap mesej visual apabila seramai
lima informan tidak berkesan langsung ke atas mesej dan mereka tetap merokok seperti biasa serta
tiada keinginan berhenti, dua informan berasa marah dan terancam dengan mesej tersebut mungkin
kerana ianya dalam bentuk emosi yang mengancam. Dua informan menyatakan terus merokok tetapi
kurang kerana teringatkan mesej visual tersebut, dan satu informan tetap merokok tetapi berkurangan.

Pemaparan mesej visual penyakit kronik pada kotak rokok menunjukkan kesan yang mendalam
pada peringkat awalnya, tetapi perokok tegar tetap mencari jalan dan dibantu oleh pihak-pihak tidak
bertanggungjawab seperti aktiviti penyeludupan rokok yang berleluasa pada masa kini. Rokok seludup
yang dibawa masuk lebih murah dan tidak mempunyai paparan mesej visual penyakit kronik dan ini
memberi pilihan kepada golongan perokok tegar untuk membelinya. Penguatkuasaan yang lemah juga
menyebabkan rokok seludup mudah diperolehi di mana-mana sahaja. Kerajaan perlu bertindak pantas
membendung aktiviti penyeludupan ini kerana ianya ibarat membawa penyakit ke dalam negara.
Terdapat juga trend pengilangan bekas menyimpan rokok oleh yang membolehkan perokok
memindahkan rokok ke dalam bekas tersebut. Ini menunjukkan sedikit sebanyak keberkesanan kempen
cetakan gambar penyakit kronik pada kotak rokok ke atas perokok apabila golongan perokok berasa
takut dan terancam setiap kali ingin merokok dengan membeli rokok seludup, ataupun memindahkan
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1500
rokok ke dalam bekas lain. Ini boleh diatasi dengan membanteras aktiviti penyeludupan dan menyita
mana-mana premis yang yang menjual rokok seludup dan bekas rokok gantian tadi di bawah Akta
Dagangan.

Cadangan yang boleh dilakukan setelah pelbagai kempen-kempen anti merokok, kesedaran dan
penguatkuasaan menyaksikan kesan yang sedikit, adalah dengan memaparkan golongan perokok
sebagai golongan yang tidak sihat, lemah, berisiko, pengotor, pembawa penyakit dengan menunjukkan
golongan perokok merupakan golongan yang tidak boleh dicampuri. Ini boleh dilakukan dengan
melakukan kempen-kempen besar-besaran seluruh negara melalui media massa dan elektronik bagi
mempengaruhi masyarakat supaya membenci golongan perokok. Kempen ini boleh merujuk kepada
bagaimana kempen lain iaitu kempen membasmi najis dadah dengan merujuk najis dadah sebagai
musuh nombor satu negara berjaya menyedarkan masyarakat. Ini boleh dilakukan dengan menjalankan
kempen agresif meminggirkan golongan perokok supaya mereka berasa dipinggirkan dan akhirnya
berhenti merokok.


Rujukan

Anwar Husin (2008). Ramai wanita merokok mahu kuruskan badan. Retrieved on January 25
th
, 2010,
from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/.

Austin, S. B., & Gortmaker, S. L. (2001). Dieting and smoking initiation in early adolescent girls and boys:
A prospective study. American Journal of Public Health, 91(3), 446 - 449.

Bandura A. (1977). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review
84:191-215.

Baxter, L.A. & Babbie, E. (2003). The basic of communication research. Boston: Wadsworth Publishing
Co.

Boeree, C. G. (2005). Qualitative methods. Retrieved on January 24
th
, 2010, from
http://webspace.ship.edu/cgboer/genpsyqualmeth.html

Borland R, Hill D. (1997). Initial impact of the new Australian tobacco health warnings on knowledge and
beliefs. Tob Control 1997; 6: 317-325.

Chandra, A. (2010). Four million Malaysians addicted to smoking. 21st July, The Star Online.

Cigarette.com. (1990). History of cigarette smoking and lung cancer. Retrieved on January 26
th
, 2010,
from http://www.smokinglungs.com/cighist.htm.

Eckert, P. (1983). Beyond the statistics of adolescent smoking. Retrieved on January 21
st
, 2010, from
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1650780.

Edwards, J. A., & Warburton, D. M. (1983). Smoking, nicotine and electrocortical activity. Pharmucology
and Therapeutics, 19, 147-164.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1501
Edwards, J. A., Wesnes, K., Warburton, D. M., & Gale, A. (1985). Evidence of more rapid stimulus
evaluation following cigarette smoking. Addictive Behaviors, 10, 113-126.


Elliott & Shanahan (2003). Developmental research for new Australian health warnings on tobacco
products stage 2. Prepared for: The Australian Population Health Division Department of Health and
Ageing. Commonwealth of Australia, August 2003.

Gregory, R. J. (2003). Reflections of the drug scene. Drugs: Education, Prevention and Policy, 10(1), 1-5.

Hafizah Iszahanid (2009). Risiko mati awal. Retrieved on January 21
st
, 2010, from
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20091108100254/Article/

Haizal Haron Kamar, (2009). Why smokers just cant stop tobacco. Malay Mail,1
st
June.

Hammond, D. (2008). Health warnings on tobacco packages: summary of evidence And legal challenges.
University of Waterloo.

Hammond D, Fong GT, Borland R, Cummings KM, McNeill A, Driezen P. (2007). Text and graphic
warnings on cigarette packages: Findings from the ITC four country survey. Am J Prev Med; 32 (3): 202
209.

Hammond D, Fong GT, Borland R, McNeill A, Cummings KM, Hastings G. (2006). Effectiveness of
cigarette warning labels in informing smokers about the risks of smoking: findings from the International
Tobacco Control (ITC) Four Country Survey. Tobacco Control;15(Suppl III):iii19iii25.

Hammond D, Fong GT, McDonald P, Brown, KS, Cameron R. (2004). Graphic Canadian warning labels
and adverse outcomes: evidence from Canadian smokers. Public Health; 94 (8): 1442-45.

Haug MR, Lavin B. (1983). Physician and patient; Power (Social sciences); Consumers; Consumer
participation; Consumer advocacy. Sage Publication.

Hecker, S. Stewart's, D.W. (1988). Nonverbal Communication in Advertising. 2nd Edition.

Irfan Mohammad. 2009. Wartakan segera fatwa haram merokok. Utusan Malaysia, 3 Nov. pp. 11.

Janz, Becker, (1984) Rosenstock. 1974. Effective health risk messages, A step by step guide. Sage
Publications.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2005). Bahagian Pendidikan Kesihatan. www.infosihat.gov.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Educational and psychological measurement. Danville, IL: Interstate
Printers and Publisher.

Krugman, D. M. (1994). Do adolescents attend to warnings in cigarette advertising?. Retrieved on
January 21
st
2010, from http://proquest.umi.com/pqdweb

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1502
Langer, S. K. (1960). Philosophy in a New Key. Cambridge: Harvard University Press.

Leigh, J. P. (1986). Smoking, self-selection and Absenteeism. Retrieved on February 14
th
, 2010, from
http://papers.ssrn.com/so13/papers.cfm?abstract_id=7098.

Lester, P. M. (2006). Syntactic theory of visual communication. Retrieved on January 24
th
2010 from
http://commfaculty.fullerton.edu/lester/writings/

Lester, P. M. (2000). Visual communication; Images with messages (2
nd
ed). Wadsworth.

Modul Berhenti Merokok. (2001). Panduan berhenti merokok. Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Norliza, A.R. (2009). Harga minimum sekotak RM6.40. Utusan Malaysia, 29 Dis. m.s.8.

Parker JR, Hammond D, Sirirassamee B, Omar M, Fong GT, Borland R. (1997). Exposure to antismoking
information among Thai and Malaysian Youth: findings from the ITC south-east Asia survey. Presented
at: Society for Research on Nicotine and Tobacco, Portland, OR, February 2008.

Pfau, M. Parrot, R. (1993). Persuasive communication campaigns. Augustana College, University of
Georgia.

Raute, L.J. Pednekar, M.S. Gupta, P.C (2000). Pictorial health warnings on cigarette packs: A population
based study findings from India. Healis Sekhsaria Institute for Public Health.

Reinard, J. C. (2001). Introduction to Communication Research (3rd ed). McGraw Hill.

Rosalinda Md Said. (2010). Harga rokok mungkin RM50. Retrieved on January 21st, 2010, from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.

Rosenstock, I. M. (1974). The health belief model and preventive health behavior. Health Education
Monograph., 2, 354-386.

Ruiter, R.A.C., & Kok, G. (2005). Saying is not (always) doing: Cigarette warning labels are useless.
European Journal of Public Health, 15, 329.

Rusted, J. M., & Warburton, D. M. (1992). Facilitation of memory by post-trial administration of nicotine:
Evidence for an attentional explanation. Psychopharmacology, 108, 452455.

Salmon, C. T. (1991). Bridging theory "of" and theory "for" communication campaigns: an essay on
ideology and public policy. Communication Yearbook 15. Newbury Park, Calif., Sage: 346-357.

Salmon, Charles T. (1989), Information campaigns: balancing social values and social change in: sage
annual reviews of communication research, Volume 18. Newbury Park: Sage Publications.

Skinner WF, Krohn MD. (1990). Age and gender differences in a social process model of adolescent
cigarette use. Sociological Inquiry. ;62(1):56.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1503

Sufean Russin Mariani Md Nor. (2004). Dasar warga sihat: isu psikologi faktor remaja sekolah merokok.
Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya.

Warburton, D. M., Rusted, J. M., & Muller, C. (1992). Patterns of facilitation of memory by nicotine.
Behavioural Pharmacology, 3, 375-378.

Warburton, D. M., & Wesnes, K. (1978). Individual differences in smoking and attentional performance.
In R. E. Thornton (Eds.), Smoking behaviour: Physiological and psychological influences (pp. 19-43).
London: Churchill-Livingston.

Wendt, J. K. (1995). The languagues of pictures: An epidemiological review. Journal of Substance Abuse,
3, 187-204.

Werthiemer, M. (2000). Visual communication; images with messages (2nd ed). Wadsworth.

Witte, K, Meyer G, Martell D. (2001). Effective health risk messages: a step-by-step guide. Sage
Publications.

World Health Organization. (2008). Programmes and projects, tobacco free initiative (tfi), who report on
the global tobacco epidemic, the mpower package.
http://www.who.int/tobacco/mpower/tobacco_facts/en/index.html.

Anda mungkin juga menyukai